15.1.13

PERGI KAMU! BIAR KAMU...

...jadi imam di Haramain!

Subhanallah! Allahuakbar! Dahsyatnya setiap patah perkataan seorang ibu. Selepas ini, mudah-mudahan Allah ingatkan dan izinkan sentiasa bibir ibu basah dek zikir yang hebat-hebat buat Muhammad dan Abdullah serta adik-adik selepas kamu supaya membesar sebagai insan yang disayangi, dicintai, dimuliakan kerana Allah dan  RasulNya di dunia lebih-lebih lagi di akhirat sana :).

Ibu lupa sama ada ibu baca atau ibu dengar tentang Imam Besar Masjidil Haram ini yang mana Sheikh Sudais sedang ditemuramah dan ada seorang pemanggil yang bertanya untuk menakwil mimpi. Sheikh Sudais dengan jujurnya mengatakan yang beliau tidak berapa tahu (maksudnya tahu sedikit) dan meminta si pemanggil menceritakan mimpinya.

Menurut si pemanggil, dia bermimpi melihat seseorang yang sangat dikenalinya berbogel mengelilingi kaabah. Terus sahaja Sheikh Sudais mengatakan yang beliau pernah mendengar tentang takwil mimpi sedemikian yang mana kemuliaan buat si tanpa pakaian yang mengelilingi kaabah tersebut. Allah mengampunkan dosa-dosanya dan dia akan dimuliakan, lebih kurang begitulah isi ucapan Sheikh Sudais.

Si pemanggil meminta izin untuk mendedahkan siapakah individu yang berbogel di dalam mimpinya. Individu yang tanpa seurat benang mengelilingi kaabah itu adalah Sheikh Abdurrahman As-Sudais!

Allah! Allah! Allah! Mohon banyak Allah ringankan lidah ibu dan semua ibu-ibu yang seangkatan untuk terus berzikir yang hebat-hebat buat anak-anak kami. Anakmu, anakku jua ;). Islam mempersaudarakan kita dan kita hendak berkejaran di dalam syurga bersama-sama. Alangkah indahnya! ;D

4 comments:

UmmiAbi said...

Subhanallah... Moga kita bertemu kerana Allah & berpisah jua kerana Allah...
Betapa hebatnya ayat dari mulut ibu kan UM..Kita kena berhati-hati samada waktu marah @ sedih,jangan mengeluarkan kata-kata yang menyedihkan anak2 kita..Moga anak2 kita mnjadi anak2 soleh wa musleh:)

@LeenShamsh said...

amin ya rabb! ya rabb! ya rabb!

p/s: hanya mengharap redho Allah dan syafaat RasulNya T_T

FADLUL & FIFAH said...

a'a..pernah juga dengar@terbaca pasal yg tafsir mimpi tu..

@LeenShamsh said...

tulah pah, lupe dengar ke bace..imej kat kepale mcm sheikh sudais tu gerak2..mcm lihat dan dengarlah rasenye hehe bole gitu kan