20.7.14

RAHSIA DONUT GEBU SIHAT

Pasang surut dalam membuat donut. Adakalanya gebu dan selalu sangat bantat. Pernah saya balik kerja, ada donut yang sangat gebu daripada pengasuh Muhammad dan Abdullah. Setelah berbuka, MashaAllah donutnya sungguh sedap rasanya. Gebu dan inshaAllah sihat asbab pengasuh anak-anak menggunakan tepung yang kami beri setiap bulan dan juga gula, garam yang tidak dikloroxkan.

Alhamdulillah saya sempat risik resepi yang lebih mudah daripada resepi asal saya sebelum ini. InshaAllah boleh dijadikan panduan buat rakan-rakan yang sering bertanya.

Bahan-bahan: tepung cap Itasir, butter cap Tantura, gula perang dan natural yis serta segelas sederhana air suam.

Cara membuat:
1. Letakkan 3 sudu makan yis dan sesudu makan gula.
2. Curahkan air suam segelas sederhana dan gaul sebati.
3. Campurkan 3 sudu makan butter Tantura dan gaul mesra.
4. Letakkan tepung mengikut kuantiti air tadi.
5. Biarkan doh kembang kira-kira sejam.
6. Tumbuk doh dan uli memanjang seperti rantai tangan. Sambungkan hujung dan hujung membentuk tayar.
7. Setelah semua telah terbentuk, panaskan minyak dan goreng.
Selesai.

Ini rupa doh yang menggebu kembang.

Donut sarapan Muhammad dan Abdullah pagi tadi.

Hikmah disebalik mencari yang bukan sahaja halal tetapi toyyibah. Saya yang tangan bangku ini, Allah izinkan pandai juga buat donut, kek dan biskut tetapi masih gagal menghadirkan minat masak makanan berlauk. Pasrah sahajalah pakcik zauji.

Sekian, selamat mencuba dan beramal.

6 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam UM..apa kabar?Lama kak atie tak singgah disini.Donut kesukaan anak pompuan kak atie...geng dgn anak2 UM :)

didieadila said...

Nak try buat lahhh, buat roti masih failed :( tangan bangku sangat,huhu

Che Rosliza Che Mat said...

masih lagi fail membuat donut....copy resepi ya...

Zefa NorAsmara said...

Ye ke tgn bangku? Bukan serba boleh ke? Jahit boleh, buat sekut boleh, buat donut boleh. Kan? ;-)

NoEn said...

Lin sayang, udah lama ku tidak mendonat...cumanya baba alya sekarang rajin betul memiza...setiap minggu kami makan piza untuk berbuka & sahur...piza baba alya pun makin lama makin mabeles ;)

Diana Shuwardi said...

Last time borak ngan Puan Tabib kitorang cerita pasal susu lembu yang menghasilkan butter tatura ni. Ada isu dibangkitkan yang mana lembunya dicucuk hormon so susu yang dihasilkan adalah susu berhormon. Penggunaan kerap butter tatura adalah tidak digalakkan. So kalau leen mudah cari butter organik, moh kita beralih kepada butter organik halal.. :-* Still bleh guna tatura cuma had kan. jangan daily k.