1.6.15

MANUSIA UMPAMA UNTA


║Tarbiyah║ Rasulullah s.a.w bersabda; "Manusia itu diumpakan seperti unta. Daripada 100 ekor unta, hampir-hampir tidak kamu temukan di dalam kalangannya rahilah."
(HR Bukhari)

Menurut Ibn Qutaibah, rahilah membawa maksud unta yang sangat bagus untuk ditunggangi, tangkas lagi terpilih serta mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang sangat terserlah.

Al-Azhari pula mengatakan maksud hadis ini adalah; "Orang yang zuhud di dunia, yang sempurna zuhudnya dan benar-benar cintakan akhirat sangat sedikit seperti sedikitnya rahilah dalam kalangan unta."

Manusia yang benar-benar berkualiti, yang mampu memikul amanah yang berat ini (dakwah) sangat sukar dicari. Sebagaimana sukarnya untuk mencari seekor rahilah daripada kalangan unta yang banyak. 

Namun, melalui proses tarbiyah mengikut manhaj Nabawi yang sahih, semua kualiti itu boleh dibina dan dipertingkatkan agar boleh dimanfaatkan sebaik mungkin.

-Quoted tulisan Ustazah Maznah Daud-

Wanita IKRAM Malaysia




Ingat masuk syurga itu senang?