28.7.09

INTEGRITIKAH?

Intgeritikah aku?
Mampukah aku?
Bagaimana dengan mujahid-mujahidku?
Lepaskah aku dari dipersoalkan dihadapanNya?
Mampukah aku memberi didikan selayaknya untuk mujahid-mujahidku?

Seminar integriti Sabtu lepas memberi impak yang besar
Video itu membuatkanku berfikir dan terus berfikir
Tidak sanggup melihat mujahid-mujahidku diperlakukan seperti itu
Disepak, dipijak, diterajang anak berusia 2, 3 tahun
Lagak binatang
Malah binatang turut sayangkan anak
Akibat desakan ibu bapa yang mengejar dunia
Kononnya untuk anak-anak bila dewasa
Akhirnya, peranan mendidik digalas oleh manusia yang tidak berintegriti
Pembantu rumah berpenyakit mental!

Matlamat setiap dari kita amat berbeza
Apalah dikejarkan sangat oleh seorang wanita
Bukankah sesuatu perkahwinan pencapaian tertinggi seorang wanita?
Memiliki suami yang soleh
Dimeriahkan mujahid-mujahid yang ramai
Tapi mengapa wanita tidak pernah puas?

Fikiranku masih juga tidak tenang
Tidak sanggup ku korbankan
Harta akhiratku untuk duniawiku
Mujahid-mujahidku yang akan sentiasa mendoakan
Harta yang kekal berpanjangan.

Mujahid-mujahidku
Ketahuilah..
Ibu mahu tangan ini yang membesarkanmu
Tangan ini mengasuh mendidik
Sehingga kamu bisa menggoncang dunia
Dengan semangat jihadmu
Setegas Umar Al-Farouq
Sehebat Salahuddin Al-Ayyubbi
Setangkas Muhammad Al-Fateh
Membebaskan bumi Palestin
Pewaris obor jihad tokoh-tokoh agung ini.

Mampukah aku berintegriti?
Melepaskan kerjaya
Demi mujahid-mujahid ini
Demi Allah!
Inilah perancangan pelan 5 tahun ke hadapan
Jika baik untuk agamaku, kehidupanku
Maka Allah kan permudahkan segalanya…



p/s: Mujahid, ulama, cendiakawan, amir dan panglima kecil abang yang unggul!

No comments: