Keinginan yang terbang melayang-layang untuk membelek-belek si laptop hitam manisku, samra'. Tuntutan kerja yang semakin ringan. Fail-fail sudah diberesi. Hanya tinggal mengemas kini status buku-buku di kampung bukuku. 5000 ribu buah buku yang terbengkalai bukan 50 buah. Apapun buat dengan bertenang, mohon jauh dari tekanan disebabkan manusia.
Hari ini teringin mahu berkongsi tentang satu sunnah yang insyaAllah kami telah praktikkan kepada Muhammad semenjak Muhammad mula makan. Kami sendiri tidak mengamalkan sunnah ini sebelum ini dan ianya datang dengan izin Allah asbab naqibah saya yang sehabis baik berkongsi tips-tips menjaga kesihatan supaya menjadi mukmin yang dicintai Allah dan Rasul. Alhamdulillah Allah kurniakan kefahaman disebalik sunnah yang semakin disisihkan.
Pilihan kami. Ehsan gambar google.
Sunnah yang seterusnya yang kami praktikkan kepada Muhammad insyaAllah kami mohon Allah istiqomahkan, adalah sunnah merasa sedikit garam sebelum makan. Kami juga membekalkan sebekas kecik garam bukit/gunung halalgel yang kami yakini untuk Muhammad dirumah pengasuhnya. Saya meminta pengasuhnya untuk memberinya rasa garam tersebut sebelum makan. Alhamdulillah, sekiranya dulu, Muhammad akan menutup rapat bibirnya sambil membuat aksi muka yang menahan masin tetapi kini, Muhammad secara aotomatiknya akan mengelurkan lidahnya sebagai tanda bersedia untuk merasa garam sebelum makan.
Hasil bacaan saya mendapati, secara saintifiknya, kajian mendapati kedua belah tangan kita menghasilkan 3 macam enzin tetapi kurang konsentrasi disebelah tangan kanan kerana enzim yang berada ditangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman. Selain itu, tabiat ini menjadi asbab menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam dan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.
Pernah saya terlepa sebentar dengan sunnah ini, Allah datangkan peringatanNya ketika saya memandu pulang dari tempat bertugas. Ketika sedang menikmati juadah kuliah tengah hari di radio IKIM.fm, telinga saya tertangkap tentang kajian saintifik yang mendapati mengamalkan merasa sedikt garam dengan menggunakan jari kanan sebelum makan dapat menjegah pelbagai penyakit kronik. Lintasan penyakit-penyakit kronik tersebut tidak pula saya dapat rakam dihati dengan kemas. Walaupun tidak dapat menangkap satu-persatu penyakit tersebut, namun tazkirah pendek tentang sunnah merasa garam sebelum makan cukup berbekas dahti saya sehingga kini. Ada beberapa hadis yang saya dapat hasil google dibeberapa laman sesawang dengan izin Allah.
Dari Abdullah Bin Umar: "Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat (mempunyai kebaikan) dari langit (menerusi hujan) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam".
Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda, "Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam." Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam".
Hadis riwayat Al – Bazzar: Rasulullah pernah menyarankan supaya memakan secubit garam pada awal dan akhir setiap kali minum & makan. Baginda berkata, "Sesiapa yang memulakan minum & makan dengan memakan secubit garam ALLAH akan hindarkan 330 jenis penyakit , yang paling kurang ialah gila kusta, sakit perut dan sakit gigi. Yang bakinya diketahui oleh ALLAH sahaja."
Saya kaitkan lagi tentang perkongsian naqibah sebelum ini tentang garam. Menurut kuliah tentang pemakanan yang dihadirinya, garam perlulah diletakkan diakhir sesi masak setelah api ditutup. Ini kerana sifat garam yang menyerap zat-zat makanan yang dimasak. Seperkara lagi, apabila mengacau air atau makanan, perlulah dikacau mengikut arah LAWAN jam. Berpandukan sunnah Rasulullah, baginda sentiasa mengacau dengan menggunakan arah lawan jam. Kenapa?
Sumber disini.
Berkaitan perihal garam lagi, antara petua yang diamalkan kami hasil tunjuk ajar naqibah saya melalui doktor yang mengkaji khasiat pelbagai sunnah Rasulullah SAW lagi dengan izin Allah pasti, garam antara ubat yang mampu menghilangkan kahak dan mengurangkan sakit tekak. Muhammad sendiri saya perhatikan yang kini sedang batuk-batuk kecil dan ada kahak tersekat ditekaknya disamping selsema kecil, seringkali mencapai bekas kecil berisi garam yang diletakkan diatas meja makan kami minta untuk dibuka penutupnya. Pada mulanya saya tidak pasti apa kemahuannya dengan garam tersebut. InsyaAllah mungkin nalurinya yang mahukan ubat sakit tekaknya. InsyaAllah cara memberinya adalah 5 kali sehari mengikut waktu solat.
Rupa-rupanya terlalu banyak hikmah yang tersembunyi disebalik garam yang menjadi amalan Rasulullah SAW yang semakin kita sebagai orang Islam sisihkan. Hanya ini yang mampu yang diingati oleh saya ketika ini. Sesiapa yang punya informasi menarik berkaitan garam, dipersilakan untuk berkongsi disini insyaAllah! Jom sama-sama memartabatkan sunnah Rasulullah SAW insyaAllah!
11 comments:
terima aksih ummu berkongsi maklumat ni.. sy xpnh tahu pun sblm ni pasal garam.. nanti nak buatlah jugak.. pasal kacau tu pun sy tak tahu jugak.. apa2 pun thanks tau sbb bg info ni :-)
terima kasih atas infonya Ummu Muhammad.
salam :)
alhamdulillah kami sekeluarga diberi peluang untuk menunaikan ibadah umrah pada tahun ini. insyaAllah pada 2 mac selama 13 hari. adik bongsu huda menaja sepenuhnya ibu dan abah huda (tp adik x pegi dia kuarkan duit je :)), kami sekeluarga disponsor suami :) ikut sekali mak suami, abah suami x dpt ikut. insyaAllah lain tahun. harga pakej kami dapat rm5450. husna rm5050, lukman pula rm1400.
cari agensi yg betul2 ok atau pergi je tabung haji tp selalunya tabung haji cepat penuh.doakan kami ye, moga mendapat umrah yg mabrur :) kami pegi bulan 3 sbb nak merasa umrah dlm musim sejuk ni :)
dyan pun ada pernah terbaca jugak pasal garam ni.. dan yang paling best kalau tak silap dgn amalan memakan secubit garam ni kita boleh maintain berat badan yag ideal.. :)
tq for info..
thanks tuk info tu ummu muhammad..di rumah mmg kami gunakan garam yg sama tuk msakan tp tak pernah amalkan tuk merasa sdikit gram sblm mkan tu..:)..tq
bulan 3 masih sejuk..masuk bln 4/5 dh start panas :) jom2..jmpe di sana..hihi
tak pernah lagi amalkan jamah garam sebelum makan tu..
tp semasa bekerja tu., staff Bangladesh (yg Muslim) setiap kali makan, dia akan minta sepiring kecil dr makcik kantin.. lebih kurang dlm 1 sudu & memang depa dok cecah reramai sebelum depa makan nasi.. rupanya ada hikmah di sebalik nya..
bab kacau air tu.. memang selalunya kacau ikut lawan jam.. mungkin kerana sudah terbiasa.. tp baru hari ni tau, yg ia sebenarnya mjana tenaga positif.. terima kasih ummu muhammad sudi berkongsi..
As salam ummu, saya ada terbaca status dr zubaidi https://www.facebook.com/DrZubaidiHjAhmad yang makan garam ni hadis palsu.. ye ke ek?..
saya copy paste status dr zubaidi yer..
Dr Zubaidi Hj Ahmad
GARAM O GARAM...
Saya tidak menjumpai hadis yang mengatakan mengambil garam ketika makanan adalah sunah. Ia adalah hadis palsu dari golongan Syiah.
“Wahai Ali, ke atasmu (makan) garam, sesungguhnya ia adalah penawar bagi 70 jenis penyakit. Penyakit yang paling ringan (yang akan diubatinya) ialah kusta, sopak dan gila”.
Komentar terhadap periwayatan hadis:
- Hadis ini palsu. Ia adalah riwayat Abdullah bin Ahmad bin Amir dari ayahnya. Mereka berdua terkenal meriwayatkan hadis batil dari Ahlul Bait. (Lihat: Ibn al-Jawzi, al-Maudhu’at, jld. 1, hlm. 289, al-Zahabi, Talkhis al-Mudhu’at, hlm. 240, al-Syawkani, al-Fawaid al-Majmu’ah, hlm. 161).
rujuk keterangan : http://rozaimiramle.blogspot.com/2012/09/adakah-mengambil-sedikit-garam-sebelum.html
Tetapi saya mendapati menggunakan garam dalam makanan adalah amalan sebahagian orang Yahudi..
http://ohr.edu/ask_db/ask_main.php/192/Q2/
waalaikumusslm ina ;)..trime kasih atas krpihatinan ina..suami dan sy da tgk sumber yang beliau quot tu..inshaAllah kite bertenang..inshaAllah kite akan rujuk yng pakar selepas ini..jazakillah khairan kathira ;)
Hadis2 berkenaan perihal sunnah Nabi tentang garam adalah paslu.
Post a Comment