14.2.12

INSYIRAH LUKA RINGAN

Muhammad hebat yang diredhoi Allah dan Rasul ;)
Pagi tadi hujan renyai-renyai ketika ibu keluar dari BAi sekitar jam 640 pagi semalam. Singgah dirumah ummi dan abah Muhammad untuk menghantar Muhammad sebelum meneruskan perjalanan seperti biasa. Hujan mula turun dengan lebat dijalan kampung berdekatan. Ibu teringatkan ayah yang menunggang muradnya ke tempat kerja. Ibu segera mencari bahu jalan yang lapang untuk memberhentikan insyirah sebelum menelefon  ayah mengajak untuk keluar sekalian dan ibu akan menghantarnya dahulu. Ayah berkeras untuk pergi sendiri seperti biasa.

Ibu memandu dengan kelajuan 30km/j kerana hujan semakin lebat disamping urat kaki ibu yang agak ketegangan. Sampai di simpang empat jalan berhadapan kawasan perumahan yang tidak memerlukan ibu berhenti, ibu dengan yakinnya melintas simpang empat berkenaan tanpa perasan ada sebuah motor dari arah simpang sebelah kanan. Apek yang lengkap dengan perkakasan untuk menyembur racun mungkin dikebunnya. Terkejut dengan lintasan apek tadi, ibu segera menekan brek tetapi apek tadi tetap ibu langgar.

Alhamdulillah takdir ibu pagi tadi masih baik kerana ibu memandu dengan halaju 30km/j. Apek tadi juga sama brek dan berhenti mengukuhkan 2 kakinya. Jadi, apek tersebut tidak jatuh dari motornya. Dalam keadaan hujan dan suasana pagi yang masih gelap, ibu segera melepasi simpang empat berkenaan dan berhenti ditepi jalan. Apek berkenaan juga mengekori ibu dari belakang. Apa yang ibu bersyukur, dalam kekalutan itu Allah gerakkan kaki ibu menekan brek, andai menekan minyak? Minta dijauhkan.

Ibu bertanya kenapa apek melintas sedangkan jalannya memerlukannya berhenti dan ibu sendiri memang tidak perasaan langsung kelibatnya. Apek tersebut dengan senyum-senyum dan ibu sendiri tidak tahu dia faham atau tidak bahasa melayu. Penghabisannya, ibu juga tidak mahu memanjangkan cerita, kami sama-sama beredar memandangkan hujan yang semakin lebat. Mujur motor dan apek berkenaan tiada apa-apa. Ibu hanya sempat melihat kecederaan insyirah semasa berhenti membeli makanan dalam keadaan hujan lebat. Luka ringan. Calar-calar dan nombor di plat pecah dan tertanggal. Pagi tadi pula ketika menghidupkan enjin, suara insyirah sedikit keras. Mungkin renggangan bahagian hadapan.

Pelanggaran yang tidak kuat juga mengakibatkan calar dan beberapa bahagian insyirah kemek. Bedak merah yang biasa menghiasi pipi insyirah ketika hari hujan :).

Sebenarnya ibu boleh sahaja meminta ganti rugi kerana apek tersebut yang patut memberhentikan motornya. Bak kata ayah cuba mereka yang berada ditempat kita, pasti dimintanya ganti rugi. Nenek pula berkata jangan mengharap orang yang menjaga kita walaupun kita berada ditempat yang betul. Kesimpulannya, sama ada kita pelaku kesalahan ataupun tidak, keduanya berpotensi. Tawakkal sahajalah kepada kepada Allah.

Petang semalam juga ibu ke klinik untuk pemeriksaan berkala dan selepas itu Allah izinkan kita ziarah tahfiz medik untuk diognis sifat dan karektor Muhammad serta cara berkesan dalam mendidik berpandukan sifat dan karektor. Sebenarnya, sejak tahun lepas lagi sepatutnya Muhammad sudah di diognis tetapi baru semalam Allah izinkan semua berlaku. Menarik untuk ibu abadikan di blog kita ini supaya suatu masa Muhammad boleh membacanya apabila dewasa insyaAllah. InsyaAllah di tulisan ibu yang seterusnya dengan izin Allah.

Setakat hari ini, kenderaan kita berkaki empat hanya ada sebuah. Memang mempunyai 2 kereta menjadi keperluan ibu ayah yang bekerja pada hari ini namun untuk kes kita, masih belum terdesak untuk menambah bebanan pembelajaan kereta kedua kerana ibu dan ayah masih boleh mengurus dengan apa yang ada setakat hari ini pasti dengan izin Allah. Pernah juga ibu dan ayah berbincang untuk kereta kedua yang lebih luas mengenangkan insyirah kita pernah masuk hospital sebulan lamanya dan kasihan untuk menyusahkan orang lain. Namun, ibu dan ayah tangguhkan lagi kerana mendahulukan yang lebih perlu dari menambah kenderaan buat masa sekarang. InsyaAllah ada dua perkara besar yang sedang kita nanti-nantikan insyaAllah dengan izin Allah ;).

Alhamdulillah masih dipinjamkan usia untuk menulis disini dan bertemu rakan-rakan maya ;). Asbab doa menaiki kenderaan yang ibu tidak pernah terlupa insyaAllah Allah masih sayang pada ibu. Ketika kejadian tersebut juga, ibu sedang membaca surah An-nas iaitu sebahagian zikir pagi al-mathurat. Tazkirah subuh daripada Allah, betapa kita setiap saat sentiasa diekori oleh kematian. Tanah sentiasa menyeru kita. Mengenangkan semula usia yang entah habis sia-sia, gerun dan takut andai segala amalan kita tidak diterima sebagai ibadah. Wal iyya dzubillah! Ya Allah, mudahkanlah kami dengan berkat insyirah kecil kami.

6 comments:

NoEn said...

Alhamdulillah..nasib baik kemalangan kecil aje..lain kali, harus lebih hati2..kene intai2 juga simpang yg belah sana tu

~MAWAR~ said...

Alhamdulillah..nasib baik ummu muhammad ok dan insyirah tidak teruk keadaannya..semoga dipelihara selalu ye ibu..ameen,

IntaNBerliaN said...

Ya Allah.. nsb xcedera kan?..

emmm ummu muhammad g buat pemeriksaan apa yer?.. dah prgnant ek :-)

wan nurul hezrina said...

=)alhamdulillah masih dalam lindungan Allah.lebih berhati2 semasa memandu lain kali=)

Zefa NorAsmara said...

Alhamdulillah, pemandu insyirah tak apa2..

Ummu Muhammad said...

noen: tulah memang tak perasan..pagi hujan yag gelap..lampu motor apek tupun samar2..

ummi mawar: alhamdulillah..insyirahku bunyi tak sedap dah..kemek depan sket

ibu alisha: tak cedere..gigil kejap sambung drive tuh..

nurul: tulah ibu Muhammad ni penyandang pemandu merbahaya award hehe

kak zefa: alhamdulillah