29.7.09

SEIMBANG DUNIA AKHIRAT

Sedihnya
Wanita itu berkata..
Lelaki yang berimej baik
Lelaki yang bersekolah agama
Lelaki yang hatinya di surau
Lelaki yang layaknya ustaz
Ditarbiyyah biah penuh rahmah
Tapi dalam masa yang sama berdating
Beriadah bersama
Berkasih-kasihan
Dikatakan seimbang dunia dan akhirat.

Sedihnya
Wanita-wanita ini tertipu
Terpedaya dengan imej luaran
Terpersona dengan mutiara-mutiara kata
Sang lelaki bermanis kata
Mengejutkan untuk qiam
Dihiasi pesanan-pesanan berbaur islam
Untuk sekalian wanita
Yang penuh tipu daya
Helah bermadah
Kononnya si wanita amanah untuk dijaga
Hakikatnya pembohongan belaka
Matlamat baik
Tapi tidak menghalalkan cara
Bolehkah dikatakan seimbang dunia akhirat?

Sedihnya
Adakah wanita tahu
Setiap pandangan lelaki itu
Ada pandangan serigala
Berimej baik mahupun berimej sebaliknya
Lelaki tetap lelaki
Bila sahaja lelaki mula mahukan wanita
Bila sahaja lelaki merapati wanita
Bila lelaki itu dan ini kepada wanita
Mereka sebenarnya mahukan mahkota
Simpanan para muslimah
Hanya perkahwinan
Menghalalkan segalanya
Nah! Ini baru sikit mula seimbangnya dunia akhirat.

Ketahuilah wahai wanita
Zina itu bermula dengan berpegangan tangan
Berlanjutan dan terus berterusan
Sehingga pencampuran haram terjadi
Maka lahirnya anak-anak luar nikah
Tidak berbapa
Siapa yang susah?
Bukankah wanita?

Hati-hatilah!
Manakan bisa disamakan dunia dan akhirat
Genggamlah dunia di tanganmu
Akhirat dihatimu
Bukan senang
Amal ibadat selama umur
Solat, puasa, zakat
Ibadat-ibadat sunat
Tidak mampu menampung nikmat Allah
Hanya dengan rahmat Allah
Manusia berupaya ke jannahNya.


No comments: