Perkara-perkara yang apabila dikenangkan menguntum senyuman.
Kelas tahun 2. Perkara yang dibincangkan adalah mak binatang dan anaknya. Antara binatang yang mereka dan guru mereka gagal kesan adalah anak kanggaro, anak kuda dan anak rusa. Alhamdulillah talian hayat di hujung jari. Teacher di Shah Alam datang membantu haha!
Lebih setengah jam anak-anak mencari binatang-binatang dan anaknya. Tinggal satu bintang yang namanya rusa tidak dapat dikesan. Guru dengan penuh yakin mengatakan, 'siapa dapat cari, saya bagi RM10'.
'Fawn'.
Tamat sahaja tawaran si guru, seorang anak angkat tangan dan dengan teragak-agak menyahut cabaran kerana dia juga main agak sahaja.
Maka, janji mesti ditepati. Maka wang kertas RM10 menjadi milik si anak.
Salah satu pendidikan keibu bapaan yang saya belajar hari ini melalui pendidikan kewangan adalah, menyahkan perkataan LAYAK buat anak-anak kita. Contohnya, apabila kawan anak kita mendapat basikal baru, maka anak kita juga kita belikan basikal baharu dengan anggapan ibu bapa, anak kita LAYAK.
Ajarkan mereka pendidikan kewangan semenjak mereka kecil. Ajarkan mereka cara memancing ikan dan bukannya cara memberi mereka ikan.
Antara mentaliti LAYAK yang diserapkan dalam sistem pendidikan tradisional hari ini adalah, memberi pingat kepada semua anak-anak. Contohnya, dalam majlis anugerah cemerlang, pihak sekolah akan berusaha untuk memastikan semua anak-anak mendapat pingat atas nilaian LAYAK. Saya setuju dengan kenyataan Robert T. Kiyosaki berkenaan pendidikan tradisioal yang banyak menanamkan mentaliti LAYAK. Apakah rasionalnya?
Sekiranya saya punya sebuah sekolah, pendidikan kewangan adalah salah satu subjek utama dalam sekolah saya. Matlamat saya adalah melahirkan para huffaz sekaya Uthman Affan, Siti Khadijah, Abdurrahman Auf dan banyak lagi nama para sahabat yang kaya yang menyumbang kepada pembangunan ummah.
Mohon Allah kurniakan pendapatan pasif yang aliran tunainya ke jannah. Yayasan Abu dan Ummu Muhammad in the making ;).
Jangan ingat Bill dan Melida Gates sahaja ada yayasan kebajikan mereka. [sumber]
No comments:
Post a Comment