18.7.11

KATA-KATA PENCETUS DOA

Saya tertarik dengan ruangan angguk geleng di dalam Solusi isu 33 yang isunya adalah Rapuh Iman, Runtuh Perpaduan. Ceritanya ringkas tetapi penuh makna lagi-lagi untuk saya sebagai seorang ibu dan pendidik. Bukan sahaja pendidik kepada anak-anak didik namun, anak-anak yang bakal merubah ummah insyaAllah!

Kisah 2 Orang Sepupu
Saya ringkaskan sahaja. Kisah yang dibawa adalah berkisar kisah dua orang sepupu, Azam dan  Halim, yang rapat dan selalu bersama-sama sehinggakan khatam juga bersama. Mereka tinggal berdekatan dan berkongsi telaga dan sayur-sayuran dari sumber yang sama.Suatu hari, mereka memanjat pokok jambu dengan satu matlamat iaitu untuk menikmati buah jambu air. Mereka dibesarkan di kampung, jadi apalah sangat memanjat sebuah pokok jambu. Seminit sudah cukup untuk mereka. Azam lebih tinggi daripada Halim.

Positif vs Negatif
Sedang mereka menikmati jambu air, ibu Halim yang terpandang mereka segera menjerit, Halim, buat apa di atas pokok tu? Nanti jatuh! Halim pun tidak dapat menyeimbangkan dirinya dan terus jatuh walaupun kedudukannya lebih rendah daripada Azam. Azam juga turut merasai ketidak seimbangan badannya ketika itu. Tiba-tiba ayahnya yang menjenguk keluar tingkap terus menyuruh Azam memegang dahan erat-erat. Hati-hati Azam! Pegang dahan tukuat-kuat! Azam berjaya berpaut dan segera turun dari pokok jambu dengan selamatnya.

Kata-Kata Pencetus Doa
Pengajarannya seperti yang tercatat diruangan ini, kata-kata mencetuskan doa! Kata-kata yang positif akan mencetuskan situasi, perasaan dan tindakan yang juga positif. Begitu juga sebaliknya. Saya cukup gemarkan ruangan ini kerana ketepatan analoginya sesuai dengan diri saya yang mudah faham dengan menggunakan perbandingan analogi. Analogi ini sedikit sebanyak 'mengena' dengan diri sendiri dalam perjalanan melaksanakan amanah Allah iaitu mendidik anak. Kadangkala, pasti akan terlepas juga kata-kata yang negatif yang tidak baik untuk mereka. Analogi yang menggunakan ibu dah ayah juga tepat pada perkiraan saya. Seorang ibu sukar untuk mengawal emosinya berbanding seorang ayah yang lebih sabar dan cukup mengawal perkataannya. 

Ibu vs Ayah
Cuba tengok Muhammad, dia buat muka 'nakal' dia, kata saya sewaktu sedang riadah bersama Muhammad dan abu Muhammad. Muhammad sedang membuat muka nakal mencari akal. Apa dia? soal suami. Silap, muka Muhammad yang hebat dan soleh, saya memperbetulkan semula kenyataan saya sebelumnya. Tengoklah ibu nak, cakap apa.., 'nyanyi' Abu Muhammad. Analogi tadi tersebut cukup benar dan berlaku di Bayt Al-Iman. Saya lebih mudah mengeluarkan ayat-ayat negatif (perkataan 'nakal' tadi) berbanding abu Muhammad. Namun, insyaAllah ianya proses pembelajaran yang berpanjangan. Saya cuba untuk berkata-kata dengan lebih baik lebih-lebih lagi berhadapan dengan air yang bersifat perakam.

Sifat Perakam Air
Saya cukup suka dengan huraian tentang Air Oh Air oleh sahabat saya, Puan Ummu Tasneem yang menghuraikan kegiatan ibu-ibu yang sentiasa berhadapan dengan air. Betapa kita perlu berkata-kata dengan perkataan yang positif agar aura positif terpancar disegenap ruangan di rumah kita. Boleh intai blog ummu tasneem yang ada pelbagai tips berkenaan keibu bapaan insyaAllah ;). Semenjak peristiwa di entry JANGAN MARAH, insyaAllah saya semakin takut untuk berkata-kata yang tidak baik terhadap Muhammad dan suami sehinggakan Muhammad mandi juga dengan berlagu, Muhammad hebat yang diredhoi Allah dan Rasul! Nyanyian yang cukup membuatnya ceria ketika mandi. Sama juga ketika menyediakan air. Bismillah dan doa pengasih tidak lekang dari mulut. Mudah-mudahan aura hebat sentiasa memancar dari dalam Bayt Al-Iman untuk manfaat ummat insyaAllah!

Sekadar perkongsian bacaan yang menurut saya, semua orang sudah tahu. Namun, tulisan ini sebagai penguat saya dan juga perigatan berterusan untuk saya dan kawan-kawan fillah insyaAllah. Mudah-mudahan dengan keberkatan ibu-ibu yang sentiasa menjaga kata-katanya, Allah redho dengan mengurniakan anak-anak hebat dan suami-suami syurga buat kita insyaAllah! Jom sama-sama usaha!

15 comments:

Unknown said...

sy pun selalu cakap husna nakal..kata2 mmg pencetus doa kan..allahu akhbar!

myamyza said...

selepas baca entri ummu muhammad sebelum ini tentang air, saya cukup menjaga mulut bila berhadapan dengan air,@ kalau mulut nak membebel terus diam kunci mulut... besar juga pengaruh tulisan ummu muhammad dalam tindak tanduk saya...hehe

@LeenShamsh said...

huda: tulah rase serik dah nak cakp yg -ve..jom huda same2!

myza: mudah2an anak-anak kite generasi yg bakal merubah ummat asbab doa ibu yg sentiasa berkate yg baik2 belake..jom same2!

Marlina Mohtar said...

renung2 kan dan selamat beramal ya ummu auni :) ingatan khas untuk diri sendiri

FADLUL & FIFAH said...

tu lah kan..kadang2 terlepas juga kata2 tak sihat tu pada anak..susahnya untuk membiasakan yang betul dan membetulkan yang biasa..semoga allah membantu mempermudahkan segalanya..

@LeenShamsh said...

princess solehah: same juga ya ummu Muhammad!

fifah: suke word 'membiasekan yg betul, membetulkan yg biase'..bi mesti peminat setie ustaz hazrizal..

amin mudah2an Allah bantu kita semua membentuk baitul muslim yg Allah redho!

::Mama Annaufal♥Aunie:: said...

astaghfiruallah...khilafnya mama dalam menutur kata2.biarpun tiada tujuan apa2.yalah tiada sorang ibu@ayah yg nak pekara tak baik berlaku pada zuriatnya.tapi lupa pula "kalam itu doa"...syukran ummu muhammad,atas peringatan yg dicoret.mg kita sama2 menjadi ibu yang hebat, dalam mendidik generasi rabbani yang hebat dunia akhirat...insyaallah.amin ya rabb

@LeenShamsh said...

mudah-mudahan mama naufal auni..mudah2an ianya menjadi tazkirah penting kite hari ini dan seterusnye..mudah2an anak2 kite nilah generasi yang bakal merubah ummah insyaAllah!

same2 berdoa..doa ibu itu sungguh dahsyat!

Anamarza said...

susah juga nak lari dari kebiasaan, InsyaAllah bila sentiasa di amalkan boleh berubahkan

AishaAminudin said...

Assalam ummu muhammad,

sebab tu aisha takut nk cakap sesuatu perkara yg buruk, sb setiap kata2 tu boleh menjadi doa, sb tu org tua2 ckp,

"kalu cukup 44 kali, terjadilah bende tu, sebab kata2 itu kan doa"

kene berhati-hati kalau nk marah anak

@LeenShamsh said...

anamarza: insyaAllah! jom same2!

aisha: betullah sha..org puankan suke membebel..termasuklah kite..banyk bende meginsafkan..mudah2an Allah bantu kurgkan ckp yg sie2..

~MAWAR~ said...

SALAM..benar..sy pun kdg2 terucap benda yg sama..sememangnya,ibu harus menuturkan kata2 yg baik buat anaknya..penulisan ummu muhammad kali ini.benar2 menyentuh hati.semoga2 sama2 kita perbaiki...

kayzie said...

kagum dengan ayat dan kata2 ummu muhammad..mmg perkara yang dah sedia tahu tapi tetap perlu diingatkan seperti ini, so thanks..selalu jugak terlepas perkataan nakal pada anak..hrap2 lepas ni akan lbh hati2 dgn perkataan negatif..thanks :)

Ibu Yusuf Maryam said...

Terima kasih ummu Muhammad.. spt biasa n3 anda buat sy bermuhasabah diri.. :D

@LeenShamsh said...

mawar: insyaAllah. semoga same2 dapat manfaat dan berkat!

noen: insyaAllah. samelah kite kene berhati-hati lebih ibu kan ;D

kayzie:insyaAllah. jom same2 kite usahe menjadi yg terbaik utk anak2 amanah Allah ;)

kak zefa: insyaAllah. kite pun same kak zefa..mahu dan terus mahu bermuhasabah diri..kalau ade salh silap akak tegurlah ye ;)