23.6.13

RASULULLAH IS MY DOCTOR (2) l BEKAM

Alhamdulillah bermula maghrib, sebelum tidur dan sambung bacaan lagi tadi, Allah izinkan saya menamatkan Bahagian 1 buku Tuan Jerry ini iaitu kedoktoran Rasulullah SAW. Subhanallah! Apa yang saya mampu katakan, sesungguhnya muallaf atau insan yang Allah pilih untuk memeluk Islam bukan daripada keturunan, lebih tinggi pengharapannya kepada Allah. Bagaimana Tuan Jerry mengajak pembacanya untuk bergantung harap semata-mata kepada Allah sebagai pemberi dan penyembuh penyakit.

Paling memukau, apabila Tuan Jerry meminta pembaca bukunya berhenti untuk mengambil wuduk sebelum menyambung pembacaan supaya hidayah dan taufik Allah itu sampai. Adab orang alim dalam menuntut ilmu yang selalu diberi penekanan oleh Tuan Suami. Bagaimana mereka meletakkan sepenuh harap hanya kepada Allah. Bandingkan pula kita. Allahu! Jauh sangat. Belajar ilmu perubatan tentera salib moden dan tinggalkan perubatan gaya Rasulullah SAW. Berbangga dengan gelaran pangkat tuan/puan tabib, belajar bertahun-tahun seperti sudah tahu semuanya walhal bekam pun tidak tahu! (baca: tuan/puan tabib yang bongkak cakap 'bitch', 'stupid young mother'). Termasuklah yang menulis ini. Sungguh kita kejam kepada ajaran Rasulullsh SAW.

Selepas solat Subuh dan membaca QalanNya. Segelas susu kambing sebagai peneman dan menyambung bacaan sementara panglima-panglima Ramadhan masih tidur.

Saya sendiri dahulu memandang sepi sunnah berbekam walhal ada dikalangan ahli usrah saya dahulu yang belajar sains tentang urutan refleksoligi dan berbekam malah membuat rawatan rumah ke rumah. Itu semasa si adik berada dekat dengan kami kerana sama berbulatan gembira. Kini, beliau berhijrah ke bandaraya dan Allah memberi hikmah yang mana semasa ada kita tidak menghargai, bila pergi, barulah menyesal kemudian hari :D. Tidak ada yang perlu dikesalkan kerana saya telah membuat temu janji dengannya untuk berbekam sekembalinya beliau untuk bercuti.

Ada dalam hadis yang direkodkan Abu Hurairah, "dalam bekam ada penyembuhan". Baginda SAW juga berkata, "siapa yang melakukan bekam pada hari 17, 19 dan 21 haribulan islam, setiap penyakitnya akan sembuh". Tuan Jerry juga berkongsi pengalamannya berbekan buat kali pertama. InshaAllah diizinkan Allah, saya juga mahu berkongsi tentang pengalaman bekam pertama saya.

Dalam bab ini, Tuan Jerry ada memberi cara rawatan untuk demam, selsema, batu, resdung, cirit birit malah untuk pesakit jantung dan terkena sihir juga dengan syarat kita berpegang teguh Allah jualah penyembuh sakit. Kini, barulah saya menyedari betapa selama ini banyak benda yang saya remehkan tentang makanan sunnah. Kita tidak yakin 100% kepada semua makanan sunnah yang Rasulullah SAW ajarkan kepada kita T__T. Bagaimanalah Rasulullah SAW mahu mensyafaati kita sedangkan kita tidak percaya akan sunnah Baginda? (jom nangis berjemaah).

Saya juga teringin memulakan rawatan untuk masalah penglihatan gaya Rasulullah SAW. Sebenarnya menurut Tuan Jerry, sekiranya kita mampu mengkaji dan beramal dengan semua hadis Rasulullah SAW yang berkaitan kesihatan, inshaAllah kita mampu sembuh secara menyeluruh. Contoh katarak mata. Kita tidak memerlukan pembedahan dan ianya inshaAllah boleh dipulihkan dengan rawatan menggunakan madu, habbatussauda' (jintan hitam). Ianya lebih menjimatkan.

Tuan Jerry juga menempelek doktor-doktor dan ahli farmasi yang menggunakan ubat kimia melalui media untuk menakuti orang-orang awam tentang serangan penyakit. Puan doktor yang budiman juga ada menempelek doktor yang konon atas nama untuk mempertingkatkan perubatan Islam walhal muslihat semata. Para doktor berkereta mewah, rumah besar hasil daripada keuntungan berlipat ganda. Ianya sangat bertentangan dengan slogan 'membantu mempertabatkan islam'.

Apabila saya kenangkan kembali. Betul juga. Untuk bersalin di klinik atau hospital swasta untuk mendapatkan doktor wanita sahaja kita memerlukan paling kurang 5K untuk persediaan sebarang rawatan. Contohnya, anak tidak mahu keluar normal, perlu dibedah. Jadi, nilai 2K untuk normal paling murah mungkin setakat hari ini, perlulah dilipat gandakan. Di bandar besar lagilah besar nilainya. Untuk yang berada, wang bukan masalah tetapi untuk rakyat mahraen seperti saya?

Alhamdulillah, tabarakallah! Allah mengizinkan saya bertemu sahabat-sahabat kumpulan prochoice vax di Whatsup yang berkongsi pengalaman dan tips sihat yang sungguh memotivasikan diri saya untuk bukan sahaja memasak malah saya juga termotivasi memilih makanan-makanan yang sihat. Kami masih mencuba dan mudah-mudahan Allah izinkan kami bertabah dengan dugaan makanan yang sedap-sedap demi menjaga perut kerana Allah yang suruh.

Bermula dari kumpulan ini juga saya bertemu puan tabib yang sangat-sangat menyeru untuk berbekam kerana makanan kita hari sangat tidak sihat dan kita juga amat payah untuk melarikan diri dalam dunia serba moden sehinggalah saya mengajak Tuan Suami untuk belajar bekam supaya kami boleh saling bekam untuk mengeluarkan toksin dalam badan yang berkumpul tidak mengalir yang menjadi asbab sakit badan dan melumpuhkan sistem badan. Bukan untuk diri sendiri sahaja malah juga keluarga, sahabat, orang yang dekat. Mudah-mudahan Allah kurniakan rezeki untuk mengikuti kursus belajar bekam. Akhir kata, jom dhuha! Mohon Allah dekatkan rezeki dan kurniaan halal yang lebih nilainya dari bumi dan isinya inshaAllah!

1 comment:

Ruse Sulaiman said...

Alhamdulillah. Saya sudah 3x rasa pengalaman berbekam.. Tidaklah menyakitkan.