Malam semalam ibu ayah mula berdebar. Ibu bagai rasakan sudah ada kontraksi tetapi yang tidak kerap. Sepantas kilat, ibu menyudahkan segala kelengkapan dan terus sahaja meletakkan beg di atas meja jepun ruang tamu. Tunggu punya tunggu, sakit hilang. Rupa-rupanya kontraksi palsu ;). Alhamdulillah dengan kontraksi palsu tersebut, Allah izinkan ibu berkemas dengan cemas setelah sekian lama menangguh kerana rajin yang teramat ;).
Persiapan terakhir yang ibu bermalas-malasan ;). Sebotol air zam-zam, kurma yang perlu diletakkan di 3 tempat. Beg ayah, ibu dan khalifah kecil serta sesudu madu sebagai alternatif selain kurma untuk tahnik nanti. Mudah-mudahan dengan sunnah bertahnik, Allah kurniakan lidah yang kuat buat khalifah kecil II untuk 'pam' keluar susu ibu sesegera yang boleh. Jangan lupa nangis sebaik keluar dari alam rahim ;).
Kuliah Ambang Ramadhan
Kelas ibu setiap isnin berakhir jam 10. Perjumpaan berkala dengan doktor yang kini menjadi seminggu sekali menjelang sebulan sebelum kelahiran juga pada hari isnin. Selepas meminta keizinan bos, ibu ke klinik selepas kelas terakhir dan dapatlah giliran awal berbanding petang yang kebiasaan lebih ramai orang walaupun swasta dengan izin Allah pastinya yang memudahkan segala urusan. Sepanjang perjalanan keluar ladang ke klinik yang memakan masa lebih 30 minit tersebut, ibu sempat mendengar kuliah di ambang Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Bin Abdullah Al-Amin. Kuliah yang menarik perhatian menemani perjalanan ibu ke klinik bersama khalifah kecil II yang juga setia mendengar di alam rahim. Iktikaflah puas-puas di dalam rahim ibu sebelum takdirmu datang menjemputmu menjengah ke kampung dunia yang penuh tipu daya T_T.Nilai Kendiri
Apabila menyebut Ramadhan, pastinya kita sangat familiar dengan istilah bukan sahaja menahan diri dari lapar dan dahaga. Kita sebenarnya melatih diri untuk menahan semua pancaindera daripada melakukan maksiat. Madrasah Ramadhan adalah permulaan yang baik sebagai momentum ke bulan-bulan lain. Maksudnya, kita boleh nilai kendiri ibadah puasa kita. Contohnya kita mampu untuk istiqomah bangun tahajjud bukan sahaja di dalam Ramadhan malah berlanjutan sehingga mati. Maksudnya, insyaAllah ibadah kita Allah terima.
Kekuatan Deria
Ibu sangat tertarik apabila ustaz menyentuh berkenaan kekuatan deria yang dikurniakan Allah kepada satu-satu kaum. Sebagai contoh orang melayu kita dikurniakan kekuatan deria lidah sebab itu orang melayu masak sedap. Ustaz membandingkan dengan masakan arab. Kadang orang arab goreng ikan tanpa garam tetapi sudah terlalu sedap bagi mereka tetapi tidak kita. Orang arab pula dikurniakan kekuatan deria membau, sebab itu mereka gemarkan bau-bauan seperti minyak atar yang pada kita sakit hidung tetapi terlalu wangi buat mereka. Kekuatan mata atau melihat, Allah kurniakan kepada bangsa Eropah. Mereka sangat menghargai seni. Sebahagian besar mereka boleh melihat potret Monalisa berjam-jam di muzium atau galeri lukisan. Bayangkanlah sekiranya galeri seperti tersebut di sini, pastinya tiada yang sudi datang kata ustaz secara berseloroh dengan DJ ikim yang bertugas ketika itu.
Okestra
Ustaz ada pengalaman ke okestra kerana diajak rakannya. Si rakan mampu menangis mendengar okesta tersebut sedangkan beliau menghitung detik, bilakah majlis yang membosankan itu akan berakhir. Ustaz memberi bayangan tentang kekuatan deria mendengar sehingga si rakan tersebut mampu menangis kerana menghayati dengan hatinya. Begitulah kesimpulannya, apabila kita mampu mengawal semua deria yang dikurniakan Allah sehingga menyentuh ke dalam hati. Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga. Bahkan ianya berupaya mendidik segala pancaindera agar kembali taat perintah Allah dengan bermula melalui madrasah Ramadhan insyaAllah.
Belum Mahu Keluar
Ibu tidak sempat mendengar habis isi kuliah tersebut kerana sudah berada di hadapan klinik. Mungkin pemeriksaan berkala yang terakhir dan boleh jadi kedua terakhir ;). Berat ibu naik lagi. Doktor kata baby masih growing kerana apabila sudah mahu bersalin, kebiasaannya berat badan akan statik. InsyaAllah due scan lagi 8 hari. Nampaknya khalifah kecil II sangat selesa di alam rahim ibu ;). Ramadhan pula insyaAllah lagi 4 hari. Mudah-mudahan Allah sampaikan kita di dalam Ramadhan lagi pada tahun ini. Bulan keberkatan yang kita nanti-nantikan saban tahun. Kedatangannya disambut gembira dan pemergiaannya pasti mengundang pilu. Adakah sempat bertemu Ramadhan sekali lagi T_T.
InsyaAllah persiapan terakhir menyambut kehadiran kalifah kecil II telah diselesaikan malam semalam. Tinggal memasukkan ke semua beg di dalam unta kita. Mudah-mudahan proses bersalin kali ini mudah sebagaimana rakan-rakan seangkatan ibu. Jauh disudut hati ibu, sesungguhnya proses bersalin adalah antara hidup dan mati. Boleh jadi Allah kurniaan jihad bersalin buat ibu. Andainya nyawa setakat itu, ibu halalkan dan redho segalanya buat anak-anak ibu. Tandai pusara ibu hanya dengan nesan tanpa hiasan. Pastinya saat ini ibu merindukan khalifah kecil II. Rupa ayahkah? Atau rupa ibu ;). Mudah-mudahan khalifah kecil II keluar dengan selamat, sihat sempurna dengan iman yang mantap pastinya mengikut jadual Allah ;).
Hanya tinggal dimasukkan ke dalam unta kita ;).
7 comments:
Semoga dipermudahkan urusan dan semoga selamat semuanya. Amin
Moga dipermudahkan segala urusan nanti
semoga semuanya selamat san dipermudahkan Allah ye..
semalam melawat mawaddah...anak dia kecik je..tak berani nak pegang!!
adik muhammad camne pulak nanti?
semoga Allah permudahkan..
Berdebar menghitung hari ya UM. Semoga d permudahkan segalanya. Selamat ibu dan anak. Maghrib singgah rmh org ;)
kak zefa, kak syiela, mummy bamlom: amin ya Rabb! moon doa berpanjangan daripada kalian..memang debor ;D
fifah: wah sepantas kilat pegi tgk lit mujahiddah mawaddah..alhamdulillah semuenye sihat..
adik muhammad pun mudah2an mudah jugak..besar ke kecik, arap2 senanglah keluar mcm2 kawan2 lain. doc kate bb mcm taknak kleuar lagi sebab berat mak die tak reti nk statik lagi heheh
UI; Amin Ui..nk kene study balik ni nak sambut orng baru heheh
kbetulan geng usrah nk gi time tu..join sekali lah...
Post a Comment