Sebelum kita sambung balik kisah si Monggol ini, jom kita tengok kisah monggol ini sebenarnya berlaku di zaman apa dan siapa hero-hero popular dan watak antagonis dalam setiap tamadun untuk rakan-rakan lebih faham apa yang sebenarnya berlaku dalam sejarah sebenar kita.
1. Mekah (13 tahun) + Madinah (10 tahun) [610-633M] - Rasulullah SAW
Peperangan mengikut urutan:
* Badar
* Uhud
* Khandak/Ahzab
* Peperangan Yahudi Bani Quraizah
* Perjanjian Hudaibiyyah
* Pembukaan Mekah
* Tabuk
* Muktah
2. Khulafa' Ar-Rasyidun - Abu Bakr (2T) + Umar (10T) + Uthman (12T) + Ali (5T)
3. Kerajaan Bani Umayyah - Muawiyyah + Yazid + Umar Abd. Aziz
4. Kerajaan Bani Abassiyyah - Ustaz kepada alam : rujukan seluruh dunia di bawah satu pemerintahan khalifah
* ketika inilah kepesatan ilmu
* lahir ulama' mazhab
* penemuan-penemuan sains dan kemajuan intektual dan pembangunan fizikal, zaman lahirnya pelbagai gelaran yang kita panggil 'ibnu' di pangkalnya, Al-Khawarizmi, Al-Kindi dan sebagainya
* khalifah popular : Abu Abbas, Abu Jaafar, Harun Al-Rasyid & Abdullah Al-Makmun
* Perang Salib dan dibebaskan oleh Salahuddin Al-Ayyubi
* Tentera Monggol serang dan dibebaskan oleh Qutuz yang punya kredebiliti seperti Salahuddin
5. Kerajaan Turku Uthmaniyyah - khalifah terakhir pada 3.3.1924
*Sultan Muhammad Al-Fateh
Saya harap sedikit penerangan di atas mampu kita bayangkan setiap peristiwa berlaku di zaman apa. Maksudnya Monggol ini berlaku setelah kisah mahsyur Salahuddin Al-Ayyubi dan sebelum Al-Fateh membebaskan Constantinopel. Ianya di zaman bani abasiyyah.
Kronologi daripada entry-entry sebelum ini, Salahuddin telah menakluk Palestin semula dan datang Monggol ketika ummat Islam leka dan lalai dengan tarbiyyah dan jihad. Bermulalah era peperangan muslim dengan muslim sebagaimana kita hari ini. Semuanya hasil-hasil tangan musyrikin. Jadi, jangan terkejut kenapa negara kita sering bertelagah angin dengan negara-negara disekitar kita yang mana kita semua adalah saudara seakidah.
Cuba lihat kita dengan Indonesia. Cuba lihat kita dengan Sulu. Kenapa agaknya kita sering bergaduh dengan perkara yang tidak masuk dek akal. Batik pun boleh jadi isu. Intai pula negara-negara kafir kawan rapat si Yahudi laknatullah di sekitar kita. Akhirnya, pulau batu putih, kita orang Islam berputih mata sahaja, sedikit-sedikit tanah kita diambil. Hampir di setiap penjuru negara kita boleh terancam dek kerana jahilnya kita. Siapa punya angkara? Siapa dalangnya?
Berbalik kepada isu Monggol yang marah kerana saudagar Monggol terbunuh di Bukhara, ummat sesama ummat juga bertelagah dan tiada semangat jihad. Pemimpin islam dalam keadaan berpecah belah, tidak bersatu. Lepas Genghis Khan mati, OGATAI yang sambung legasi atok Genghis. Peperangan lebih dahsyat dan buruk berlaku atas sebab ummat dan pemimpin ketika itu. Lebih kurang kita hari ini bukan?
Semasa Ogatai ini, dikisahkan seorang tentera Tartar boleh masuk ke dalam sebuah kampung dan bunuh semua penduduk tanpa tentangan sesiapa. Kisah lain, ada tentera yang tanpa senjata dan menyuruh pemuda muslim tiarap muka melekap ke atas tanah dan tentera tersebut keluar kampung mengambil senjata. Pemuda tadi boleh tiarap tidak bergerak ikut arahan tentera sehingga dibunuh tentera yang mengambil sejata itu tadi. Begitulah apabila tiada semangat jihad. Kita ketakutan. Hari ini, saya juga bertanya pada diri, andai ketenangan kita hari ini dirampas, adakah saya mampu bersama di saf pertama untuk menentang musuh T__T.
Ogatai mati dan diteruskan oleh HULAGO KHAN. Kisah ummat Islam ketika ini sangat menyedihkan kerana semasa inilah Baghdad jatuh tersungkur! Tentera kita kalah. Bagaimana Baghdad boleh jatuh sebegitu teruk? Hanya Mesir dan Syria masih belum mampu ditumbangkan kerana pemimpin di sana masih kuat. In shaa Allah saya kongsikan karangan sejarawan terkenal abad ke 13, Mukhyiddin Al-Khayyat yang cukup menyedihkan.
Berlapang dadalah dengan sunnatullah pergiliran. Setiap nyawa adalah amanah yang perlu dipertanggungjawabkan. Kita perang pun sesama kita. ALLAH peliharalah saudara-saudara seakidah kami T__T.
1 comment:
Salam penuh kasih sayang BAi,
Paparan ringkasan sejarah Islam dan hero-heronya sangat membantu kefahaman pembaca. Akan saya gunakan dalam pengajian sejarah Islam Hafidz.
Parasit utama umat Islam sekarang ialah tidak cintakan Allah kerana tidak kenal dengan sebenar-benar kenal akan Allah. Generasi sekarang juga tidak ingatkan mati dan juga takutkan mati. Segalanya bermula dari tarbiyah rumah sendiri.
Post a Comment