Showing posts with label Dari dapur ayah. Show all posts
Showing posts with label Dari dapur ayah. Show all posts

14.6.14

RESEPI NASI IMPIT SIHAT

Alhamdulilah semalam Allah memberi kesempatan kepada chef yang dirahmati Allah Bayt Al-Iman kami untuk mempraktikkan resepi nasi impit yang diturunkan oleh Cik Siti Aminah, sahabat dunia jiran di syurga saya semasa di tempat mencari rezeki sebelum ini ;). Resepi arwah ibunda Cik Siti. Katanya, terkenangkan kami yang mesti telah lama tidak makan nasi impit asbab kisah nasi impit segera yag pernah saya catatkan di entry BELAJAR ANYAM KETUPAT.

Caranya terlalu mudah:
1. Kebiasaan menanak nasi cuma, airnya dilebihkan banyak seperti masak bubur.
2. Apabila nasi bertukar menjadi bubur, masukkan minyak dalam kuantiti yang jangan jangan takut untuk dibanyakkan kerana menurutnya, ianya dengan izin Allah menjadi asbab nasi impit cantik terbentuk.
3. Gaul dengan kayu seperti senduk kayu besar sehingga semacam empuk.
4. Tutup api, masukkan garam dan gaul serata.
5. Pindahkan ke dalam bekas plastik yang terpercaya selamat dari rembesan kimia ataupun guna perkakasan kaca dan padatkan serta tindih sehingga sejuk.

Menu malam tadi. Takdirnya agak lembik tetapi inshaAllah khasiat mantap! :D

Menu yang menggamit rindu Ramadhan saban tahun. Menu raya! Nasi impit, kuah kacang dan rendang ayam. Berkisar tentang persediaan menanti Ramadhan, kami ke masjid semasa Maghrib dan Isyak untuk program semarak Ramadhan kami sendiri untuk melihatkan keadaan anak-anak di masjid untuk tujuan terawih.

MashaAllah! Nampak gayanya saya perlu terawih dengan pak shaikh kabir Abdullah sahajalah nampaknya. Memang zaman Abdullah. Petik dan matikan suiz kipas berdiri kerana kesukaannya melihat bilah-bilah kipas berpusing. Pak shaikh terlihat sungguh kagum dengan objek berpusing. Subahanallah katanya.

Kesukaannya ini amat menarik minat makcik-makcik yang risaukan keselamatannya. Hampir semua yang datang menegur pak shaikhku kerana bimbangkannya. Belum lagi beregu dan bersatu padu dengan kekandanya. Allahu! Pengsan kami :D.

Promosi Ramadhan 1435 dari imaNiaga dan inshaAllah nantikan istimewa Ramadhan tahunan dari blog iman kami untuk anda. Mana tahu rezeki Ramadhan anda ;).

Jazakillah Mek Siti. Semoga mengalir saham jariah berpanjangan buatmu selagi mana kami makan nasi impit menggunakan resepi warisan bondamu dan dengan tubuh yang sihat bertenaga, Allah mengizinkan kami semua mampu istiqomah beramal dengan amalan-amalan ahli syurga. InshaAllah mudah-mudahan dapat makan nasi impit versi syurga secara berjamaah dalam talam indah nanti. Allah! Kumpulkan kami dalam syurga firdausMu tanpa perlu bersusah payah T__T.

16.10.13

WW- ROTI DERHAKA TEPUNG TURKI

Alhamdulillah akhirnya tepung Turki yang non-GMO tetapi non-organik selamat sampai seberat 10kg. Penantian yang disambut dengan roti 'derhaka' edisi permulaan sentuhan ayahanda Muhammad dan Abdullah ;). Derhaka sebab banyak derhaka ramuan dari ebook yang kami beli. Ebook roti? Nantikan roti derhaka edisi ke-2 :D.

Memang ada rupa roti tetapi liat membatu haha!

Zoom dekat. Walaupun keras membatu tetapi Muhammad makan berselera cecah teh 'o'. Bakar dari hati ayahanda, bakar dengan iman bak kata chef ammar ;D.

Ini dia tepung dari Turki yang bebas GMO. Mahal sedikit dari 2 jenama yang GMO pernah diceritakan di entry INI tetapi lebih baik dari jenama yang disyaki ada gelatin binatang najis mungollazoh oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia. Wallahu'alam.

29.9.13

AISKRIM BUAH HOMEMADE

Alhamdulillah berakhirlah kursus selama 4 hari semalam. Mujurlah kursus berdekatan tetapi ianya cukup menyesakkan. Sepatutnya semalam adalah hari keluarga bulatan gembira peringkat negeri. Berangan mahu ketemu makcik-makcik yang dirindui fillah T_T.

Hari ini saya kongsi resepi aiskrim buatan sendiri dari mak-mak organik yang memang semulajadi! Subhanallah! Jangan ditanya resepi vanila dan sewaktu dengannya sebab ini hanya valid untuk aiskrim buah-buahan :D.

Pisanglah paling sesuai di hujung bulan lepas haha!

Pertamanya, pilih buah-buahan yang tekak anda hajatkan. Macam kami di hujung bulan, tekak selera pada pisang. Selera strawberi, blubery, kiwi dan kawan-kawan mahalnya simpan sehingga bulan mengambang penuh haha!

Buang kulit, kalau ada biji, sila buang biji dan potong kecil-kecil. Bekukan di peti sejuk bahagian beku sehingga beku. Setelah beku, kisar. Sekiranya mahu lemak, bolehlah tambah susu segar atau untuk lebih sedap, tambahlah yogurt buatan sendiri juga. Setelah kisar, sedia untuk makan!

Tarah! Ini hasilnya. Aiskrim pisang kosong!

Zoom dekat!

Ini pula aiskrim cempedak bersama susu lembu segar!

Mudahkan untuk sihat? InshaAllah sedap dan terbayar juga keinginan kepada iaskrim di pasaran ;). Selamat mencuba dan berhujung minggu!

9.3.11

KASIH KASTURI AYAH



Ini semua hasil penangan kuih kasturi frozen!
Mak kepada sahabat sekolah rendah yang empunya perniagaan kuih frozen
Makku yang mula membelinya dan sedap rasanya
Tengok-tengok dapur ayah Muhammad berasap lagi
Ada sahaja usaha cuba jayanya.

Inilah rupe kasturinya yang pelbagai rupa, bentuk dan warna.

Yang ini pula untuk dimakan kali kedua. Difrozen.

Zoom dari dekat kasturi siap untuk difrozen.


Walaupun tak secantik kasturi ini tetapi begitu tinggi nilai kasih kasturi ayah Muhammad ;)
*sumber gambar: google

p/s: Muhammad anak bulan terang Ramadhan. Jadi, saya masih ber'hutang' dengan Allah..tunggu masa untuk merasa kasih kasturi ayah Muhammad insyaAllah sebentar sahaja lagi.. ;)