Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

19.3.13

GIVEAWAY PEMBUKAAN ATT SHOP

Alhamdulillah Allah mengingatkan saya tentang GA oleh Ummu Ukasyah. Saudari kesayangan fillah yang seangkatan saya ;).

Klik gambar untuk ke pautan blog UU ;).
Jom ramai-ramai kita berukhuwwah fillah walau di alam maya! ;)

Apa yang saya katakan 'seangkatan'? ;) Kami berazam mahu menyusukan anak-anak kami secara eksklusif (eksklusif pada kefahaman kami: menyusu sahaja tanpa makanan tambahan lain ;) selagi termampu dengan mengambil kira faktor kesihatan dan tumbesaran anak.

Selagi sihat, aktif sama dengan anak-anak orang lain, in shaa Allah anak-anak kami juga sihat dan berkat sebagaimana anak-anak orang lain yang sihat dan berkat ;). Boleh baca entry beliau INI berkenaan ibu yang berjaya menyusukan dengan susu ibu sahaja tanpa makan yang disalin di susuibu.com.

Moga Allah memberkati usahanya dan melipat gandakan rezeki buat UU sekeluarga sebagai ganjaran pelbagai halangan dan ujian Allah sebelum ini. Doakan kami juga ya UU! ;)

15.1.13

PERGI KAMU! BIAR KAMU...

...jadi imam di Haramain!

Subhanallah! Allahuakbar! Dahsyatnya setiap patah perkataan seorang ibu. Selepas ini, mudah-mudahan Allah ingatkan dan izinkan sentiasa bibir ibu basah dek zikir yang hebat-hebat buat Muhammad dan Abdullah serta adik-adik selepas kamu supaya membesar sebagai insan yang disayangi, dicintai, dimuliakan kerana Allah dan  RasulNya di dunia lebih-lebih lagi di akhirat sana :).

Ibu lupa sama ada ibu baca atau ibu dengar tentang Imam Besar Masjidil Haram ini yang mana Sheikh Sudais sedang ditemuramah dan ada seorang pemanggil yang bertanya untuk menakwil mimpi. Sheikh Sudais dengan jujurnya mengatakan yang beliau tidak berapa tahu (maksudnya tahu sedikit) dan meminta si pemanggil menceritakan mimpinya.

Menurut si pemanggil, dia bermimpi melihat seseorang yang sangat dikenalinya berbogel mengelilingi kaabah. Terus sahaja Sheikh Sudais mengatakan yang beliau pernah mendengar tentang takwil mimpi sedemikian yang mana kemuliaan buat si tanpa pakaian yang mengelilingi kaabah tersebut. Allah mengampunkan dosa-dosanya dan dia akan dimuliakan, lebih kurang begitulah isi ucapan Sheikh Sudais.

Si pemanggil meminta izin untuk mendedahkan siapakah individu yang berbogel di dalam mimpinya. Individu yang tanpa seurat benang mengelilingi kaabah itu adalah Sheikh Abdurrahman As-Sudais!

Allah! Allah! Allah! Mohon banyak Allah ringankan lidah ibu dan semua ibu-ibu yang seangkatan untuk terus berzikir yang hebat-hebat buat anak-anak kami. Anakmu, anakku jua ;). Islam mempersaudarakan kita dan kita hendak berkejaran di dalam syurga bersama-sama. Alangkah indahnya! ;D

12.9.11

MERINDU

Pagi-pagi tadi sedang bersiap, kami sempat mendengar kuliah tafsir Ustaz Zahazan dan bersambung di dalam insyirah. Hati jadi merindu tidak keruan. Setelah habis kuliah tafsir, ada lagu doa robitah yang cukup mengundang rindu yang teramat sangat. Fikiran seolah-olah membawa diri berada di dalam halaqah semasa zaman belajar yang penuh cabaran dan dugaan sambil mulut mengikut bait-bait lirik yang memang sebati di dalam zikir pagi dan petang. Zikir kami setiap sesudah halaqah. Ditambah lagi dibaca sesudah solat asar petang tadi sambil memangku Muhammad. Muhammad juga seolah-olah faham kerinduan si ibu kepada sahabat-sahabat fillahnya yang cukup lama tidak bersua muka bertentang mata.  Ya Allah aku rindu!

11.9.11

PENANTIAN HAMPIR 4 TAHUN

Muhammad hebat yang diredhoi Allah dan Rasul ;)
Alhamdulillah penantian hampir 4 tahun akhirnya Allah kurniakan Makngah Muhammad seorang bayi perempuan yang sangat gebu dengan rambut yang lebat seberat 3.55 kg secara normal maghrib 7.43 petang semalam. Tarikh tahun masihi ialah jumaat, 9.9.11 manakala tarikh hijrah sabtu, 12.10.1432H. Alhamdulillah puterinya selamat diazan dan iqamatkan oleh ayahnya, PakNgah Muhammad sebaik sahaja keluar menjenguk kampung sementara ini. Ibu juga sempat merasai rambut puteri Makngah yang masih keras kesan darah sebaik sampai selepas isyak Jumaat malam lepas.

Bayi Makngah dilahirkan dihospital swasta kerana keistimewaan Pakngah Muhammad yang mana merupakan hospital panel tempat kerjanya. Jadi, kita semua boleh masuk dan bersantai-santai dengan Makngah dan bayinya.

Kesakitan Berbeza
Sungguh kesakitan jihad bersalin Allah kurniakan berbeza-beza. Contohnya Makngah Muhammad masih belum terasa sakit sehingga 6cm bukaan sedangkan ibu baru 2cm sudah merasai kesakitannya. 9.9.11 adalah merupakan due bersalin Makngah dan cek berkala setiap bulan. Semasa cek berkala tersebut, rupa-rupanya bukaan sudahpun 3cm. Makngah Muhammad sempat ke bank dan merata tempat menyelesaikan segala urusan sekolahnya. Setelah selesai urusan dibandar, sempat lagi Makngah singgah di rumah ibu Hawa Muhammad dan mengambil Muhammad. Sudah seminggu selepas naik cuti raya ibu tidak mengambil Muhammad sebaik pulang bekerja kerana Makngah sudah bercuti bersalin. Makngah ke hospital lebih kurang jam 3.30 petang dan bersalin jam 7.43 petang. Sekejap sahaja. Berbeza dengan ibu yang sakit sangat selepas subuh, tengah hari barulah Muhammad keluar. Kesakitan yang berbeza-beza kurniaan Allah.

Batal Program Ziarah
Sepatutnya, selepas isyak Jumaat malam lepas, kita kerumah rakan-rakan setugas ibu untuk menziarahi seperti perancangan dalam program. Namun, atas permintaan Makngah Muhammad supaya ayah yang mentahnikkan puterinya, kita semua menziarahi Makngah dan puterinya selepas isyak malam semalam. Alhamdulillah sungguh comel melihat bayi yang baru beberapa jam lahir merasai makanan manis seperti kurma   atau madu sebagai makanan pertamanya. Tahnik ini hukumnya sunnah iaitu dilakukan di awal kelahiran bayi sebelum mulut dan tenggorokan bayi sebelum makan/minum apapun. Caranya adalah kurma dikunyah dan digosok dilelangit mulut bayi. Kunyahan kurma tersebut diletakkan di jari, lalu jari tersebut dimasukkan ke mulut bayi dan digerakkan ke kanan dan kiri dengan lembut hingga keseluruhan kurma ditelan oleh bayi.

Sunnah Tahnik
Tahnik adalah merupakan salah satu syariat kelahiran yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW ya Muhammad. Apabila kita menyebut sahaja tentang sunnah, kita sebenarnya tidak perlu lagi mempertikaikan lagi hikmah yang terkandung di dalam setiap sunnah. Menurut kajian saintifik, hikmah tahnik ini adalah menguatkan otot mulut dan tenggorokan dengan gerakan lidah dan dua tulang rahang bawah dengan jilatan. Sehingga anak siap untuk menghisap susu dengan kuat. Seperkara lagi yang ibu pernah baca, manisan di dalam madu atau kurma merupakan makanan simpanan dalam menanti lebatnya susu ibu. Susu ibu lambat keluar ketika baru menyambut kelahiran dan mungkin menyebabkan anak jaundice (kuning). Kuning ini perkara normal dalam menanti susu ibu yang selang 2,3 hari barulah melimpah.

Hadith Berkaitan
Di dalam Sahihain dari Hadits Abu Burdah, dari Abu Musa r.a. berkata, 'Aku dikaruniai seorang anak. Lalu aku mendatangi Nabi SAW dan beliau memberinya nama Ibrahim. Lalu beliau mentahniknya dengan kurma, mendoakannya dengan keberkahan, dan menyerahkannya kembali kepadaku.' Para sahabat terbiasa membawa anak-anaknya ke hadapan Rasulullah untuk ditahnik. Nampaknya anak-anak tersebut ketika dewasa menjadi para pemimpin umat, menjadi orang-orang yang takut kepada Allah, dan menjadi orang yang soleh. Bahkan mereka termasuk orang-orang yang mendakwahkan agama Islam dan menyebarkan kalimat Lailaha Illallah.

Muhammad tidak sempat melihat puteri Makngah kerana Muhammad kepenatan dan tidur dengan nyenyak. Ayah yang sedang mengaji ditepi anak Makngah pun Muhammad tidak sedar. Dahulu semasa Muhammad baru lahir, ayah berada disisi Muhammad agak lama sambil membacakan beberapa surah yang ayah ingat seperti surah lukman, ar-rahman sebagai pesan-pesanan awal dipermulaan kelahiran Muhammad dikampung sementara ini.

InsyaAllah ibu akan update sunnah kelahiran anak Makngah dihari ketujuh. Pada mulanya Makngah sayang rambut anaknya untuk dicukur tetapi ibu dengan tegas mengatakan ianya merupakan sunnat muakkad yang sangat-sangat dituntut. Carilah sunnah mudah-mudahan anaknya bakal hidup dengan kebesaran sunnah dan membesarkan Allah. InsyaAllah juga anak Makngah akan diaqiqahkan pada hari ketujuh seringkas mungkin. Pakngah pun sudah membeli seekor kambing untuk puterinya. Mudah-mudahan puteri Makngah membesar sebagai manusia yang hebat mempertahankan agama asbab mengamalkan sunnah insyaAllah kerana kita tidak tahu rahim siapakah yang Allah mahu angkat dan dimuliakan!

24.8.11

SELAMATKAH?

Tajuk boleh tahan ;P Sekadar entry kepastian. Sudah selamatkah cenderahati kecil dari Muhammad untuk sahabat-sahabat kecilnya? Kami menggunakan khidmat pos bersetem dan memasukkan semua bungkusan tersebut pada hari ahad. Alhamdulillah seawal hari selasa sudah ada yang menerimanya. Terima kasih kepada yang sudi respon di peti ziarah. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat. Sama-sama berusaha untuk mendidik dan membangun potensi muslim unggul yang bakal mengembalikan sejarah kita yang agung. Apa yang pasti sejarah adalah sunnatullah yang akan berulang dan terus berulang. Berazamlah untuk sama-sama mengukir nama anak-anak kita sehebat panglima-panglima Allah seperti Salahuddin Al-Ayyubi, Muhammad Al-Fateh di dalam sejarah agung kita yang kedua insyaAllah! Ayuh sama-sama membentuk Al-Quran merayap!

 Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi mulia, Engkau suka mengampuni, maka ampunilah aku!

22.8.11

1 MINIT SAHAJA

Saya terkesima sebentar ketika membaca kisah adik Dania Emelda di blog Puan IntanBerlian. Selalu kita rasa ujian yang melanda kita sudah cukup berat namun berat lagi tanggungngan Puan Leen. Anaknya menghidapi penyakit leukimia. Saya tersentak melihat Nia yang dulu berbanding dengan Nia yang sekarang. Amat jauh berbeza akibat kesan kemoterapi dan ubat pada sangkaan saya. Sakit sungguh saya melihat Nia menelan ubat-ubatan yang terlalu banyak. Semoga Allah bukakan hati Puan Leen untuk mencari penawar dengan menggunakan kaedah alternatif sebagai ganti ubat-ubatan yang pelbagai.

Nia dahulu.

Nia sekarang.

kawan2.......
aku x akan minta duit......
tapi, hanya 1 minit selepas solat anda.....tolonglah doakan anak ku ini, Dania Emelda Aqasha dupaya dia dapat melawan penyakitnnya, supata dia kuat semangat......dan kuatkan semangat ku juga utk menempuh segala cabaran ini........1minit je!!!

Hanya satu minit pinta Puan Leen untuk mendoakan anaknya selepas solat yang sedang bertarung dengan maut ketika ini. Mudah-mudahan Allah makbulkan doa-doa kita dengan berkat Ramadhan lebih-lebih lagi andai Allah izinkan kita bertemu malam yang kita sama-sama nantikan iaitu lailatul qadr. Semoga adik Nia kembali sihat dan ibu Nia kembali ceria. Kami di Bayt Al-Iman mendoakan yang terbaik untuk Nia disisi Allah. Mari kawan-kawan kita panjang-panjangkan kisah adik Dania Emelda untuk sama-sama mengumpul doa-doa orang-orang lain yang kita sendiri tidak tahu, doa siapakah yang diangkat dan diterima disisi Allah. Boleh terus ke blog Puan Leen disini insyaAllah!

14.8.11

MUHAMMAD SETAHUN RAMADHAN GIVEAWAY

* entry auto-publish

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah atas nikmat kurniaan Muhammad putera sulung, pinjaman agung kepada kami. Alhamdulillah ketika ini (maghrib), kita telah pun masuk pertengahan Ramadhan 1432H. Hanya tinggal beberapa jam lagi usia Muhammad menginjak setahun mengikut perkiraan tahun hijrah iaitu pada 15 Ramadhan 1432H pada jam 12.08 tengah hari.


Bersempena ulangtahun kelahiran Muhammad yang pertama, Bayt Al-Iman berbesar hati ingin membuat satu giveaway mudah sebagai tanda kesyukuran kami lebih-lebih lagi di dalam Ramadhan bulan penuh keberkatan insyaAllah.

Syaratnya cukup mudah iaitu:
1. Anda hanya perlu meninggalkan ucapan kelahiran ringkas buat Muhammad di kotak komen entry ini sahaja. 
2.Hantarkan nama, alamat dan nombor telefon ke email attuffahumairah@gmail.com dengan tajuk email: MUHAMMAD SETAHUN RAMADHAN GIVEAWAY.
3. Bagi pengunjung setia Bayt Al-Iman yang tiada blog, komen/ucapan anda dialu-alukan dan anda juga berhak menyertai Muhammad Setahun Ramadhan Giveaway dengan menggunakan nickname atau anonymous dan email details anda kepada kami.
4. Hanya satu komen yang diterima bagi yang terhantar lebih.
5. Komen-komen anda insyaAllah hanya disiarkan bertepatan hari kelahiran Muhammad yang setahun iaitu pada isnin, 15 Ramadhan 1432H pada waktu petang mengikut masa kami sampai di Bayt Al-Iman.
6. Hadiah dan penentuan komentar bertuah mungkin dikira berdasarkan nombor bertuah. Bergantung kepada bilangan komentar insyaAllah ;)
7. MUHAMMAD SETAHUN RAMADHAN GIVEAWAY tamat sejurus semua ucapan-ucapan disiarkan dan Bayt Al-Iman menutup rasmi sebagai komen terkahir.

Mudah bukan? Hanya tinggalkan ucapan dan titipan doa buat Muhammad. Mudah-mudahan doa-doa antum terbias kembali mencari antum semua sebagai manfaat kita dalam melahirkan generasi yang bakal memimpin dunia seperti generasi zaman awwal. Semoga Allah mengurniakan kita semua, malam yang kita sama-sama nantikan. Malam yang lebih baik dari seribu bulan. Lailatul qadar yang mudah-mudahan segala doa-doa kita yang penuh keikhlasan termakbul dengan izin Allah insyaAllah!

Dengan lafaz
Bayt Al-Iman membuka rasmi MUHAMMAD SETAHUN RAMADHAN GIVEAWAY.
Silakan ke ruangan komen dengan gembiranya ;D

18.7.11

KATA-KATA PENCETUS DOA

Saya tertarik dengan ruangan angguk geleng di dalam Solusi isu 33 yang isunya adalah Rapuh Iman, Runtuh Perpaduan. Ceritanya ringkas tetapi penuh makna lagi-lagi untuk saya sebagai seorang ibu dan pendidik. Bukan sahaja pendidik kepada anak-anak didik namun, anak-anak yang bakal merubah ummah insyaAllah!

Kisah 2 Orang Sepupu
Saya ringkaskan sahaja. Kisah yang dibawa adalah berkisar kisah dua orang sepupu, Azam dan  Halim, yang rapat dan selalu bersama-sama sehinggakan khatam juga bersama. Mereka tinggal berdekatan dan berkongsi telaga dan sayur-sayuran dari sumber yang sama.Suatu hari, mereka memanjat pokok jambu dengan satu matlamat iaitu untuk menikmati buah jambu air. Mereka dibesarkan di kampung, jadi apalah sangat memanjat sebuah pokok jambu. Seminit sudah cukup untuk mereka. Azam lebih tinggi daripada Halim.

Positif vs Negatif
Sedang mereka menikmati jambu air, ibu Halim yang terpandang mereka segera menjerit, Halim, buat apa di atas pokok tu? Nanti jatuh! Halim pun tidak dapat menyeimbangkan dirinya dan terus jatuh walaupun kedudukannya lebih rendah daripada Azam. Azam juga turut merasai ketidak seimbangan badannya ketika itu. Tiba-tiba ayahnya yang menjenguk keluar tingkap terus menyuruh Azam memegang dahan erat-erat. Hati-hati Azam! Pegang dahan tukuat-kuat! Azam berjaya berpaut dan segera turun dari pokok jambu dengan selamatnya.

Kata-Kata Pencetus Doa
Pengajarannya seperti yang tercatat diruangan ini, kata-kata mencetuskan doa! Kata-kata yang positif akan mencetuskan situasi, perasaan dan tindakan yang juga positif. Begitu juga sebaliknya. Saya cukup gemarkan ruangan ini kerana ketepatan analoginya sesuai dengan diri saya yang mudah faham dengan menggunakan perbandingan analogi. Analogi ini sedikit sebanyak 'mengena' dengan diri sendiri dalam perjalanan melaksanakan amanah Allah iaitu mendidik anak. Kadangkala, pasti akan terlepas juga kata-kata yang negatif yang tidak baik untuk mereka. Analogi yang menggunakan ibu dah ayah juga tepat pada perkiraan saya. Seorang ibu sukar untuk mengawal emosinya berbanding seorang ayah yang lebih sabar dan cukup mengawal perkataannya. 

Ibu vs Ayah
Cuba tengok Muhammad, dia buat muka 'nakal' dia, kata saya sewaktu sedang riadah bersama Muhammad dan abu Muhammad. Muhammad sedang membuat muka nakal mencari akal. Apa dia? soal suami. Silap, muka Muhammad yang hebat dan soleh, saya memperbetulkan semula kenyataan saya sebelumnya. Tengoklah ibu nak, cakap apa.., 'nyanyi' Abu Muhammad. Analogi tadi tersebut cukup benar dan berlaku di Bayt Al-Iman. Saya lebih mudah mengeluarkan ayat-ayat negatif (perkataan 'nakal' tadi) berbanding abu Muhammad. Namun, insyaAllah ianya proses pembelajaran yang berpanjangan. Saya cuba untuk berkata-kata dengan lebih baik lebih-lebih lagi berhadapan dengan air yang bersifat perakam.

Sifat Perakam Air
Saya cukup suka dengan huraian tentang Air Oh Air oleh sahabat saya, Puan Ummu Tasneem yang menghuraikan kegiatan ibu-ibu yang sentiasa berhadapan dengan air. Betapa kita perlu berkata-kata dengan perkataan yang positif agar aura positif terpancar disegenap ruangan di rumah kita. Boleh intai blog ummu tasneem yang ada pelbagai tips berkenaan keibu bapaan insyaAllah ;). Semenjak peristiwa di entry JANGAN MARAH, insyaAllah saya semakin takut untuk berkata-kata yang tidak baik terhadap Muhammad dan suami sehinggakan Muhammad mandi juga dengan berlagu, Muhammad hebat yang diredhoi Allah dan Rasul! Nyanyian yang cukup membuatnya ceria ketika mandi. Sama juga ketika menyediakan air. Bismillah dan doa pengasih tidak lekang dari mulut. Mudah-mudahan aura hebat sentiasa memancar dari dalam Bayt Al-Iman untuk manfaat ummat insyaAllah!

Sekadar perkongsian bacaan yang menurut saya, semua orang sudah tahu. Namun, tulisan ini sebagai penguat saya dan juga perigatan berterusan untuk saya dan kawan-kawan fillah insyaAllah. Mudah-mudahan dengan keberkatan ibu-ibu yang sentiasa menjaga kata-katanya, Allah redho dengan mengurniakan anak-anak hebat dan suami-suami syurga buat kita insyaAllah! Jom sama-sama usaha!

14.4.11

TOLONG SAYA!

Tolong saya sedeqahkan Al-Fatihah khas untuk Allahyarhamah HAPSAH BINTI IBRAHIM yang telah kembali ke rahmatullah malam semalam. Beliau adalah ibunda kepada insan yang bertanggungjawab mengembalikan kesedaran beragama dan tujuan penciptaan saya di dunia fana' sementara ini. Kali terakhir saya berjumpa dengan ibundanya ketika beliau menziarahi kami di Bayt Al-Iman selepas melahirkan Muhammad. Semoga Makcik Hapsah beroleh pahala dan saham jariah berpanjangan hasil daripada kesolehahan anaknya SaufiahAz-Zahrah @mak usrahku ke2 yang begitu thabit pada jalan ini. Saya kagum! InsyaAllah!

AL-FATIHAH!

2.4.11

DOA PENGASIH

InsyaAllah entry khas untuk ummi hannaluqman ;)
sumber gambar: google

Alhamdulillah memang doa ini yang saya amal
Sebelum berkahwin sehinggalah sekarang
Mudah-mudahan dapat sama rasai khasiatnya! ;)