Secara peribadi, saya cukup terkesan dengan bilangan anggota polis yang terkorban baru-baru ini. Nyawa bukan percaturan. Kita sesama Islam. Kenapa tiada kasih sayang? Kerana kita tidak ada sikap berlapang dada sesama kita. Kita tidak bersatu. Bacaan doa qunut dalam solat Subuh pun kita boleh bertelagah. Pegang Quran dalam hadas pun kita susah menerima perbezaan pendapat ulama. Baca yasin hari Jumaat pun kita mahu pertikaikan. Aduhai lemahnya kita hari ini. Memang inilah peperangan pemikiran yang tentera salib era moden mahukan. Sedarkah kita?
Sejarah kita sejak dahulu telah membuktikan kejatuhan tamudun demi tamadun sememangnya berpunca dari konflik dalaman yang cukup meruncing. 'Orang makan orang'. 'Orang tikam orang'. Sejak zaman peradaban jahiliyyah Rom dan Parsi lagi. Yang haq akan sentiasa haq dan yang batil akan terbongkar juga lebih-lebih kita yang hidup dalam generasi x dan y yang begitu canggih dengan gajet. Kisah hari ini sememangnya tidak akan lari dari sunnatullah yang sejarah itu akan berulang dan sentiasa berulang. Jalan cerita yang sama tetapi dalam latar belakang yang berbeza mengikut perubahan zaman.
Serangan Monggol yang disifatkan bagai keturunan anjing yang wajah rajanya umpama binatang buas menurut penulis, Monggol menyifatkan yang Tuhan mencipta mereka dari api neraka dikirim Allah buat peringatan bagi ummat yang bertelagah. Masih segar diingatan saya saat murabbiahku memberikan kata-kata semangat tentang serangan Tartar ini. Bayangkan perpustakaan terbesar dunia yang menyimpan berjuta jilid dari jutaan buku dari para ilmuan Islam dahulu, di buang di dalam sungai Tigris sehingga kuda-kuda mampu melintas sungai dek kerana banyaknya buku-buku yang memenuhi sungai tersebut.
Sekiranya dibayangkan, kita akan sayang khazanah ilmu yang terlalu banyak di Baitul Hikmah tersebut tetapi kita perlu sentiasa ingat yang Allah ciptakan masalah buat kita pasti bersebab. Contohnya dalan kes baitul hikmah ini, menurut murabbiah saya dahulu, semasa era abasiyyah ini, banyak ilmuan dan buku-buku kita telah dipengaruhi oleh ilmu falsafah barat. Jadi, asbab ini Allah datangkan bencana ini untuk menghapuskan segala ilmu yang tidak benar itu dari terus berkembang. Kenapa Allah kirimkan kes Lahad Datu? Pasti ada hikmah yang Allah mahu tunjuk pada kita semua.
Sebagai Islam dalam kehidupan kita, tiada istilah KEBETULAN. Segala yang terjadi hari ini, sistem yang terlaksana hari ini adalah hasil PERANCANGAN tangan-tangan musyrikin yang mahukan Islam jatuh tersunggur malah terbenam dalam perut bumi. Itu matlamat mereka. Perancangan yang cukup teliti, mampu menjadikan jalan ceritanya umpama semula jadi tanpa cacat celanya.
Jadi, di era penguasaan tentera Monggol itu tadi, wilayah Islam semakin berpecah dan bergaduh sesama sendiri. Maka peperangan demi peperangan pun bermula apabila musuh meneguk di air yang keruh. Masa inilah masa keemasan yang mereka tunggu apabila kita tidak bersatu. Ianya bermula apabila 3 orang saudagar dari Bukhara datang ke wilayah Monggol dan orang-orang Monggol menyiksa semua ahli rombongan dan segala barangan mereka dirampas.
Masih ingat GENGHIS KHAN di entry semalam? Si Genghis Khan ini pula menirim 50 orang saudagar Monggol untuk membeli barangan dagangan di Bukhara tidak lama selepas kejadian Monggol membunuh saudagar dari Bukhara itu tadi. Jadi, atas perintah amir Bukhara, 50 orang saudagar Monggol itu tadi dibunuh.Genghis Khan sangat marah dan menyerang kerajaan Khawarizmi dan negara sekitar Asia Tengah. Setelah 3 tahun, Monggol berjaya menakluk seluruh China yang besar itu.
Era Genghis Khan ini, mereka berjaya menguasai wilayah Khawarizmi, Asia Tengah termasuk Afghanistan dan India utara. Kemudian, setelah si Genghis Khan ini mati, OTAGAI cucunya menyambung legasi kejam rejim Monggol dengan lebih kejam dan dahsyat lagi. Matlamat OTAGAI ialah menguasai Rusia dan Eropah. Besar betul matlamat si Tartar yang kejam ini. Bukanlah Rusia itu besar dan Eropah juga benua yang luas? Suasana ketika ini sangat teruk kerana pemimpin Islam juga dalam keadaan berpecah menanti belah. Ummat ketika itu juga semakin pengecut dan hilang semangat jihad.
Pergeseran yang amat dahsyat antara Sunnah dan Syiah telah bermula semenjak zaman ini lagi. Juga pengikut mazhab Syafie dan Hanafi. Pertumpahan darah sering berlaku akibat daripada tiada berlapang dada tentang hal ini. Ianya masih berlaku sehingg hari ini walhal ulama-ulama telah bersepakat lama tetapi ummat tetap mahu bertelagah. Usahlah ditimbulkan lagi hal-hal sedemikian kerana kita punya masalah yang lebih besar dalam misi menyelamatkan ummat dari malapetaka yang kita cipta sendiri asbab mahu tunjuk siapa lebih betul. Setujukah?
Menulis blog kali ini bagai rasa memecut di atas trek olahraga. Berkejar-kejaran antara ummat dan ummat. Saya rasa seronok untuk berkongsi andai tulisan-tulisan saya mampu menyentuh hati dan membuka minda rakan-rakan yang dirahmati Allah. Apa yang kita perlu sedar, kita perlu memulakan dengan diri kita sendiri agar ummat diluar sana yang masih tidur, kita mampu kejutkan walau hanya dengan keyboard di laptop, cucuk pensel sebelah rakan, untuk kita bersatu dan membina sifat berlapang dada. Lihatkan mereka dengan kasih sayang. Jangan dicipta persengkataan yang melibatkan perihal furuk. Andai Allah campakkan taufik dan hidayah, tentu mereka jauh lebih baik daripada kita ;).
In shaa Allah saya ingin sambung entry ini dengan apa yang dikatakan 'perancangan dalaman' sehingga kerajaan malah satu tamadun demi satu tamadun mampu diruntuhkan. Nantikan Lahad Datu Versi Monggol edisi 3 pasti dengan izin Allah! ;)
In shaa Allah saya ingin sambung entry ini dengan apa yang dikatakan 'perancangan dalaman' sehingga kerajaan malah satu tamadun demi satu tamadun mampu diruntuhkan. Nantikan Lahad Datu Versi Monggol edisi 3 pasti dengan izin Allah! ;)
Hari ini berapa orang lagi perlu dikorbankan dalam perancangan?
2 comments:
Assalam...Ummu Muhammad...saya sangat suka baca blog ummu..buat pengetahuan ummu, saya bukan lah seorang yang suke membaca panjang berjela2 apatah lagi fakta2 sejarah...tp tulisan ummu lain..teruskan ye ummu...
saya juga suka tgk cara ummu didik anak2...ade yg saya mampu, saya cuba ikut...
Wassalam..
menanti edisi ke-3 dgn penuh debaran.. :)
Post a Comment