Hari 3, Rabu
16 Rabiul' akhir 1433H : 14 Mac 2012
Madinatul Munawwarah
Muhammad & adik hebat yang diredhoi Allah dan Rasul ;)
Kembali mencatat KEMBARA CINTA AGUNG untuk tatapan Muhammad dan adik yang sedang dikandung ibu kerana kamu berdua merupakan sebahagian sejarah ini yang telah ditakdirkan Allah buat kita. Muhammad berpeluang melalui kembara ini sendiri manakala adik insyaAllah pasti merasakan auranya walaupun hanya berada di alam rahim ibu ketika itu. Hari ini ibu menyambung semula kembara kita di Kota Madinah, tanah haram bagi junjungan mulia kekasih kita, Muhammad SAW. Setelah ziarah kita di Masjid Quba', rombongan kita dibawa pula ke Jabal (Bukit) Uhud.
Perang Balas Dendam
Apabila memandang Bukit Uhud dari dalam bas yang panjangnya sejauh 10km, hati ibu mengatakan, bukit ini seolah-olah hidup seumpama manusia. Bukit Uhud adalah medan yang menyaksikan peperangan Uhud yang mana tentera Islam banyak terkorban. Ianya merupakan peperangan kedua selepas perang Badar yang berlaku pada tahun ke-3 hijrah Rasululllah SAW yang disertai oleh tentera Islam seramai 1000 orang manakala tentera kafir Quraisy seramai 3000 orang. Walau bagaimanapun, ketua orang munafik dari suku Khazraj yang bernama Abdullah Bin Ubai telah menarik diri bersama 300 pengikutnya di tengah perjalanan menuju ke medan peperangan. Tinggallah tentera Islam yang semakin berkurang. Peperangan Uhud lebih kepada perang pembalasan dendam orang kafir Quraisy terhadap kekelahan mereka semasa perang Badar.
Bukit Rumat = Bukit Pemanah
50 orang yang merupakan pasukan memanah telah diperintahkan untuk membina kubu pertahanan di atas Bukit Rumat (bukit pemanah) dan mereka diperintahkan untuk tidak meninggalkan bukit itu tidak kira menang atau kalah. Walaupun dengan bilangan yang lebih kecil daripada tentera kafir, tentera Islam sememangnya berperang untuk mati syahid iaitu cita-cita tertinggi yang perlu ditanamkan dalam diri setiap kita yang bergelar Islam. Tentera kafir Quraisy mula goyah dan mula berundur dan tentera Islam seolah-olah telah menang atas kemunduran tentera kafir. Tentera memanah yang bertahan di atas bukit tadi, mula meninggalkan bukit tersebut untuk memungut harta yang ditinggalkan tentera kafir dan mereka lupa akan nasihat Rasulullah SAW untuk tidak meninggalkan pertahanan mereka di atas Bukit Rumat tidak kira menang atau kalah.
Serangan Hendap
Sebaik melihat tentera Islam yang berderu turun dari pertahanan mereka, Khalid Al-Walid yang sebelum itu belum kembali kepada Islam bersama tentera berkudanya, telah menyerang tentera Islam dari arah belakang menerusi bukit tersebut. Serangan mengejut itu telah melemahkan pertahanan tentera Islam. Ketika itulah telah muncul pelbagai propaganda yang mengatakan Rasulullah SAW telah terkorban yang menyebabkan tentera Islam menjadi begitu lemah dan berpecah belah. Walau bagaimanapun Rasulullah SAW bersama Abu Bakar, Umar dan Ali masih selamat. Ubai Bin Khalaf yang ketika itu muncul untuk membunuh Rasulullah SAW telah ditikam oleh Baginda menggunakan lembing sehingga mati kerana mempertahankan diri Baginda dan iainya merupakan yang pertama dilakukan Baginda.
Foto atas adalah pemandangang Jabal Uhud dan di kaki Jabal Uhud. Manakala foto bawah sebelah kiri yang diambil dari dalam bas adalah pemandangan Bukit Rumat (bukit pemanah) yang dikunjungi ramai jemaah-jemaah umrah dari travel agensi yang lain. Kita tidak ke Bukit Rumat memandangkan ibu sudah keletihan ya amat. Begitu juga dengan jemaah lain. Kami hanya memandang bukit tersebut ketika sesi penerangan di tepi perkuburan syuhada' Uhud sahaja.
Perisai Yang Syahid
Suasana sangat kelam-kabut akibat tersebarnya berita kewafatan Rasulullah SAW. Rasulullah SAW cedera parah. Kedua lutut Baginda tercedera, pipi, gigi Baginda patah dan Baginda Rasulullah SAW turut pengsan. Ramai sahabat berusaha menjadi perisai untuk melindunginya dari terkena serangan anak-anak panah yang bagaikan hujan lebat. Ramai tentara Islam yang jika tidak terkorban, mereka cedera parah akibat serangan pembalasan dendam tentera kafir Quraisy. Seramai 70 orang tentera Islam terkorban manakala hanya 23 tentera Quraisy yang terkorban dalam peperangan Uhud ini. Antara yang terkorban semasa mempertahankan Baginda adalah Abu Dajajah, Saad Bin Abi Waqas, Mus'ab Bin Umair, seorang sahabiah yang bernama Ummu Imarah Nusaibah Al-Ashary (perawat tentera Islam dalam peperangan ini) serta suaminya Zaid Bin Asim serta 2 orang anaknya Habib dan Abdullah yang turut menjadikan tubuh mereka sebagai perisai mempertahankan Rasulullah SAW. Beruntungnya mereka para syahid. Hanya tinggal menanti syurga seperti yang dijanjikan. Ibu jadi rindu kepada Ummu Nusayba dan keluarganya di New Zealand. Mujahiddah kecil Nusayba yang bertuah kerana sejak bayi lagi sudah merantau menemanai bapanya yang menyambung PhD diusia muda di sana.
Syahidnya Singa Allah
Bapa saudara Rasulullah SAW iaitu Saidina Hamzah Bin Adbul Muttalib yang diberi gelaran 'Singa Allah' dibunuh oleh seorang lelaki Habsyi bernama Wahsyi. Dadanya telah ditebuk dan hatinya dilapah dengan dahsyat oleh Hindun, isteri Abu Sufiyan. Perbuatan Hindun ini sangat memberi kesan walaupun kemudiannya Hindun telah kembali kepada Islam. Para syuhada' Uhud termasuk Saidina Hamzah ditempatkan berhadapan Bukit Rumat (tempat pasukan pemanah). Mutawwif yang bernama Ustaz Amin yang berasal dari Indonesia menceritakan yang pernah berlaku banjir besar di kawasan ini sekitar tahun 2003 jika ibu tidak silap dengar (mohon diperbetulkan seandainya salah) dan dengan izin Allah mayat Saidina Hamzah yang masih segar dengan darah syahidnya dan masih berpakaian perang walaupun sudah beratus-ratus tahun lamanya berlalu, telah ikut bersama laluan air bah tersebut dan akhirnya pemerintah ketika itu menyuruh disemadikan ditempat jenazahnya berhenti. Subhanallah! Indahnya mati syahid wahai mujahid-mujahiddahku! Moga ianya mencadi cita-cita tertinggi yang kita hajatkan semasa hayat dan dimakbulkan Allah.
Salam sejahtera ke atasmu wahai bapa saudara Rasulullah SAW, Saidina Hamzah Bin Abdul Muttalib. Salam sejahtera ke atasmu wahai singa Allah dan singa RAsulullah. Salam sejahtera ke atasmu wahai penghulu syuhada.
(Salam kepada Saidina Hamzah di Bukit Uhud)
Perkuburan Para Syuhada' Uhud
Kita berpeluang melawat perkuburan para syuhada' Uhud dan apa yang begitu mengejutkan, kita disambut dengan haruman semerbak yang datangnya dari perkuburan syuhada' Uhud ini. Bukan haruman yang disimbah minyak wangi kerana kawasan lapang begitu sudah tentu tidak mampu mengekalkan haruman sebegitu. Haruman syurga mungkin kerana pastinya mereka dibawah sana sedang menikmati alam kubur yang sungguh mempersonakan. Bayangkanlah mereka semuanya sememangnya telah dijanjikan syurga! Perkuburan ini persis seperti perkuburan Baqi' yang terletak berdekatan dengan Masjid Nabawi. Setelah jemaah umrah berkumpul dan mendengar penerangan Ustaz Amin, beliau membacakan doa untuk para syuhada' uhud dan diaminkan oleh kita. InsyaAllah kita juga punya cita-cita untuk mati mulia seperti mereka sepertimana bait-bait yang terkandung di dalam doa untuk para syuhada' itu tadi. Kesimpulannya, Peristiwa Uhud sangat memberi pengajaran kepada pada sahabat dan ibrah kepada umat Islam keseluruhannya bahawa kita perlu taat kepada ketua kita.
Salam sejahtera ke atas kamu sekalian wahai para syuhada Uhud. Ya Allah, berilah mereka ini semua balasan dari Islam dan kaum Islam dengan semulia balasan dan angkat tinggilah darjat mereka dan muliakanlah kedudukan mereka dengan keagunganMu dan kemurahanMu wahai Tuhan Yang Maha Pemurah dari segenap yang sempurna.
(Salam kepada para syuhada' di Bukit Uhud)
Rumah Kecil Di Jabal Uhod
Istimewa buat pengikut blog Prof. Kamil penulis buku Travelog Haji, di kaki Jabal Uhud inilah mereka sekeluarga menetap kini. Pengalaman hidayahnya tidak asing lagi bagi yang mengikutinya. Satu per satu lembaran dalam hidupnya diceritakan secara terperinci dari sisi isterinya (boleh ke blog isterinya, Pn. Roza), anak-anaknya dan keluarganya hatta rumah di Malaysia yang diwakafkannya sebelum berangkat dan menetap di tanah haram Rasulullah SAW habis dicoretkan ke seluruh alam sebagai ikhtibar kepada manusia lain. Hati adalah milik Allah. Niat, ikhlas atau riyak seseorang itu dalam menyampaikan sesuatu disisi kehidupannya adalah kerahsian seorang hamba dan Pencipta. Ianya bukan milik manusia untuk diperhitungkan. Sekiranya niat seseorang boleh diketahui manusia, samakah kita dengan Allah yang menjadikan hati-hati manusia? Andai tercalit cemburu dengan taufik dan hidayahNya kepada manusia lain, ciptalah cemburu yang positif dan membuahkan kejayaan berpanjangan dalam kehidupan kita dan bukan cemburu negatif yang merosakkan iman.
Entry Ummi Iman
Ibu tertarik dengan entry ummi iman dengan tajuknya 'orang mengata sebab kita lebih dari mereka'. Ini bukan kenyataan ummi iman tetapi apa yang disalinnya di facebook Ustaz Zahazan.
Al-Ustaz mengajak kita supaya mempositifkan hati. Biasalah manusia Muhammad. Muhammad putus susu pun ibu boleh heboh seantero alam macam ibu seorang sahaja yang ada anak ;). Berbalik kepada terbaru oleh Prof. Kamil, beliau kini sedang berusaha mengumpul dana untuk membina sebuah masjid di Somalia pula. Peringkat demi peringkat hidupnya yang sungguh memberi inspirasi bagi orang-orang yang positif dalam membaca pengalaman hidup manusia lain terutamanya ibu. Prof. sedang mencipta impian pahala berpanjangan andai sudah tiba masanya. Ketika ibu membacanya, ada sayu dihati ibu. Sesungguhnya kematian itu pasti wahai Muhammad. Apa yang sentiasa bermain difikiran ibu, bagaimanakah kesudahan kita di pengakhirannya? Moga kita semua dapat menjejaki para syuhada' Uhud yang berjaya meraih cita-cita tertinggi seorang mukmin iaitu MATI SYAHID. InsyaAllah dengan izin Allah, ibu kembali mencatat destinasi kita yang seterusnya iaitu kebun dan pasar kurma yang merupakan destinasi terakhir kita sebelum bertolak balik ke hotel insyaAllah dengan izin Allah.
6 comments:
assalamualaikum,
bagus tul ada catitan utk setiap satunya..huda x berpeluang nak tulis satu2..anak2 akan kalut cari umminya bila nampak ummi bukak laptop. diorg pun nak tumpang juga, tumpang tengok youtube :) alif ba ta la, abc la, etc. bnyk masuk draft sumenya :)
takpelah huda.,.janji kemas dalam ingatan..kite ni short term punye orang..mudah lupe..mudah2an ianye membntu utk bakal jemaah umrah, blogger2 kwn2 kite yg lain ;)
noen: sirah memang bestlah noen...dulu kite tak suke sejarah..sejarah dapat 4b mase spm heheh..leps ketemu itu murobbiahku, wah terus terbuka hati utk tahu banyak bende tntg sejarah islam..alhamdulillah dipertemukan dgn daieyah semalaya ;)
Ibu Yusuf tertinggal entry ini nampaknya.. biasanya nampak catatn kembara agung UM je terus klik baca.. teruja.. :D
kak zefa: nanti tetibe je asbab keterujaan, ade orang pergi tahun ni jugak..mudah2an dimudahkan ye kak! ;)
sy sk baca entry kembara ummu ni.. sbb sgt detail ummu cerita.. buat sy yg membacanya pun rasa nak sgt pergi sana jugak...
indahnya mereka yg mmg dijanjikan syurga hingga harum kubur mereka. apalah hisab untuk saya pula. malunya dgn Allah
Post a Comment