14.4.14

NOTA CINTA

Baru 2 minggu lebih saya di tempat bertugas baharu. MashaAllah Allah tarbiyyah saya dengan cuitan-cuitan manja yang mengancam jiwa haha! Dalam masa 2 minggu saya mendapat surat-surat cinta selepas kisah saya ditegur membawa anak-anak belajar dalam surau.

Alhamdulillah setelah puas menangis, sokongan insan-insan yang dekat dengan saya yang tidak henti-henti memberi semangat serta kesan hati ketika menyiapkan jadual hafazan Muhammad, Allah kuatkan hati saya malah memujuk saya dengan ayat-ayat cintaNya yang saya tadabbur setiap pagi untuk mengubat hati yang terluka. MashaAllah Allah tidak biarkan saya sendirian menempuh ujian demi dugaanNya saban waktu T___T.

Nota cinta. Atas adalah nota pada buku kedatangan murid setelah seminggu. Bawah pula nota di buku persediaan untuk 2 minggu selama saya bekerja di sana.

Isu remeh temeh ini menjadi semacam isu berat setelah kes solat awal saya. Saya sangkakan pihak atasan akan meyelesaikan masalah ini dengan mencari waktu singkat untuk anak-anak solat Zohor dan Asar. Rupanya sebaliknya berlaku. Beliau masih tidak berpuas hati dengan saya. Kemuncaknya ialah beliau menggunakan dalil dari Ustaz Kazim.

Kesahihannya dan pemahaman dangkal kita wallhua'lam.

Setelah dapat mesej Whatsup inilah hati saya bagai dipukul dengan kayu hoki. Mujurlah ada suami, mak dan PTT yang ketika itu saya bertanyakan perihal gigi Abdullah. Terasa begitu laju air mata dan betapa tidak berdayanya daku. Alhamdulillah setelah melalui satu hari dengan pelbagai perasaan, mashaAllah hari ini Allah kuatkan hati saya malah saya gembira dan lapang. 

Hidup akhir zaman ini memang pelik. Orang yang tidak solat, tidak pula disibukkan tetapi orang yang cuba solat di awal waktu, dipertikaikan pula. MashaAllah. Saya lebih kepada kasihan kepada beliau. Jadi, saya pilih tidak berdebat dan atas nasihat suami tercinta fillah, saya left group. Selepas itulah Allah terus lapangkan hati ini selapang-lapangnya.

Tambahan pula, saya malu kepada Allah. Allah kurniakan saya banyak lagi nikmatnya yang menggembirakan hati saya. Suami, bakal-bakal shaikh kabir, makabah yang berubah fikrah (baca: cara berfikir) asalnya, itu semua nikmat yang tiada tandingannya. Maka, mengapa perlu mengeluh dan bermuram durja dengan cuitan manja Allah sahaja pun ;).

Satu lagi sentuhan Allah ketika saya sedang siapkan jadual strategik hafazan Muhammad. Allah bagi saya nikmat dan kegembiraan hati dengan anak-anak yang hafal Al-Quran, kenapa apabila Allah cuit sedikit sahaja, saya perlu melenting. Allah! Ramai lagi yang diuji lebih teruk daripada saya.

Alhamdulillah. Saya perlu berterima kasih kepada beliau sebenarnya. Asbab beliaulah saya belajar untuk matang dalam pergaulan bermasyarakat. Di tempat baharu, barulah saya tahu, rumah sukan pun boleh menjadi bahan gaduh. Allahu! Remehnya ya Allah. Bergaduh berlumba bina rumah di syurga itu lainlah. Ini rumah sukan.

Alahai pendidik jiwa bangsa. Realiti yang sungguh menyedihkan. Terasa sungguh mahu 'katok' kepala seorang demi seorang. Dengan doa dan harapan setelah diketuk, semuanya akan lebih siuman dan waras.

Kesan sistem sekular. Terlalu banyak benda bodoh dan hodoh. Usahlah pertaruhkan anak-anak kalian di sekolah bersistemkan sekular. Pilihlah sekolah yang mengutamakan solat seperti ini.

MashaAllah hebat guru besar sekolah ini!
Kredit gambar: Mak Ahmads

Sungguh, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenang (Ar-Ra'd:28).

8 comments:

Ummi Nur said...

Ummu Muhammad,
Stay strong!

Ruse Sulaiman said...

Sabar UM. Hidup kita mmg d kelilingi pelbagai ragam manusia. Inshaallah ada hikmahnya.

@LeenShamsh said...

uN, ui:inshaAllah alhamdulillah! mantop! ;)

UmmiAbi said...

Mabruk UM...dapat menangani ujian dgn baik walaupun pedih. Be strong & kuatkan semangat utk menangani ujian2 seterusnya. Menangani ujian sebegini adalah jihad. Allah pilih UM utk cuit pintu hati mereka(yg lain fikrah). Percayalah...sekurang2nya ada yang terkesan di hati dgn izin Allah... :)

Naziffa said...

ALLAH, bila dah ikutkan tips leen bagi, solat di awal waktu,.. sungguh lapang rasa hidup ini. kesannya nampak pada anak dan rumah tangga. kenapa masih ada yang tidak faham.. ifa pun, kalu ikutkan hati, mau saja buka sekolah sendiri.. tapi terikat lagi,.. moga leen terus kuat mentarbiyah.. opss. nak pinjam pelan tidakan tew blh.. baru jer sudah buat untu my 2d.. nama surah ngan tarikh hafazan.. mau lebih sistematik la..

Rashidah Ismail said...

Assalamualaikum dear kak lin..kelakar jugak bc kisah ni hehe..bila saya diskas dgn suami, apa bezanya wajib dan sunat dlm kes ni.. he said, kalau keje tu fleksible, solat la dulu..kalau kritikal mcm keje doktor, lain la citer. kita solat bukan kerana Allah yg perlukan kita solat,tapi kita yg memerlukannya... saya pun mengakui tenang jika saya berjaya solat awal. banyak yg allah mudahkan, termasuk behaviour anak. alhamdulillah. dan solat di awal waktu jugak termasuk dalam kriteria org beriman yg mewarisi syurga firdaus spt yg disebutkan dalam surah al mukminun. (23:9)
Semoga Allah beri kefahaman agama kepada kita dan mereka :).. Semoga juga apa yg kita buat menambahkan cinta antara kita dan Allah..

Rashidah

@LeenShamsh said...

reen: mashaAllah wa tabarakllah! itu saje yg bole nk terjemahkan reen..lepas kes solat awal ni..sekarang waktu lepas azan kklin kadg jadi org no3,4 atau ke 5 smpai surau..kawan2 yang memang sedie ade fikrah agame (bace: ustazah2) diorg pun laju..paling mengujakan..ustazah2 ni bawak sekali anak2 murid die..mashaAllah!!! mashAllah! mashaAllah!

mane2 anak2 murid kklin yg darjah due yg senang faham bahase kaklin suruh solat zohor lepas rehat..setiap hari ade pertambahan anak2 yg akan solat zohor..cume asar mereke mmg kesianlah..balik rumah jam 610..sampai mest dekat gerib..memag yg solat tu solat . yg tak solat tu meme kesian.

ade yg ck makabah die tak solat.ni slah satu kepincangan dalam sesebuah institusi kekeluargaan..ditambah lagi institusi sekolah yang lebih menjahanamkan..

kesimpulan yg bole dibuat: sistem zionis buat ni memang cantek untuk membinasakan ummat islam bukan sejak sekolah..sejak anak tu dlm perut lagi..mcm2lah Allahu!


ifa: okey tingglkan email u di entry atas hehe..memeng fa..bukan kite taknak ambek rukhsah melewatkan atas sbb kerje...tgklah kerje pun..kalau kite tinggal kelas g buat kertas keje ke bole pulak..takkan tinggal dalma 7 minit solat pun masalah..kesimpulannya..mudah2an dgn ape yg kite bawk ni Allah pelihare kite dr perasaan 'oh, tkpelah ade keje' boleh lewatkan..mudah2n kite termasuk org yng hidup untuk mati inshaAllah..berite gembire bg insan bertqwa inshaAllah!

rashidah: Allah! bestnye ayat2 cinta Allah tu..tenang dan mendamaikan..solat dan berdoalah Allah bukekan hati kawan2 kite utk merasai same kemanisan iman ameen..betulkan mcm doc tu..die tengah operation tak bole tinggl..kalau mcm kite kerje tk brp nk kritikal ni aduhai..

tapi satu yng sgt menyedihkan kklin, teringat nant anak2 ku yg ramai ckp macm ni, 'cikgu kau jgn masuk syurge. kau solat sorang2 tak ajak kami pun. skrg jom same masuk dlm ni!'

takutnyeee anak2 akan menuntut hak sepatutnye mereke dapat diusie ini..iaitu hak untuk diajarkan solat! bukan ajr english! Wwwwuuuuuuuu takutnye T____T

UmmiAbi said...

just sharing..
http://www.youtube.com/watch?v=XwEIWDKoMrM