10.3.12

ADIK & UMRAH

Subahanallah! Alhamdulillah! Allahukbar! Astagfirullah! Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam ;). InsyaAllah hari ini mahu pecah rahsia ;D. Mohon kemaafan kerana banyak berteka-teki dengan kawan-kawan blogger. Ada juga kawan-kawan yang bukan blogger yang menjadikan email mahupun SMS sebagai alat penghubung kami walau tidak kenal sama sekali seperti kak raudhah dan kak yana yang terlebih dahulu bertanya dan tepat mengenai sasarannya jebakan mereka hehe. Mereka lebih dahulu mengetahui rahsia saya dengan soalan cepu emas mereka. Semoga mereka dan kita semua diredhoi Allah walau ukhuwwah di alam maya. Tidak lupa juga nabilahku ;).

Adik
Alhamdulillah diumumkan kehadirannya yang kami nanti-nanti dan makcik-makcik tanya-tanya ;). InsyaAllah mudah-mudahan Allah takdirkan inilah masa yang tepat. InsyaAllah dan Alhamdulillah, Muhammad sememangnya insyaAllah akan punya teman yang bakal melebarkan, menguatkan perjuangannya insyaAllah! ;). Mohon doa makcik-makcik semoga kehadiran khalifah kecil II kami ini bakal bergandingan dengan abangnya serta anak-anak yang seangkatan dengan mereka untuk kembali menegakkan kalimah Allah seperti zaman kemuncak abasiyyah yang mana islam dijulang tinggi insyaAllah! ;)

Kami sentiasa merindukanmu wahai pejuang agama Allah! ;)

Umrah
InsyaAllah kami juga 4 beranak bersama mak masing-masing, nenek dan dan nenek saudara saya dengan izin Allah akan memulakan pengembaraan cinta hakiki, berkunjung kerumahNya dan menziarahi kekasihNya dan kekasih kita, Rasulullah SAW serta para sahabat tidak berapa lama lagi insyaAllah! Mohon doa anda semua agar perjalanan kami dipermudahkan dan dapat menjalani ibadah umrah sesempurnanya serta diterima sebagai umrah yang mabrur ;). Semoga juga kiriman doa-doa rakan-rakan yang mereka catatkan dan kiriman salam mereka kepada Baginda SAW dapat saya ingat dengan baik. Semoga Allah makbulkan doa-doa kami dan doa-doa mereka.

Muhammad latih berihram ;)
Ya Allah! Ganjarilah kami dengan umrah yang mabrur!

Semoga Allah mengganjari kalian semua atas doa-doa yang baik untuk kami. Selamat bercuti. Moga bertemu lagi insyaAllah!  

13 comments:

Ibu Yusuf Maryam said...

SEnyum membaca pengkhabaran gembira walaupun ibu yusuf dah tahu dulu..

Lebih senyuman bila membaca perkhabaran gembira ke 2. Semoga dipermudahkan sega;a urusan UM sekeluarga menunaikan umrah.. amin

puan nina said...

alhamdulillah :) tahniah ummu muhammad :D

semoga selamat pergi dan selamat kembali...

myamyza said...

subhanallah, tahniah ummu muhammad..


comelnya muhammad berihram.

Anonymous said...

tahniah wpun kak yana dh tau muhammad nak dpt adik nanti.Seronoknyer nak kerjakan umrah yer..kak yana bil entah la??:(lin tolong doakn kak yana sekeluarga yer tetap imankan dlm agama Allah dan dpt mengikuti jejak langkah ke sana.smga mendapat keberkatan dprNya..

OneSimpleMother said...

tahniah ummi muhammad! alhamdulillah... alhamdulillah... :)

IntaNBerliaN said...

Alhamdulillah... tahniah.. :-)

moga slmt pergi n slmt kembali :-)

FADLUL & FIFAH said...

seronoknya....dah nak pergi umrah...doakan kami murah rezeki utk sampai sana pulak ye..

kayzie said...

Alhamdulillah..semoga bertambah kebhagiaan keluarga ummu muhammad..:)..tahniah

MamaYatie said...

Alhamdulillah...murah rezeki ummu muhammad..semoga urusan menunaikan umrah nnt berjalan lancar yer...insyaallah!!

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Ummu Muhamamad...Alhamdulilah,mmg perkabaran yg gembira.Tahniah atas kandungan yg ke dua..semoga ummu Muhammad jaga diri & kesihatan ya.
Seronoknya dpt menjadi tetamu ALLAH di masa muda..semoga nanti,ada rezeki k.atie sekluarga pula.Aminnn

Ummi Nur said...

Tahniah..Ummu Muhammad dan Abang Muhammad

Semoga bertambah keberkatan dan kerahmatanNYA dalam Bayt Iman..:))

@LeenShamsh said...

aduhaiiii kawan2..tiada ipad dan 2 minggu tanpe internet..baru bace pesan-pesanannya T_T..mudah2an Allah makbulkan doa kawan2 semua..

terima kasih atas semua doanya.. berkat doa-doa anda semua, alhamdulillah kami selamat pergi dan selamat pulang ;)

Marlina Mohtar said...

tahniah dik, maaf sangat akak lewat ucap tahniah :) doakan kami di TM agar dapat juga menambah bilangan penghuninya (^__^)