Shaikh kabir Abdullah yang diredhoi Allah & Ar-Rasul ;)
Ibu tidak mahu ketinggalan mencatat perkembangan Abu Bakr ibu dari bulan ke bulan. 5 Rejab yang lalu adik telah pun genap 10 bulan mengikut perkiraan hijrah. Bagai tidak mahu kalah dengan perkembangan fizikal abang Muhammad, genap di usia 10 bulan, As-Siddiq ibu ini telah pun melalui fasa berjalan di peringkat awal ;).
Tahniah Abdullah! Dengan izin Allah, adik telah melalui fasa-fasa perkembangan fizikal mengikut turutan sebagimana abang Muhammad ;).
Abang Muhammad juga 10 bulan sudah boleh bertatih sebagaimana adik dan ibu ada catatkan perkembangan abang Muhammad di
entry PENCAPAIAN 10 BULAN. Ibu baru menonton kembali video abang Muhammad ketika usia adik ketika ini. Rindunya ya Allah! Cepatnya Shaikh Kabir Muhammad membesar! Sebak T__T.
Ketika mencatat perkambangan abang Muhammad dahulu, ibu mengira perkembangan bulanan mengikut kiraan masihi yang umum ketahui, tahun masihi lebih cepat beberapa minggu berbanding tahun hijrah. Adik pula sepenuhnya ibu kira tahun islam hijrah. Ibu memilih tahun hijrah kerana kita perlu bersedia dengan kemusnahan sistem yahudi laknatullah. Walaupun tidak biasa, inshaAllah lama-lama akan menjadi biasa.
Cara berjalan juga ada beza dengan abang Muhammad. Abang Muhammad mempunyai tapak kaki kecil. Tokwan pernah kata tapak kaki kecil, orang tua kata jalan lambat. Abang Muhammad pula boleh berjalan tetapi selalu jatuh asbab keseimbangan yang kecil di tapak kaki :P. Adik pula ibu lihat ada sedikit mantap dalam melangkah dan perlahan-lahan mengemudi ayunan langkah :D.
Kebiasaannya, orang-orang lama kata, anak-anak yang cepat pertumbuhan dari segi fizikal, cakap agak lambat. Takdir abang Muhammad begitulah. Alhamdulillah sekarang abang Muhammad semakin bijak menyusun ayat walaupun ada ayat-ayat abang Muhammad yang ibu ayah susah mahu tangkap. 'Muhammad nak makan'. Ibu, ibu tengok ni, comel! Haha! Comel sahaja sepatah-sepatah perkataan yang keluar.
Namun ibu ayah tidak pernah kecewa dalam menanti perkembangan percakapan abang Muhammad kerana Allah menghiburkan ibu ayah dengan kata-kataNya melalui lisan pertama abang Muhammad. Ibu ayah juga berharap, walau cepat atau tidak adik dalam bercakap, mudah-mudahan Allah izinkan Abdullah dan adik-adik sebati 30 juzuk Al-Quram terpahat kukuh dalam hati untuk amal sampai mati sebagimana abang Muhammad, suri teladan terhampir kalian ;). Rasulullah SAW semestinya menjadi ikon tersohor dalam kehidupan harian kita. Jangan lupa!
Walau bagaimanapun, perkembangan setiap anak-anak pasti berbeza mengikut ketentuan Allah. Ada juga yang cepat berjalan, cepat juga bercakap seperti sepupu kalian, adik-beradik susuan kalian. Belum 2 tahun tetapi lebih petah daripada abang Muhammad. Sangat cekap memproses maklumat. Sekejap sahaja respon apa-apa soalan. Mungkin perkembangan anak-anak perempuan lebih cepat kerana rakan ibu yang dikurniakan 2 anak perempuan (inshaAllah tambah seorang lagi dalam kandungan) juga bijak bercakap dan respon.
Menurut nenek, Abdullah seakan-akan cepat juga mahu bercakap kerana sudah keluar beberapa perkataan seperti 'mak' (panggilan untuk nenek), 'abah' (atok), cah (kaiyisah), dan pernah juga ibu dengar 'ayah'. 'Ibu' nampaknya agak sukar berbanding menyebut 'ayah' ;(. Walau bagaimanapun, adik selalu panggil ibu 'ma'. Mamakah? :D. Apapun takdirnya, ianya adalah terbaik disisi Allah ;).
Alhamdulillah Allah mudahkan urusan mencari pengasuh untuk Muhammad dan Abdullah dalam tempoh nenek berpergian dengan Pak Andak menunaikan umrah seminggu selepas cuti sekolah nanti. Nenek juga cukup lega apabila ibu mengkhabarkan yang sudah ada yang sudi mengasuh Muhammad dan Abdullah. Siapa? Alhamdulillah Cik Anis dan Cik Haida sekali lagi! Ayah juga tersenyum lebar mendengarkan yang mereka sudi mengasuh kalian :).
Kepada Cik Anis mummy Hani dan Cik Haida yang sedang cuti semester dan masih solo :D, siapkan 'yoko-yoko' kerana si abang yang beratnya 15kg dan Abdullah 10kg mempunyai hobi yang sama dimasa yang sama juga. Abang kuat makan, adik kuat menyusu, makanya, kuat juga mengeluarkan sisa 'besar' di pagi, tengah hari, petang dan malam :D. Ditambah lagi Hani yang hampir 8kg (betulkan nis? ;). Mahu sengal tulang-belulang :P.
Ibu sudahkan dahulu kisah 10 bulan Abdullah. Pastinya ibu akan merindukan peringkat demi peringkat perkembangan adik. Adik kini dengan izin Allah boleh berjalan dan akan meninggalkan zaman merangkak laju. Pasti ibu merindukan adik merangkak mengejar abang Muhammad sebagaimana ibu rindukan adik dan abang Muhammad dalam kandungan, bertarung nyawa untuk melahirkan, menyusukan dan semuanya tidak mungkin berulang buat kalian kecuali ada kurniaan adik lagi. Bukan sekarang ya anak-anak ;D. Sayang, rindu, kasih berpanjangan buat Muhammad dan Abu Bakr kerana Allah!