4.3.13

LAHAD DATU VERSI MONGGOL (1)

Malam semalam saya mencuri masa beberapa ketika setelah anak-anak tidur untuk mencari tahu berkenaan isu Lahad Datu yang sedang hangat disembangkan di mana-mana. Secara keseluruhan dari satu blog melompat ke web yang lain, terlalu banyak spekulasi yang masing-masing dengan andaian sendiri. Politik bukanlah tema pilihan blog BAi tetapi kali ini saya ingin membawa rakan-rakan yang dirahmati Allah untuk menyoroti sebuah sunnatullah pergiliran yang Allah telah tetapkan.

Islam pernah menjadi 'ustaz' kepada alam ini di era abasiyyah  yang mana kita telah menguasai 2/3 dunia di bawah seorang khalifah asbab perutusan Salahuddin Al-Ayyubi yang berjaya menundukkan tentera salib yang menguasai Palestin 99 tahun lamanya. Sunnatullah pergiliran yang Allah tetapkan, sesebuah negara yang semakin lupakan Allah, lemah aqidah, rosak akhlak akan digantikan dengan ummat yang lebih kuat seperti mana kita yang duduk di dalam sistem zionis hari ini. Kita duduk di bawah semua sistem yang dipisahkan agama daripada kehidupan tidak kira dari sistem pendidikan, ekonomi, politik, semuanya kita mengikut sistem ciptaan manusia yang berubah dek zaman sedangkan sistem Allah? Ianya relevan sepanjang masa!

Jadi, di masa kita berada di puncak rujukan seluruh alam yang mana kita terlalu mewah dengan material, Allah kirimkan tentera Monggol untuk memberi peringatan kepada kita. Ratusan ribu mayat bergelimpangan. Bangunan yang megah dulunya menjadi penempatan tidak berpenghuni. Tentera yang busuk dan keji itu tadi sedang memenggal kepala ratusan ummat islam ketika itu. Kepala itu tadi dikelaskan  kepada kepala wanita, anak, orang tua. Air Sungai Dajlah atau Tigris berubah seakan dakwat . Al-Quran dipijak dan dilempar. Tentera Monggol menguasai dari Timur negeri China hingga barat Poland, utara Rusia dan selatan Parsi ditundukkan dengan pantas. Betapa lemahnya kita ketika itu!

Tokoh antagonis utama ketika ini adalah GENGHIS KHAN dan cucunya seperti OGOTAI, BATU, HULAGU dan KUBLAI KHAN. Atok mereka GENGHIS KHAN ini adalah seorang yang kejam dan bengis semasa menjatuhkan lawan-lawannya. Contohnya, pernah ada pemimpin yang ditangkapkan direbus hidup-hidup! Padanya, erti sebuah kebahagian apabila dia mampu menaklukkan musuh, mengejar mereka sehingga tertangkap, rampas harta mereka, puas melihat saudara-mara yang tertangkap menjerit dan meratap, merampas kuda-kuda mereka, memeluk dan memperkosa isteri dan anak-anak gadis mereka! Keji!

Apa kaitannya saya membawa kisah rejim Monggol ini dengan kisah Lahad Datu? In shaa Allah saya sambung lagi nanti. Banyak kerja perlu diberekan dahulu ;).

Nyawa bukan satu perjudian manusia!
Ya Rabb! Selamatkan saudara-saudara kami yang tidak berdosa di sana!

7 comments:

puan nina said...

baca sana-sini tak habis2 persalahkan parti politik itu ini..hmm..semoga Allah melindungi kita semua..

mama aqib said...

Rasa tak sabar nak baca next entry UM nih :)

UmmiAbi said...

Info yg perlu diketahui..Thanks UM..:)
UM..ni link magic bullet..Dah 2x terlepas..Sllu gak kuar bullet ni..Nt lau de lg ummi bgth ye..
http://www.streetdeal.my/deals/view/4434/55/57_percent_OFF_Magic_Bullet_21-Piece_Multipurpose_Blender_Set._Free_Delivery_to_Peninsula_Malaysia.html?emst=1eXqSjQrQ9_36737_347885_43

hafizan hajijah haneesa said...

kite pun x sabar nak bace UM seterusnye pasal ni... (^_^)

CeqGu said...

Ala um ni saja tau cerita sekerat2 :)

NoEn said...

CEPAT LA SAMBUNG...KAT FB MACAM2 DH KITA BACA...SAAT INI BUKAN MASA SESUAI TUDUH MENUDUH...HAISH NAIK RIMAS BILA SEMUA ISSUE NAK DIPOLITIKKAN...

kayzie said...

tak sehebat ummu Muhamad dalam meneroka maklumat..so org tggu smbungan jek..hehe..