Al-Khansa seorang ibu lagenda yang menjadi inspirasi saya semenjak mengetahui saya sedang mengendong bayi lelaki iaitu Muhammad si mujahid pembela agama Allah :). Pernah saya tulis serba sedikit mengenai Al-Khansa di entry CUTI RAYA 1432H (4): PUISI ALAM.
Lahir di penghujung zaman jahiliyyah dan memiliki peribadi yang tinggi seperti tegas, berterus terang, fasih, pemberani dan sungguh pandai bersyair sehingga diberi jolokan orang yang paling pandai bersyair oleh Rasulullah SAW.
Berkahwin dengan Rawahah bin Abdul Aziz Az Sulami dan dikurniakan 4 putera yang diasuh untuk menjadi syahid. Dengan didikan tangan yang menghayun buaian bakal menggegar dunia, keempat-empat puteranya telah syahid di medan Qadisiyah dan digelar 'ibu para syuhada''. ALLAHU!
Sebelum mereka syahid, mereka berempat pernah bertelagah siapa yang akan tinggal dan siapa yang akan ikut berperang. Semuanya ingin berperang! Ibunda hebat yang melahirkan anak-anak hebat ini mendengar lantas mengumpulkan mereka.
‘Wahai anak-anakku, sesungguhnya kalian memeluk agama ini tanpa paksaan. Kalian telah berhijrah dengan kehendak sendiri. Demi Allah, yang tiada Tuhan selain Dia. Sesungguhnya kalian ini putera-putera daripada seorang lelaki dan dari seorang perempuan yang sama. Tidak pantas bagiku untuk mengkhianati bapamu, atau membuat malu pakcikmu, atau mencoreng arang di kening keluargamu.
Jika kalian telah melihat perang, singsinglah lengan baju dan berangkatlah, majulah paling depan niscaya kalian akan mendapatkan pahala di akhirat. Negeri keabadian. Wahai anakku, sesungguhnya tiada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad itu Rasul Allah. lnilah kebenaran sejati, maka untuk itu berperanglah dan demi itu pula bertempurlah sampai mati. Wahai anakku, carilah maut niscaya dianugerahi hidup.’ [sumber]
Sejurus menerima berita tentang kesyahidan keempat-empat puteranya, Al-Khansa yang meninggal di awal era pemerintahan khalimah Uthman Affan lantas bersyukur. ALLAH! Hebatnya ibu leganda ini T__T.
‘Alhamdulillah yang telah memuliakanku dengan syahidnya putera-puteraku. Semoga Allah segera memanggilku dan berkenan mempertemukan aku dengan putera-puteraku dalam naungan Rahmat-Nya yang kukuh di syurgaNya yang luas.’
****************************************************************************
Siapa pula Ummu Nidhal yang mendapat jolokan Khansa Palestin? Rata-rata yang sudi menjawab mengetahui, siapa yang dimaksudkan dengan Khansaa Palestin. Sedikit tentangnya, wanita hebat ini mengulangi sejarah Al-Khansa di atas kerana tiga daripada 6 puteranya, telah syahid di dalam Kata'ib Izzuddin Al-Qasam iaitu, Nidhal, Muhammad dan Rawwad. Seorang daripada puteranya lagi masih dalam tahanan penjara zionis.
Rombongan Aqsa Syarif yang disertai Ustazah Maznah (tudung hijau) bersebelahan Khansa Palestin. Tengok gambar sahaja sudah meremang roma melihat mereka semua. Wajah ahli syurga yang bercahaya semenjak di dunia! Allah!
Saya cukup tertarik dengan cerita tulisan Ustazah Maznah Binti Daud, yang berpeluang ke Palestin dan bertemu sendiri dengan Ummu Nidhal atau Khansa Palestin. Menurutnya, saya ringkaskan sahaja, Ummu Nidhal pernah memberi pelindungan kepada 'Imad 'Aqal yang menurut disifatkan zionis 'orang yang mempunyai 7 nyawa' dirumahnya yang akhirnya syahid di rumah Ummu Nidhal. Boleh baca kisah Ummu Nidhal DISINI. Hebat bukan wanita ini? Tidak sedikit pun kegusarannya berhadapan dengan KEMATIAN. Saya cuba letakkan diri saya di tempatnya. Allah! Jauhnya! Sehingga tidak mampu untuk dibandingkan dengannya T__T.
Maafkan saya atas keterlewatan mengumumkan pemenang untuk TOKOH JUMAAT. Majalah JOM isu 12 telah pun selamat dipos pada hari Jumaat sebaik menerima komenter pertama yang menjawab dengan tepat. Saya cukup menyarankan untuk memiliki atau melanggan terus majalah JOM ini kerana ianya sebagai salah satu alternatif mengetahui berita-berita dunia dari sumber-sumber yang sahih in shaa Allah. Kita ada majalah SOLUSI, Tanyalah Ustaz dan sebaginya yang mengupas hukum-hakam yang sangat menakjubkan. Apa kata tambah koleksi anda dengan majalah JOM yang santai ala-ala majalah Ujang islamik yang menampilkan info-info luar tentang pergelutan dan pertumpahan darah saudara seislam kita di luar sana.
Suka saya kongsikan salah satu info menarik berkenaan Mesir yang mana PM Mesir, Morsi terpaksa meminjam bank riba' dunia kerana ekonomi Mesir yang amat darurat ketika ini. PM lama membuatkan Mesir hampir bankrup. Sejarah yang hampir sama di semua negara apabila pemimpin sewenang-wenangnya membelanjakan wang kerajaan hasil daripada cukai-cukai yang tinggi dikenakan kepada rakyat. Ia sangat bertentangan dengan prinsip Ikhwanul Muslimin (IK) berkenaan ekonomi patuh syariat. Mengapakah Morsi terlalu terdesak sehingga terpaksa meminjam daripada bank riba' dunia? Dapatkan dan langgankan majalah JOM segera! Berinfaq sambil meningkatkan fikrah! Buka mata, hati dan fikiran melihat ruang lingkup yang lebih luas in shaa Allah!
Baiklah diumumkan pemenang majalah JOM isu 12 seperti di atas dimilik oleh...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Tahniah! In shaa Allah ada rezeki, kita main teka-teki lagi :). Moga anda, saya dan kita semua diberkati dan diredhoi Allah dan Ar-Rasul untuk menghuni syurga sama seperti UMMU NIDHAL = AL-KHANSA'! Mohon doa kalian buat kami. Saling mendoakan!
3 comments:
syukran kathir ya ummu muhammad wa abdullah.. :)
Singgah. Tak sempat nak baca semua ;) tahniah mawar
majalah dh smpai semalam..Alhamdulillah..byk info dan berita menarik dpt baca..smpai tertido pun dgn majalah jom! :) syukran kathir
Post a Comment