Showing posts with label Tazkirah ALLAH. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah ALLAH. Show all posts

8.1.14

DAN HIDUP INI TERLALU SINGKAT

Setiap kali perselisihan, percanggahan pendapat dengan zauji, saya akan cepat-cepat melafazkan ayat 'dan hidup ini terlalu singkat' dan kami akan sama-sama senyum dan ketawa :).

Ya terlalu singkat untuk digaduhi. Terlalu singkat untuk terlalu sibuk mencari harta benda. Terlalu singkat untuk bermegah-megah. Terlalu singkat untuk demdam. Terlalu singkat untuk marah. Semuanya terlalu singkat.

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Pepatah yang menggambarkan setiap pasangan ada pasang surutnya dalam rumah tangga. Setiap orang punya takdir masing-masing. Ada yang menantu vs mertua. Ada yang suami baran, keanak-anakan, dan pelbagai spesis yang Allah jadikan. Sama juga dengan isteri.

Sekiranya kita perhalusi dan bersedia untuk sentiasa redho, sebenarnya itu adalah tanda kasih sayang Allah. Disitulah syurga dan pahala yang Allah ganjarkan buat kita untuk nilaian SABAR.

SABAR. Senang ditutur tetapi bebanan hati itu, hanya Allah sahaja yang tahu. Untuk mendapat nikmat sabar, ianya perlu melalui proses. Proses ini bukan setakat sehari dua, malah ianya memakan masa bertahun-tahun untuk sampai ke tahap kita tidak kisah dipuji atau dikeji.

Terima kasih zauji atas doamu dan bimbingan berpanjangan.

Perkahwinan adalah gedung pahala tetapi ianya boleh jadi sebaliknya. Ingatan untuk diri saya yang terlalu banyak kelemahan disisi suami dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu untuk anak-anaknya. Mohon Allah berikan nikmat bidadari-bidadari bermata jelly sebagai ganjaran atas segala kebaikkanmu. Silakan :D.

Di bawah adalah suatu kisah yang cukup menginsafkan dan sesuai dengan tajuk di atas. Kisah yang dibawakan dalam kumpulan whatsup 'zauj organik' melalui admin group iaitu mak dalam jelitawan organik. Pujuklah hatimu.

Dan hidup ini terlalu singkat T__T.

*********************************************************************
Kisah Wanita Cantik yang Membuat Kagum Para Ulama 

Ketika menelusuri sebuah jalan di kota Bashrah, Al Atabi melihat seorang wanita yang sangat cantik sedang bersendau gurau dengan seorang lelaki tua buruk rupa. Setiap kali wanita itu berbisik, laki-laki tersebut pun tertawa.

Al Atabi yang penasaran kemudian memberanikan diri bertanya kepada wanita itu. “Siapa laki-laki tersebut?”

“Dia suamiku”

“Kamu ini cantik dan menawan, bagaimana kamu dapat bersabar dengan suami yang jelek seperti itu? Sungguh, ini adalah sesuatu yang mengherankan” Al Atabi meneruskan pertanyannya.

“Barangkali karena mendapatkan wanita sepertiku, maka ia bersyukur. Dan aku mendapatkan suami seperti dirinya, maka aku bersabar. Bukankah orang yang sabar dan syukur adalah termasuk penghuni surga? Tidak pantaskah aku bersyukur kepada Allah atas karunia ini?”

Al Atabi kemudian meninggalkan wanita itu disertai kekaguman. Ulama Al Azhar, Dr Mustafa Murad, juga kagum dengan wanita itu sehingga memasukkan kisah ini dalam bukunya Qashashush Shaalihiin. Kedua ulama tersebut tidaklah kagum kepada wanita itu karena kecantikannya. Mereka kagum karena agamanya.

Dan benarlah pesan Rasulullah: “Wanita itu dinikahi karena empat hal; karena hartanya, kedudukannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah karena agamanya, niscaya kamu akan beruntung.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Wanita yang baik agamanya, ketika ia kaya, ia tidak sombong. Ia justru dermawan, suka berinfaq dan mendukung perjuangan dakwah suami dengan hartanya.

Wanita yang baik agamanya, ketika ia memiliki kedudukan tinggi dan nasab yang mulia, ia tidak menghina orang lain. Ia justru menjadi wanita yang mulia dan menggunakan kedudukannya untuk membela kebenaran.

Wanita yang baik agamanya, ketika ia cantik, ia tidak membuat suaminya resah. Ia justru menjadi penghibur hati dan penyejuk mata bagi suaminya tercinta. Wallahu a’lam bish shawab. 


*************************************************************
Allah membuat perumpamaan bagi orang-orang kafir, isteri Nuh dan isteri Lut. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang soleh di antara hama-hamba Kami; lalu kedua isteri itu berkhianat kepada kedua suaminya, tetapi kedua suaminya itu tidak dapat membantu mereka sedikit pun dari (siksa) Allah; dan dikatakan (kepada kedua isteri itu), "Masuklah kamu berdua ke neraka bersama orang-orang yang masuk (neraka)". [66:10]

18.9.13

WW- BABI DALAM TEPUNG

Fuh! Lepas tengok video di bawah, betapa berbabinya tubuh kita sejak sekian lama. Memang ada kaitan makanan dan akhlak manusia.

Kredit kepada Ustazah Affiah Imran kesayangan dalam kumpulan whatsup jelitawan organik :D. Jom sama-sama segera bertukar kepada tepung yang tiada vitamin B yang meragukan seperti:

Yang ini kami pernah cuba. Bubut/kutu senang masuk mungkin asbab tiada pengawet/peluntur. Jadi, masuklah dalam peti sejuk langkah selamat. [sumber]

Yang ini ada di Bayt Al-Iman. Tiada vitamin B. Menurut sahabat-sahabat jelitawan organik, tepung ini buat kek pun inshaAllah menjadi!

4.7.13

MORSI DIGULINGKAN!

Isu panas hari ini dalam kumpulan Whatsup kami dan pastinya berita terpanas diseluruh dunia. Morsi digulingkan dan tentera telah mengambil alih kuasa 'darurat' sekarang sedang ditahan. Dahulu memang ada komplot untuk menjatuhkannya dan PM Morsi telah pun menukar ketua tentera yang baru. Nampaknya, berita melaporkan yang tentera yang dilantiknya juga BELOT!

Berita boleh diikuti DISINI dan DISINI.

Tuan suami balik lewat kerana mesyuarat terus sahaja bertanya, 'tahukah Morsi digulingkan?'. SEDIH katanya. Seluruh dunia menangisi situasi apa yang berlaku hari ini. Paling menyayat hati dan menginsafkan apabila, seorang senior di dalam kumpulan Whatsup kami, mengepilkan tulisan isteri Morsi.

Allahu! Bayangkanlah si isteri apabila tersedar malam tidak pernah melihat suaminya tidur tanpa tangisan. Saya betul-betul terpukul. Kita ummat Rasulullah SAW nanti berpecah kepada 73 puak di padang mahsyar, tetapi hanya SATU puak sahaja yang masuk syurga Allah. Terimalah kami ya Allah! T__T

Dari Abdullah bin Amr ra, katanya: Rasulullah saw bersabda: Demi sesungguhnya akan berlaku kepada umatku perkara-perkara yang betul-betul sama seperti apa yang telah berlaku kepada Bani Israil, sehingga jika ada diantara mereka orang yang berzina dengan ibunya dengan berterang-terang, nescaya akan ada dalam kalangan umatku orang yang melakukan perkara yang demikian; dan sesungguhnya kaum Bani Israil telah berpecah-belah kepada 72 puak, dan umatku pula akan berpecah-belah kepada 73 puak, semuanya akan dihumbankan dalam neraka kecuali satu puak sahaja...Sahabat-sahabat baginda bertanya: Siapa dia puak yang satu itu ya Rasulullah?...Baginda menjawab: Puak itu ialah puak yang tetap di atas jalanku dan jalan sahabat-sahabatku. (HR at-Tirmizi ) [sumber]

Saya berkira-kira sendiri. Mereka semuanya hebat berjuang dan dikurniakan SYAHID dan pastinya satu puak itu terisi dengan mereka yang mati syahid. Betapa ramainya yang mati syahid. Aku? Berjuang kepada makanan sahaja tidak mampu. Berjuang untuk bangkit malam mendoakan saudara-saudara kita yang tertindas pun kadang ya kadang tidak. Allahu! T__T

Dikongsikan dalam kumpulan Whatsup kami.

17.5.13

HADIS PALSU POTONG KUKU

Jumaat yang barakah! Allahukakbar! Allah gerakkan saya post tentang kebiasaan Jumaat saya dan anak-anak setiap hari Jumaat dan Allah jugalah gerakan insan-insan yang lebih 'alim untuk menegur berkenaan hadis palsu memotong kuku.


Saya terus menghubungi sahabat saya yang mana zaujnya merupakan penyarah hadis dan penulis buku 40 hadis palsu untuk kepastian. Adat manusia yang lemah seperti saya, sudah menulis barulah mahu membuat rujukan ;D. Maafkanlah hamba. Menurutnya, hadis yang sahih tentang amalan hari Jumaat adalah berkenaan mencukur bulu ketiak ;).

Sebelum itu, saya sempat juga google berkenaan hadis dhoif tersebut. Allah! Selama ini beramal dengan hadis dhoif rupanya T__T. Allah masih sayang dikirimkan saudara-saudara seislam untuk saling ingat dan berpesan-pesan.


Boleh google tentang soalan hadis palsu contohnya seperti di blog ummuabdullahsyakir.blogspot.com. Di penghujung Jumaat ini, saya mengucapkan terima kasih dan salam ukhuwwah fillah buat Puan Nihlah yang sudi menegur kerana ianya bukan sahaja bermanfaat buat saya tetapi mungkin ada pembaca blog BAi yang tidak tahu tentang ini. Moga saham jariah terus mengalir selagi mana orang-orang lain mendapat ilmu daripadanya serta beramal dengan hadis-hadis soheh inshaAllah!

Pemberitahuan: Untuk mengelakkan kekeliruan, entry sebelum ini saya mansuhkan ;).

19.3.13

LAHAD DATU VERSI MONGGOL (7)

Semalam Allah kirimkan Qutuz untuk merubah nasib Islam. Hari ini kita masih tertunggu-tunggu saat semua ummat Islam bersatu, tiada perselisihan, tiada pergeseran pendapat antara kita. Tiada dengki-mendengki dan fitnah memfitnah. Menarik untuk dikongsikan perbualan saya dan ayahanda Muhammad dan Abdullah ketika merapikan pakaian semalam. Kerja menggosok sampai pencen :D. Seminit yang mendatang input.

Rasulullah SAW berkata kepada Abdullah Amr' sambil menunjukkan pintu, 'orang yang akan masuk ini adalah ahli syurga'. Orang yang masuk itu terlihat basah dengan air wuduk. Tiada yang istimewa kerana dia sendiri juga sentiasa berwuduk. Esoknya lagi, Rasulullah SAW bersabda, 'orang yang akan masuk ini adalah ahli syurga'. Maka masuklah orang yang sama. Tiada yang berubah. Masih basah dengan wuduk. Masuk kali ketiga Abdullah Amr' tidak keruan ingin mengetahui apakah sifat yang ada pada orang tersebut sehingga Rasulullah SAW memanggilnya ahli syurga. Maka, bermalamlah Abdullah Amr di rumah ahli syurga tadi.

Sekali lagi tiada apa yang istimewa. Tidak juga bangun malam. Ahli syurga ini hanya bergerak mengalih tempat tidur sambil berkata 'Allahuakbar' jika saya tidak silap dengar Abu Muhammad semalam. Kemudian, ahli syurga ini sambung semula tidur dan hanya sedar seketika sebelum azan Subuh. Beliau bangun dan bersedia untuk solat berjemaah Subuh.

Maka, Abdullah Amr' menyatakan yang Rasulullah SAW mengatakan yang dia seorang ahli syurga tetapi Abdullah Amr' tidak nampak pun apa-apa amalan ahli syurga malah dia sendiri seorang yang bangun solat malam. Sebelum Abdullah Amr' berlalu pergi, ahli syurga ini mengatakan yang dalam hidupnya, dia tidak pernah rasa DENGKI, DENDAM dengan orang lain. Dia bersangka baik dengan semua orang.


Lihatlah, Abdullah Amr' sahabat rasulullah SAW pun masih belajar memperbaiki hati, apatah lagi kita yang jauh dengan Rasulullah SAW. Hanya sunnah dan ajaran Baginda yang membuatkan kita akan sentiasa dekat dengan Baginda. Bayangkanlah Rasulullah SAW menyambut kita dengan senyuman yang menampakkan barisan giginya yang sempurna sambil tangan berdepa untuk memberikan syafaatnya ketika semua orang berlari-lari mencarinya untuk mempercepatkan hisab. Allah! Dimanakah kita dalam mengamalkan sunnah Baginda T__T.

Kembali kepada saki baki Monggol yang ada. Mungkin kita tidak pernah terbayangkan orang Monggol yang dahulunya merupakan musuh kuat orang Islam akhirnya tunduk kepada kepercayaan penduduk negara yang mereka tawan. Ramai pemimpin dan bangsawan Monggol yang kembali kepada Islam tidak berapa lama setelah kejatuhan Baghdad. Diikuti oleh sebahagian besar mereka yang berada di bawah wilayah Islam yanh sebelum ini mereka adalah pengganut agama Budhisme dan Syamanisme.

BARKHA KHAN iaitu cucu GENGHIS KHAN yang berpengkalan di lembah Wolga telah memeluk Islam berbondong-bondong bersama pengikutnya di sana. Barkha juga telah mengirimkan tenteranya untuk membantu BAIBRAS di Mesir yang sedang bertempur dengan HULAGU KHAN dan tentera salib. Semenjak kekalahan tentera Hulagu di Ain Jalut, Islam berkembang dengan begitu pesat.

Sultan GHAZAN iaitu berketurunan Monggol mengarahkan tenteranya untuk meruntuhkan segala kuil budha, gereja sama seperti sejarah zaman Nabi Ibrahim as yang menghancurkan berhala-berhala di sekitar kaabah dengan kapaknya. Kemudian GHAZAN mendirikan semula masjid dan madrasah iaitu tempat asalnya yang dihancurkan HULAGU dahulu.

Allahuakbar! Akhirnya syariat Islam kembali berdaulat. Undang-undang kerajaan liberal telah digantikan dengan undang-undang Islam. Amir-amir daripada Monggol mula memakai pakaian sunnah kebanggaan Rasulullah SAW iaitu jubah, serban dan membuang semua pakaian adat tok nenek moyang mereka.

Begitulah susunan Allah. Sunnatullah pergiliran yang Allah tentukan. Dahulu Islam tertegak kukuh di zaman pemerintahan bani Abbas (era abbasiyyah) dan apabila mereka telah lalai dengan kemewahan material, Allah gantikan mereka dengan bani Uthman (era turki uthmaniyyah). Bani Uthman berdi teguh sebelum runtuh dek perihal yang sama. Itulah sunnatullah pergiliran. Allah akan gantikan pimpinan yang lemah kepada pimpinan yang lebih dominan.

Begitulah pentingnya seorang pimpinan. Maka, sebagai seorang Islam yang hanya mengharap redho Rabb, kita wajib memilih pemimpin yang mana rakyat bukan ketakutan kerana dirinya tetapi rakyat di bawahnya hanya takut kepada ALLAH! Selagi mana pimimpin sebegini tidak diangkat, selagi itu kita masih menanggung dosa berpanjangan kerana semua sistem yang islami tidak tertegak sehinggalah sistem kekhalifahan wujud kembali.

Ini kerana pemimpin yang baik, segala peri lakunya hanya akan nampak pembalasan di akhirat sana. Sifat ehsan! Buat sesuatu sentiasa berwaspada kerana adanya Allah sebagaimana pimpinan kita terdahulu. Lihat sahaja Umar, Salahuddin, Fateh dan Qutuz! Belajarlah sejarah kita yang hebat ;). Wallahu'alam.

18.3.13

LAHAD DATU VERSI MONGGOL (6) QUTUZ & AIN JALUT

LAHAD DATU VERSI MONGGOL (1)
LAHAD DATU VERSI MONGGOL (2)
LAHAD DATU VERSI MONGGOL (3)
LAHAD DATU VERSI MONGGOL (4)
LAHAD DATU VERSI MONGGOL (5) BANDINGKAN!

Saifuddin Qutuz! Nama yang sangat cantik untuk dinamakan kepada bakal-bakal mujahid anda kerana empunya nama ini sungguh hebat! Siapakah beliau? :). In shaa Allah sambung lagi kes Lahad Datu Versi Monggol kita ;). Di entry LDVM (4) ada menyatakan tentang kejatuhan Baghdad dengan dahsyatnya hasil sepasang tangan pengkhianat yang rela menggadaikan negaranya demi al-hawanya sendiri. Panggil musuh buat kerosakkan sehingga tergadai negara asalkan dendamnya terbalas yang mana akhirnya terkorban mungkin asbab 'karma'.

Baiklah, Islam itu akan sentiasa dijaga oleh PEMILIKNYA sebagaimana DIA menjaga Al-Quran sehingga relevan sampai kiamat. Apa yang terjadi ketika jatuhnya Islam sebagaimana hari ini adalah sunnatullah ketentuan Allah untuk kita belajar dan bersatu! Jadi, Allah kirimkan Qutuz menaiki takhta di bumi Ribath, Mesir setelah lebih 40 tahun Tartar bersuka ria dengan al-hawa di bumi Islam. Pembesar Mesir ketakutan apabila menerima suray ancaman Hulago. Dengan itu, Qutuz berusaha gigih untuk islah (pembaikan) muslimin-muslimin yang sangat takut kepada Tartar yang akhirnya ramai yang lari ke negera-negara berhampiran. Yang tinggal hanya saff barisan muslimin yang sudah ditapis untuk meneruskan jihad membebaskan Islam.

Qutuz membahagikan tenteranya kepada 2 bahagian. Pasukan pertama iaitu barisan hadapan terdiri daripada panglima yang handal dan pasukan kedua bergerak perlahan di belakangnya. Mereka bergerak  sangat pantas sebagai strategi peperangan menumbangkan Tartar di Palestin wakaupun panas bahang. Allahuakbar! Kemenangan berpihak kepada kita di bumi Gaza!

Tahukah anda perihal PEPERANGAN AIN JALUT? Ianya familiar tetapi apakah dia? Ain Jalut adalah nama suatu tempat yang dekat dengan Gaza. Selepas kita menang di Gaza, Ain Jalut dipilih disebabkan kedudukannya yang sesuai untuk strategi peperangan. Kawasannya luas dan dilindungi bukit bukau, pokok disekitarnya kecuali di bahagian utara. Kita menjangkakan yang Tartar akan melalui utara ini untuk masuk ke kawasan peperangan.


Adat kebiasaan insan-insan hebat adalah tidak pernah putus berdoa, bangun malam bermunajat untuk memohon pertolongan Allah. Begitu juga Qutuz dan para tententaranya yang sangat berkualiti tinggi di zamannya ini. Pertolongan Allah sesungguhnya ada akan datang dengan pelbagai rupa dan gaya. Penduduk kampung di situ datang menghulurkan bantuan buat tentera-tentera kita.

Jadi, pemimpin Tartar ketika itu bernama KATABGHA dan bala tenteranya tiba di utara Ain Jalut seperti yand diandaikan kerana di situ sahaja punya jalan ketika hujung Ramadhan 658H. Tentera kita yang diletakkan di utara adalah di bawah pimpinan BAIBRAS. Baibras membahagikan pasukannya yang berada di utara kepada katibah-katibah. Setiap katibah ini memakai warna yang berbeza hatta kuda, senjata, khemah, kesemuanya untuk membezakan antara katibah.

Dengan menggunakan tektik peperangan inspirasi zaman khalifah Umar Al-Khattab untuk membuka Parsi, tentera Islam di bawah pimpinan Qutuz seolah-olah berundur dan kemudian menyerang bersama tentera-tentera yang bersembunyi. Musuh yang tidak menyangka, akan kelam-kabut dan barisan pertahanan mereka menjadi kucar-kacir.

Qutuz yang memerhati keadaan muslimin yang getir dari atas bukit segera turun ke medan perang untuk bersama-sama berlawan dan meniupkan semangat jihad. Kita perlu faham, salah satu adat berperang, kita perlu sentiasa melindungi ketua kerana matinya ketua bermaksud, pasukan mereka kalah! Jadi, semangat jihad yang ditunjukkan Qutuz melalui kepimpinan melalui tauladan telah menyebabkan JAMALUDIN AQUASY AS-SYAM telah terbakar! Terbakar semangat jihadnya sehingga mampu merempuh dan berada di tengah-tengah tentera musuh yang mana di tengahnya itu ada Katabgha. Jamaludin kemudiannya memenggal kepala Katabgha sehingga terpisah daripada badannya.

Musuh ketakutan dan berlaru keluar melalui utara Ain Jalut, tempat mereka masuk tadi. Tartar dikepung tentera islam tetapu dapat dipecahkan tentera Tartar dan mereka berlari ke Bisan yang akhirnya kemenangan berpihak kepada kita iaitu Islam. Qutuz bersama pasukan tentera yang dihebatkan Allah ini hanya mengambil 10 bulan untuk melumpuhkan Tartar yang bermaharajalela lebih 40 tahun! Allahukbar! Apakah terjadi kepada saki baki pengganas Sulu Monggol? In shaa Allah nantikan episod terkakhir esok :D.

14.2.12

INSYIRAH LUKA RINGAN

Muhammad hebat yang diredhoi Allah dan Rasul ;)
Pagi tadi hujan renyai-renyai ketika ibu keluar dari BAi sekitar jam 640 pagi semalam. Singgah dirumah ummi dan abah Muhammad untuk menghantar Muhammad sebelum meneruskan perjalanan seperti biasa. Hujan mula turun dengan lebat dijalan kampung berdekatan. Ibu teringatkan ayah yang menunggang muradnya ke tempat kerja. Ibu segera mencari bahu jalan yang lapang untuk memberhentikan insyirah sebelum menelefon  ayah mengajak untuk keluar sekalian dan ibu akan menghantarnya dahulu. Ayah berkeras untuk pergi sendiri seperti biasa.

Ibu memandu dengan kelajuan 30km/j kerana hujan semakin lebat disamping urat kaki ibu yang agak ketegangan. Sampai di simpang empat jalan berhadapan kawasan perumahan yang tidak memerlukan ibu berhenti, ibu dengan yakinnya melintas simpang empat berkenaan tanpa perasan ada sebuah motor dari arah simpang sebelah kanan. Apek yang lengkap dengan perkakasan untuk menyembur racun mungkin dikebunnya. Terkejut dengan lintasan apek tadi, ibu segera menekan brek tetapi apek tadi tetap ibu langgar.

Alhamdulillah takdir ibu pagi tadi masih baik kerana ibu memandu dengan halaju 30km/j. Apek tadi juga sama brek dan berhenti mengukuhkan 2 kakinya. Jadi, apek tersebut tidak jatuh dari motornya. Dalam keadaan hujan dan suasana pagi yang masih gelap, ibu segera melepasi simpang empat berkenaan dan berhenti ditepi jalan. Apek berkenaan juga mengekori ibu dari belakang. Apa yang ibu bersyukur, dalam kekalutan itu Allah gerakkan kaki ibu menekan brek, andai menekan minyak? Minta dijauhkan.

Ibu bertanya kenapa apek melintas sedangkan jalannya memerlukannya berhenti dan ibu sendiri memang tidak perasaan langsung kelibatnya. Apek tersebut dengan senyum-senyum dan ibu sendiri tidak tahu dia faham atau tidak bahasa melayu. Penghabisannya, ibu juga tidak mahu memanjangkan cerita, kami sama-sama beredar memandangkan hujan yang semakin lebat. Mujur motor dan apek berkenaan tiada apa-apa. Ibu hanya sempat melihat kecederaan insyirah semasa berhenti membeli makanan dalam keadaan hujan lebat. Luka ringan. Calar-calar dan nombor di plat pecah dan tertanggal. Pagi tadi pula ketika menghidupkan enjin, suara insyirah sedikit keras. Mungkin renggangan bahagian hadapan.

Pelanggaran yang tidak kuat juga mengakibatkan calar dan beberapa bahagian insyirah kemek. Bedak merah yang biasa menghiasi pipi insyirah ketika hari hujan :).

Sebenarnya ibu boleh sahaja meminta ganti rugi kerana apek tersebut yang patut memberhentikan motornya. Bak kata ayah cuba mereka yang berada ditempat kita, pasti dimintanya ganti rugi. Nenek pula berkata jangan mengharap orang yang menjaga kita walaupun kita berada ditempat yang betul. Kesimpulannya, sama ada kita pelaku kesalahan ataupun tidak, keduanya berpotensi. Tawakkal sahajalah kepada kepada Allah.

Petang semalam juga ibu ke klinik untuk pemeriksaan berkala dan selepas itu Allah izinkan kita ziarah tahfiz medik untuk diognis sifat dan karektor Muhammad serta cara berkesan dalam mendidik berpandukan sifat dan karektor. Sebenarnya, sejak tahun lepas lagi sepatutnya Muhammad sudah di diognis tetapi baru semalam Allah izinkan semua berlaku. Menarik untuk ibu abadikan di blog kita ini supaya suatu masa Muhammad boleh membacanya apabila dewasa insyaAllah. InsyaAllah di tulisan ibu yang seterusnya dengan izin Allah.

Setakat hari ini, kenderaan kita berkaki empat hanya ada sebuah. Memang mempunyai 2 kereta menjadi keperluan ibu ayah yang bekerja pada hari ini namun untuk kes kita, masih belum terdesak untuk menambah bebanan pembelajaan kereta kedua kerana ibu dan ayah masih boleh mengurus dengan apa yang ada setakat hari ini pasti dengan izin Allah. Pernah juga ibu dan ayah berbincang untuk kereta kedua yang lebih luas mengenangkan insyirah kita pernah masuk hospital sebulan lamanya dan kasihan untuk menyusahkan orang lain. Namun, ibu dan ayah tangguhkan lagi kerana mendahulukan yang lebih perlu dari menambah kenderaan buat masa sekarang. InsyaAllah ada dua perkara besar yang sedang kita nanti-nantikan insyaAllah dengan izin Allah ;).

Alhamdulillah masih dipinjamkan usia untuk menulis disini dan bertemu rakan-rakan maya ;). Asbab doa menaiki kenderaan yang ibu tidak pernah terlupa insyaAllah Allah masih sayang pada ibu. Ketika kejadian tersebut juga, ibu sedang membaca surah An-nas iaitu sebahagian zikir pagi al-mathurat. Tazkirah subuh daripada Allah, betapa kita setiap saat sentiasa diekori oleh kematian. Tanah sentiasa menyeru kita. Mengenangkan semula usia yang entah habis sia-sia, gerun dan takut andai segala amalan kita tidak diterima sebagai ibadah. Wal iyya dzubillah! Ya Allah, mudahkanlah kami dengan berkat insyirah kecil kami.

18.1.12

GENAP SEBULAN BERNIKAH

Pagi tadi saya menerima mesej mengejut yang tertulis seorang rakan semasa di tingkatan 1 sekolah menengah dahulu yang baru bernikah genap sebulan yang lalu telah meninggalkan bumi sementara ini ke tempat jaminan hakiki. Apa yang mengharukan arwah baharu mendirikan baitul muslimnya 17 Disember lalu dan pada 17 Januari semalam iaitu genap sebulan, arwah meninggal. Selama 4 minggu bergelar suami, 2 minggu daripadanya dihabiskan di atas katil di wad ICU kerana koma akibat kemalangan sebelum Allah menjemputnya kembali. Cerita sebenarnya saya kurang pasti. Apa yang saya tahu arwah kemalangan setelah menghantar isterinya.

Sebelum ini, tamat sahaja kuliah 5 setengah tahun pada tahun 2009, saya dikejutkan kakak kepada kawan sekuliah saya yang kematian suaminya setelah 5 bulan bernikah jika saya tidak silap. Kematian suami diawal usia perkahwinan yang merupakan saat-saat bulan madu merupakan tamparan emosi yang bukan sedikit. Walau saya cuba meletakkan diri ditempat wanita-wanita kuat ini, namun ianya tetap tidak mampu menyamai emosi yang ditanggung mereka dan saya yakin arwah suami mereka tiada galang gantinya. Begitulah kesetiaannya seorang manusia yang bergelar wanita. Fitrah kurniaan Allah yang berbeza dibandingkan dengan dengan lelaki.

Tiba-tiba saya merasa saya sudah tersangat tua. Sesungguhnya kematian tidak mengenal muda atau tua. Kita juga tidak akan tahu takdir walau sedetik kehadapan yang tertulis untuk kita. Memikikan kematian, menimbulkan insaf yang betapa setiap yang ada adalah pinjaman belaka. Tidak lebih dari itu. Semoga Allah memberkati usia kita dengan melorongkan jalan-jalan yang sentiasa mendekatkan kita dengan redhoNya insyaAllah. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang bertaqwa. Tidak sangka apabila saya cuba google nama arwah sebentar tadi, Allah mempertemukan saya dengan blognya disini. Al-Fatihah buat Mohd. Fikri Bin Ismail!

22.12.11

TERLAMBAT 15 MINIT

Alhamdulillah Allah mudahkan urusan seharian kami di kampung moyang Muhammad semalam. InsyaAllah semua telah lengkap untuk kami 4 beranak. Sebenarnya kami juga menemani nenek Muhammad ke hospital pakar berdekatan untuk menziarahi kawan nenek Muhammad yang juga guru sains saya semasa di tahun 5 sekolah rendah. Kami sampai lebih kurang 3.05 petang dan kawan nenek Muhammad telah kembali di dunia hakiki pada jam 2.50 petang, kira-kira 15 minit sebelum kami sampai. Perjanjian di alam rohnya telah tertulis sejak 4 bulan di alam rahim ibunya. Kita juga akan menuju ke destinasi yang sama, cuma masanya kita tidak tahu.

Kami terlambat 15 minit sebelum arwah pergi meninggalkan dunia.
(gambar ehsan: google)


Arwah cikgu saya ini dikurniakan 2 anak lelaki yang sudah besar. Seorang di universiti tenaga nasional dan seorang lagi masih di sekolah menengah. Menitis air mata saya melihat anak bongsunya membacakan yasin di depan bilik ICU setelah ibunya pergi. Suami dan anak sulungnya di surau. Terbayangkan apabila diri sendiri berada ditempatnya. Kehilangan barang pinjaman. Saya kembali bermuhasabah. Ramainya anak lelaki mahupun anak perempuan kurniaan Allah buat satu-satu pasangan pasti punya hikmah yang besar. Sebagai contoh, arwah cikgu saya telah menjalani dialisis setelah ketiadaan buah pinggangnya selama 2,3 tahun jika saya tidak silap. Mungkin 2 orang anak lelakinya inilah sebagai pembantunya. Mungkin anak perempuan tidak sekuat kudrat yang dipunyai anak lelaki. Begitu juga jika dikurniakan anak perempuan yang ramai, pasti ada yang Allah sediakan di depan sana. Betapa sayangnya Allah pada kita. Cantiknya rancanganNya. Pentingnya sebuah keredhoan dan bersangka baik terhadap Allah.

Begitu juga perancangan Allah untuk hamba-hambaNya yang berkahwin awal mahupun lambat. Saya tertarik dengan kata-kata seorang sister apabila mengetahui saya sudah berkahwin dan mengandungkan Muhammad diusia muda untuk zaman sekarang. Allah pilih dia berkahwin awal kerana Allah Tahu yang dia mampu memikul tugasan sebagai isteri diusia awal dan kita belum berkahwin kerana Allah Tahu yang kita belum mampu memikul tanggungjawab berumahtangga. Jawapan ringkas tetapi signifikan meminjam kata-kata popular Prof. MuhdKamil. Begitu juga pasangan-pasangan yang belum diberikan zuriat. Allah Maha Tahu masa yang lebih sesuai yang mana kesediaan kita ditahap paling maksimum insyaAllah! Berdoa, berusaha dan seterusnya penyerahan yang tidak berbelah bahagi kepada Allah.

Kematian itu sesungguhnya menerbitkan keinsafan. Betapa sebagai insan bernama manusia, apa sangat yang kita kejarkan hidup di dunia kerana dunia yang abadi bukan di sini. Dunia ini hanya tempat mengumpul bekalan dan perjalanan kehidupan ini adalah sebuah kembara menuju ke dunia yang hakiki di sana. Terbayang-bayang duduk di dalam perut tanah seorang diri. Betapa banyaknya dosa-dosa. Bayangkan kita berada di atas kubur di waktu malam seorang diri, betapa takutnya kita sedangkan kita masih lagi boleh kembali ke rumah pada saat itu. Apalah nasib kita di dalam sana, susah, derita, sengsara dan bermacam lagi ketakutan yang perlu ditempuhi. Kita di bawah sana sudah tidak boleh kembali lagi! Semoga kematian kita dapat dirancang sebaik mungkin supaya kita kembali dalam keadaan aqidah yang sejahtera insyaAllah! Al-Fatihah buat allayarhamah Puan Halimah Bt Abdullah!

18.11.11

PILIHAN & PERUBAHAN

Segala apa pun yang ada pada kita semuanya milik Allah. Semuanya Allah memberi kita pinjam sahaja. Hanya satu sahaja milik kita sebagai hamba iaitu PILIHAN. Ayat yang memberi bekas di hati saya semalam apabila berkumpul bersama adik-beradik 'keluarga kecil' saya. Semalam lebih kepada liqo' perpisahan kerana naqibah saya akan berpindah. Seorang dari adik-beradik kami telah berhijrah kerana tuntutan kerja dan bilangan kami semakin kecil. Mudah-mudahan Allah tsabatkan kami di atas jalan keyakinan ini insyaAllah.

PILIHAN
Menyentuh mengenai PILIHAN, sesungguhnya hidayah dan taufik itu milik Allah. Allah pilih siapa sahaja yang dikehendakiNya untuk melalui proses penghijrahan. Hidayah dan taufik Allah ini ada sahaja, terpulanglah kepada hati kita untuk membuat PILIHAN. Fitrah manusia itu adalah di dalam kebaikkan. Jadi, apabila masuk sesuatu yang tidak baik, maka ianya berlawanan dengan fitrah insaniah yang Allah bekalkan. Disinilah dinamakan PILIHAN. Hati membuat pilihan sama ada mahu menjadi baik ataupun sebaliknya. Berubah ataupun statik sampai mati.

Hijrah Artis
Kebanjiran penghijrahan golongan-golongan artis membuat saya kagum dengan perubahan yang amat drastik pada saya. Jelas sesungguhnya mereka adalah insan-insan pilihan Allah. Jujur saya katakan, saya bukanlah seseorang yang mengikuti perkembangan artis. Saya biasa dengar kisah-kisah mereka apabila pulang ke rumah nenek Muhammad. Tambahan informasi apabila saya mengaitkan entry-entry di dashboard. Jadi, saya banyak terdedah berkenaan info-info terkini di internet. Kebiasaan orang yang membaca suratkhabar dan menonton televisyen akan punya pandangan yang kontra dengan orang yang membaca pelbagai akhbar maya dan menonton video-video di internet. Keadaan penceritaan juga akan menjadi sebaliknya kerana bahan bacaan kita berbeza.

Wardina Safiyyah
Seorang artis yang saya begitu teruja dengan penghijrahannya adalah ukhti Wardina Safiyyah. Saya ada menonton rakaman tentang penghijrahannya walaupun tidak habis, jelas doa seorang ibu memainkan peranan yang besar dalam hidup anaknya. Lambat atau cepat sahaja untuk ditunaikan kerana memakbulkan doa-doa itu adalah urusan Allah. Kita dapat lihat dari seorang artis dengan imej 'spanar jaya' membuat PILIHAN asbab taufik dan hidayah Allah. Dia bangkit dan bangun dan saya kagum dengan kegigihannya. Pastinya dia tidak mahu anak-anaknya mengikut jejak langkahnya yang dulu. Lihatlah betapa mahalnya harga sebuah perubahan. Sinonim dengan ayat, berubahlah nescaya sekeliling kita juga akan berubah.

Irma Hasmie
Lagi artis yang berubah ialah ukhti Irma Hasmie. Jelas yang saya nampak, apabila hidayah Alalh mula menerpa, insan-insan ini pasti mendekati golongan-golongan yang punya kesedaran agama yang tinggi. InsyaAllah ditekankan, saya memandang mereka sebagai manusia yang sentiasa melalui pembaikkan dan pastinya ada cacat celanya dimana-mana kerana kita manusia biasa yang tidak sempurna. Hijrahnya bermula sebaik pulang dari menunaikan umrah. Alalh menyentuhnya dengan azab akhirat dan dia tersentuh dengan tazkirah Allah sedangkan kita? Perihal kematian seolah-olah lalu sahaja di dalam hati tanpa sempat meninggalkan bekas.

Gelap vs Terang
Banyak lagi artis yang memang tampak begitu berubah dan kebanykkannya meninggalkan dunia artis secara keseluruhannya. Tidak ada lagi lakonan. Tidak ada lagi nyanyian bagi yang perempuan. Ukhti Norkumalasari, Subhanallah! Hebatnya dia! Kekuatan yang bukan sedikit. Akhi Azmil Mustafa, Bob Lokman, Iwan dangdut dan ramai lagi. Saya hanya mampu menulis nama-nama yang saya dan ingat rupa mereka. Semuanya yang telah melalui suatu kehidupan yang 'gelap', pasti merasai nikmat sebuah kehidupan yang 'terang'. Manisnya sebuah PILIHAN iman dan ujian yang dilalui mereka bukan calang-calang. Masakan Allah tidak akan menguji keimanan kita. Ujian adalah bukti kasih sayangNya untuk meningkatkan darjat kita disisiNya insyaAllah!

PILIHAN mereka. Subhanallah!

Kisah Gelang Sham Kamikaze
Seorang artis lelaki yang saya mengikuti ceritanya adalah Akhi Sham Kamikaze. Siapa yang tidak kenal dengan imejnya yang bersubang, berantai, bertindik dan sebagainya. Saya difahamkan hidayah Allah itu menerjah ketika dia ditegur oleh imam Mekah Sheikh Sudais ketika lawatannya ke Malaysia. Disitulah segalanya bermula apabila dia merasakan dirinya bukan siapa-siapa tetapi Sheikh menegurnya. Bermula dari situ, dia berubah 360 darjah pada pengamatan saya. Saya amat tertarik dengan kisah gelangnya. Dia berkata, jangankan gelang, seurat benang pun haram dipakai oleh lelaki. Subhanallah! Jelaslah iman itu datang diikuti ilmu sesuai dengan dakwah Rasulullah SAW yang menanamkan aqidah dikalangan penduduk Mekah selama 13 tahun lamanya berbanding 10 tahun di Madinah. Aqidah adalah  yang terpenting!

Prof. Kamil
Seorang lagi insan yang cukup saya kagumi adalah Prof. Kamil, travelog haji dan dia bukan artis tetapi sekarang levelnya sudah menyamai selebriti ;). Subhanallah! Dikala membaca entry-entry beliau ditanah suci sana, beliau tidak lekang dengan pujian dan keistimewaan isterinya. Betapa beliau begitu menghargai isterinya. Beliau percaya perubahannya sehingga hari ini adalah berkat doa isterinya yang tidak pernah putus. Saya pernah mengikuti kisahnya ketika ditemuramah di radio IKIM.fm. Kisah-kisah hidupnya ada ditulis dengan details dan saya membacanya denga hati yang gembira dan seolah-olah dapat berkongsi rasa kasih sayang tersebut. Pernah satu entrynya berkenaan cam. Diceritakan disana, semuanya berpurdah namun si suami masih mengenali isteri masing-masing. Tidaklah tertukar. Jadi Prof. memanggil dengan satu nama yang tidak disukai isterinya dan isterinya menoleh marah dengan panggilan tersebut. Saya yang membacanya turut tersenyum dengan kenakalan Prof. kepada isterinya. Tiada apa yang mengaibkan tetapi hati turut riang dengan kebahagiaan itu ;). Saya percaya apa yang ditulisnya bukanlah untuk menunjuk-nunjuk bermegah diri, namun insyaAllah itu adalah usaha dakwahnya dan pada saya ianya tidak menyalahi syariat kerana nilaian tugasan kita adalah berbeza. Keupayaan dan kebolehan kita juga pelbagai. Jadi, tiada yang salah dan tiada yang betul apabila kita sama-sama menghormati dan menghargai kelebihan dan kekuarangan masing-masing.

La Tahzan!
La tahzan! Janganlah kita bersedih apabila dilahirkan ditengah-tengah keluarga yang tidak mengamalkan kehidupan beragama dengan sesungguhnya kerana percayalah iman atas kasih sayang Allah yang datang bukan daripada warisan, kemanisannya sukar untuk diterjemahkan. Ianya luhur dari hati. Apabila sekali ianya datang, insyaAllah tidak mungkin kita akan melepaskannya pergi andai iman itu dasarnya dari hati yang mencintai Allah dan bukan sebab yang lain. Berubahlah dengan kadar segera andai 'rasa takut' itu hadir dan jangan membiarkan 'dia' berlalu pergi begitu sahaja kerana takut ianya tidak sudi menjengah kita lagi.

Hidayah itu sesungguhnya milik Allah tetapi kita mempunyai PILIHAN untuk meraih, mencari hidayah tersebut. Teruskan dengan perubahan kerana sebagai manusia kita tidak akan pernah untuk sempurna. apabila menyebut perihal perubahan, ianya tentu sekali tidak lari dari nikmat ujian yang pelbagai terutamanya apabila mahu merintis jalan ke arah perubahan. Mudah-mudahan Allah kekalkan nikmat iman dan islam sehingga kita berjaya melihat Allah disyurga sana insyaAlalh! 

Mereka-mereka yang saya sebutkan diatas sudah menikmati kemanisan iman, kita bila lagi?

22.10.11

PERKAITAN BULAN HAJI

Alhamdulillah semalam petang ada lagi ilmu baru yang saya perolehi melalui gethering adik-beradik keluarga kecil kami. Minggu sudah, saya ada sertakan ilmu-ilmu yang masih terakam kemas di dalam hati di entry PERKONGSIAN. Alhamdulillah minggu ini kami diizinkan Allah untuk mengurai berkenaan isu semasa dunia dan sedikit perkaitan sirah Rasulullah SAW dengan dunia hari ini.

Surah Al-Kahfi
Semalam majlis dibuka dengan menyambung tadabbur surah al-kahf. Surah al-kahf adalah surah yang dianjurkan Rasulullah SAW dibaca pada malam Jumaat. Sekiranya tidak mampu untuk menghabiskannya pada satu malam, maka ianya boleh dibaca pada keseluruhan jumaat iaitu setiap kali selepas solat sehingga tamat. Dari Ali r.a berkata: Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya. (Tafsir Ibnu Kathir). InsyaAllah mari sama-sama mengamalkan membaca surah al-kahfi pada malam jumaat menggantikan bacaan surah yasin insyaAllah!

Doa Makan
Kemudian, sedikit tazkirah disampaikan oleh salah seorang daripada kami berkenaan doa. Apa yang menariknya disini yang dikupas oleh naqibah kami kemudiannya, adalah berkenaan doa makan. Nampak seperti remeh namun hakikat penciptaan yang dikaji oleh orang-orang pilihan Allah membuktikan segala kejadian sangat menakjubkan. Subhanallah! Rupa-rupanya, kita perlu membaca doa makan ketika perjalanan menuju ke tempat makan. Bukannya sudah pilih dan ambil segala lauk, barulah membaca doa makan. Apabila dikaji, doa makan yang dibaca sebelum memilih makanan membantu dengan izin Allah membangkit selera ketika itu. Ianya juga membantu seseorang mengambil makanan mengikut keperluan supaya mendapat keberkatan daripada makanan dan tidak membazir dibuang-buang. Oleh itu, mulai hari ini ketika menuju ketempat makanan, fokuskan hati berdoa kepada Allah untuk membantu kita memilih makanan yang bukan sahaja halal tetapi toyyib serta untuk mengelak pembaziran dan mengundang keberkatan rezeki insyaAllah!

Ghazwah Al-Huidaibiyyah
Bertepatan dengan bulan haji, ghazwah al-hudaibiyyah adalah rentetan peristiwa yang mana Rasulullah SAW bersama 1500 umat islam menuju ke mekah untuk menunaikan umrah setelah 6 tahun tidak dibenarkan berbuat demikian. Rasulullah telah memakai ihram jauh sebelum sampai ke mekah dan hanya berbekalkan senjata orang mengembara iaitu pedang bersarung supaya Quraisy mengetahui yang mereka mahu menunaikan umrah dan bukan berperang. Walaupun beberapa orang wakil Quraisy pergi bertemu Rasulullah SAW untuk mengesahkan berita tersebut, pihak Quraisy mekah enggan mempercayai. Setelah sampai di suatu tempat yang bernama Hudaibiyyah yang begitu hampir dengan kota mekah, tercetusnya khabar angin yang Uthman Bin Affan mati dibunuh setelah bertemu dan berunding dengan pihak Quraisy Mekah. Hal demikian membimbangkan Rasulullah SAW dan bersedia untuk berperang dan mereka berbaiah (berjanji) dibawah sebuah pokok. Quraisy Mekah takut dan menganjak mentemarai persetujuan damai bersyarat. Syaratnya, orang islam yang masuk ke Mekah tidak akan dipulangkan kepada Rasulullah SAW tetapi orang Quraisy yang pergi kepada Rasulullah SAW perlu dipulangkan kepada mereka. Syarat ini ditentang keras terutama Umar al-Khatab tetapi Rasulullah SAW dengan bantuan wahyu Allah menerima keputusan Quraisy mekah dengan berlapang dada.

1:1000
Sebenarnya, peperangan al-hudaibiyyah ini adalah signifikan dengan pembukaan kota mekah. Apabila difikirkan semula, ianya pasti menambahkan penduduk mekah yang beragama Islam. Hebat bukan perancangan Allah? Jadi, sejarah ini adalah sunnatullah yang sentiasa berulang dan akan terus berulang. Isu semasa baru-baru ini adalah pertukaran 1000 saudara Palestin kita termasuk wanita-wanita yang salah seorangnya ada kepakaran dalam ketenteraan kita yang dipenjara berpuluh tahun oleh rejim zionis dengan seorang yahudi bernama Sersan Gilad Shalit yang baru hanya dipenjarakan 5 tahun yang merupakan orang penting dalam ketenteraan yahudi. Kecanggihan alat kawalan yahudi laknatullah tidak mampu mengatasi kekuasaan Allah. Yahudi tidak dapat mengesan dimana si laknatullah ini disembunyikan oleh tentera hamas selama 5 tahun. 1000 orang saudara palestin kita pula tidak dilepaskan serentak disebuah kawasan tetapi disetiap pepenjuru palestin. Berita lanjut baca disini atau google sahaja. Jadi, ianya sedikit sebanyak mempunyai kesamaan dengan peperangan al-hudaibiyyah. InsyaAllah ianya bakal meramaikan ummat islam di palestin.

Ajar Anak Benci Zionis
Lagi fakta menarik berkenaan Yahudi, anak-anak mereka semenjak kecil telah diajar untuk membunuh orang islam, kerana itu, mereka membunuh rakyat Palestin umpama manusia yang mati perasaan dan digelar BORN TO KILL! Bayangkan anak-anak sebesar Muhammad, ditanamkan dengan menunjuk setiap orang islam adalah untuk dibunuh. Ummat islam umpama anjing kurang dimata mereka yang patut dibunuh. Oleh sebab itu, ummat islam perlu sedar dan kita juga perlu menanamkan kebencian yang bukan sedikit kepada yahudi laknatullah kepada anak-anak supaya anak-anak kita dapat menentang sepenuh hati sehabis tenaga dan kudrat sebagaimana anak-anak yahudi laknatullah. Mereka mampu kenapa tidak kita? Percayalah yang janji Allah itu benar.

Kismis vs Kurma
Berkenaan isu bulan haji lagi, menurut kajian tentang sebuah hadis Rasulullah SAW berkenaan kismis dan kurma sebenarnya tidak boleh disatukan. Diriwayatkan dari Abu Qatadah r.a, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda: Jangan kalian membuat minuman dengan mencampurkan kurma yang hampir matang dengan kurma yang sudah matang. Jangan kalian buat minuman dengan mencampurkan kismis dan kurma. Tetapi pisahkanlah keduanya pada tempatnya masing-masing (HR Bukhari [5602]). Kebiasaannya jemaah yang baru pulang haji atau umrah akan menyatukan kurma, kismis dan pelbagai makanan sunnah di dalam satu plastik untuk diagih-agihkan. Kajian manusia yang dikurniakan Allah untuk jihad makanan mendapati, kurma dan kismis akan membebaskan gas-gas yang berlainan yang apabila berpadu akan menghasilkan ethanol. Ethanol ini adalah sesuatu benda yang membabukkan. Jadi, berhati-hatilah dalam memilih makanan-makanan sunnah yang diawet menjadi kordial minuman mahupun apa-apa sahaja. Jika didapati diawet kurma dan kismis bersama, maksudnya ianya tidak menyihatkan kerana ianya menyalahi sunnah yang ditunjukkan Rasulullah SAW. 

Krisis Makanan Global
Menyentuh berkenaan isu makanan lagi, ekonomi Thailand sudah mencapai tahap kritikal ekoran banjir besar yang melanda wilayah tersebut yang tidak surut-surut sehingga kini memberi kesan yang sangat besar kepada ekonomi dunia terutama negara kita. Kita membeli padi, beras daripada mereka dan keadaan ini cukup membimbangkan. Dunia mungkin berhadapan dengan krisis makanan global dan ianya pasti merupakan salah satu tanda-tanda dunia memang sudah berada dipenghujungnya. Beruntunglah orang-orang miskin yang susah hendak makan kerana kehidupan tanpa makanan sudah sebati dengan mereka. 

Jom Makan Garam!
Contoh terbaik rakyat adalah Palestin. Kajian menunjukkan rakyat Palestin merupakan rakyat tersihat di dunia kerana mereka memakan buah zaitun iaitu salah satu buah di dalam syurga yang mempunyai unsur garam di dalamnya. Salah satu sunnah Rasulullah SAW untuk sihat adalah memakan garam dihujung jari manis kanan sebelum makan. Hikmah disebalik sunnah ini adalah merangsang kelenjar tiroid bersedia untuk makan dan ianya membantu pengagihan makanan dengan betul. Contohnya, protein masuk ke dalam bahagian protein, karbohidrat ke bahagian karbohidrat dan insyaAllah ianya menghindarkan kesalahan memasuki ruang yang salah contohnya protein masuk ke bahagian karbohidrat. Cantik bukan? Allah telah menyediakan kita panduan atau manual yang sangat sempurna iaitu Al-Quran namun apabila kita tidak faham, Allah sediakan kita sunnah Rasulullah SAW untuk dicontohi. Sesungguhnya segala yang dibawa Rasulullah SAW tidak ada kesangsian padanya insyaAllah! Percayalah kepada Allah! Percayalah kepada Rasul! Jom makan garam!

Muaamar Ghadafi & Budak 2 Tahun
Isu luar negara sekali lagi membawa kami menyentuh perihal perdana menteri libya iaitu Muammar Ghadafi yang telah mati terbunuh ditangan rakyatnya sendiri. Dia mati bersama anak lelaki kelimanya. Begitulah aturan Allah untuk manusia yang zalim dan mintalah kepada Allah supaya kita semua dimatikan dalam keadaan mulia. Walaupun dia zalim namun sebagai seorang islam, Allah telah mengajarkan kita kasih sayang. Selebihnya wallahua'lam. Lagi berkenaan isu kanak-kanak 2 tahun yang digilis beberapa kenderaan dan tidak dipedulikan orang sekeliling. MasyaAllah! Sesungguhnya kemajuan sebuah negara menukarkan sifat perikemanusiaan manusia menjadi sifat kebinatangan. Sistem manusia yang sangat bodoh. Beginilah jika Allah itu dipersendakan. Hukum yang Allah telah gariskan di dalam Al-Quran adalah sistem universal yang relevan sepanjang zaman sehingga akhirnya. Namun manusia kini umpama lebih tahu tentang alam ini berbanding Allah.

InsyaAllah setakat itu yang mampu saya rakam dalam keadaan Muhammad yang mood tidak berapa baik semalam. Muhammad mungkin kerisauan tentang ketenatan ummah dan menunjukkan api amarahnya kepada rejim zionis dalam bentuk perlakuan semalam. Mudah-mudahan perkongsian kali ini ada manfaat bersama dan sama-sama berdoa dikurniakan keupayaan untuk sentiasa mengingatiNya, bersyukur dengan segala nikmat kurniaanNya serta diberi kekuatan untuk beramal dengan amalan-amalan yang mendekatkan kita dengan syurga Allah insyaAllah! Wallahua'lam.

22.8.11

1 MINIT SAHAJA

Saya terkesima sebentar ketika membaca kisah adik Dania Emelda di blog Puan IntanBerlian. Selalu kita rasa ujian yang melanda kita sudah cukup berat namun berat lagi tanggungngan Puan Leen. Anaknya menghidapi penyakit leukimia. Saya tersentak melihat Nia yang dulu berbanding dengan Nia yang sekarang. Amat jauh berbeza akibat kesan kemoterapi dan ubat pada sangkaan saya. Sakit sungguh saya melihat Nia menelan ubat-ubatan yang terlalu banyak. Semoga Allah bukakan hati Puan Leen untuk mencari penawar dengan menggunakan kaedah alternatif sebagai ganti ubat-ubatan yang pelbagai.

Nia dahulu.

Nia sekarang.

kawan2.......
aku x akan minta duit......
tapi, hanya 1 minit selepas solat anda.....tolonglah doakan anak ku ini, Dania Emelda Aqasha dupaya dia dapat melawan penyakitnnya, supata dia kuat semangat......dan kuatkan semangat ku juga utk menempuh segala cabaran ini........1minit je!!!

Hanya satu minit pinta Puan Leen untuk mendoakan anaknya selepas solat yang sedang bertarung dengan maut ketika ini. Mudah-mudahan Allah makbulkan doa-doa kita dengan berkat Ramadhan lebih-lebih lagi andai Allah izinkan kita bertemu malam yang kita sama-sama nantikan iaitu lailatul qadr. Semoga adik Nia kembali sihat dan ibu Nia kembali ceria. Kami di Bayt Al-Iman mendoakan yang terbaik untuk Nia disisi Allah. Mari kawan-kawan kita panjang-panjangkan kisah adik Dania Emelda untuk sama-sama mengumpul doa-doa orang-orang lain yang kita sendiri tidak tahu, doa siapakah yang diangkat dan diterima disisi Allah. Boleh terus ke blog Puan Leen disini insyaAllah!

5.8.11

SUAMI SALWA SELAMAT

Alhamdulillah. Hari yang agak sibuk untuk kami. Sebaik sahaja sampai di Bayt Al-Iman baru sebentar tadi, saya sempat BW ke Istana Qaseh sahabat maya fillah saya untuk melihat perkembangan terbaru suami Siti Salwa yang hilang sejak 2 Ramadhan yang lalu. Entry saya semalam mengenai MENCARI SUAMI HILANG, akhirnya terjawab pada hari ini. Allahuakbar! InsyaAllah dengan berkat doa-doa antum semua.


Berikut merupakan entry di Istana Qaseh yang saya salin.

cebisan kalam pn salwa di fb:
"Alhamdulillah, syukur to ALLAH..genap 3 hari akhirnya suami saya ditemui oleh seorang sahabat di sebuah masjid yang terdahulunya sudah saya dan sahabat2 terdekat periksa untuk mencari, tapi tak berjumpa...suami saya sihat alhamdulillah, cuma dalam keadaan keliru sedikit (keliru dari sudut masa)...terima kasih kalian....
saya mohon ALLAH ganjarkan anda dengan jutaan khayr wa ajrun kabir.."

Teruskan doa-doa kalian untuk ummat islam keseluruhannya. Semoga doa-doa kita semua Allah angkat tanpa halangan di dalam Ramadhan ini. Mudah-mudahan kita sama-sama bertemu malam lalilatul qadar yang dipenuhi barakoh dan rahmat Allah insyaAllah!

4.8.11

MENCARI SUAMI HILANG

Mungkin ramai blogger yang sudah tahu akan hal suami Siti Salwa yang hilang semenjak 2 Ramadhan 1432H. Saya telah BW ke beberapa blog seperti Puan Intanberlian dan Kak Yong, yang menyiarkan kisah si suami yang hilang sebagai hebahan ramai. Mudah-mudahan hebahan melalui Bayt Al-Iman sedikit sebanyak membantu insyaAllah!

Kronologi Hilang
Cerita kehilangan bermula apabila suami Salwa keluar dari rumah pada pukul 3 pagi ke keretanya untuk mengambil Tafsir Al-Quran. Setelah 20 minit, dia mendapati yang suaminya tiada di hadapn rumahnya. Suaminya tidak membawa apa-apa pengenalan diri mahupun telefon. Lenyap begitu sahaja. Kehilangan suaminya telah dilaporkan di balai polis. Menurut artikel yang saya baca juga, kehilangan si suami telang banyak dihebahkan melalui FB mahupun blog.

Nama: Ithnin Ngadiman
Hilang pada: 2 August 2011, kira-kira pukul 3 pagi
Maklumat: Keluar tanpa ic. wang, dan hp, memakai baju merah dan seluar hitam. 
Nombor uk dihubungi sekiranya anda mempunyai maklumat:
Sarjan Radha - 012-6059997, Salwa - 0133101221 atau ibu Salwa 0163743248

Sebagai muslim yang bersaudara, sama-sama kita mendoakan keselamatan suami Salwa. Mudah-mudahan doa-doa kita semua Allah angkat untuk meleraikan kekusutan dan kerisauan keluarganya ketika ini dengan kepulangan bapa kepada 3 orang anak ini. Semoga Allah mengurniakan kekuatan kepada keluarga Salwa dan diberi ganjaran sabar disisiNya insyaAllah!

10.7.11

DURIAN vs TIMUN

Sememangnya sekarang tengah musim durian. Ditambah dengan panas durian yang menyegat apabila memakannya. Durian dan kepanasan memang begitu sinonim kini! Datanglah pula timun yang begitu akrab dengan kesejukkan. Kita disogokkan timun tidak sesuai dengan orang berpantang kerana sejuk. Namun berapa ramai yang tahu hakikat timun walaupun bersifat sejuk dan lemah berbanding durian, mampu melawan durian yang kepanasan!

Ujian Orang Islam
Sebenarnya peribahasa ini baru buat saya. Saya dengar ketika berbual-bual dengan rakan-rakan. Kehidupan sememangnya semakin mencabar mengikut peredaran usia dan tahap kehidupan. Debit dan kredit kehidupan. Allah beri dan Allah tarik. Orang Islam selalu Allah tidak beri 'semuanya' berbanding orang kafir. Dialah yang paling bijak. Merekalah yang paling kaya. Serba serbi dia yang terunggul. Kenapa?

Sifat Allah Maha Mengasihani
Kerana dunia ini memang tempat mereka. Allah ini bersifat Maha Mengasihani tidak kira seseorang itu beragama islam aaupun tidak. Lihatlah sahaja Allah bagi semua yang bersifat material kepada orang kafir sedang orang islam Allah sentiasa timpakan pelbagai ujian. Allah sebenarnya mahu kita renung yang dunia ini bukan tempat tetap untuk kita. Disini kita hanya pedagang yang mengumpulkan bekalan untuk kehidupan yang hakiki. Ujian adalah gedung pahala yang Allah anugerahi buat orang islam supaya tingkatannya disisi Allah semakin bertambah dari masa ke samasa asbab keredhoannya dan berlapang dadanya dengan segala rahmat dan ujiannya yang ditimpakanNya.

Durian vs Timun
Berbalik kepada isu durian dan timun. Peribahasa bagai timun ditengah longgokan durian. Apabila ke kiri, kanan, depan dan belakang pastinya terlanggar duri durian yang boleh mencederakan. Itu mungkin timun zaman mak abah kita dan ke atas. Maksudnya zaman dahulu kala yang bertemankan helaian-helaian bercetak sahaja. Semuanya yang ada di dalam helaian itu benar belaka. Namun, timun zaman sekarang sudah jauh berbeza. Timun pun sudah mahir berteknologi. Kulitnya bukan semulus dahulu. Kulitnya sudah mampu diplastic surgerikan. Jadi, kulitnya sekarang mengalahkan topi keledar keselamatan!

Timun Sudah Muak!
Generasi timun yang sekarang sudah muak dengan kelembutan dan kemulusan kulit mak abahnya yang dahulu. Asyik-asyik terkena dek tajam durian. Semuanya yang durian buat, bukan sahaja terkena serpihan malah membawa musibah untuk generasi timun. Akhirnya mereka berbincang untuk mengatasi masalah ini. Dengan kecanggihan teknologi yang ada sekarang, timun akhirnya mendapat jalan penyelesaian supaya mereka tidak kalah lagi dengan durian yang berlagak sombong dengan kekuasaan durinya. Pendek kata, kau ingat kau ada duri kau dah hebat?
Perjuangan Memerlukan Pengorbanan
Hasil mesyurat menyatakan bahawa sesungguhnya perjuangan itu memerlukan pengorbanan! Timun mengambil ikhtibar terhadap revolusi mesir dan tahap kesedaran dunia arab sekarang. Sekiranya tidak berlaku seperti revolusi mesir, maka semua timun akan tidur! Sepatutnya tenaga muda mereka mampu mengubahnya! Longgokan durian mampu dikalahkan dengan jutaan timun! Maksudnya, mesti ada timun-timun yang berkulitkan topi keledar yang bersemangat kamikaze berjuang untuk generasi anak-anaknya pula sanggup untuk mati!

Timun Muda = Teknologi Tanpa Sempadan
Maka bermulalah episod timun yang berjuang untuk mendapatkan haknya daripada ditindas durian. Timun tua memang sukar diubah perspektifnya terhadap kekuasaan durian. Namun, timun pertengah iaitu golongan timun muda sudah tidak sanggup menjadi 'tikus' seperti timun tua. Timun tua = suratkhabar. Timun muda = teknologi tanpa sempadan. Suratkhabar kini hanya sebagai alat mengesat najis cicak dan dijadikan lapik tempat duduk ketika berkelah. Timun kecil-kecil = generasi harapan yang bakal membawa sinar baru untuk mengembalikan tamadun timun yang tidak mahu ditindas durian!

Nilai Sebuah Pengorbanan!
Akhirnya segerombolan timun muda mengambil keputusan untuk mengorbankan dirinya diatas longgokan durian supaya timun-timun kecil dapat berdiri di atas mereka yang mana di bawah mereka semua adalah durian yang angkuh walau terpaksa bergadai nyawa sekalipun. Maka tercapailah hajat timun muda melihat bendera tamadun timun berkibar yang dibawahnya duri-duri durian yang tidak lagi punya nilai. Umpama durinya yang dicampak dilonggokan sampah setelah isinya dimakan dengan berselera. Hanya layak untuk santapan lalat yang dahulunya tidak bererti pada durian.

Jadi, peribahasa umpama timun ditengah-tengah durian mungkin tidak valid lagi kini. Timun muda sudah terlalu marah dengan durian dan kejahilan timun tua yang tidak nampak jalan keluar kerana sentiasa tunduk di bawah kekuasaan durian yang bongkak! Moralnya, longgokan durian jangan sentiasa riya' dengan ketajaman durinya kerana ketajaman durinya tidak bermakna dengan jutaan timun yang sentiasa ditindas yang akhirnya bertindak kerana meinginkan perubahan!

5.7.11

TAKDIR SEORANG NORMA

Apa perasaan anda melihat bayi kecil ini tidur? Hakikatnya dia masih belum mengerti taqdir yang telah Allah catatkan untuk ibunya kini. Hakikatnya Allah mengutuskannya ke dunia tanpa belaian seorang ibu. Bukan kehendak si ibu untuk membiarkan anaknya ini, namun kuasa Allah mengatasi segalanya. Perjanjian si ibu dengan Allah telah lama termaktub sejak di alam roh. Perjanjian yang dipersetujui bersama. Perjanjian yang telah tercatat cantik untuk menguji sejauh mana tahap keimanan dan yang terpenting, Allah mengirimkan takdir ibunya mungkin untuk kita yang sedang melihat. Berat mata memandang, berat lagi bahu si ayah yang memikul.

Kanser Otak Peringkat 4
Saya terpanggil untuk mencoretkan sesuatu mengenai kisah si bayi kecil ini. Ibunya bernama Norma. Norma sedang menghadapi saat-saat getir dalam perjalanannya dan perjuangannya di bumi Allah yang sebentar cuma. Norma ditakdirkan menghidap KANSER OTAK PERINGKAT 4 yang telah menjalani 5 pembedahan. Menurut sumber dari blog Puan Intanberlian yang saya baca, penyakitnya dikesan setelah melahirkan anak pertamanya Rafiq si bayi kecil tadi. Rafiq Allah takdirkan tidak sempat mengecapi nikmat belaian seorang ibu. Sejurus Rafiq menjenguk ke dunia, ibunya ditakdirkan Allah untuk melalui getir sebuah ujian. Norma bertuah kerana dikurniakan Talib, seorang suami yang setia melayannya sehingga kini tanpa hebahan. Bayangkanlah pengorbanan Talib! Sesungguhnya perjuangan Talib ada nilai disisi Allah sekiranya dia mampu redho dengan takdir yang telah Allah catatkan untuknya. Sesungguhnya Allah datangkan setiap ujian dan kesusahan sesuai dengan kemampuan hambaNya.

Kos Rawatan Tinggi
Habis segala usaha di hospital dan ahli keluarganya sedang pula mencari kaedah rawatan alternatif. Semua sedia maklum, kos yang diperlukan Norma bukan sedikit. Moon seorang blogger yang merupakan kakak ipar Norma, telah berusaha semampunya tanpa pengetahuan Talib dipermulaannya yang mencari dana untuk sama-sama meringankan beban adiknya, Talib. Antara usaha Moon ialah mengumpulkan dana terus ke akaun Norma. Walaupun kita mingkin tidak pernah melalui getir kehidpan seperti Norma dan Talib, insyaAllah saya yakin yang kita semua manusia yang punya rasa yang sama.

Hulurkan Tangan
Mari bersama hulurkan tangan meringankan beban Talib dan keluarga walau sekadar doa di kejauhan. Semoga dengan doa dan sumbangan kita kepada keluarga Talib, ada ganjaran redho dan belas ehsan Allah kepada kita semua DISANA. Ikhlaskan hati untuk sama-sama berusaha mencari redho Allah insyaAllah! Doa kami di Bayt Al-Iman, mudah-mudahan Allah permudahkan urusan Norma, Talib dan semua ahli keluarganya insyaAllah!

Klik banner untuk maklumat lanjut insyaAllah!

cimb- 01070068677528
Noormawati Mohd Rasif