30.7.09

PANTANGNYA DIA

Pantangnya dia
Wanita keluar
Seorang diri mahupun ramai
Terutama senja magrib
Hinggakan pekat malam
Tiada batas membezakan
Lelaki dan wanita.

Pantangnya dia
Manakan sama lelaki dan wanita
Betapa tinggi nilai wanita padanya
Perlu dijaga dipelihara
Perihal adab wanita yang keluar rumah
Kerana Nabi saw berpesan:

*Dari riwayat Atha’ al-Khurasani dan dia memberikan predikat hadis ini marfu’ dan dia berkata, “seorang wanita tidak diperbolehkan mengucapkan salam atau membalas salam.”

Imam az-Zubaidi berkata, “Aku memperlakukan wanita,seperti memperlakukan seekor ular,iaitu dengan mengurungnya di dalam rumah.”

Ada satu riwayat dari Imam Ahmad bin Hmabal mengatakan, suatu ketika dia didatangi oleh seorang lelaki ahli ibadah, lalu tiba-tiba isteri Imam Ahmad bersin. Mendengar hal itu lalu si lelaki tadi menyambutnya dengan ucapan “Yarhamkillah.” (Semoga Allah memberimu rahmat-Nya). Melihat kelakuan lelaki tadi, Imam Ahmad berkomentar, “Dia seorang ahli ibadah yang bodoh.”

Pantangnya dia
Dia pernah berkata
Nabi saw berwasiat:

*Aku pernah mendengar sebuah riwayat dari seorang wanita zaman awal Islam bahawa jika seseorang mengetuk pintu rumahnya, sedangkan dia sendirian di rumah itu, maka wanita itu akan segera menutup mulutnya dengan kedua tangan, kemudian berbicara dalam keadaan mulut tertutup, agar suaranya sedkit terganggu sehinga tidak bakal menimbulkan fitnah.

Pantangnya dia
Aku duduk di beranda rumahnya
Bersama wanita-wanita bergelak ketawa
Disaksikan lelaki-lelaki haram
Berjalan bermotor
Yang lalu lalang.

Pantangnya dia
Wanita duduk makan
Di kedai kopi layaknya
Kecuali bersamanya suaminya
Atau mahramnya
Kerana tempat sedemikian
Bakal mengundang fitnah
Untuk yang bergelar wanita.

Pantangnya dia
Bercerita perihal seseorang
Dengan disertai nama
Kerana dia tidak mahu mengenali
Dan dia tidak pernah mahu mengenali
Semua sahabatku
Begitu juga harapannya
Tidak perlu mengenali sahabatnya
Secara terperinci
Kerana sama perlu membatasi.

Dan pantangnya dia
Aku memandang kerana tidak rela aku dipandang
Aku mengenali kerana tidak rela aku dikenali
Aku menegur kerana tidak rela aku ditegur
Kerana aku isterinya
Humairahnya
Solehahnya
Gadisnya
Maruahnya!



Rujukan:
*Wasyiyatun min wasyaayaa ar_Rasul li n-Nisa’ fi Ibrahim Muhammd al-Jamal

DIA ISTERIMU

Engkau suami
Layanilah isterimu sebaiknya
Hormatilah perasaannya
Letakkanlah di suatu sudut
Di dalam hatimu
Kerana halalnya dia untuk dirimu.

Engkau suami
Isterimu bukan bibikmu
Bukan pemuas nafsu serakahmu
Tetapi hak eksklusif
Pemberian Allah
Anugerah kepadamu.

Engkau suami
Mengapa masih tak puas
Ada yang halal
Mencari yang haram
Mengapa?
Mengapa?
Aku tak faham!

Engkau suami
Isteri adalah sahabatmu
Isteri adalah kekasihmu
Isteri adalah jururawatmu
Isteri adalah ibu kepada anak-anakmu
Isteri adalah pakaianmu
TETAPI
Kenapa engkau mencari sahabat selain dia?
Kenapa terus menerus dengan kekasih lamamu?
Kenapa menghancurkan kepercayaannya?
Kenapa?
Kenapa?
Kenapa!

Engkau suami
Punya didikan agama
Punya fikrah Islam dalam diri
Tahu halal
Tahu haram
Isteri dan seluruh anak-anakmu
Bahkan ibu bapamu
Adalah tanggungjawabmu
Amanah Allah
Yang akan ditanya
Sudahkah engkau bersedia?

Engkau suami
Aku juga punya suami
Aku tidak rela dibohongi
Tidak rela disakiti
Tidak rela dikhianati
Kerana aku isteri
Punya hak di sisi suami
Begitu juga dia
Isterimu
Yang kau nikahi!

TARBIYYAH PONDOK IMAN

Di pondok iman
Aku ditarbiyyah
Penuh kasih
Penuh mesra
Suasana mawaddah wa rahmah.

Di pondok iman
Aku ditarbiyyah
Menjadi insan peka
Menitik beratkan pemakanan
Dianjurkan Rasulullah untuk ummah
Membentuk generasi kuat
Cerdas fikirannya
Perkasa fizikalnya
Mujahid-mujahid yang akan syahid
Dalam membela DeenNya.

Di pondok iman
Aku ditarbiyyah
Katakan TIDAK pada barangan Israel!
Pilihlah yang halal
Tanpa ragu
Dari sekecil-kecil barangan
Hinggalah sebesar-besarnya
Aku dilarang
Memakan makanan tidak bertanda halal jakim
Menggunakan deodoran bercop Israel
Rexona, nivea, pantene, johnson n johnson
Bedak pengoles bibir
Dan aku dilarang bertabarruj
Gaya wanita jahilliyah.

Di pondok iman
Aku ditarbiyyah
Menggunakan produk orang Islam
Hanya bedak bayi HPA
Balm bibir omraHaj
Deodoran Shurah yang halal
Serbuk pencuci pakaian orang Islam
Sabun badan, shampoo dan segalanya
Halallan toyyibah
Jadikan barangan buatan kafir pilihan terakhir
Kerana tangan orang Islam
Mengalir darinya roh agama
Yang mengalir
Yang punya iman
Keyakinan kepada Allah dan Rasul
Dan kerana itu
Serta merta semuanya menjadi habuan
Sang tong sampah.

Di pondok iman
Aku ditarbiyyah
Memilih tempat makan awam
Yang ada roh agama
Tiada gelang tiada rantai
Rambut perang
Kuku panjang
Hingga tiada beda lelakikah wanita
Aurat dijaga
Tiada skirt sendat
Baju jarang
Ketat melekap!
Berpakaian tapi telanjang
Kerana kata Dia
Impaknya adalah mujahid-mujahid kami.

Di pondok iman ini
Aku ditarbiyyah
Istiqomah menuju Allah dan Rasul.

29.7.09

INSYIRAH

Putih kulitnya
Manis rupanya
Kecil sahaja
Membawa maksud berlapang dada
Kelahiran kedua
Selepas Fatehah
Kepunyaan akhowat itu
Yang dirindui selalu.

Memilikimu
Adalah anugerah
Kusangka tak mampu
Benarlah!
Setiap yang berkahwin
Allah membantu.

Ya Allah
Aku memohon kepadaMu kebaikkannya
Dan segala yang telah Engkau ciptakan dalam wataknya
Dan aku berlindung denganMu daripada kejahatannya
Dan kejahatan yang telah Engkau ciptakan dalam wataknya

Doa membeli binatang tunggangan kuhafal
Untuk diusap di punggungnya
Sebelum kau sah menjadi milikku.

Dia
Melafaz akad
Memohon keberkatan
Insyirah kami.

Dan aku bercadang
Untuk menampal sticker
Pemberian universiti maya kami
Dan dia berkata
Untuk apa?
Menunjuk-nunjuk?


Dia mula bertazkirah
Panjang ala-ala khutbah jumaat
Cukuplah sekadar senaskah Al-Quran
Kalau-kalau diperlukan rujukan segera
Diperlukan untuk menelaah menghafal ketika menunggu
Simbolik kepada kita seorang Islam.


Dia masih bertazkirah
Elakkan menggantung, menampal
Berbentuk patung, gambar
Malaikat tidak akan masuk!
Haram!
Syirik!

Rasulullah bersabda:

“Janganlah engkau tinggalkan patung kecuali engkau telah membuatnya menjadi tidak berbentuk, dan jangan pula meninggalkan kuburan yang menjulang tinggi (membukit) kecuali engkau meratakannya.” (HR Muslim)

“Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar.” (HR Bukhari)

Dan Dia masih bertazkirah
Jangan biar Insyirah dicemari
Sekiranya kawan-kawan meminjam
Pesanlah kepada mereka
Hanya lagu-lagu dibenarkan syarok
Nasyid-nasyid yang tidak melalaikan
Tapislah untuk keberkatan bersama.


Akhirnya
Dia menyudahkan tazkirah
Kita selalu mengambil mudah perkara kecil
Yang mana boleh menjadi besar
Contonhya
Berdakwah tapi melambatkan solat
Bertudung besar tapi nampak leher
Berhaluslah dalam beribadat
Dikhuatiri perkara kecil
Yang dipandang enteng sebegini
Menahan kita dari ke syurgaNya.


Subhanallah!
Astagfirullah!
Alhamdulillah!
Syukur..



Rujukan:
Hadis Riwayat Muslim dalam al-Jana’iz, no. 969
Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Ekspedisi Peperangan Bersama Nabi (5/59), no. 338

MATLAMAT YANG DUA


Melayari internet
Melawat web-web
Menjenguk blog-blog
Menelaah setiap butiran peribadi pengguna
Membawaku berfikir
Berfikir dan terus berfikir
Got it!

Masih ramai yang tidak sedar
Apakah pekerjaan mereka
Adakah guru semata?
Adakah jurutera?
Adakah doktor yang dikejar?
Tidak!
Tidak sama sekali!

Kalaulah mereka tahu
Sememangnya mereka tahu
Betapa beratnya tugas manusia
Betapa hebatnya kita
Mengundang benci Azazil
Yang bersumpah menyesatkan manusia
Mengajak ke neraka bersama mereka
Na’uzubillah!

Firman Allah:
Dan (ingatlah) ketika TuhanMu berfirman kepada para malaikat
“Aku hendak menjadikan khalifah di bumi”..(
2: 30)
Apa peranan kita?

Allah berfirman:
Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadat kepadaKu (51:56)
Apakah tujuan hidup kita?

Wahai manusia
Aku, engkau, mereka
Sedarlah!
Tujuan hidup
Matlamat kita yang dua
Menjadi khalifah
Menghamba padaNya
Tiada lain
Inilah aku janji
Antara Rabb dan hamba
Sebelum ditempatkan di dunia sementara.

PENCARIAN

Suatu kisah
Kisah benar belaka
Seorang lelaki dalam pencarian
Mencari pemilik rusuk kirinya
Sudah bertahun bersendirian
Muncullah calon yang entah ke berapa
Seperti biasa
Diusulkan emak tersayang.

Bukan calang-calang calon yang diusulkan
Lulusan universiti timur tengah
Menghormati permintaan si anak
Yang mahu pendamping solehah
Sejuk mata memandang
Bertudung labuh litup
Pandai berbahasa arab
Pendek kata tip top!

Si lelaki mulakan istikhorah
Hampir berminggu
Setelah meneliti gambar
Mula mencari maklumat
Sebelum sesi ta’ruf bermula.

Si lelaki menjenguk ke web
Laman friendster kegemaran ramai
Yang kini mungkin facebook
Satu keajaiban!
Si lelaki tidak pernah punya web sedemikian
Tiba-tiba tergamam
Si gadis masih anggun
Bertudung labuh litup
Bergambar sakan
Aduh!

Terkejut bukan kepalang
Calon solehah terus direject tanpa ehsan
Bukan menjadi pilihan
Hanya kerana gambar ditayang
Waroknya kurang
Pemilihan terbatal.

Dia pernah berkata
perempuan cantik itu tidak memandang dan tidak dipandang
perempuan cantik itu tidak mengenali dan tidak dikenali
perempuan cantik itu tidak menegur dan tidak ditegur


Akhirnya
Solehah kempunan calon soleh
Merayu untuk dipertimbangkan
Tapi sayang sekali
Si lelaki tetap tidak berganjak dengan keputusan.

Wahai muslimah
Aku dan kamu
Mari mempelajari, mencontohi
Watak-watak wanita salafussoleh
Sifat, pengorbanan dan perjuangan mereka
Kerana
Wanita solehah itu
Lebih baik dari seribu lelaki yang tidak soleh.

SEIMBANG DUNIA AKHIRAT

Sedihnya
Wanita itu berkata..
Lelaki yang berimej baik
Lelaki yang bersekolah agama
Lelaki yang hatinya di surau
Lelaki yang layaknya ustaz
Ditarbiyyah biah penuh rahmah
Tapi dalam masa yang sama berdating
Beriadah bersama
Berkasih-kasihan
Dikatakan seimbang dunia dan akhirat.

Sedihnya
Wanita-wanita ini tertipu
Terpedaya dengan imej luaran
Terpersona dengan mutiara-mutiara kata
Sang lelaki bermanis kata
Mengejutkan untuk qiam
Dihiasi pesanan-pesanan berbaur islam
Untuk sekalian wanita
Yang penuh tipu daya
Helah bermadah
Kononnya si wanita amanah untuk dijaga
Hakikatnya pembohongan belaka
Matlamat baik
Tapi tidak menghalalkan cara
Bolehkah dikatakan seimbang dunia akhirat?

Sedihnya
Adakah wanita tahu
Setiap pandangan lelaki itu
Ada pandangan serigala
Berimej baik mahupun berimej sebaliknya
Lelaki tetap lelaki
Bila sahaja lelaki mula mahukan wanita
Bila sahaja lelaki merapati wanita
Bila lelaki itu dan ini kepada wanita
Mereka sebenarnya mahukan mahkota
Simpanan para muslimah
Hanya perkahwinan
Menghalalkan segalanya
Nah! Ini baru sikit mula seimbangnya dunia akhirat.

Ketahuilah wahai wanita
Zina itu bermula dengan berpegangan tangan
Berlanjutan dan terus berterusan
Sehingga pencampuran haram terjadi
Maka lahirnya anak-anak luar nikah
Tidak berbapa
Siapa yang susah?
Bukankah wanita?

Hati-hatilah!
Manakan bisa disamakan dunia dan akhirat
Genggamlah dunia di tanganmu
Akhirat dihatimu
Bukan senang
Amal ibadat selama umur
Solat, puasa, zakat
Ibadat-ibadat sunat
Tidak mampu menampung nikmat Allah
Hanya dengan rahmat Allah
Manusia berupaya ke jannahNya.


28.7.09

DIALOG RAMADHAN DI HADAPAN ALLAH


Di akhirat semua amal kebajikan boleh dilihat dan ditimbang. Amal kebajikan datang dengan rupa dan paras yang sangat elok seperti bulan purnama; sementara amal kejahatan kelihatan amat buruk dan busuk.

Ramadhan merupakan satu bulan di mana amalan puasa diwajibkan. Pada hari kiamat ia kelihatan amat cantik. Satu ketika Ramadhan datang ke hadrat Allah swt. memohon sesuatu recommedation bagi manusia yang berpuasa di bulan Ramadhan. Allah bertanya : Apa hajat kau ya Ramadhan?. Ramadhan meminta Allah memakaikan mahkota kepada setiap orang yang berpuasa di bulan ini. Allah lantas perkenankan dengan mengurniakan 1000 mahkota kepada setiap pengamal puasa di bulan Ramadhan. Di samping itu ada tambahan lain iaitu setiap orang diberikan syafaat untuk membebaskan 70,000 orang yang berdosa besar. Kemudian dikahwinkan setiap orang dengan 1000 bidadari yang rupawan. Setiap bidadari itu dilayan oleh 70000 dayang-dayang. Untuk kelengkapan menerawang di syurga mereka diberikan kenaikan BORAQ sebagai kapal terbang.

Ramadhan masih tegak tidak berganjak. Allah bertanya "Apa lagi kehendakmu ya Ramadhan?" Ramadhan meminta Allah menempatkan pengamal puasa Ramadhan supaya ditempatkan bersama Nabi di Syurga Firdaus. Allah memperkenankan hajatnya dengan tambahan setiap orang diberi 100 bandar daripada permata merah ya'qut. Setiap bandar pula dilengkapkan dengan 1000 mahligai.

Betapa hebatnya pengurniaan Allah terhadap orang yang berpuasa di bulan Ramadhan.

MORAL & IKTIBAR
- Setiap amal kebajikan akan memberi pertolongan kepada pengamalnya sama ada di dalam kubur atau di akhirat kelak Fadhilat Ramadhan amat banyak tidak terbatas. Amalan puasa diberikan balasan tanpa had
- Mengosongkan perut kerana mengharap keredhaan Allah adalah satu amalan yang terpuji
- Balasan bagi orang berpuasa di bulan Ramadhan atas hak Allah teristimewa dalam Lailatul-Qadr
- Orang berpuasa tinggal bersama nabi di Syurga Firdaus
- Mereka tinggal dalam kediaman yang tidak dapat digambarkan dengan mata kepala bersama bidadari dan kenaikan yang paling canggih.
- Amat rugilah mereka yang tidak berpuasa dengan adab yang betul sepanjang Ramadhan ini.


HUKUM

Persoalan tentang berkabung

1- Baru-baru ini ada seorang teman sepejabat berbangsa Cina kematian neneknya. Selama 39 hari selepas itu dia memakai pakaian hitam ke pejabat sebagai tanda berkabung.

Seorang teman lain pula, berbangsa India, agak pelik dengan fenomena ini, bertanya kepada teman cina ini. Setelah berpuas hati dengan jawapannya, dia berpaling pula kepada saya dan bertanya tentang berkabung dari perspektif Islam.

Apakah amalan berkabung ini ada di dalam ajaran Islam ? Kalau ada bagaimana kah cara yang sebenarnya ?

JAWAPAN :

Hidad atau berkabung: Definasi menurut feqh ialah tidak berhias, tidak memakai wangi-wangian, tidak bercelak dan tidak menampakkan diri untuk dipinang oleh orang lain. Berkabung ada di dalam Islam dan disyari'atkan melalui ayat 234 : alBaqarah.
Dalam ayat ini ijma' fuqaha' berpendapat wajib bagi wanita yang kematian suami berkabung selama 4 bulan 10 hari. Ini dipanggil berkabung dalam masa iddatul wafat.
Cara berkabung dalam Islam:

1. Isteri yang kematian suami hendaklah berkabung selama 4 bulan 10 hari. Dalam masa berkabung ia hendaklah menjauhi konsep 'janda berhias' yakni meninggalkan segala bentuk perhiasan, wangian dan celak dan ketrampilan diri.

2. kaum keluarga yang kematian orang tersayang dibolehkan berkabung selama tiga (3) hari sahaja.

RUJUKAN : Fatwa Asyhabuni dalam Tafsir ayat Ahkam Asyhabuni

2- Bagaimana pula adat perkabungan yang di amalkan di negara ini bilamana ada kemangkatan dikalangan kerabat DiRaja ? Adakah ia mengikut lunas-lunas Islam dan di tuntut untuk mengamalkannya ?

JAWAPAN :

Masih harus jika dalam batasan tiga hari.
Namun jumhur fuqaha' menegah memakai sebarang tanda khusus menandakan berkabung seperti membelit kain hitam. Fatwa Qardhawi mengharamkan berkabung kecuali untuk wanita yang kematian suaminya sahaja (4 bulan 10 hari atau tiga hari untuk kematian keluarganya). Orang lelaki tidak dibolehkan berkabung dengan memakai tanda atau menampakkan kesugulan, rambut yang terbiar dan pakaian yang tidak terurus.

RUJUKAN : (Dr Yusof Qardhawi : HALAL DAN HARAM)


BAHASA ARAB

مَـكـَرُونـَة ٌ: Mee
عَـصـِيْرٌ : Jus…..
فـَطـِيْرَة ٌ: Roti Canai
أشْـتـَريْ: ٍSaya Beli…


Ikhsan dari:
Biro Dakwah
Badan Kebajikan Guru & Kakitangan (BKGK 2006)

PUASA


Puasa wajib:
1- Puasa Ramadhan
2- Puasa Qada’
3- Puasa Nazar
4- Puasa Kifarah
-bersetubuh siang hari dibulan Ramadhan.
-membunuh orang dengan tidak sengaja dalam bulan Ramadhan.
-melakukan perkara yang diharamkan semasa berihram.
-zihar isteri (menyerupakan isteri dengan ibu sendiri)

Puasa Sunat:
1- Puasa 6 dalam bulan Syawal
2- Puasa awal bulan dari 1-8 Zulhijjah .
3- Puasa Hari Arafah 9 Zulhjjah.
4- Puasa 9 Muharam
5- Puasa Hari Asyura 10 Muharam.
6- Puasa bulan Rejab.
7- Puasa bulan Sya’ban kecuali hari syak 30 Sya’ban.
8- Puasa Isnin & Khamis.
9- Puasa pada 13,14& 15 bulan Qamariah(Hijrah)
10- Puasa berselang-selang hari.

Orang yang tidak wajib berpuasa:
1- Kafir
2- Murtad
3- Sakit (wajib qada’,tapi sekiranya tiada harapan untuk sembuh maka wajib membayar Fidyah sebanyak 3/4liter beras tiap-tiap 1 hari kepada orang miskin)
4- Musafir
5- Terlalu uzur ( tidak wajib qada’ tetapi bayar fidyah )
6- Haid & Nifas.
7- Hamil & menyusukan anak.
8- Menyelamatkan sesaorang cth terbakar,lemas ,rumah runtuh & sebagainya.

Perkara Makruh dilakukan semasa berpuasa:
1- Berkumur-kumur & gosok gigi setelah gelincir matahari.
2- Memasukkan air kedalam hidung secara berlebihan.
3- Mencium bau-bauan yang berlebihan.
4- Berbekam.
5- Merasa makanan dengan lidah.
6- Menguyah benda keras yang tidak boleh hancur cth getah & sebagainya.

Perkara yang dibolehkan ketika puasa:
1- Bercelak & menitiskan ubat kedlam mata.
2- Mencium & memeluk isteri ( syaratnya dapat mengawal nafsu syahwatnya )
3- Suntikan.
4- Memasuki subuh dalam keadaan berjunub.
5- Berhenti haid & nifas pada malam hari dan melambatkannya mandi sehingga subuh.

Hari-hari yang dilarang berpuasa:
1- 1 Syawal Hari Raya Aidilfitri
2- 10 Zulhijjah Hari Raya Aidil Adha.
3- 11,12 & 13 Zulhijjah Hari Tasyriq.
4- 30 Sya’ban Hari Syak.

Hari-hari yang makruh berpuasa:
1- Hari Jumaat sahaja ( kecuali didahului hari sebelum & selepasnya.dan puasa Nabi Daud yakni puasa berselang hari )
2- Hari Sabtu sahaja ( kecuali seperti diatas )
3- Puasa sepanjang Tahun

Tingkatan orang yang berpuasa :
1- Puasa Golongan Awam
- iaitu orang yang hanya menahan diri darpada makan , minum dan bersetubuh sahaja.
2- Puasa Golongan Ahlul Khawas
- iaitu orang yang menahan dirinya dari makan,minum dan syahwatnya kerana ALLAH dengan mengharapkan keampunan & syuraganya serta terhindar dari neraka.
3- Puasa Golongan Ahlul Makrifat
- iaitu orang yang menahan diri dari makan & minum serta syahwatnya juga menahan hati & pancaindera dari maksiat & semata-mata mengharapkan keredhaanNYA.


HUKUM
Assalamualikum

Saya ingin bertanya tentang hukumnya seorang Islam yg berpuasa atau tidak dalam puasa membeli makanan untuk orang Kafir (selain Islam)di waktu siang hari dgn sukarela dan niat hanya setakat berbuat baik.

Jawapan:
Hukum makan disiang hari pada bulan ramadan adalah hara samada orang Islam atau bukan Islam. Maka haram dan berdosa kita memberi mereka makan pada siang hari pada bulan ramadan kerana puasa ramadan bukan sahaja diwajibkan ke atas umat Muhammad tetapi juga umat-umat yang lain.

Firman Allah "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan puasa itu ke atas umat-umat yang sebelum kamu"

Berkata ahli tafsir, umat-umat sebelum kamu itu ialah Bani Israil tetapi Yahudi menukar puasa ramadan kepada puasa 10 hari pada bulan Muharram, dan Bani Nasrani pula menganjak kepada bulan lain kerana bulan ramadan itu cuaca sangat panas.


HADITH

Ketika Rasulullah SAW memerintahkan para sahabatnya untuk segera berangkat ke Tabuk menghadapi kaum kafir, mereka semua bersegera menyambutnya. Hanya beberapa orang sahabat yang tidak mengikuti peperangan tersebut, selain orang tua, para wanita dan anak-anak serta orang-orang munafik.

Musim korma hampir tiba dan masa itu musim panas yang terik sedang melanda, sementara perbekalan dan persenjataan yang dimiliki sangat minimum, akan tetapi Rasulullah SAW dan para sahabatnya r.ahum. tetap berangkat. Diwaktu itulah keimanan dan pengorbanan para sahabat diuji. Orang-orang munafik mulai menyebarkan desas-desus dan menghasut para sahabat r.ahum. agar tidak meninggalkan kebun kurma mereka dan tidak menyertai peperangantersebut.

Hasutan para munafiqin itu tidak hanya kepada para sahabat r.ahum. tetapi istri para sahabat r.huma. pun tidak luput dari hasutan mereka. Mereka para munafiqin itu berkata, "suami-suami kalian pergi ke Tabuk sementara kurma di kebun-kebun kalian sebentar lagi ranum, siapakah yang akan mengurusnya.
Mereka meninggalkan kesempatan yang bagus ini dan pergi meninggalkannya begitu saja". Istri-istri para sahabat itu menjawab dengan keimanan mereka, "pencari rezeki telah pergi dan pemberi rezeki telah datang".

Pada masa itu Rasulullah SAW dan para sahabat r.ahum. dengan pertolongan Allah SWT kembali dari peperangan dalam waktu yang sangat singkat. Allah SWT menjaga kebun-kebun kurma dan keluarga mereka. Tidak satupun buah kurma yang telah masak itu jatuh dari tangkainya, keuntungan mereka berlipat ganda hasilnya dan walaupun demikian harga kurma Madinah saat itu mencapai harga tertinggi sehingga para sahabat r.ahum. tidak mendapatkan kerugian sedikit pun. Sampai saat ini kurma Madinah adalah yang paling digemari dan terkenal di mana-mana.


BAHASA ARAB
إخــتـبار : UJIAN
تـحريري : BERTULIS
شــفــوي : LISAN
امـتـحان: PEPERIKSAAN


Ikhsan dari:
Biro Dakwah
Badan Kebajikan Guru & Kakitangan (BKGK 2005)

DAYUSNYA LELAKI

Dayusnya lelaki,
Rela melihat isteri berpelukan
Berpegangan tangan
Bergelak ketawa
Tersenyum manja
Suami isteri yang sah lagaknya
Walau hanya lakonan semata.

Dayusnya lelaki,
Aurat isteri dibiarkan terdedah
Dipertontonkan ramai
Skirt singkat
Baju jarang
Ketat melekap
Berpakaian tapi telanjang
Berwangi-wangian sebatu sudah terhidu
Bedak sekilo
Ginju berdozen
Berjalan melenggok-lenggok badan
Mengundang siulan jahat
Lelaki-lelaki jalanan.

Dayusnya lelaki,
Membiarkan isteri berhiburan
Melewatkan sembahyang
Atau berjemaah bersama meningglkan hak Allah
Kerana kejahilan
Dunia dijunjung
Akhirat dipijak
Akhirnya merosak ummat.

Tidak malukah kamu wahai lelaki?
Dimana letaknya maruah lelaki itu?
Dimanakah ego kamu?
Sanggup berkongsi isteri dengan umum
Sanggup melihat isteri menjadi bahan bualan jahat
Sanggup membiarkan maruahmu diinjak-injak!
Bukankah isterimu adalah pakaianmu?

Ketahuilah lelaki-lelaki dayus!
Kamu akan dipertanggungjawabkan atas kejahilan sendiri
Sediakan jawapanmu untuk Allah
Kerana mati tidak akan dipercepatkan atau dilambatkan walau sesaat.

ADA APA DENGAN TV?

Ada apa dengan TV?
Pelikkah tidak mempunyai TV?

Ya memang pelik!
Hampir semua rumah ada TV
Siap mangkuk astro
Lagak piring terbang jatuh tersangkut di bumbung
Kononnya untuk view world
Inilah akhir zaman
Cuba mengasingkan agama dalam kehidupan
Mental telah dijajah Yahudi
Itulah sekularisme.

Dunia tua renta
Manusia semakin pelik
Yang menegakkan syariat dicela
Yang merosakkan agama diagungkan
Hasil jajahan sekularisme.

Kamu orang duduk di zaman jahilliyahkah?
Ustaz ustazah memang macam ini. Miskin. TV pun tiada.
Buat apa sahaja duduk di rumah, TV tiada?
Nanti anak-anak kamu pergi rumah orang tengok TV.

Soalan-soalan yang dilontarkan tanpa berfikir
Menunjukkan kejahilan sendiri.

Semakin pelik
Fikiranku berputar
Cukupkah masa mereka yang ada TV?
Tahukah mereka..
Anak-anak mereka telah sedia ditarbiyyah syaiton iblis laknatullah
Na'uzubillah!

Berapa banyak program ilmiah?
Berapa banyak hiburan melalaikan?
Berapa banyak manusia membuka keaiban diri sendiri?
Berapa ramai yang membuka aurat menelanjangkan diri tanpa segan?
Berapa ramai yang melewatkan dan meninggalkan solat dek kerana TV?
Berapa ramai yang merempet akibat filem-filem tiada nilai?
Berapa orang yang berzina kerana cinta yang menipu daya?
Berapa ramai muda-mudi yang rosak akhlaknya?
Berapa ramai orang tua yang masih berdangdut, berdisko?
Berapa ramai anak-anak yang derhaka?
Berapa ramai lelaki-lelaki yang dayus?
Berapa ramai isteri-isteri yang nusyuz?
Dimana belia-belia kuat bertenaga?
Sanggupkah kita melihat anak-anak ditarbiyyah syaiton dan iblis laknatullah dengan jayanya?
Ketempangan arah dalam mencari sebuah kehidupan hakiki?
Adakah itu yang kita mahu?!

Tidak!
Tidak sama sekali!
Biarlah dinista manusia jahil
Aku rela
Dia setuju
Kami sepakat
TV tiada dirumah
Takut untuk dipertanggungjawabkan di hadapanNya kelak.

Dunia semakin maju
Teknologi semakin canggih
Mujahid-mujahid ini juga perlu hiburan
Tidak perlu TV
Tidak perlu yang melalaikan
Yang penting hak Allah didahulukan.

NIKMAT CINTA INSAN


Di saat ini kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari mendapatkanmu
Betapa ku merindu
Insan penyayang
Membuai lenaku tenang.

Nikmatnya percintaan ini
Dua hati saling merindu
Dua hati saling berkasih
Dua hati saling menyayang
Hati-hati yang bersatu menuju Allah dan Rasul.

Abang,
Di mana kan kucari ganti
Serupa denganmu
Insan pengasih
Tempatku mengharap
Hadirnya restumu
Membawaku ke Firdaus.

Ya Rabb..hamba sungguh merinduinya..

INTEGRITIKAH?

Intgeritikah aku?
Mampukah aku?
Bagaimana dengan mujahid-mujahidku?
Lepaskah aku dari dipersoalkan dihadapanNya?
Mampukah aku memberi didikan selayaknya untuk mujahid-mujahidku?

Seminar integriti Sabtu lepas memberi impak yang besar
Video itu membuatkanku berfikir dan terus berfikir
Tidak sanggup melihat mujahid-mujahidku diperlakukan seperti itu
Disepak, dipijak, diterajang anak berusia 2, 3 tahun
Lagak binatang
Malah binatang turut sayangkan anak
Akibat desakan ibu bapa yang mengejar dunia
Kononnya untuk anak-anak bila dewasa
Akhirnya, peranan mendidik digalas oleh manusia yang tidak berintegriti
Pembantu rumah berpenyakit mental!

Matlamat setiap dari kita amat berbeza
Apalah dikejarkan sangat oleh seorang wanita
Bukankah sesuatu perkahwinan pencapaian tertinggi seorang wanita?
Memiliki suami yang soleh
Dimeriahkan mujahid-mujahid yang ramai
Tapi mengapa wanita tidak pernah puas?

Fikiranku masih juga tidak tenang
Tidak sanggup ku korbankan
Harta akhiratku untuk duniawiku
Mujahid-mujahidku yang akan sentiasa mendoakan
Harta yang kekal berpanjangan.

Mujahid-mujahidku
Ketahuilah..
Ibu mahu tangan ini yang membesarkanmu
Tangan ini mengasuh mendidik
Sehingga kamu bisa menggoncang dunia
Dengan semangat jihadmu
Setegas Umar Al-Farouq
Sehebat Salahuddin Al-Ayyubbi
Setangkas Muhammad Al-Fateh
Membebaskan bumi Palestin
Pewaris obor jihad tokoh-tokoh agung ini.

Mampukah aku berintegriti?
Melepaskan kerjaya
Demi mujahid-mujahid ini
Demi Allah!
Inilah perancangan pelan 5 tahun ke hadapan
Jika baik untuk agamaku, kehidupanku
Maka Allah kan permudahkan segalanya…



p/s: Mujahid, ulama, cendiakawan, amir dan panglima kecil abang yang unggul!

24.7.09

AKU RINDU

Hati tersentuh dengan bait-bait kata sang murabbi..
Apakan daya langkahku kaku
Aku rindu
Aku rindu..
Aku cukup rindu!

Ya Allah..
Hamba mengharap kepadaMu
Dikurniakan mujahid-mujahid pembela Islam
Hebat!
Gagah!
Berani!
Rela syahid untuk DeenMu.

Izinkan ya Allah!
Izinkan hamba..
Izinkan mujahid-mujahid ini..
Meneruskan langkah kaku
Menebus khilaf.

Hamba memohon penuh harap..

23.7.09

SYA’BAN


Pasal: Larangan Mendahului

1. Abu Hurairah ra berkata: Bersabda Nabi saw: Janganlah kamu mendahului puasa Ramadhon dengan puasa sehari atau dua hari sebelum Ramadhon kecuali bertepatan kebiasaan seseorang puasa maka boleh meneruskan kebiasaan itu. (Bukhari, Muslim)

2. Abu Hurairah ra berkata: Rasulullah bersabda: Jika tinggal separuh dari bulan Sya’ban maka janganlah kamu puasa (sunnat). (Attirmidzi)

Pasal: Keutamaan Puasa

1. Mujibah Albahiliyah dari ayahnya atau pakciknya berkata: Ia datang kepada Rasulullah saw kemudian setelah satu tahun kembali lagi kepada Rasulullah saw dalam keadaan sangat berubah bentuk dan keadaannya, sehingga asing bagi Rasulullah saw maka ia berkata: Ya Rasulullah, apakah kau tidak mengenal saya? Jawab Nabi: Siapa kau? Jawabnya: Saya Albahily yang datang kepadamu pada tahun yang lalu. Nabi bertanya: Mengapa kau sangat berubah sedemikian rupa? Jawabnya: Sejak saya berpisah padamu itu saya tidak makan kecuali waktu malam. Rasulullah saw berkata: Kau telah menyiksa dirimu. Kemudian berkata: Puasalah bulan sabar (Ramadhon) dan satu hari tiap bulan. Berkata ia: Tambahlah bagi saya kerana saya masih kuat. Bersabda Nabi: Puasalah tiap bulan dua hari. Tambahlah lagi. Bersabda Nabi: Puasalah tiga hari tiap bulan. Berkata: Tambahlah bagi saya. Bersabda Nabi: Puasalah bulan Asyhurul-hurum, dan hentikanlah- puasalah asyhurul-hurum, dan hentikanlah. Puasalah Asyhurul-hurum dan tinggalkan. Rasulullah sambil menunjukkan jari yang tiga dibuka dan ditutupnya- selang seli (Abu Dawud)

P/S: Hakikat puasa sunat yang dianjurkan Rasulullah saw terbahagi kepada 3:

1. Puasa Isnin dan Khamis
Diriwayatkan dari ‘Aisyah r.a. menceritakan bahawa: “Adalah Rasulullah s.a.w. amat menjaga puasa pada hari Isnin dan Khamis” (Riwayat Imam Tirmizi. Menurut beliau, hadis ini hasan soheh).

2. Puasa selang-seli (Puasa Nabi Daud)
Sabda Nabi s.a.w.; “Sesungguhnya puasa yang paling disukai Allah ialah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah ialah solat Nabi Daud: beliau tidur separuh malam, bangun (mengerjakan solat) sepertiganya dan tidur semula sepernamnya. (Adapun puasa pula) beliau berpuasa sehari dan beliau berbuka (yakni tidak berpuasa) sehari” (Riwayat Imam Muslim dari Abdullah bin ‘Amru ra).

3. Puasa 3 hari setiap bulan iaitu 13, 14 dan 15 (Puasa Hari-hari Putih)
Diriwayatkan juga dari Qatadah bin Milhan (ملحان) r.a. yang menceritakan: “Rasulullah s.a.w. memerintahkan kami supaya berpuasa pada hari-hari putih iaitu hari ke 13, 14 dan 15 di mana baginda bersabda; ‘Berpuasa pada ketiga-tiga hari itu seumpama berpuasa sepanjang masa” (Riwayat Imam Abu Daud).

Semoga kita dapat amal dengan acuan sebenar yang dianjurkan Rasulullah saw. wallahua'lam.

Rujukan:
An-Nawawi di dalam Terjemahan Riadhus Shalihin Jilid 1 & 2 oleh Salim Bahreisy
http://fiqh-am.blogspot.com/

RABITOH HATI

Ya Allah,
Sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu,
Bertemu di atas ketaatan kepadaMu,
Bersatu di JALAN DAKWAHMU,
dan Menegakkan agamaMu..

Maha suci Engkau,
Perteguhkanlah TALI IKATAN antara kami ini,
Limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini.

Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu,
Sesungguhnya padaMu kami berserah
dan Tempat kami memohon pertolongan,
Amin Ya Rabbal Alamin.


22.7.09

MENGAPA YAHUDI BIJAK

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.



Inilah pemakanan yang dianjurkan Rasulullah saw.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

p/s: copy and paste email