6.5.12

EPISOD 25: HIKMAH UJIAN

Hari 9, Selasa
22 Rabiul' akhir 1433H : 20 Mac 2012
Makkatul Karamah

Muhammad & adik hebat yang diredhoi Allah dan Rasul ;)
Balik dari membeli selipar adalah kemuncak ketidak laratan ibu. Sebelum ibu lupa, semasa menukar wang di Mekah, tukaran mata wang semakin meninggi walaupun hanya beza beberapa hari. Jika sebelum ini di Madinah RM 100 bersamaa 120 riyal saudi, di Mekah pula ianya meningkat iaitu RM100 bersamaan 116 riyal saudi. Kembali kepada tajuk, seingat ibu, kita tidak ke masjid untuk Maghrib dan Isyak kerana ibu mulai seram sejuk. Apabila nenek datang ke bilik kita dan merasa dahi ibu, memang sah ibu demam. Ianya berlarutan sehingga keseluruhan hari ke-9. Keseluruhan hari ke-9 di sana, kita duduk di bilik sahaja menanti ayah yang membawa makanan naik ke bilik. Menurut nenek, demam seringkali dikaitkan 'tidak baik' untuk ibu hamil kerana dikhuatiri memberi implikasi kepada air ketuban. Wallahua'alam. Biarlah Allah yang menjaga adik ;).

Dalam bas ketika sesi ziarah pertama. Jubah seluar Muhammad versi 'asbol' (asal boleh) yang ibu jahit sendiri ;).

Lepak
Subuh pula, ibu cuba gagahkan diri seperti biasa untuk qiam di masjid sehingga menanti subuh, namun kudrat ibu tidak mampu melawan lemah badan yang keterlaluan ketika itu. Muhammad dan ibu tidur sehingga tengah hari. Bayangkanlah dua beranak yang begitu 'lepak'sehingga tertidur sedemikian rupa. Bangun untuk solat sahaja. Muhammad pula bagaikan membayar hutang tidur sepanjang 8 hari perjalanan kita. Hampir Zohor barulah Muhammad sedarkan diri. Di sini pada ibu adalah anugerah Allah disebalik nikmat ujian. Allah datangkan demam buat ibu supaya Muhammad cukup rehat untuk menempuh sekali lagi perjalanan yang panjang untuk balik ke Malaysia nanti. Ayah pula mengambil peluang untuk mengerjakan umrah untuk kali ketiganya. Hanya sebelum Zohor iaitu selepas menamatkan tertib terakhir umrah, muncul ayah di bilik sebelum bersiap sedia semula ke masjid menunaikan solat zohor.

Tempat biasa kita di tingkat 1 ;).

Secara keseluruhannya, hari ke-9 adalah hari 'betapa' buat kita. Semasa Asar ibu mahu mengikut ayah ke masjid, namun rehat itu lebih perlu untuk ibu mengumpul sisa-sisa tenaga yang ada untuk tawaf wida' (tawaf selamat tinggal) pula keesokan harinya. Jadi, ibu akur untuk rehat sepenuhnya supaya ibu mampu melakukan tawaf wida' keesokan harinya. Walau bagaimanapun, kurniaan kembara ini memberi impak dari segi kesihatan buat ibu. Jika dahulu ketika mengandungkan Muhammad, baru 4 bulan, kaki ibu sudah bengkak. Namun hamil kali ini walau sudah masuk 7 bulan lebih ketika ini, Alhamdulillah kaki ibu masih belum bengkak mungkin asbab perjalanan jauh berulang-alik pergi dan balik Masjidil Haram. Cumanya, hamil kali ini kulit ibu sangat sensitif. Walaupun anak yang keluar dari rahim ibu yang sama, pembawakan si anak walau ketika si ibu sedang hamil tetap berbeza. Agungnya ciptaan Allah dalam mencipta kebelbagaian watak setiap makhluk ciptaanNya ;). InsyaAllah ibu kembali mencatat untuk suasana hari ke-10 iaitu hari terkahir kita di Masjidil Haram insyaAllah pasti dengan izin Allah!

4 comments:

Ibu Yusuf Maryam said...

Tadi dah baca dah tak komen rupanya.. huhu..

ps: amboi Muhammad, tinggi ye dia duduk. Tertarik dgn perkataan aslbol tu. Asalbol pun ada gak bakat, ibu Yusuf tak pandai jahit guna mesin..

mummyrinazone beauty said...

insyaallah semuanya akan berjalan dengan baik..insyaallah yer kak.take care

IntaNBerliaN said...

ooo yeke.. sy br tau psl demam tu xelok utk ibu mengandung sbb akn implikasi kpd air ketuban...

@LeenShamsh said...

noen: sekarg alhamdulillah lagi buncet..makan dan minum dgn berjayenye lagi2 kat rumah ummi walid die.. ;)

kak zefa: tk pandai jait gune mesin tapi akak pandai masak, hiasan, mcm2lah..ni jait sket2 je tak pandai mcm noen ;)

nurul: amin..teime kasih doanye. mohon doa berpanjangan ;)

intan: tulah mak kate mcm tu dari segi perubatan, cari tak jumpe plak mane2 jurnal..kalau intan jumpe boleh share ;)