23.6.11

PALING TIDAK, SOLAT!

Tulisan kali ini lebih menjurus kepada pemilihan jodoh :) Beberapa minggu sudah, ada seorang sahabat yang cukup saya rindui bertanya pendapat saya tentang lelaki idaman saya. Soalannya, andai saya dirisik untuk memberikan ciri-ciri suami pilihan saya, apakah jawapan saya untuk lelaki pilihan saya tersebut. BERIMAN, BERILMU dan BERAMAL. Inilah jawapan singkat saya kepada sahabat saya. Pada saya, 3 aspek ini sangat penting dan perlu diberikan penekanan serius!

Iman, Ilmu dan Amal
Sekiranya hilang salah satu daripada 3 ciri ini tadi pada saya mengundang bencana. Berilmu tanpa amal umpama riyak. Beramal tanpa ilmu jahil. Manakala sekiranya seseorang itu beriman, insyaAllah ilmu dan amal pasti mengiringinya. Pada saya, saya tidak memandang pada pendidikan tertingginya kerana berapa ramai yang balik dari timur tengah yang mampu mengamalkan segala ilmu yang mereka pelajari disana. Pelajar agama tetapi rokok masih tersentil dijari. Pelajar agama tetapi masih ber'couple'. Pelajar agama tetapi masih bersengkongkol membantu israel membeli peluru-peluru  yang bermacam rupa untuk membedil Palestin. Berilmu tetapi tidak beramal. Biarlah lelaki pilihan itu bukan orang beraliran agama sekalipun namun ilmu agamanya yang diperolehinya walaupun sedikit, diamalkannya dengan baik.

Perempuan Itu Lemah
Nasihat saya kepada adik-adik junior saya, carilah lelaki yang boleh membimbing kerana setegas manapun perempuan dalam beragama, andai Allah ujinya dengan kehadiran lelaki yang kurang menekankan aspek agama, isteri pastinya akan terikut rentak suaminya. Perempuan ini lemah imannya. Semakin lama, semuanya pasti dimudahkannya. Jadi, seorang perempuan memerlukan lelaki yang sentiasa mengingatkan agar dia boleh istiqomah dengan apa yang diamalkan semasa remajanya malah insyaAllah dia boleh menjadi lebih baik daripada zaman remajanya.

Paling Tidak, Solat!
Ya, paling tidak carilah lelaki yang solat. Saya berani jamin, andai anda pertaruhkan kehidupan anda untuk lelaki yang tidak solat, bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkaran-kemungkaran yang seterusnya! Sedikit demi sedikit dia akan mula berjinak-jinak dengan perjudian. Kemudian, disusuli pengkhianatan dengan wanita-wanita lain. Seterusnya, tidak mustahil menjadi kaki arak pula. Ini antara kebiasaan implikasi-implikasi masa depan akibat melalaikan peritah Allah yang utama iaitu solat. Namun,jika Allah hendak membuka hatinya dengan taufik dan hidayah, boleh jadi dialahorang yang lebih beriman dan bertaqwa daripada orang-orang lain.

Implikasi Masa Depan
Suatu hari kita semua akan semakin dewasa dan menua. Kesukaan kita pada zaman nakal semasa remaja, bukan lagi keutamaan. Kita yang solat pasti akan teringin kembali kepada fitrah yang sentiasa inginkan kebaikan. Kita mahu mendengar kuliah-kuliah agama, ada keinginan menunaikan haji. Namun, andai kita bersuamikan manusia yang bongkak kerana tidak solat, mampukah kita mengajak suami kita sama-sama merialisasikan segala impian-impian kita diusia senja?

Tidak Solehah
Persoalan yang sentiasa bermain difikiran, kita tidak solehah, bagaimana mahu mendamba lelaki soleh. Senang sahaja formula saya, berubahlah anda kerana Allah. Semakin dekat kita dengan Allah, insyaAllah Allah pasti mengabulkan doa hamba-hambanya. Ketahuilah, suami adalah sahabat baik kita hingga ke syurga. Dialah teman suka duka kita sepanjang umur. Jauhilah mencipta rumahtangga umpama neraka dunia. Rumahtangga yang jauh dari nur Allah.

Inspirasi Pakcik Sarjan
Semasa zaman persekolahan, saya selalu mendengar jiran belakang rumah berleter sambil memasak. Awak dah basuh kasut sekolah awak? Awak dah sidai baju? Awak dah itu? Awak dah ini? Rumah saya adalah rumah teres. Jadi, saya boleh mendengan jelas setiap patah perkataan kerana bahagian dapur yang bertentangan. Sebenarnya saya cukup admire kepada manusia ini kerana dia adalah seorang ayah, bukan seorang ibu! Pakcik ini berpangkat sarjan pencen awal. Saya tidak pernah mendengar suara isterinya yang berleter di dapur. Semua urusan rumahtanga dan anak-anak, si sarjan yang menguruskan. Anak-anak perempuannya juga cukup terjaga apabila beriadah bersama ayahnya. Isterinya pula saya amat jarang bertemu dengannya. Namun beberapa tahun sudah, sarjan dan keluarganya telah berhijrah ke Melaka. Tiada lagi riuh rendah suaranya ketika memasak.

Berdoalah!
Begitu kuat pengaruh pakcik sarjan, membuatkan saya terdetik di dalam hati. Bestnya dapat suami yang boleh memasak untuk saya dan menguruskan rumahtangga. Disamping itu juga, ustazah di sekolah agama juga pernah berpesan supaya berdoa dari muda untuk mendapatkan suami yang soleh. Alhamdulillah! Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar. Doa merupakan senjata yang paling mustajab. Cumanya jangan pernah putus asa dalam berdoa isnyaAllah!

Dalam hidup kita, Allah sentiasa memberikan ruang dan peluang untuk kita berfikir dan mimilih. Kita berhak untuk menentukan masa depan kita dengan memilih calon yang mempunyai ciri-ciri soleh yang dapat membantu kita sama-sama membangun sebuah baitul muslim yang hanya mencari redho Allah. Jangan gadaikan masa depan kita dengan memilih lelaki yang tidak tepat untuk menjadi bapa kepada anak-anak kita nanti. Nasihat saya, sebelum terlambat, tinggalkan sahaja teman anda yang tidak solat!

12 comments:

Dyan Mustakip Lee said...

terima kasih atas entry ini.. ;) i likeee

huhuhu said...

dear... thanx 4 sharing...
seriously ini mmg pnting tuk panduan diri sndiri dan semua... i sokong u 100% dear... doa la penghubung kite dgn allah.. semoge jodoh adalah pilihan allah bukan kite sendiri...:) miss u...

@LeenShamsh said...

dyan: i like u! ;)

anis: ya Allahhhh!!! rindunyeeerrrr dengan gadiss santek niihhh...mudah2an nisss...mis u damnn muchhh!!! ;)

vagg© said...

betul, paling tidak, SOLAT! betul sgt2.

byk tgk contoh2 keruntuhan rumah tanggga adalah kerana mengabaikan solat dan ada yg x solat lgsung. sedih kan kenapa smpai lgsung xsolat.

sbb tu dikatakan SOLAT TIANG AGAMA.

bkn bermaksud yg x solat sume xlayak kawin ke apa, tp pentingnya cuba berubah ke arah yg lebih baik. apa ertinya perkahwinan kalau ketua keluarga sendiri terumbang ambing

Nida n' Hanafi said...

As-salam..

memang sangat setuju dengan entry dan semua pendapat di atas..:)

@LeenShamsh said...

kak vagg: kalau dh tue masih liat nk solat, alamatnye selamt sejahterelah..tinggalkan jelah..kesian nanti istri yg solt ni..

stuju dgn kak vagg, berubah skit iA akn ade lelaki yg jage solt utk kite..memilih sket tkpe.. hehh

kak nida: ;)

Ibu Yusuf Maryam said...

Betul, betul, betul.. :-)

@LeenShamsh said...

kak zefa..ermmmm btul tuhh ;)

GreenWhite said...

Paling tidak kenallah Allah.Kerana dengan mengenal Allah,mereka akan ada Rindu kasih dan seterusya cinta.Tiap2 yg kita rindu&cinta akan kita ingat selalu dan kita akan sanggup menurut arahan dari yg dirindui&dicintai.
Solat itu adalah amalan untuk mengingati Allah.Seterusya sbg amalan untuk kita megingati Allah berterusan.Tiap2 yg kita nak ingat,mistilah kita kenal.Mustahil untuk kita ingat jika kita tidak mengenal.

@LeenShamsh said...

greenwhite: solat tiang agama! tidak solat maka runtuhlah agama sebab tidak bertiang.

GreenWhite said...

Mengenal Allah(Tauhid) umpama tapak,Solat umpama tiang,Puasa umpama dinding,Zakat umpama Alang2@Kekuda,Haji umpama bumbung.
Tanpa tapak tiang xboleh berdiri,tanpa tiang dinding xboleh dibina.tanpa dinding xboleh dipasang kekuda@alang,tanpa alang xboleh dipasang bumbong..

@LeenShamsh said...

greenwhite: ye betul!