Showing posts with label Bayt Al-Iman. Show all posts
Showing posts with label Bayt Al-Iman. Show all posts

21.8.13

WW- BAHAN ASAS MASAKAN DI BAi

Niat dihati mahu catatkan tragedi tragis sebelum syawal atau lebih tepatnya penghujung puasa sebelum pulang berhari raya ke kampung ayahanda Muhammad dan Abdullah. Tangguhkan dahulu. Agak sibuk untuk selesaikan beberapa urusan tergendala ;). Jadi, cerita pendek sahaja hari ini. Tentang bahan asas masakan yang kami gunakan di Bayt Al-Iman kami.

Gula putih (refined sugar cane) yang dikimiakan, kami ganti dengan gula perang (gula semulajadi atau gula proses yang tidak dikimiakan). Banyak lagi bahan yang boleh menggantikan manis gula seperi daun stevia. Kami belum sempat mencari pokok stevia lagi. Gula bertukar warna menjadi putih setelah melalui proses 'klorox' atau dilunturkan.

Alhamdulillah kami telah merasakan perbezaannya setelah mengamalkan gula perang ini. Apabila kami makan selain gula perang, memang mudah tegang urat kepala. Tidak percaya? Cubalah amalkan. Gula perang ambillah seberapa banyak sekalipun, inshaAllah ianya tidak memudaratkan. Bahan-bahan organik, semulajadi inshaAllah pengambilannya tiada batas.


Garam halus (NaCl), kami ganti dengan garam berwarna merah jambu atau nama popularnya, rock salt atau natural sea salt. Mulanya, seram juga warna garam begini rupanya. Setelah istiqomah menggunakannya dengan izin Allah, ianya sedap! Ada 'lemak'nya tersendiri ;D.


Ini dia stok gula (5 paket gula perang) dan sepeket garam pink. Stok lepas geram ayahanda Muhammad dan Abdullah asbab kami pernah kehabisan stok disebabkan bekalan gula perang yang tiada sebelum puasa lepas. Stok untuk taska Muhammad dan Abdullah juga. Moga anak-anak di taska membesar dengan sihat dan ummat yang disukai Allah & Ar-Rasul inshaAllah.


Gandum cap pelbagai itu kami ganti dengan cap Atta atas saranan dan kajian Puan Tabib Terpercaya (PTT) dan Puan Osem yang telah mengkaji susur galur penghasilannya. Menurut PTT, cubalah cari gandum yang organik atau gandum yang berasal dari bumi anbiya' atau Jepun yang masih belum tercemar dengan GMO. Begitu juga dengan rempah ratus. Sejujurnya, kami sendiri memang jarang menggunakan tepung. Makanya, tepung ini belum lagi terusik ;).


Alhamdulullah akirnya ketemu juga dengan kicap organik seperti saranan Puan Dee kesayangan :). Kicap ini jenama Jepun. Baru-baru ini juga kami bertemu kicap jenama lain yang organik juga. Keduanya mahal! Rasa juga tidak sesedap kicap popular. Biasalah yang sihat memang tidak sedap. Ianya sangat berguna ketika waktu kecemasan iaitu ketika berlaukkan telur goreng, telur rebus semata ;). Terima kasih Allah atas kurniaan 'telur'. Lauk yang paling mudah dan cepat dimasak ketika anakanda Muhamamd kelaparan tidak terbendung untuk menantikan lauk pauk lain haha!

Kami bukanlah terlalu cerewet. Kami meraikan semua pemberian jiran, keluarga kerana disitu ada keberkatannya. Begitu juga keberkatan dalam menyambung silaturrahim ketika beraya, menghadiri jemputan rumah terbuka. Kami makan sajian tuan rumah dengan berselera haha! Bukankah menggembirakan hati dengan menghabiskan sajian tuan rumah itu sangat dituntut? ;) Jadi, jangan anggap semuanya kami pangkah. Berpada-pada kata ayahanda Muhammad dan Abdullah kerana kita selalu akan diuji dan teruji dengan apa yang kita perjuangkan. Cuma ayam bandar memang kami terpaksa pangkah awal-awal juga, produk zionis serta minuman bergas dan pewarna yang keterlaluan. Ayam kampung, ayam organik, kami makan ;D. Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan :D.

10.7.13

RAH (4) l AKHIRNYA AKU WANITA!

Shaikh Muhammad & Shaikh Abdullah yang diredhoi Allah & Ar-Rasul ;)
Sinopsis cerita mengisahkan seorang wanita yang telah mendirikan rumah tangga selama hampir 5 tahun tetapi hanya bersilat di dapur sekali sekala kerana rasa rendah diri yang keterlaluan kepada suaminya yang memasak sedap sedikit sahaja pun dari dirinya. Setiap kali masuk tahun baru hijrah, dia sentiasa menanamkan azam memasak untuk keluarganya dengan syarat, si wanita ini mahukan dapur yang selesa. Oh mengada-ngada sungguh si wanita tadi!

Setelah hampir 5 tahun, si wanita sudah tidak tahan lagi dengan tekanan kewanitaannya untuk memasak sendiri. Selama sebelum itu, si suami memang buat tidak tahu sahaja. Jadi, si wanita terpaksalah mengambil inisiatif memajukan dirinya dengan meminta tumpang dapur baru di rumah suaminya. Janji ditepati haha! Setelah dapur siap, maka suami dan anak-anak pun dapatlah merasa air tangan isteri dan ibu yang sungguh amatur tetapi berlagak profesional haah!

Masakan kasih sayang yang pertama sebelum pintu kabinet dipasang! Ayam masak kari. Jujurnya ibu tidak boleh makan ya anak-anak. Alhamdulillah ayah lebih-lebih lagi Muhammad siap hulur pinggan minta tambah nasi. Sayang shaikh kabir! Pandai menghargai ibunda ;P.

Masakan kasih sayang kedua. Juga sebelum pintu kabinet dipasang! Chicken chop bersos lada hitam! Teringin sangat makan. Kata ayah sos lada hitam tersebut menjadi ;D.

Ayam ujang kita disini panggil. Ini memang sedap. Angkat bakul sendiri haha! Resipi makngah Muhammad.

Kerutuk telur. Komen ayah, masam sedikit terlebih asam dan kurang manis. Kritikan berhati-hati takut ibu tidak mahu masak lagi :P.

Kerutuk telur edisi pembetulan daripada ayahanda kalian. Ibu rasa sama sahaja dengan yang ibu buat semalam :P.

Ikan kerisi masak masam manis. Sedap juga! Angkat bakul lagi haha!

Balik kerja hari Jumaat terus ke dapur masak ikan tumis asam. Alhamdulillah sempat ayah makan sebelum solat jumaat.

Kari ayam edisi pencecah roti dari Mekah yang nenek beli semasa menunaikan umrah bersama Pak Andak baru-baru ini.

Ikan caru bakar bertelur keliling pinggan cecah air asam. Suka hati sahaja bagi nama :P.

Nasih ayam edisi derhaka! Akibat derhaka, maka rentunglah ia. Buat plating hingga lupa ayam dalam kuali. Sos tiram tidak digunakan. Ganti madu ;).

Nasi ayam edisi pembaikkan. Perlu praktis lagi! Tidak sama lagi dengan nasi ayam nenda.

Rendang ayam malas resipi ayah. Dikisar semuanya seperti bawang + bawang putih + lengkuas + halia + cili padi + kerisik + santan + daun limau purut. Tumis, masukkan ayam dan setelah ayam masak, masukkan gula daun kunyit dihiris halus. Padam api tunggu sekejap tabur garam secukup rasa. Siap!

Ikan bakar tomyam yang terlalu derhaka. Nama tomyam tetapi tiada langsung tomyam di dalamnya. Ibu yang sangat lapar mulanya terus sahaja kenyang. Ayah pula makan berselera siap habiskan nasi ibu yang masih banyak berbaki. Alhamdulillah memang jenis yang tidak memilih dan senang urus tadbir perutnya haha!

Masak lemak cili padi ayam kering. Kering sebab kuah kering dalam kuali. Api terbesar. Nak ambil! Walau bagaimanapun, ianya sedap kata ayah ;D.

Rendang daging yang sangat sihat. Sihat asbab semuanya diambil di kebun kecil ayahanda kecuali santan dan kerisik. Kali ini beza dengan rendang kerana santan habis. Telefon ayah, ayah kata ganti dengan sejenis buah dalam bekas rempah. Bentuk lebih kurang buah pelaga tetapi besar 2 kali ganda.

Ibu lebih suka masak ayam kerana semua ayam sifatnya sama. Ibu tidak suka masak ikan kerana masalah terbesar ibu, ibu tidak kenal ikan haha! Memang masalah tidak kenal ikan kerana bukan semua ikan sesuai dengan jenis masakan. Ikan pula ada yang banyak tulang, bersisik banyak dan macam-macam lagi yang sedap apabila kena dengan masakannya sahaja.

Ibu mencadangkan pada ayah, yang ayam biar ibu yang masak dan ikan ayah yang masak haha! Alasan mengelat! Sampai bilapun tidak kenal jenis ikan. Lagi satu, ibu memang tidak ke pasar beli barang basah. Tidak dibenarkan ayahanda. Jadi, semakin rendahlah potensi mengenal ikan yang mana elok dan tidak. Kebiasaannya pesan nenek atau makngah ikan segar tanpa ubat.

InshaAllah ada kelapangan ibu mahu juga kongsikan jenis gula, garam, tepung dan beras yang dicadangkan dan sebelum ini juga kita gunakan. Gula dan garam sebelum kenal kumpulan Whatsup prochoice vax inshaAllah memang kita tidak makan gula dan garam putih. Tepung sahaja ibu baru tahu ada GMOs dan inshaAllah juga ibu terangkan juga cara mengenal GMOs dalam makanan kita inshaAllah. Pastinya BAi inshaAllah tidak pernah ada MSG atau ajinamoto. InshaAllah moga Allah bantu kita istiqomah memegang slogan mencegah lebih baik dari mengubati dengan 'menjaga perut' seperti saranan Rasulullah SAW inshaAllah!

p/s: Silalah pilih menu berbuka puasa anda malam ini haha! Bajet sedap macam chef!

9.7.13

RAH (3) l KOS PEMASANGAN PINTU & HIASAN

Shaikh Muhammad & Shaikh Abdullah yang diredhoi Allah & Ar-Rasul ;)
Bertemu lagi edisi ketiga dalam segmen 'taman kasih sayang' kita atau nama manjanya dikenali sebagai Raudhah Al-Hannah (RAH). Kali ini kita congak pemasangan pintu kabinet dapur pulak. Asbab nama pun dapur bajet ciput, makanya kosnya selagi boleh dikurangkan, maka, perlu dikurangkan :D.

Untuk dapur kering, ibu ambil kayu yang paling murah sehingga ibu pun tidak tahu apakah jenis namanya haha! Sekaki RM50 untuk serbuk papan dengan mengambil kira, kita tidak membuat kerja-kerja mencuci dengan kerap disini. Sekadar basuh tangan, cuci botol susu dan cuci yang ringkas-ringkas. Lagi utama, ianya lebih selesa buat tetamu untuk cuci tangan di sana.

Kerja pemasangan pintu kabinet. Lihatlah jenis serbuk kayu yang diplaster. Kabinet bajet ciput ;P.

Dapur basah kita pilih pintu aluminium kerana kerja-kerja mencuci dan kekerapan bersama air disamping masak. Jadi, aluminum tidak kembang seperti kayu/papan. Pintu jenis aluminium dikira RM60 sekaki. Tema taman kasih sayang ialah putih hitam kehidupan haha! Konon-konon berangan English style ;P.

Ringkasan untuk modal dapur bajet ciput kasih sayang kita lebih kurang begini:
1. Pintu serbuk papan dapur kabinet dapur kering = 9 kaki persegi x RM 50 = RM 450
2. Pintu aluminium dapur basah = 9 kaki persegi x RM60 = RM 540
3. Kabinet atas serbuk papan di dapur kering = 5 kaki persegi x RM 122 = RM 610
4. Meja bar tinggi = RM 300
5. Para comel = 3 x RM 50 = RM 150
JUMLAH = RM 2050

Alhamdulillah dan hasilnya adalah seperti berikut:

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Tarahhh!!!

Alhamdulillah! Hasil di dapur kering.

Meja tinggi itu memang sangat tinggi. Mulanya ibu ayah bercadang menjadikan tempat kita makan. Ibu ayah sampai setelah selesai si tukang memasang meja. Memang sekiranya diletakkan Muhammad di atas bangku tinggi, ianya terlalu tinggi. Tidak sesuai untuk menjadi meja makan kita. Jadi, tidak mahu banyak cerita, kami redha sahajalah. Allah mahu meja makan lama kita terus berkhidmat ;). Penghabisannya, meja ini menjadi tempat ibu berkarya dengan laptop. Tinggi dari Muhammad dan adik ;).

Jadi, mari kita kira kos semula. Kos yang hanya untuk bajet dapur berkabinet sahaja. Maknanya tanpa eksesori mencantikkan dapur seperti langsir, kerusi-kerusi, besi penyangkut dan sebagainya. Kira-kira di bawah adalah berkaitan kos upah + bahan mentah + pintu kabinet sahaja. Memang untuk pengiraan dapur kabinet bajet ;D.

Kabinet bawah sahaja
Kos keseluruhan upah + Bahan mentah (simen, mozek + dapur, singki)
= RM 1610 + RM 806 + RM 1120
= RM 3536 - ( RM 275 untuk dapur yang terlebih satu)
= RM 3261 + kos pemasangan pintu kabinet tanpa (meja tinggi + para + kabinet atas)
= RM 3261 + RM 990
= RM 4251

Kabinet bawah + Kabinet atas
= RM 4251 + RM 610
= RM 4861

Jadi, untuk kabinet sahaja dengan sinki dan dapur gas, kurang dari 5K untuk pintu kabinet paling murah yang sangat biasa seperti dapur kita ;P. Serbuk papan dan aluminium. Dapur basah pulak ibu tiada bajet untuk kabinet dan corong atas disamping ianya memang kurang sesuai pada padangan mata ibu setelah membuat bacaan dan lihat reka bentuk dapur yang ringkas. 

Gantung-gantung! Mudah kering dan kemas.

Comelkan? Tiada kabinet. Semuanye tempat terbuka berpara.

Cantiknya! Pejam mata sambil kira duit dalam poket :D.

Rasanya semuanya rekaan dari ikea. Mahu ke ikea dari tempat kita, semestinya sekali lipat kos beli dan kos perjalanan. Takdirnya, ibu boleh membeli-belah online bersama makngah melalui Whatsup. Makngah pergi bercuti ke sana dan singgah ke ikea. Apalagi, ibu dan makngah berwhatsup. Makngah jadi jurujual melalui telefon! Terima kasih makngah!

Ini yang sempat makngah belikan ibu.

Ibu suka barang ikea kerana harganya memang jauh lebih murah dari kedai biasa. Sudahlah murah, cantik dan comel pula bergantung-gantung di dapur. Jadi, masuk dapur pun saujana mata memandang. Makanya, akan lahirlah kasih sayang dari jiwang yang tenang. RUH kasih sayang mengalir dalam makanan-makanan yang kita semua makan inshaAllah :P.

Inilah rupa dapur basah yang baru bersama 'rail'. Juga, para bertingkat bertujuan untuk meletakkan barangan rempah bawang, pengisar dan semuanya yang diperlukan semasa memasak.

Ini dia tayangan kuali yang 'putih melepak' semuanya tanda ibu dan ayah memang masak setiap saat dan ketika haha! Jimat tanpa kabinet atas dan corong asap. 

Asbab dinding memang siap bermozek semasa beli, jadi, selepas masak, lapkan sahaja percikan semasa memasak dengan tuala, span sahaja. Jimat :D. Banyak daripada periuk yang tergantung adalah kurniaan hadiah walimah ibu ayah dahulu. Kuali pula ialah kuali pusaka. Itu yang 'putih melepak' lagi berkilat :P. Para 3 tingkat tempat meletak garam, gula, pengisar tidak begitu kuat kerana sudah tergelincir dari landasannya. Walau bagaimanapun menurut ayah, ianya masih kukuh. Cuma, salahnya warna putih. Tidak mengapa, putih itu suci. Perlu rajin membersih mengemas.

Untuk bahagian pintu terbuka di dapur basah, memang ibu tiada bajet untuk itu. Ianya memerlukan modal untuk tutup menggunakan sliding. Jadi, biarkanlah tirai lama yang usang itu dahulu untuk terus berkhidmat. Ada masa, ibu rajin, inshaAllah boleh ibu jahit sendiri langsir bentuk tirai. Jimat lagi!

Kurang kemas kerana ibu tidak berapa pandai menghias ;P. Bangku ikea untuk Muhammad panjat dan cuci tangan sebelum makan. Sejak ada bangku ini, memang kerja Muhammad 'cuci' pinggan. Jadi, perlu sedia rotan berdekatan!

Bangku tersebut juga berguna untuk ibu panjat dan letakkan barang dalam kabinet bahagian atas.  Cumanya, warna coklat itu sudah berubah menjadi kehitaman. Warna lain tiada semasa makngah ke ikea. Alhamdulillah ibu dan ayah jenis guna barang semahu-mahunya. Lihat sahaja unta-unta kita. Cedera itu biasa. Apa yang nama rezeki ialah apa yang kita makan, gunakan. Jadi, jangan sayang. Gunakanlah sehabis baik! Begitu juga barangan rumah seperti di dapur. Guna sahajalah semuanya. Rosak nanti cari lagi ;D. Susun kemas dan teratur itu terpenting. Ianya melapangkan jiwa dan rasa mahu memasak setiap hari kecuali melihatkan pinggan beratur panjang. Lemah semangat mak kejap.

InshaAllah ada masa ibu kongsikan juga air tangan yang beraneka rasa apabila sampai di tekak. Bayangkanlah si tukang masak is amatur bukan profesional ya  anak-anak :D. Ayah selalu pesan, masak niatkan masakan kita itu dapat menyihatkan badan untuk iman yang lebih mantap dan terhindar dari penyakit. Sayang sungguh dengan kumpulan Whatsup prochoice vax yang disertai oleh ibu-ibu yang sangat menitik beratkan dan mengambil kaedah mencegah dengan 'menjaga perut'. InshaAllah ada masa, ibu selit-selitkan juga untuk kita amalkan bersama inshaAllah.

Mengambil semangat mereka, ibu harap, Allah kurniakan semangat yang luar biasa untuk ibu memasak sepenuhnya untuk Ramadhan ini demi menghindari makanan luar yang pastinya ada MSG yang boleh mengganggu sistem tubuh kita seperti puan OSEM katakan tadi ;). Akhir kata, dengan izin Allah, tidak lama lagi Abdullah bakal jejak setahun dan abang Muhammad 3 tahun. InshaAllah ibu ayah mahu meraikan Muhammad dan Abdullah. Buat makcik-makcik sedia tarikh-tarikh penting Ramdhan di BAi ;). Moga Allah mudahkan ;). Sayang panglima-panglima Ramadhan kerana Allah! ;)

6.7.13

RAH (2) l KOS UPAH & BAHAN MENTAH

Shaikh Muhammad & Shaikh Abdullah yang diredhoi Allah & Ar-Rasul ;)
Ibu sambung kembali kisah 'taman kasih sayang' kita. Mudah-mudahan sesiapa sahaja yang memasak di dapur kita akan mengalirkan aura kasih sayang melalui makanan. Jadi, makanan yang sihat dengan RUH kasih sayang, akan lahirkan generasi yang sentiasa sebarkan kasih sayang kerana Allah dan Ar-Rasul ke merata alam hendaknya inshaAllah!

Jadi, sesuai dengan tajuk, hari ini kita main kira-kira! Kira kos bahan mentah seperti simen dan mozek, dapur gas dan sinki serta kos upah menaikkan bata dan memasang mozek. Tukang yang menaikan bata dan memasang mozek adalah tukang yang membuat tembok surau berdekatan BAi kita. Memandangkan, tembok depan surau sangat rata dan kemas, ayah tanpa berkira-kira terus sahaja bertanya dan menempah tukang tersebut. Setelah tempah barulah teringat yang ayahanda belum melihat pun hasil tangan tukang tersebut memasang mozek.

Bahan mentah (pasir, simen etc) + Mozek
=  RM 365 + RM 441
= RM 806

Sinki (2 mangkuk dapur kering + 3 mangkuk dapur basah) + 2 set dapur gas jenama Elba
= RM 570 + RM 550
= RM 1120

Dapur gas terbeli dua! Sepatutnya beli untuk dapur basah sahaja. Ibu pergi beli sampai dua. Perasaan yang dapur besar sangat. Berangan mahu masak air di dapur kering. Walhal tempat bukanlah besar. Sudah beli barulah tahu yang kerja basah-basah, mencuci, semuanya di dapur basah. Dapur kering boleh sekadar basuh tangan dan cuci yang ringkas-ringkas seperti botol susu Muhamamd.

Jadi, iklan juga kepada sesiapa yang berminat untuk dapur gas yang terlebih satu set itu :D. Harganya, harga asal bahagi dua. RM 550/2 = RM 275. Dapur 2 tungku. Kita tidak membeli corong asap kerana pada pemerhatian ibu dirumah nenek dan kakak-kakak ibu, ianya tidak bermanfaat kerana dapur basah masing-masing berada di kawasan terbuka. Maksudnya, asap memasak itu ada peredaran udara yang baik.

Ini dapur basah Raudhah Al-Hannah (RAH) di dalam Bayt Al-Iman kita (BAi). Opss! BAi ayah :P. Kabinet dapur ibunda yang menumpang di BAi ayah haha! 

Proses menaikkan bata. Kami pilih untuk tegak sahaja. Bentuk 'L' pun boleh.

Ini dapur kering.

Ini pula bentuk 'L' di dapur kering.

Rumah hari ini banyak direka dengan 2 dapur iaitu dapur kering dan dapur basah. Jadi, aktiviti memasak di dapur basah boleh dilakukan dengan pengudaraan yang baik dengan hanya menutup pintu yang memisahkan dapur keriang dan dapur basah. Pada pendapat ibu corong asap tidak diperlukan memandangkan tidak berapa berguna. Walhal bajet tiada! Nama pun dapur bajet haha! Jumlah kaki persegi dapur kering dan dapur basah adalah 23 kaki persegi. Jadi, tukang ambil RM 70 per kaki persegi.

Kos upah menaikan bata + memasang simen
= 23 kaki persegi x RM 70
= RM 1610

Ini dia hasilnya di dapur basah.


Ini pula dapur kering.

Kos keseluruhan upah + Bahan mentah (simen, mozek + dapur, singki)
= RM 1610 + RM 806 + RM 1120
= RM 3536

Pada pendapat ibu dan ayah, tukang ini sangat berkebolehan memasang bata dan menyimen bata tersebut tetapi untuk pemasangan mozek, ianya kurang kemas. Untuk ibu yang tidak berapa cerewet, ibu suka sahaja asalkan ibu selesa untuk memasak! Sebab matlamat untuk membuat dapur ialah ibu seronok memasak untuk kita semua ;).

Lain pula sekiranya cerewat seperti atok dan nenek. Amboi kritikan bukan main haha! Si atok belum apa-apa sudah tangkap ketidak kemasan si tukang memasang mozek. Nenek pula seperti mahu tanggalkan semula mozek dan cari tukang lain untuk kemas seperti kabinet dapurnya haha! Jadi, ini jangan diambil kisah wahai anak-anak. Rumah kita bukan disini wahai atok dan nenek. Kita perlu cantikkan rumah kita disyurga SANA lebih lagi ;D. InshaAllah sambung untuk pintu kabinet pula dan hiasan pula dengan izin Allah ;).

2.7.13

RAH (1) l RAUDHAH AL-HANNAH

Shaikh Muhammad & Shaikh Abdullah yang diredhoi Allah & Ar-Rasul ;)
Hari ini ibu bingkiskan kisah kewujudan Raudhah Al-Hannah (RAH) yang membawa maksud taman kasih sayang. Ianya nama untuk dapur bajet ciput ibu ;). Ibu hanya mengharapkan dapur yang selesa untuk ibu lebih bersemangat waja untuk masak tetapi ayahanda buat donno sahaja selama ini. Maklum juga keramaian wang tidaklah banyak berlebihan. Makan gaji :P.

Jangan pula kita dengki dengan orang yang lebih daripada kita. Itu semua kerahsian Allah ;). Ada orang yang Allah lebihkan harta, kaya, apa-apa mudah dengan wang. Mungkin asbab dia kaya tetapi tidak sombong malah lebih tunduk takut kepada Allah. Macam kita Allah tidak kurniakan 'kaya', mungkin ianya akan menjadi asbab kita lupa diri dan angkuh. Maka, berbaik sangkalah dengan Allah wahai anak-anak :).

Alhamdulillah sejajar dengan pertambahan tahun bekerja, ada juga peningkatan imbuhan. Kebiasaannya untuk golongan ibu ayah ini, kami memerlukan paling kurang 10 tahun untuk agak stabil ekonomi. Maksudnya tidaklah terlalu senak asbab ibu ayah ada pendirian sendiri untuk meminimumkan hutang-piutang dengan tidak kepada pinjaman peribadi. Setakat hari ini, rekod masih bersih tetapi akan datang kita tidak tahu juga keperluan kita bagaimana. Hanya hutang rumah dan kereta.

Jadi, mahu dapatkan sesuatu memang perlu kumpul dan tunggu. Buat sedikit-sedikit. Ikut bajet yang ada. Sama juga halnya untuk membuat dapur bajet ibu. Asbab kemahuan wanitaku juga, simpanan juga sentiasa ranap! Asyik ditarah sahaja. Simpan kemudian keluar bagai air terjun :P.

Cadangan dapur untuk dapur kering. Ampun tuan dapur, alamat web puan/tuan tidak ditemui T__T.

Ini episod mukaddimah sahaja. InshaAllah ada kelapangan kita kira-kira pula sebab ibu dapati, ramai juga orang yang mencari tahu tentang bajet membuat dapur semasa ibu cari-cari maklumat berkenaan kabinet dapur melalui google. Manalah tahu ianya dapat membantu orang lain membuat kira-kira pula. InshaAllah sambung nanti lagi.