12.3.14

WW- UBAT NYAMUK ALAMI VERSI JIMAT

Asbab harga lemon yang mencecah RM1.50 sebiji, maka kita sebagai mak-mak yang prihatin perlulah pandai mencari kaedah selamat lagi bijak supaya dapat menggunakan bahan secara maksimum sehabis baik. Kali ini saya hiriskan nipis lemon untuk 3 bekas yang diletakkan di tempat-tempat kesukaan sang nyamuk yang kenyang malam tadi. MashaAllah semuanya berat mahu terbang pagi tadi.

Tahan 2 hari.

Caranya, sebelum tidur untuk penggunaan malam kedua, silalah picit lemon tersebut supaya airnya keluar dan berpadu dengan bunga cengkih untuk menghasilkan aromanya tersendiri. Pada pemerhatian saya, lemon hirisan nipis ini mampu bertahan selama 2 malam dengan izin Allah pastinya dan sebiji lemon ini, boleh digunakan untuk tempoh seminggu. Jadi, kita memerlukan 4-5 biji lemon sebulan.

Jadi, kos untuk ubat nyamuk alami setiap bulan lebih kurang RM12 termasuk kos bunga cengkih. Seperkara lagi, saya memang letakkan satu bekas, betul-betul di atas kepala saya :D. InshaAllah kita ikhtiar, Allah sahajalah yang berkuasa menghalau nyamuk. Jadi, jangan berhenti berdoa dan terus berdoa agar nyamuk segan minta darah kita di musim-musim nyamuk ini :D.

5 comments:

As-Salahuddin Smart Tahfiz School said...

Nak lagi super jimat boleh guna limau nipis. Lemon kami guna utk juicing n masak memasak. Mahalnya la hai kat sana lemon ye. Kat aeon big sini dpt juga masa offer 68sen. Borong sekali masa offer.

@LeenShamsh said...

ni lagi super jimat! keberkesanannya mesti cube lepas ni..limau purut ke limau nipis petik kebun organik ayahanda muhammad ler heheh..pokok nenek bagi :D

p/s: T__T jeleeeesssss nk ikut kusus melake!!!

BishaFaizal said...

Dr anak 1st skrg dah nak masuk 3org kami tidur dlm kelambu khemah berzip. Lg jimat dan selamat.

BishaFaizal said...
This comment has been removed by the author.
@LeenShamsh said...

kak bisha: mashaAllah idea yg sgt bernas! kelambu kemah tu kan..musim nyamuk ni mcm da berakhir sejak berkahirnya musim kemarau..

baiknya Allah..doa solat utk hujan, Allah bg hujan walaupun ade jahiliyyah dalam diri hamba2Nya..

sungguh DIA Maha Pengasih Maha Penyayang T__T