Showing posts with label Wordless Wednesday. Show all posts
Showing posts with label Wordless Wednesday. Show all posts

15.4.15

WW- UBAT SAKIT & MAKSIAT

Hendaklah kamu melakukan solat pada tengah malam. Sesungguhnya ia kebiasaan orang soleh sebelum kamu dan boleh mendekatkanmu kepada Tuhanmu. Ia juga penghapus segala dosa, penghalang maksiat dan dosa serta penawar penyakit yang ada pada tubuh. [Riwayat Ahmad]

18.2.15

WW- SELESA SEUSIA

Kami bertiga sama usia. 

Di tempat kerja saya ada geng seusia yang saya selesa untuk berbual. Kami boleh berkongsi banyak perkara. Mungkin asbab usia kami yang sama. Sahabat seusia, kawan semasa di sekolah rendah dan bertemu kembali di zaman bekerja. Sahabat seorang ustazah dan saya cikgu yang di'teacher'kan manakala sahabat seusia seorang lagi adalah satu kursus yang sama semasa belajar tetapi kampus berbeza. Juga, dipertemukan semasa zaman bekerja.

Sahabat ustazah berhijrah, tinggallah kami berdua.

Berada disisi sahabat ustazah saya ini, membuatkan saya kerdil. Ilmu agamanya membuatkan saya hormat. Pembawaan dirinya membuatkan saya segan. Betapa Allah muliakan orang-orang berilmu dan beramal. Saya bukan pelajar agama dan terlalu sedikit yang saya tahu dan mudah-mudahan yang sedikit itu Allah izinkan saya mampu beramal dengan istiqamah dan sebaiknya hanya mengharap redha Allah.

Saya belajar banyak perkara melalui beliau. Rasa hormat dan rendah diri beliau, membuatkan saya kagum. Antara seni-seni hati yang saya belajar dari masa ke semasa. Allah kirimkan beliau dalam usaha perjalanan mendidik hati ini. Allahu! Terlalu banyak hadiah istimewa Allah buat saya dalam usaha mendidik hati. 

Tanggal 17 Februari 2015 adalah hari terakhir perkhidmatan beliau bersama kami kerana Allah telah aturkan satu perjalanan yang inshaAllah lebih cantik disisiNya. Bertugas di tempat baharu yang lebih dekat zaujnya. InshaAllah tempat kerja baharu yang didoakan membuka lebih banyak jalan untuk meraih syurga Allah dengan penuh santai dan kegembiraan,

Sahabat di dunia, jiran tetangga di syurga, semoga bertemu rakan-rakan yang baik, suasana tempat kerja yang soleh supaya menjadi asbab laluan-laluan kita ke syurga Allah dipermudahkan inshaAllah. Walaupun jasad-jasad kita jauh, inshaAllah ruh-ruh kita sentiasa dekat. Sayang kalian hanya dan kerana Allah T__T.

Selesa seusia. Kenangan kereta yang cantik tersusun buat kami bertiga.

5.11.14

WW- ANZIETI YANG TERUK


Kerisauan yang teruk tentang ummah. Lagi beberapa tahun hampir edisi siri ke-3, tetapi apakah sumbangan untuk ummah setakat umur hari ini? Al-Fateh usia 22 tahun sudah menjadi panglima perang dengan mengetuai beberapa siri peperangan. Keindahan Islam sampai ke seluruh pelusuk alam.

Hari ini, dalam ketenatan ummat, tugas dan fokus utama kita adalah mengiISLAHkan ummat. InshaAllah sambung nanti disebalik kisah anzieti yang teruk ini.

Nangis lagi.

30.7.14

WW- EIDULFITRI 1435

Kami sekeluarga mengucapkan Salam Eidulfitri, mohon kemaafan atas segala kesilapan samada lisan, tulisan maupun perbuatan.

"Taqabbalallahu Minna wa Minkum"
تقبل الله منا ومنكم
(Semoga Allah menerima segala kebaikan kami dan kebaikan kalian semua)

Abu wa Ummu Muhammad, Muhammad & Abdullah.

9.7.14

WW- THE RAT RACE

Perkara yang paling susah hendak dilakukan adalah berfikir. Bukan semua boleh berfikir dengan rasional dan relevan. Saya sedang bedah sebuah buku yang sedang mengkritik sistem pendidikan kita. Semasa baca buku ini, ternyata memang terlalu banyak kebenarannya.

HOW TO GET OUT OF THE RAT RACE?

25.6.14

WW- PROJEK DAPUR

Inilah asbab lama tidak membelek-belek blog iman kami ini :D. Acara kemas-kemas! Projek dapur. Selama ini saya susun tupperware keluar masuk di rak kayu yang saya beli di ikea. Nampak memudahkan apabila beli ayam orgnik banyak untuk stok seminggu lebih kurang 4 ekor. Dibahagikan kepada beberapa bekas untuk memudahkan sekali masak, keluarkan sebekas. Begitu juga ikan, sotong dan sebagainya.

Takdirnya, Allah datangkan Cik Ti (baca: tikus) yang rupawan membuang air besar dan kecil sesuka hati di mana sahaja. Jadi, mahu atau tidak, kami tiada pilihan. WAJIB RAJIN! Kami perlu basuh dapur dan semua perkakasan dapur. Pendek kata, saya punggah kabinet, buang mana yang patut dan letakkan tupperware dan rempah-ratus masakan dalam kabinet di dapur kering. Dapur basang dikosongkan.

Alhamdulillah, Cik Ti yang kecil molek itu telah selamat diberkas! Zauji melepaskan dia ke semak jauh dari perumahan untuk dia terus hidup. Makhluk dicipta Allah dan hanya Allah selayaknya memanggilnya kembali ;D.

Tupperware keluar masuk isi bahan basah dan sebagainya.

Tenang mataku :D. Lega dapat kemas dapur yang tertangguh sekian lama.

Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana menghadirkan Cik Ti yang menjadi asbab kerajinan kami berkemas. Asbab dapur pun telah bersih dari anasir tidak sihat Cik Ti, saya kembali baking haha! Seruan ke dapur ibu kembali lagi! Projek bakar kek, MACoo yang tertunggak sekian lama.

MACoo hasil kerjaan mak dan kibarul masyayikh sebagai aktiviti sekolahrumah kami. Ada tempahan 2 balang.

Kek krim ngences! Ini tempahan pelanggan setia, Puan Anna ;D.

Selain itu juga, mood saya lari ke buku-buku untuk dibaca. Alhamdulillah telah khatam Anekdot Madinah tulisan Prof Kamil dan sedang bedah buku Dr Maszlee Malik. Kali pertama baca buku ini, saya hampir tidak boleh baca. Bahasanya terlalu tinggi! Dengan sedikit review oleh zauji, saya cuba untuk katamkan juga. InshaAllah ada kelapangan saya mahu kongsikan juga intipati menarik yang terdapat dalam 2 buku ini dan pemikiran Dr Maszlee yang pada saya perlu dikembangkan ke peringkat global inshaAllah!

Zauji pesan - baca, baca buku juga, surah-surah yang telah hafaz, jangan dibiarkan lupa. Berdosa T__T.

18.6.14

WW - TERAPI POKOK BUNGA

Work station. Terapi pokok dan bunga hidup bukan palsu :D. Subhanallah! Makhluk Allah yang punya pesona mendamaikan hati dan fikiran :D.

19.3.14

WW- TANDA HATI DIY

Hari terakhir. T__T

Semalam Allah izinkan sempat siapkan tanda hati Do It Yourself untuk anak-anak. Fikir punya fikir, Allah ilhamkan untuk hadihi anak-anak dengan sapu tangan. Kesat air mata T__T.

Penanda buku DIY ;).

Pengesat air mata T__T.

Hasilnya :D.

Bila anak-anak yang dapat hadiah sapu tangan, maka, makpak kepada anak-anak juga mahu juga. Semalam juga, saya cari sapu tangan istimewa buat kawan-kawan T__T.

Penanda mata buat rakan-rakan.

Sapu tangan kek cawan. Ada 2 helai. Tidak cukup satu, ada lagi satu kesat air mata :D.

DIY kenangan buat kawan-kawan.

Penanda untuk buku rekod sendiri. Ilham dari Allah tiba-tiba :D.

Semoga bertabah. Wahai hujan, sila jangan lebat T__T. InshaAllah entry tertangguh hari-hari akhir sebelum berakhirnya episod khidmat dalam ladang sawit menyusul dengan izin Allah. Ya Allah sayunya T__T.

12.3.14

WW- UBAT NYAMUK ALAMI VERSI JIMAT

Asbab harga lemon yang mencecah RM1.50 sebiji, maka kita sebagai mak-mak yang prihatin perlulah pandai mencari kaedah selamat lagi bijak supaya dapat menggunakan bahan secara maksimum sehabis baik. Kali ini saya hiriskan nipis lemon untuk 3 bekas yang diletakkan di tempat-tempat kesukaan sang nyamuk yang kenyang malam tadi. MashaAllah semuanya berat mahu terbang pagi tadi.

Tahan 2 hari.

Caranya, sebelum tidur untuk penggunaan malam kedua, silalah picit lemon tersebut supaya airnya keluar dan berpadu dengan bunga cengkih untuk menghasilkan aromanya tersendiri. Pada pemerhatian saya, lemon hirisan nipis ini mampu bertahan selama 2 malam dengan izin Allah pastinya dan sebiji lemon ini, boleh digunakan untuk tempoh seminggu. Jadi, kita memerlukan 4-5 biji lemon sebulan.

Jadi, kos untuk ubat nyamuk alami setiap bulan lebih kurang RM12 termasuk kos bunga cengkih. Seperkara lagi, saya memang letakkan satu bekas, betul-betul di atas kepala saya :D. InshaAllah kita ikhtiar, Allah sahajalah yang berkuasa menghalau nyamuk. Jadi, jangan berhenti berdoa dan terus berdoa agar nyamuk segan minta darah kita di musim-musim nyamuk ini :D.

5.3.14

WW- DVD 30 JUZUK AL-QURAN

Alhamdulillah baru sahaja sampai.

Muhammad paling seronok terima hadiah DVD baharu. Dia sangat teruja dengan set DVD yang qarinya Shaikh Abd Rahman Sudais kerana ianya berbeza dengan set DVD yang pernah ada dalam rumah iman kami. InshaAllah satu set untuk dimakmurkan di Bayt Al-Iman. Satu set di rumah pengasuh mereka. Satu set lagi KIV untuk perancangan seterusnya.

Senarai mak-mak yang telah membuat tempahan:
1. Ummu Muhammad
2. Ummu Muhammad
3. Ummu Muhammad
4. Ummu Khalisah
5. Ummu Danial
6. Ummu Amna
7. Ummu Abdurrahman Abid
8. Ummu Alisha
9. Ummu Rayyan
10.

Saya sengaja tempah DVD yang qarinya Shaikh Mashari asbab menurut tuan kedai, ianya lebih diminati kerana bacaannya perlahan dan mudah untuk ikut bagi sesiapa yang ingin menghafal inshaAllah. InshaAllah ada kelapangan waktu yang berkat, saya akan poslaju DVD mak-mak sekalian esok.

29.1.14

WW- SEDANG HADAM

Mampu baca sedikit sedikit sahaja. Sangat teruja dengan mukadimah buku ini. Melahirkan tanpa sakit? MashaAllah! Tabarakallah!

InshaAllah cuti semester 5 tahun untuk persediaan second batch akan dimanfaatkan dengan ilmu-ilmuan alami :D. Mudah-mudahan Allah redho dan mudahkan kami ;). Ramai sahabat-sahabat dan rakan-rakan blogger yang punya anak-anak sebaya Muhammad dan Abdullah sedang hamil dan telah bersalin untuk third edition mereka. Mabruk! Moga menjadi pemuda-pemuda hebat sebagai teras kekuatan saf-saf tentera-tentera Allah inshaAllah!

Jazakillah khairan kathira Puan Iryani Ahmad atas bantuannya menghubungkan saya dengan buku-buku ini dengan izin Allah. Semoga Allah memudahkan jalan-jalan anda sekeluarga ke syurga Allah inshaAllah ;)

23.10.13

WW- TEMPAHAN TEPUNG TURKI

Ada yang bertanya berkenaan tepung non-GMO dari Turki tetapi non-organik. Maksudnya, benih gandum ini, tulen tanpa dikimiakan dengan racun serangga dan sebagainya tetapi disebut non-organik asbab semasa gandum membesar, mungkin digunakan baja penggalak dan sebagainya. Menurut mak organik, masih baik kerana bermula dengan akar atau biji benih yang elok iaitu non-GMO. Jom cuci mata dahulu setiap pepenjuru pek tepung ini.

Beli 10kg lebih mudah. InshaAllah ada diskaun dari tokeh tepung yang kami panggil, Kak Ton :D.

Pandangan depan.

Pandangan belakang.

Pandangan sisi kiri.

Pandangan sisi kanan.

Semua gambar daripada Kak Ton sebab saya malas mahu ambil gambar :D. Pada mulanya, saya cadangkan kepada Kak Ton untuk menerima tempahan terus ke telefonnya. BAi hanya sebagai medium iklan, tetapi Kak Ton bimbang tidak menang tangan.

Sebelum ini saya beli 10kg terus termasuk 2kg untuk kawan saya asbab saya pernah jumpa tepung organik yang tertulis 'product of Turki' yang berharga kurang 10sen menjadi RM10 sekilo. Selepas itu, terus saya hubungi Kak Ton untuk tambah 'order' :D.

Di bawah pula maklumat memudah cara tempahan daripada Kak Ton:
3kg rm18 + pos rm10
5kg rm30 + rm13
10kg rm60 + 20.50

Minimum 'order' ialah 50kg. Jadi, mak-mak yang sudah tempah, memang agak lewat terima tepung asbab pihak kami perlu kumpul. Jadi, sesiapa berminat, boleh email saya di attuffahumairah@gmail.com atau lebih pantas melalui SMS, Whatsup, Weechat sahaja yang ada. Sekian, terima kasih :D.

Kemaskini tempahan:
1. Ummu Musab - 3kg
2. Ummu Ahmad - 5kg
Lagi 42kg.

16.10.13

WW- ROTI DERHAKA TEPUNG TURKI

Alhamdulillah akhirnya tepung Turki yang non-GMO tetapi non-organik selamat sampai seberat 10kg. Penantian yang disambut dengan roti 'derhaka' edisi permulaan sentuhan ayahanda Muhammad dan Abdullah ;). Derhaka sebab banyak derhaka ramuan dari ebook yang kami beli. Ebook roti? Nantikan roti derhaka edisi ke-2 :D.

Memang ada rupa roti tetapi liat membatu haha!

Zoom dekat. Walaupun keras membatu tetapi Muhammad makan berselera cecah teh 'o'. Bakar dari hati ayahanda, bakar dengan iman bak kata chef ammar ;D.

Ini dia tepung dari Turki yang bebas GMO. Mahal sedikit dari 2 jenama yang GMO pernah diceritakan di entry INI tetapi lebih baik dari jenama yang disyaki ada gelatin binatang najis mungollazoh oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia. Wallahu'alam.

2.10.13

WW- TEMPAHAN EVOO DIBUKA

Kesinambungan dari entry WW- MINYAK SUNNAH ISTIMEWA, inshaAllah kami ada 12 botol extra virgin olive oil (EVOO) yang masih diawangan :D. InshaAllah produk dari Syria. Harga tetap RM 39.90 tidak termasuk poslaju.


Sebotol beli baru-baru ini tinggal suku botol. Jadi, tempah terus untuk sedozen.

Sesiapa yang teringin, boleh email di attuffahumairah@gmail.com atau SMS/Whatsup/Weechat di talian 013-3575915. Sekian, terima kasih.

Kemaskini tempahan:
1. Ummu Musab - 2 botol
2. Ummu Wafas - 1 botol
3. Anna Juliana - 3 botol
4. Ummu Baazon - 1 botol
5. Puan Anis - 2 botol
Baki = 3 botol