Alhamdulillah selama 6 hari saya keluar atas tuntutan kerja iaitu 5 hari berkursus dan sehari berseminar pula. 6 hari yang pada saya bukan sia-sia kerana terlalu banyak input namun berapa peratus yang mampu saya keluarkan semula, saya sendiri kurang pasti. Mudah-mudahan semuanya adalah terbaik disisi Allah untuk anak-anak didik saya. Sebelum ini saya ada menyatakan tentang freemason dan iluminiti dalam entry MERDEKA DIPENGHUJUNG RAYA. Ianya adalah berkenaan sebuah slide show ketika hari pertama berkursus yang memaparkan simbol iluminiti. Selain itu, sekolah menengah dimana tempat saya berkursus yang punya kelab yang mempunyai kaitan dengan konspirasi rahsia yahudi. Mungkin ramai yang telah tahu tentang konspirasi dajjal ini sekiranya anda rajin membaca bahan-bahan ilmiah tidak kira di dalam buku-buku mahupun melalui internet. Banyak sebenarnya pembongkaran konspirasi mata satu ini. InsyaAllah saya cuba kongsikan sedikit sebanyak pengetahuan saya yang begitu cetek tentang organisasi rahsia yahudi berkenaan gerakan-gerakan yang mahu 'mendajjalkan dunia'.
Apa Itu FREEMASON?
Menurut beberapa sumber yang saya baca dan fahami, freemason adalah salah satu daripada organisasi rahsia Yahudi yang bekerja bersama dajjal laknatullah dalam melaksanakan misi mereka mengawal dunia (New World Order). Gerakan freemason mempunyai satu struktur yang cukup kompleks iaitu ianya diketuai oleh 13 orang yang dipanggil council of 13 yang mana salah seorang daripadanya adalah ketua bagi yang 13 orang itu tadi. Identitinya 13 orang ini tadi amat sulit dan rahsia dan apa yang pasti mereka semua adalah yahudi laknatullah. Struktur council of 13 terlalu sulit dan rumit. Di dalam freemason, iluminati adalah gerakan tertinggi yang berada betul-betul di bawah council of 13. Banyak lagi organisasi-organisasi rahsia yang mempunyai misi yang sama seperti iluminati (Iluminati menggunakan lambang piramid yang mengandungi MATA SATU/all-seeing eye didalamnya), Skull and Bones, Opus Dei, Priory of Sion, the Bilderberg Group, agensi-agensi Hollywood (CW Chanel, Columbia TriStar dll) dan bermacam-macam lagi. Tujuan mereka menubuhkan berbagai organisasi dalam mencapai satu misi yang sama hanyalah semata-mata untuk mengelirukan dan membutakan mata hati umat-umat manusia seluruh dunia dan menanamkan sifat dajjal yang buta satu matanya (celik mata penglihatan tapi buta mata hati).
Sistem Sekular
Sebenarnya kursus yang sedang saya hadiri ini adalah kursus pembaikan atau pemurniaan kurikulum sekolah. Zaman saya dan seusia saya, kita panggil KBSR dan sekarang KSSR. Model ini telah dilaksanakan semenjak tahun 1997 di UK namun kita di Malaysia baru sahaja pada peringkat permulaan pelaksanaan. Biasalah sistem SEKULAR telah menggantikan sistem islam dan segala apa yang kita buat berkiblatkan barat termasuklah sistem pendidikan. Bidang pendidikan adalah bidang terpenting yang perlu 'mereka' kuasai untuk menakluk sesebuah negara. Maka tidak pelik ramai cendiakawan yang 'celik' boleh dimanipulasikan dengan berkesan termasuk kita. Maka tidak pelik simbol iluminati turut ada dalam pembentangan modul.
Simbol iluminiti begitu jelas di salah satu slide yang dipaparkan. Simbol mata satu tergantung diatas piramid dibelakang duit 1 dolar amerika yang melambangkan tuhan matahari mesir yang bernama RAY iaitu tuhan kepada freemason. Boleh lihat disini untuk keterangan lanjut. Dalam hal ini, mungkin dari kalangan kita jahil dan tidak pula mahu mencari tahu.
Modal Insan
Apa itu SEKULAR? Sekular ialah mengasingkan agama dalam kehidupan. Pada pendapat saya, sistem KSSR ini bagus kerana negara semakin fokus kepada pembentukan modal insan pelajar untuk menaik taraf pelajar kita sama dengan pelajar luar. Kalau dulu KBSR, kita ada 3M (membaca,menulis, mengira) namun modul baru ini ada penambahan menjadi 4M iaitu menaakul yang tertumpu kepada komunikasi yang menjana kepada pelajar yang mampu berdaya saing dengan minda kreatif dan inovatif. Kita semua sedia maklum kekuatan pemuda hari ini dikuasai oleh pemuda 'mereka'. Pemuda 'mereka' menguasai dunia hari ini kerana lihat sahaja pemilik laman sosial facebook, blogspot, my space dan pelbagai lagi dikuasai oleh pemuda 'mereka'. Jadi, negara kita sebenarnya mahu melahirkan modal insan seperti pemuda-pemuda ini dan kita terlalu ghairah dengan modul pendidikan milik mereka seperti apa yang kita maklum mereka golongan yang mengkaji sistem al-quran dan mengamalkan cuma masalahnya mereka degil untuk menESAkan Allah.
Menyisihkan Pembangaun Sahsiah
Apa yang saya kecewakan, kita begitu semangat fokus kepada kecemerlangan pelajar namun disisi pendidik amat menyedihkan umpama 'bapa kencing berdiri, anak kencing berlari'. Saya begitu sedih melihatkan pemuda-pemuda (pendidik-pendidik lelaki) terutama ketika tamat satu-satu sesi sama ada tengah hari mahupun petang. Masjid yang betul-betul disebelah tempat kursus seolah-olah dipandang bagai sebuah GEREJA, KUIL mahupun TOKONG. Masuk kereta dan berlalu pergi tanpa menunaikan KEWAJIPAN mutlak sebagai seorang hamba yang hina kepada ALLAH! Bagaimanakah usaha murni ini mampu berjaya andai modal insan yang mahu mendidik cukup mendukacitakan. Inilah dinamakan doktrin sekular konspirasi dajjal tadi. Kita diajar mengasingkan agama daripada kehidupan dan ternyata ianya cukup berhasil! Andai berjaya sekalipun, negara kita umpama sebulan belon yang nampak bulat dan elok namun apabila dipecahkan, ianya tidak mengandungi apa-apa. Sebuah negara yang nampak gah dengan modal insan yang hebat ilmunya namun hodoh akhlaknya. Maju tetapi dipenuhi manusia yang bermasalah contoh terbaik di negara-negara membangun sekarang. Kita terlalu memandang pembangunan fizikal namun menyisihkan pembangunan sahsiah insan. Ini adalah pandangan dangkal saya kerana modul yang hebat memerlukan penyampai atau pendidik yang hebat untuk melahirkan modal insan atau pelapis yang hebat juga kerana Allah.
Disebalik Kelab Rotary
Selain itu, di sekolah menengah saya itu juga terdapat ciri-ciri freemason kerana setakat pengetahuan saya yang telah bersekolah disana, memang ada sebuah kelab yang dinamakan kelab rotary. Sekolah saya ini merupakan sekolah harian biasa yang mencatat 100 peratus kelulusan setiap peperiksaan awam setiap tahun. Sekolah cemerlang namun saya bukan kategori pelajar kelas pertama. Pelajar sederhana dan duduk di kelas pertengahan. Kelab rotary disekolah saya tadi disertai oleh pelajar-pelajar yang mempunyai minda yang cerdik. Buat makluman kita, kelab rotaract ialah kelab terbuka yang memilih pelajar-pelajar cerdik dan berkaliber untuk menjadi ahlinya. Pelajar yang dapat menyertai kelab ini pasti sangat teruja dan berasa amat bertuah kerana bukan mudah untuk menjadi ahli bagi kelab ini dan tanpa mereka sedari, mereka diperalatkan untuk mencapai kepentingan yahudi, kerana kelab rotaract itu hakikatnya dikuasai penuh oleh kelab rotary. Pelajar cerdik yang terpilih menyertai kelab rotaract akan diserapkan ke dalam kelab rotary seterusnya lions club, kemudian iluminati dan ke peringkat tertinggi seterusnya. Pelajar-pelajar cerdik ini akan 'dipegang' untuk menerajui pelbagai pertubuhan bermula disekolah, universiti , syarikat-syarikat korporat dan sebagainya. Dengan pelbagai pertubuhan ini, ahli-ahli baru dicari sebagai pelapis.
Turutan kelab-kelab yang membentuk organisasi di bawah council of 13 yang saya dapat daripada buku Pelestin Tak Pernah Gentar. Rotarack club diserap kepada rotary club. Rotary club diserap kepada lions club. Lions club diserap kepada freemanson. Freemanson diserap kepa iluminiti dan iluminiti diserap kepada council of 13.
Kelemahan KITA
Menurut sumber disini, faktor kelemahan dan kedaifan umat Islam dalam berbagai sudut tidak perlu diperkatakan lagi. Apa yang perlu diteliti adalah jalan penyelesaian bagaimana umat Islam boleh memecah keluar daripada kancah kelemahan-kelemahan ini. Merujuk kepada Sekretariat World Muslim Consumers Association (WMCA) telah membuat kajian mendalam semenjak beberapa tahun lalu dan mendapati antara punca utama kelemahan umat Islam adalah tiadanya perpaduan dan koordinasi dalam hampir segala bidang kehidupan.
Rapuh
Sungguhpun jumlah umat Islam sebenarnya berjumlah 1/3 penduduk dunia. Ditambah pula kalau dinilai secara individu, ramai umat Islam mempunyai berbagai kepakaran dan kekayaan yang luar biasa, malangnya kelebihan ini tidak mampu menterjemahkan sebarang kekuatan kerana rapuhnya jaringan dan perpaduan antara mereka. Islam mewajibkan umatnya bersatupadu, namun hari ini ianya tidak berlaku. Malah amalan perpaduan dan kerjasama erat yang diamalkan bangsa Yahudi, China, Jepun, Jerman mahupun Sikh tidak langsung terujud dalam masyarakat Islam.
Bodoh
Inilah yang menyebabkan umat Islam dan negara-negara Islam lemah serta dengan amat mudah diperbodoh, diperhamba, diperkuda dan dipersendakan sehinggakan rata-rata masyarakat Islam terpaksa bergantung kepada musuh untuk bantuan dan perlindungan malah barangan makanan sekalipun terpaksa diperolehi dari masyarakat bukan Islam. Sedangkan dengan jumlah umat yang ramai, kita boleh mengambil tindakan drastik untuk MEMBOIKOTatau MEMPROTES semua produk Yahudi bukan sahaja COKE tetapi merangkumi semua jenis produk harian yang terbukti HARAM. Sehubungan itu, kita perlulah bersatu HATI dan MINDA untuk meneraju perjuangan ini dalam mengeratkan tali silatulrahim dan ukhuwah sesamaISLAM.
Boikot!
Sepanjang seminggu saya berkursus, Allah izinkan saya berjumpa dengan simbol ilumini dan rotaract club yang menjadi pecetus idea saya untuk menulis dan berkongsi sedikit pengatahuan saya tentang organisasi rahsia yahudi yang menyelinap masuk hampir semua pepenjuru hidup kita. Semuanya ada dimana-mana. Kita marah dengan yahudi laknatullah, tapi kita masih tidak mampu mengawal hati membeli-belah produk-produk yahudi yang menjadi dana dalam pertumbuhan-pertubuhan organisasi rahsia selain menjadi peluru-peluru kepada saudara kita di Palestin. Kita mengatakan yang Palestin adalah sebahagian daripada kita, namun tiada sebarang usaha dari membeli produk nestle, milo, johnson, McD, kfc, pizza dan pelbagai lagi. Sebenarnya yahudi ini memang sudah berakar umbi di negara kita. Lihat sahaja produk-produk, pasaraya-pasaraya milik mereka. Jadi, tidak pelik mereka punya 'saham' dinegara kita. Marilah hidupkan hati-hati kita dengan melihat kesengsaraan saudara seislam kita di Palestin dan berdoa Allah campakkan kekuatan untuk memboikot semua barang-barang yahudi kerana kita memang dituntut untuk meragui mereka yang dikenali sebagai bangsa yang bongkak dan membunuh para Nabi Allah. Hanya umat Islam sendiri dapat mengubah dan mencorakkan nasibnya sendiri.
Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada padadiri mereka sendiri. (Surah Ar-rad: 11)
Segala yang baik adalah dari Allah dan yang tidak baik juga daripada Allah melalui kelemahan saya sebagai manusia biasa. Wallahua'lam.
6 comments:
tulah noen..hanye org yg mengkaji insyaAllah Allah bukakan hijab..kalau tak kite sentiase terime bulat2..semue yg diorang bawak salah pun boleh jadi betul kat kite..kite ni org islam selalu disogokkan degn brite tipu..terlalu senang meyakinkan umt islam..doktrin dajjal yg berjaya..mudah2an Allah sentiasa memberi kite taufik dan hidayah same2 ye noen..sayang noen fillah! ;)
ummu..trima kasih diatas informasi ini..kdg2 sy juga tersasar dgn brg2 buatan yahudi ni..rasa sedih sgt2..smga lepas ni dapatlah sy apply blik dlm kehidupan sharian ni supaya tidak membeli brgn yahudi..
salamsejahtera BAi.
Syabas saya ucapkan pada ummu Muhammad kerana diizinkan Allah untuk menyampaikan kebenaran ini. Semoga apa yang ditulis ini ditakdirkan Allah ramai yang membacanya. Walaupun sudah tahu, hati yang diketuk bertalu-talu akan beruabah sedikit demi sedikit dan akhirnya bebas dari cengkaman yahudi.
Ibu abg Yusuf dtg baca n3.. rasa malu sebanrnya dgn senarai yg perlu diboikot tu kerana ada yg masih kami guna.. :-(
semoga rmai yg membaca dan sedar dgn 'saham' Israel di Malaysia tu..ingatan jugak tuk diri sendiri tu..thanks 4 da info yg sgt bermanfaat ni ummu Muhammad
mawar: semua ade dimane2..memang susah sgt nak istiqomah..mudah2an Allah bantu ummi mawar sekeluarga..
FCU: saya pun sebenanrnye sedeh..kdg2 terfikir..adakah saye juge penyumbang kepada sistem dajjal ni..nauzubillah..hanya mengharap Allah bantu kami
ibu zefa: takpe yg pentg kite azam n semnagat..insyaAllah urusan kemudian Allah tolong ;)
kayzie: rindunye! insyaAllah mudah2an same2 dpt manfaat!
Post a Comment