Hari 5, Jumaat
18 Rabiul' akhir 1433H : 16 Mac 2012
Makkatul Karamah
Muhammad & adik hebat yang diredhoi Allah dan Rasul ;)
Selepas siap mengemaskan diri, kita berangkat semula ke Masjidl Haram untuk subuh berjemaah kita yang pertama. Dengan bantuan stroller Tulsa Joger pasti dengan izin Allah yang menggerakkannya, yang memang ibu beli khas untuk keselesaan Muhammad di sana, ayah menyorong Muhammad yang tidur. Ibu pula dengan baki semangat yang ada, hanya mampu bawa diri sendiri sahaja. Perjalanan agak jauh. Bukan agensi kita sahaja yang mendapat tempat menginap jauh, travel agensi Andalusia contohnya, juga duduk di dalam bangunan yang sama dengan kita. Di bawah kelolaan tabung haji lebih jauh dari kita. Pernah ayah dan ibu berkenalan dengan jemaah dari Indonesia. Kebanyakkan mereka duduk di hotel selesa berdekatan masjid. Ada yang lebih mewah duduk berdepan dalam hotel mewah yang berjam besar terletak betul-betul dihadapan masjid. Mungkin asbab kebanyakkan mutawwif yang berada di Madinah mahupun Mekah, kesemua mereka merupakan pelajar dari Indonesia.
Betul-betul terletak di hadapan Masjidil Haram. Tidak perlu ke Paris pun ;).
Pembangunan yang sangat pesat di Kota Mekah. Banyak bangunan perlu diruntuhkan dan Kota Mekah bermandi habuk simen.
Peminta Sedekah
Sepanjang perjalanan, ada satu pemandangan yang menarik perhatian ibu iaitu deretan peminta sedekah di tengah jalan sepanjang jalan sehingga di hadapan Masjidil Haram. Semua mereka adalah orang Afrika. Kebanyakkannya anak-anak kecil yang tiada tangannya dan keadaan mereka hampir sama. Setelah beberapa hari di Mekah, rupa-rupanya bukan semuanya begitu. Ada yang melipat kedua tangannya ke tengkuk dan ianya nampak real kerana mereka berhijab labuh. Sebelum berangkat, ada yang menasihati supaya tidak menghiraukan peminta sedekah di sana kerana menurut pengalaman mereka, apabila kita sedekah kepada seorang, nanti akan ada segerombolan rakan-rakannya yang akan menyerbu kita. Pemandangan seperti ini tidak dijumpai di Madinah. Sekiranya ada sekalipun, ibu hanya terjumpa seorang perempuan yang berjalan-jalan meminta sedekah. Menurut Ustaz Amin di Madinah, usah dihirau kerana mereka adalah pencuri. Menyebut mengenai pencuri, pencuri di Mekah adalah sangat profesional. InsyaAllah ibu akan catatkan di episod berkenaan ujian-ujian pilihan Allah buat kita di Mekah.
Ta'ruf
Hari ini hari pertama kita di Masjidil Haram. Masih dalam ta'ruf. Kita lambat dan masih belum mengetahui struktur bangunan Masjidil Haram lagi. Sangkaan kami, di dalam masjid penuh. Memang penuh dibawah namun tingkat satu, insyaAllah pasti mempunyai ruang lagi. Tingkat 2 masih belum dibuka untuk jemaah haji atau umrah ketika itu. Subuh itu, kita hanya solat diperkarangan masjid. Kami bercadang mahu iktikaf lebih lama sehingga Dhuha untuk berkenalan dengan Masjidil Haram. Perancangan Allah itu lebih hebat. Ditakdirkan pagi tersebut Muhammad bangun usai sahaja solat Subuh dan telah membuang air besar. Jadi, ayah dan ibu mengambil keputusan pulang dahulu untuk membersihkan Muhammad. Nenek, tokwan, fuang mengambil peluang untuk berkenalan dengan Masjidil Haram. Di Mekah, kita 4 beranak termasuk adik Muhammad terpaksa berpisah dengan nenek, tokwan, fuang dan mak nikkik dalam banyak perkara. Maksudnya, nenek, tokwan dan fuang serta mak nikkik tidak perlu menunggu kita kerana keadaan kita berbeza. Muhammad adalah prioriti untuk ke mana-mana. Kasihan sekiranya mereka terpaksa menunggu kita.
Tingkat 1 Masjidil Haram. Kawan-kawan Muhammad. Setiap hari adalah hari berkawan buat Muhammad ;).
Hari ini adalah hari Jumaat. Kita melalui rutin ibadat kita di Masjidil Haram seperti biasa. Kali ini di Mekah, ibu dan Muhammad tidak dapat iktikaf setiap waktu di masjid. Hanya ayah. Kita kebiasaannya akan ke sana waktu Subuh dan Zohor. Selepas asar kita berangkat semula untuk maghrib sehingga isyak. Ayah akan berjemaah manakala ibu memerhati dan menjaga Muhammad. Apabila selesai, giliran ibu pula solat bersendirian. Tidak mengapa, tuntutan solat berjemaah adalah untuk lelaki. Tempat rutin kita adalah di tingkat 1 masjid yang mana ianya umpama taman permaianan. Ramai kanak-kanak seusia Muhammad di sana. Tingkat 1 lebih selesa bagi mereka yang punya anak kecil. Keesokan harinya iaitu hari Sabtu, merupakan ujian pertama buat ayah. Tahap kesihatan ibu pula semakin kritikal. InsyaAllah selepas ini ibu catatkan kisah ziarah kita dahulu di sekitar Mekah sebelum mencatat sejarah nikmat ujian buat kita disana yang masih terakam baik dalam ingatan ibu insyaAllah pasti dengan izin Allah!
4 comments:
UM masih ingat semua ya apa yg berlaku di sana. Orang Arab Mesir mmg tak boleh percaya. Diorang ni kuat menipu dan suka mencuri.
kalau UM nak tengok details ttg DVD player tu singgah sini ya.. harap membantu http://ummi-iman.blogspot.com/2012/04/portable-dvd-player-iman.html
Bila baca komen Ummi Iman, terdetik dlm hati ibu Yusuf: kuat juga ingatan Ummu Muhammad ingat setiap satu keadaan. Mcm dah buat catatan sejak di sana..
Ibu Yusuf ni cepat lupa.. hehe..
Salam ummu Muhammad...seronoknya membaca kisah2 pengalaman di Mekah.
Terima kasih atas pengkongsian pengalaman disana...seolah2 k.atie terasa berada di sana pula.
Sekurang2nya pengalaman ummu muhammad ini adalh sebagai panduan tuk bakal2 tetamu Allah..
InsyaAllah,
tuk k.atie juga(jika di izinkn oleh ALLAH.
ummi iman: huh!!! profesional dan menakutkan..dieorang mnecuri takde sape boleh perasankan..method ape die gune hanya jauhari mengenal manikam
p/s: tq atas entrynye..tengah bincg2 dgn ayah muhammad ;)
ibu yusof: tak sempat nak catat kak..penat sejak kending muhammad di madinah buatkan tangn kite bise sampai demam..rakam di hati dan tulang dgn izin Allah pastinye heheh
kaktie: insyaAllah ade rase2 mcm dah tak lame lagi je jemputan kaktie.. ;)
Post a Comment