3.1.12

MOTIVASI SEBARIS AYAT

Secara tidak rasminya ramai pendidik telah mulakan tugas seawal seminggu dua terakhir sebelum sesi persekolahan bermula bergantung kepada keperluan sekolah masing-masing. Saya juga turut tidak terkecuali untuk memanaskan enjin sebelum jentera kembali berfungsi. Rutin setiap pagi perlu dibereskan. Kebiasaannya setiap pagi saya tidak sempat duduk berteleku di atas sejadah menghabiskan zikir ma'thurat seperti zaman belajar dahulu T_T. Jadi, saya akan membacanya sambil mengemas perkakasan yang perlu Muhammad bawa ke rumah pengasuhnya. Kadangkala saya tidak mampu fokus membacanya ketika berkemas dan solusinya, saya baca ketika sedang memandu. Tahun ini tahun berdikari, ke tempat kerja tanpa teman lelaki halal disisi ;).

Alhamdulillah setelah habis zikir pagi tersebut, saya akan membuka radio IKIM.fm untuk mendengar berita dan lagu-lagu sebagai teman disepanjang perjalanan. Apabila menyentuh berkenaan zikir pagi ini, banyak sangat manfaatnya. Bait-bait maknanya sungguh menyentuh dan terkesan. Cuba amal baru tahu kenikmatannya insyaAllah! Bebalik kepada radio IKIM tadi, sekiranya ada sesiapa yang mengikuti topik pagi, pagi tadi, berkenaan tahun baru jika saya tidak silap. Saya begitu tertarik dengan pemanggil yang bernama En. Muhammad, nama yang sama seperti kekasih kecilku yang hensem ;). Menurut beliau, beliau mengajar anak-anaknya untuk menyambut tahun baru hijrah dan bukan masihi serta berpesan kepada anak-anaknya supaya jangan terkeliru. Tahun hijrahlah tahun yang banyak tersimpan sejarah islam untuk diingati dan bukannya tahun masihi. Cantiknya islam, menyambut tahun baru dengan doa akhir dan awal tahun. Namun usaha UAI baru-baru ini yang mengumpulkan lebih 80 ribu di dataran merdeka, shah alam bagi menyambut tahun baru masihi adalah usaha murni bagi mengalihkan tumpuan muda-mudi daripada pergi ke konsert yang melalaikan lagi menipu daya. Saya yakin UAI semestinya mahukan anak-anak muda menyambut tahun baru hijrah lebih daripada tahun masihi, dan ianya merupakan satu usaha dakwah diperingkat permulaan untuk menjinakkan anak-anak  muda kepada islam insyaAllah.

Berbalik kepada perbualan En. Muhammad tadi, saya terpegun dengan doa arwah ibunya semasa beliau kecil. Ibunya sering berkata, 'jadi ahli syurga ya nak'. Subhanallah! Pagi saya berwarna dengan sebaris ayat yang begitu cantik keluar dari bibir seorang murobbiah agung bernama ibu. Doa insan yang Allah angkat melebihi sesiapa pun di dunia ini. Sebaris ayat ini betul-betul meruntun jiwa ibu saya sehingga mahu menitis air mata dibuatnya. Betapa ayat ini mampu diingati oleh En. Muhammad begitu baik sekali. Disebabkan saya sungguh termotivasi dengan sebaris ayat ini, saya terus mempraktikkan kepada Muhammad kecilku yang hensem sepanjang hari ini ;). Jadi ahli syurga ya nak!

Doakan ibu dan ayah wahai anak-anakku. Ibu dan ayah juga mahu jadi ahli syurga!

4 comments:

Ibu Yusuf Maryam said...

Semoga kita mampu memandu diri dan keluarga ke syurga sana. Amin, amin, amin.

IntaNBerliaN said...

Saya yang baca entry ni di pagi hari.. tiba2 tersentuh dgn ayat tu... InsyaAllah..

mummyrinazone beauty said...

semoga bekalan dunia cukup...selamat tahun baru 2012..

kayzie said...

kdng2 tgk anak rasa tkut dgn dugaan yg bakal dia tempuh nnt..hrp ALLAH kuatkan ibu dan ayah utk memberikan didikan yg sempurna dan smoga anak itu pun akan kekal cekal dgn iman di dada spy sntiasa memilih jln yg lurus