Alhamdulillah. Coretan kali ini adalah berkenaan email yang saya terima daripada Puan Lina Karim tentang tekad dan semangat ibu Sultan Muhammad Al-Fateh yang mana saya pasti ramai dikalangan ibu-ibu yang mengikuti perkembangan blognya atau melalui email mahupun websitenya islamic parenting network. Saya ingin terjemahkan di dalam bentuk tulisan memandangkan slide show yang saya terima ini hanya bertahan selama 24jam dari masa saya membukanya. InsyaAllah mudah-mudahan sebagai motivasi untuk saya dan rakan-rakan sebagai ikhtibar dan pengajaran dalam kesedaran memberi didikan yang sebenar-benar sepertimana tekad dan semangat ibu Sultan Muhammad Al-Fateh insyaAllah!
Tiada Latar Belakang Agama
Sedikit latar belakang Puan Lina karim dan suaminya, masing-masing tiada latar belakang sekolah agama mahupun keturunan beragama. Namun, takdir Allah membawa mereka celik tentang didikan Al-Quranlah yang membawa begitu besar dalam menjana IQ anak yang cerdik dan cerdas. Berlatar pendidikan sekular, membawa mereka lebih menghargai erti HIDAYAH Allah kepada mereka. Beliau menekankan, apa yang beliau buat bukan mahu menunjukkan yang anak-anaknya sahaja yang cerdik Al-Quran tetapi ramai lagi yang diluar sana sama malah lebih baik daripada anak-anaknya cuma, anak-anaknya bernasib baik kerana Allah mentakdirkan mereka mendapat liputan luas diakhbar dan majalah tempatan. Bagi saya inilah dinamakan rezeki, Allah memilih mereka pasti mereka mampu mengembangkan dan berkongsi potensi hebat anak-anaknya dengan orang lain sebagai ikhtibar dan pengajaran.
Motivasi
Suka saya sertakan satu ayat yang saya sendiri tidak pasti dari siapa, kita adalah apa yang kita fikirkan atau dala, bahasa inggeris yang lebih popular, you're what tou think. Ayat ini cukup bermotivasi sebenarnya. Sekiranya kita berfikiran positif, insyaAllah azam dan semangat kita pasti terarah apa yang kita fikirkan. Sekiranya kita mampu berfikir anak-anak itu adalah amanah dan bukan harta tebusan, imbalan material penat lelah melahirkan dan membesarkan, pasti kita akan sentiasa berusaha dengan azam dan tekad sebagaimana di dalam fikiran kita. Sekiranya kita membayangkan anak-anak kita membesar sebagai muslim unggul yang bakal menegakkal kalimah Allah, insyaAllah kita akan berusaha membentuk kader-kader rijal yang bakal berjuang dengan tujuan dan maltalat yang JELAS hakikat penciptaan manusia sebagai hamba dan khalifah. Jangan ragu-ragu, doa dan usaha, hasilnya adalah kerja Allah kerana Allah bukan memandang hasil kerja kita tetapi Allah memandang usaha-usaha kita insyaAllah!
Ibu Sultan Muhammad Hebat!
Berbalik kepada slide show yang saya dengar dan lihat, kita selalu mendengar kehebatan keperibadian unggul Sultan Muhammad sehingga menenggelamkan manusia-manusia hebat dibelakangnya sehingga Allah mengangkatnya sebagai manusia hebat yang mampu membuka kota Konstantinopal. Rupa-rupanya, Sultan Muhammad Al-Fateh telah diberikan didikan sesempurna mungkin kerana telah terserlah kehebatannya semenjak kecil. Diceritakan, setiap pagi ibunya akan membawa sultan Muhammad ke tepi tebing yang menampakkan Konstatinopel sehingga baginda sultan Muhammad mampu berjalan sambil berkata, 'wahai anakku, disana terdapat kota konstatinopal dan Rasulullah SAW pernah bersabda, Konstatinopal itu akan ditawan oleh tentera-tentera islam. Raja yang menakluknya adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera dan ENGKAU ADALAH ORANGNYA!'
Kata-kata Pencetus Doa
Persoalannya, adakah ibu Sultan Muhammad bahawa yang dimaksudkan dalam hadis Rasulullah SAW itu adalah anaknya? Pasti bukan namun tekad yang bulat dan kata-katanya yang setiap hari adalah kata-kata pencetus doa. Masih ingat entry saya berkenaan KATA-KATA PENCETUS DOA? Betapa dahsyatnya setiap butir perkataan yang keluar daripada mulut si ibu. Allah mengangkatnya dengan mudah. Bagaimana dengan kita? Adakah kita sudah berbuat sebagaimana ibu Sultan Muhammad? Adakah kita sentiasa memanggil anak-anak kita dengan perkataan-perkataan yang bakal membawa kehebatan peribadi muslim yang unggul? Disini menunjukkan betapa kesedaran dan mujahaddah si ibu bukan sedikit tetapi peranan dan tanggungjawabnya sungguh besar sehingga sinonim dengan kata-kata hikmah 'tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia'!
InsyaAllah saya menyeru rakan-rakan dan terutama diri saya sendiri supaya kita sama-sama memperhalusi percakapan kita dan sama-sama mengeluarkan kata-kata motivasi dan semangat kepada anak-anak sebagai doa untuk mereka setiap hari. Serulah mereka supaya membesar sebagai tentera Allah yang hebat yang bakal menegakkan sistem dan peraturan Allah. Jangan sampai mereka mewarisi segala kejahilan kita. Anak-anak kita hebat, pemuda yang bakal menegakkan kalimah Allah tidak lama lagi insyaAllah!
6 comments:
Sebenarnya pendidikan anak bermula dari remaja lagi. Bagi seorang puteri Islam, sebelum berkahwin sudah mesti lengkapkan diri dengaan segala ilmu pendidikan. Sudah terbayang bakal-bakal tentera Allah yang bakal di terap dengan acuan ilmu yang ada. Sudah terbayang bakal anak yang akan dilahirkan menjadi insan yang soleh. Untuk mencapai cita-cita ini, sudah tentu Sang Puteri itu mesti berusaha menjadi seorang perempuan yang solehah kerana janji Allah bahawa perempuan yang solehah akan beroleh suami yag soleh. Setelah menjadi isteri, berusaha sesungguh hati untuk jadi isteri yang solehah seperti zaman Rasulullah s.a.w. Banyak kisah isteri-isteri yang solehah antaranya tidak mengizinkan tetamu masuk ke rumah tanpa izin suami walaupun tetamu itu adalah puteri Rasulullah. Apabila suaminya pulang, badan sudah wangi dengan pakaian yang tercantik, rotan dan segelas air menyambut ketibaaan suami. Ada juga kisah yang sampai bapa meninggal dunia pun tidak dapat menatap wajah bapa buat kali terakhir kerana perintah rasulullah agar taat pada pesanan suami yang pergi berkelana buat masa yang lama. Dari rahim wanita sebeginilah akan lahir yang terhebat dan yang terunggul. Lihat sahaja ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani, dalam usia anak 9 tahun sudah rela berpisah dan tidak bersua muka dan tak tahu khabar berita hingga tua usianya dan dalam keadaan buta kerana menangis kerinduan yang amat sangat.Masyaalllah.... Bagi kita yang tidak sehebat wanita-wanita ini, masih berpeluang untuk mempunyai anak yang hebat asalkan ada niat, usaha, ilmu dan doa sepanjang masa. Mulut ibu memang masin, apalagi sekiranya berdoa. Sering kata-kata yang tak terkawal terkeluar ketika kita marah bila berdepan dengan kenakalan anak. Latih mulut kita memarahi mereka dengan sebutan "anak bertuah", "anak berkat", dan nama yang bagus-bagus. Apabila mulut kita dah terbiasa, walau marah bagaimanapun kita tak akan terkeluar perkataan seperti "bodoh" dan sebagainya.
saya cukup setuju sememangnya kata2 ibu itu sungguh masin dan membawa satu doa. andai semua ibu-ibu tahu betapa perlu akan kesedaran pendidikan awal anak-anak yang insyaAllah dapat membantu mendamaikan dunia..
saya ada seorang rakan yang bagi saya cukup negatif orangnya sehingga saya perlu menjauhi diri demi menjaga hati saya sendiri daripada terdetik dan berkata yang tidak2 sehingga boleh mengundang dosa. si rakan terlalu suka mengata anak-anak orang lain.
contohnya, 'budak2 kalau baik masa kecil, tengoklah apabila besar nanti., maksudnya anak2 ini akan buat perangai. (Muhammad ku yang dikatanya)
lagi contoh, 'budak ni memang tak pandai.. tengok juga baka/keturunan dia'. (mengata anak didik sendiri)
setiap kali perkataan-perkataan negatif sebegini singgah ditelinga saya, terdetik dihati saya, 'andai semua kata-katanya berbalik kepada dia asbab menyakitkan hati orang lain'. layakkah dia menghukum anak2 orang lain. sepatutnya kita sentiasa mendoakan bukan meruntuhkan motivasi orang lain. mungkin dia belum punya anak. jadi, tahap kawalan lidahnya kurang. disitu kita dapat lihat tahap pemikiran seseorang.
lagi, saya blogwalking di blog rakan-rakan tegar, ada orang lain yang mengata anaknya didepannya denga perkataan 'tolol'. layakkah bayi berusia bulanan sahaja dihukum dengan 'tolol'? adui! sungguh sakit hati membacanya. cuba kita letakkan diri kita di tempat ibu si anak.
bagi saya, berhadapan dengan manusia2 negatif ini memang akan lebih memudaratkan. eloklah jarakkan diri demi menjaga hati. itu lebih baik daripada berlawan kata yang akan mengundang dosa.
peringatan untuk saya kerana sebagai pendidik kita perlu sangat mengawal lidah kita kerana selalunya apa2 yang kita kata akan berbalik kepada anak2 kite. mohon Allah jauhkan saya dari sikap dengki, berburuk sangka.
nauzubillah..ummu muhammad, negatif btul kwn ummu muhammad tu..pada saya, dia seperti bercakap pada cermin, apa yg di katakan kepada org bila2 masa boleh terkena pd diri sendiri..lagi2 dari mulut seorang pendidik..memalukan.selemah mana pun anak murid kita, kalau dapat ilmu berkat dari seorang guru yg ikhlas mendidik i'allah akan ada hasilnya nanti. Terbiasa melihat kelemahan org sehingga nampak diri terlalu sempurna..memang satu masalah..moga dia mendapat petunjuk satu hari nanti
dalam mendidik anak, saya sangat setuju perlu di jauhkan perkataan negatif, bukan sahaja ibu malah ahli keluarga yg lain juga. supaya rumah mendapat aura yg positif kerana hanya perkataan dan doa2 untuk kebaikan sahaja berada di dalamnya..insyaALLAH..:)
kayzie tulah yg susahnya kalau rasa diri saha yg sempurna..kadang2 sesetangah cikgu ni dia rase dir die saje yg berilmu, lebih tahu dari anak2 didik die..maklumkan namape cikgu yg konon2 umpama perpustakaan/kamus bergerak
tapi guru kdg2 die lupe yg die juge manusie biase..ada ilmu yg kite belajar dari murid kite sendiri..mereka juga mengajar kite nayk bende lebih2 lagi bile terkenngkan anak2 kat ruumah..
hati memeng selalu terdetik, kenapelah org ni suke sgt mengata onk org sedangkn die belum rase punye ank..apa perasaan die orang kate anak die nanti dah besar jahat dgn tak pandai..tak ke pakej tu..
semoga Allah bukakaan hati dgn minda die menjadi manusie yang boleh berfikir dgn minda positif bukan takde kelas!
Salam sejahtera yang berpanjangan....
Masih ramai orang tidak tahu kuasa pemikiran jauh mengatasai kuasa fizikal. Kalau kita di kelilingi oleh aura negative yang di keluarkan oleh pemikiran negative orang sekeliling kita, pemikiran positive kita boleh terlarut begitu sahaja. Dengan sendirinya kita terhalang dari mendapat kejayaan. Memang perlu menjarakkan diri dari orang-orang begini.
prof hafidz: begitulah..demi hati..eloklah hindari dari berbalah menambah dose tak meningkatkan iman pun ;)
Post a Comment