Bayt Al-Iman ditag oleh Ummi Iman ;)
Ramadhan 1425H adalah Ramadhan yang tidak mungkin saya lupakan sampai bila-bila kecuali Allah menarik semula nikmat ingatan buat saya. Ramadhan yang mana di situlah segala-galanya bermula. Ketika itu saya belajar di dalam semester akhir semasa kursus persediaan yang tempohnya 3 semester di sebuah kolej perguruan yang kesemuanya perempuan melayu. Hati saya disentuh.
Dilahirkan dalam keluarga yang bukan roh islam, Allah membawa saya melihat kebesaran nikmat taufik dan hidayah di sana. Indahnya islam. Rasa gelisah dan gementar yang sukar ditafsirkan. Merasakan diri ini bagai tidak lengap sebagai seorang muslimah.
Di sana, kepimpinan dipegang oleh orang-orang yang mengamalkan agama walaupun bukan bergelar ustaz. Disebabkan semuanya perempuan melayu, disiplin juga agak ketat. Pagar kolej tutup seawal 7 petang jika saya tidak silap berbanding kolej lain yang sehingga lewat malam. Bukan mudah mahu menjaga anak-anak perempuan.
Hati saya sangat tersentuh dengan keluarga seorang pensyarah yang kami panggil ustaz walaupun bukan mengajar agama. Beliaulah antara insan yang Allah kirimkan untuk saya koreksi diri ketika itu. Anak-anak beliau jika tidak silap saya kira dahulu ada 6 orang yang mana anak lelakinya lebih ramai. Kuasa veto seorang ayah dipamerkan ustaz apabila, beliau mampu membawa kesemua anak-anak lelakinya solat berjemaah subuh walaupun ada yang tidur di hujung saf lelaki. Masih kecil dalam lingkungan 3 hingga belasan tahun.
Di surau kolejlah saya belajar banyak perkara. Maklumlah saya bersekolah di sekolah sekular dan sekolah agama petang pun main-main. Banyak perkara yang saya tidak tahu dan pastinya tidak amal. Saya belajar mengenal apa itu zikir mathurat, apa itu solat sunat dhuha, rawatib, tahajjud dan sebagainya, semuanya di sana. Kalau dahulu semasa zaman persekolahan, saya hanya tahu solat sunat hajat meminta banyak A untuk setiap kali peperiksaan besar. Namun, di sana ada perkembangan ilmu buat saya. Masih terbayang yang mana saya terkebil-kebil mengikut ustaz dan jemaah lainnya baca zikir al-mathurat selepas solat subuh berjemaah. Akhirnya saya diam mendalami maknanya. Allah! Saya terlalu rindukan saat itu.
Bait-bait makna zikir mathurat membuat air mata saya berjurai setiap kali membacanya. Ramadhan 1425H, saya bagai merasa ada kuasa memontem untuk saya melakukan perubahan besar dalam hidup saya. Saya asyik memikirkan kematian yang boleh datang tiba-tiba. Syurga atau neraka. Selain itu, saya memikirkan orang soleh adalah untuk solehah. Jarang mata orang soleh mahu menangkap yang bukan solehah. Magnet semula jadi hati ke hati. Azam saya untuk membina sebuah baitul muslim yang istiqomah mencari redho Allah. Melahirkan anak-anak dengan hidup beragama yang jauh lebih baik dari kehidupan saya.
Saya jadi teringat kepada seorang lagi ustaz yang memang aktif di jalan dakwah yang punya jadual kuliahnya sendiri di surau. Disebabkan kami semua perempuan, tajuknya juga banyak untuk wanita. Ustaz membentangkan ciri-ciri wanita idamannya yang mana kesemuanya ada pada isterinya. Beliau cukup menjunjung isterinya. Semestinya yang auratnya cukup terjaga. Paling mengesankan hati saya apabila ustaz memperincikan tentang aurat pergelangan tangan. Saya sendiri tidak ingat persis kata-katanya tetapi saya sangat ingat butir isinya yang mana ketika si wanita menganggat tangannya dan lengan baju terjatuh, masih ada sarung lengan yang menutupi aurat pergelangan tangan. Ketika itu sekali lagi berderai air mata saya. Terasa begitu hinanya diri di mata orang-orang soleh yang memandang aurat wanita begitu emas. Begitulah sensitifnya apabila hati disentuh.
Ramadhan 1425H lagi, ketika suasana sesak, gelisah dan pelbagai lagi perasaan yang entah dari mana datangnya, saya didatangi mimpi ustaz-ustaz kolej membuat usrah dirumah saya sambil tersenyum dan berbual ceria di dalam bulatan gembira mereka. Bayangkanlah ustaz-ustaz datang membuat usrah di rumah saya! Mimpi yang cukup bermakna. Ramadhan yang benar-benar istimewa buat saya.
Sepanjang Ramadhan 1425H, apa yang tidak boleh dilupakan juga, saya sentiasa ditemani air mata. Perasaan yang bercampur baur, membuak-buak, suatu yang sukar untuk ditafsirkan. Masa saya banyak dihabiskan untuk memperbaiki mutu solat fardhu, solat-solat sunat, istiqomah bangun dan mandi sebelum subuh, Al-Quran pun saya mampu khatam sehingga 3 kali ketika Ramadhan itu. Dikala diri berkeadaan sedemikian rupa, pastinya saya mencari-cari seorang role model yang saya dambakan nasihat. Selama masa itu, motivasi saya hanya kepada buku-buku ilmiah yang mengajak anjakan perubahan dalam kehidupan. Ianya bukan daripada rakan-rakan mahupun ahli keluarga. Kesemuanya menyatakan kebimbingan sekiranya saya tidak mampu istiqomah.
Semuanya saya telah buat namun, ianya masih tidak memberi ketenangan buat diri saya. Masih tidak cukup. Tidak puas. Masih ada yang saya tertinggal. Melihat keseluruhan diri di hadapan cermin besar, oh aku belum sempurna dalam menutup aurat. Mana stokin? Mana tudung besar yang mampu menyembunyikan aib, mana sarung lengan. Perintah Allah yang masih belum tertunai. Selagi mana ianya tidak ditegakkan dalam diri, selagi itu ketidak tenangan itu menjalar di setiap urat saraf.
Kasih sayang Allah itu luas. Hamba mencari, Allah berganda-ganda lagi datang kepada hambaNya. Di asrama, kami tinggal di dalam kompartment yang punya 4 pintu. Setiap pintu dihuni 2 orang pelajar. Senang satu pintu, ada seorang kakak yang merupakan AJK tertinggi surau yang saya panggil Kak Muna, kursus diploma keguruan tahun akhir dan batch terakhir yang rajin bangun sebelum subuh dan kuat mengaji Al-Quran. Pada kakak itu saya mengadu dan menyatakan hasrat untuk melakukan perubahan drastik. Mati bukan boleh ditangguh-tangguh. Minta jauh Allah cabut nyawa ini dalam keadaan tidak beriman. Kak Muna juga menyatakan dia juga sedang berusaha istiqomah dari segi memakai stokin. Ya memang bukan mudah untuk memulakan pembaikkan. Saya pula mula melabuhkan tudung daripada tudung bawal kepada tudung lerang 50. Ada sedikit ketenangan tetapi bukan keseluruhan. Saya masih mencari-cari lagi ketidak selesaan sekeping hati.
Sekeping hati ini rupa-rupanya kehausan rohani yang minta dilegakan. Melalui Kak Muna, saya meminjam tudung labuhnya. Emak yang pada mulanya tidak bersetuju, akhirnya membawa saya ke kedai kain untuk membeli kain untuk melabuhkan tudung saya. Bermula di sini saya belajar 'memegang gunting' dan menggunakan mesin jahit. Hasil didikan emak ini membuahkan hasil buat kehidupan saya hari ini. Walaupun masih amatur dalam bidang jahitan, tetapi hikmah dan kesan dari ketidak selesaan sekeping hati kurniaan Allah beberapa tahun sudah, memberi impak yang besar rupanya pada hari ini. Saya mampu menjahit baju kurung sendiri dan beberapa perkara lain dengan menggunakan sebuah mesin jahit.
Subhanallah! Alhamdulillah! Allahuakbar! Madrasah Ramadhan 1425H yang cukup istimewa. Memang agak malu memulakan satu perubahan pada mulanya. Rendah diri tetapi lama-kelamaan Allah meniupkan 'izzah, betapa saya berbangga menjadi seorang muslimah yang berusaha untuk menjadi mukminah dalam mengharap redho dan kasih sayang Allah sepanjang perjalanan kehidupan di dunia yang penuh tipu daya. Alhamdulillah Maha Suci Allah yang menempatkan saya di sana untuk saya belajar memperbaiki diri terlebih dahulu sebelum saya bertemu penyambung takdir sebuah sunnah 'baiki diri dan serulah manusia lain' di kolej tempat saya belajar selepas kursus persediaan.
Sekali lagi Allah mengirimkan saya di tempat yang tepat tetapi suasananya jauh berbeza dengan tempat saya menghabiskan kursus persediaan selama 3 semester sebelum ini. Kali ini saya ada 8 semester yang mana kesemuanya ada 4 tahun secara keseluruhannya untuk segenggam ijazah sarjana muda. Target seorang individu yang masih belum mengenal apa itu tarbiyyah. Hanya belajar demi segenggam ijazah seperti robot.
Di tempat baru saya mengenal apa itu tarbiyyah dan diuji ketahanan dalaman yang saya bina di kolej terdahulu sebelum ini. Di sini Allah hadirkan seorang insan yang saya gelarkannya 'daeyah semelaya' kerana asbabnya, saya mengerti apa itu madrasah tarbiyyah yang mana kita bukan sahaja perlu berusaha memperbaiki diri malah yang lebih penting adalah melakukan tugas seruan yang mana kita mengajak sama orang-orang sekeliling menjadi baik dan taat perintah Allah. Jalan ini jalan yang terlalu sukar dan bukan mudah mahu membina modal insan mukmin sehebat as-syahid Dr. Rantissi, as-syahid Syed Ahmad Yassin dan terbaru model ikhwanul muslimin hebat, Dr. Morsi, Presiden Mesir yang baharu. Semoga Allah bersamanya dalam mendaulatkan islah. Asbab 'daeyah semalaya' juga, saya belajar menghayati sejarah islam sebenar dan keperluan mengetahuinya secara mendalam kerana kita tidak akan berjaya selagi kita tidak belajar melalui sejarah. Jalan tarbiyyah sememangnya pahit, penat dan ianya luar daripada tabiat normal manusia lain. Sesiapa yang Allah kehendaki, pasti mereka merasa kemanisan sebuah kesempitan dan saya tidak mampu seperti daeyah semalaya kesayangan adik-adik yang masih tegar dalam medan tarbiyyah.
'Sesiapa yang menazarkan hidupnya utk agamanya, dia akan hidup penuh dengan kepenatan tetapi sebenarnya dia akan hidup mulia dan mati dalam keadaan mulia'... makna lakaran ayat di dinding rumah As Syahid Sheikh Ahmad Yaseen di Gaza.
Setiap perubahan pastinya disertakan ujian tanda kasih sayang Allah. Salah satu ujian yang paling berat buat saya dan mungkin yang sama dapat merasa kegelisahan sebuah taufik dan hidayah adalah mengekalkan rasa 'bersalah' kepada Allah. Bukan mudah mahu istiqomah. Saya pernah mendengar kuliah Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman atau UZAR yang mengupas tentang hal ini. Ianya adalah sunnatullah apabila perkara yang sama dilakukan, ianya mendatangkan perasaan BIASA sehingga TIADA RASA. Sejujurnya, saya cukup merindukan perasaan bercelaru yang lebih dahsyat dari tsunami ketika Ramadhan 1425H dahulu. Perasaan yang sentiasa merasakan Allah memerhatikan setiap detik waktu.
Sekadar catatan kenangan nostalgia yang tidak mungkin terlupakan. Madrasah Ramadhan 1425H merubah fikrah. Semoga Allah sampaikan saya dan kita semua di dalam Ramadhan kali ini dan dilimpahkan segala keberkatan yang terkandung di dalamnya untuk istiqomah menempuh 11 bulan lain sebelum Ramadhan datang menjenguk lagi. Sesungguhnya saya mendambarkan Ramadhan yang sebegitu indah. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun sudah buat kita semua insyaAllah!
Bayt Al-Iman suka hatinya tag Kak Atie, blog Azatiesayang ;).
10 comments:
ummu Muhammad...coretan ini sangat menjetik perasaan saya dengan rasa terharu ...sungguh saya terharu... betapa berharga dan bernilainya sebuah ramadhan 1425H...
Selangkah kita menghampiriNYA , seribu langkah Dia datang menghampiri kita... ALLAHUAKBAR...!
syukran sudi memeriahkan suasana dan berkongsi pengalaman..
Salam UM,
Perasaan itu yg harus ada pd semua org Islam, lebih2 lg Melayu. Kerana bila lahir dlm bangsa Melayu automatik kita digelar Islam. Sebab tu soal agama kurang diambil berat. Saya bercakap bg pihak diri saya sendiri. Selagi perasaan malu pd Allah itu ada, Insyaallah kita akan sentiasa perbaiki apa yg kurang.
Terkilan bila ada org yg rasa diri mrk hampir dengan Allah tp tindakannya dan perbuatannya jauh dr apa yg dikehendaki oleh agama. Walaupun berjubah dan bertudung labuh. Ada kisah disebalik apa yg saya katakan. Saya nak buat entri dalam blog nanti. Insyaallah.
c'jai: sungguh ramadhan 1425H terlalu indah. saye menanti perasaan yang sama berulang..rasa takut, persoalan-persoalan dalam mencari Allah. sesungguhnya saya benar2 mendambar 'perasaan' Ramadan 1425H utk hadir lagi T_T
UI: takutnye bace perenggan akhir Ui tu..kisah apakah itu..menanti enrty UI ;)
dari segmen yg sma...byk giler zmn skoll dy
semoga kita manfaatkan Ramadhan ini, ia akan berakhir sedikit waktu lagi, waktu itu ki pasti merinduinya..
http://sayangkuzie.blogspot.com/2012/07/segmen-nostalgia-ramadhan.html
blog utama
http://sayangkudinadania.blogspot.com//
salam ummu... jom ke laman Kembara Mencari Redha iLahi..semak siapa pemenang segmen tempoh hari di link --> http://ummuainries.blogspot.com/2012/07/dan-pemenangnya-ialah.html
Assalamualikum wbth...
Tahniah dari saya..pada hari ini saya singgah...sabtu yang damai...
salam kenal dari TiranaAduka...
Askm. Tahniah UM kerana berjaya ditempat pertama :)
tahniah jadi pemenang pertama!!
Alhamdulillah...kisah yg menarik..best baca...:) dr segmen yg sama....
Post a Comment