Hari 7, Ahad
20 Rabiul' akhir 1433H : 18 Mac 2012
Makkatul Karamah
Muhammad & adik hebat yang diredhoi Allah dan Rasul :)
Semalam ibu berkursus lagi sehingga petang. Ada berita kematian ayah kepada staf ditempat kerja ibu. Disusului lagi berita kematian ayah rakan kepada rakan setugas ibu di Madinah dan akan dikebumikan di Jannatul Baqi' ketika ibu berkursus. Aduhai beruntungnya. Ayah rakan kepada rakan setugas ibu itu memang berdoa untuk mati disana dan Allah makbulkan permintaannya tanpa sempat mengerjakan umrah. Ketika ini, ibu cukup bersyukur Allah masih mengurniakan ayah buat kita. Betapa tidak tenteramnya ibu di Madinah terutamanya. Setiap kali kelibat ayah muncul, hati ibu mesti berkata fuh lega! Kita tidak tahu bila doanya dimakbulkan. Allah pinjamkan lagi suami buat ibu, abu Muhammad untuk kekuatan ibu membesarkan panglima-panglima & srikandi seperti mana yang kami idamkan. Generasi Al-Quran merayap yang hidup matinya hanya untuk mencari redho Allah. Ayah tiada galang gantinya wahai Muhammad.
Jenis Kematian Idaman
Semoga allahyarham keduanya tadi ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, yang dijanjikan syurga oleh Allah dan kita pasti menyusul. Keduanya meninggal dengan mudah. Bagaimanakah kesudahan kita? Contohnya ibu sebagai pengguna tegar internet, boleh jadi sedang kita menonton filem yang di download dari youtube dan malaikat izrael datang ketika mata dan hati kita dikuasai nafsu menatap aurat pelakon-pelakon yang sungguh mengghairahkan. Boleh jadi malaikat izrael datang sedang kita menyanyi mahupun mendengar muzik yang melalaikan kita dari mengingati Allah. Dan boleh jadi, kita mati dalam ibadat dan sedang menjauh dari perkara-perkara haram yang dipuji Allah tetapi dikeji manusia. Aduh! Ibu selalu membayangkan apakah jenis kematian diawal perjanjian roh kita dengan Allah dahulu.
MLM Dosa
Ibu jadi teringat kepada adik-adik zaman belajar dahulu yang sangat menggilai cerita korea. Ada yang sehingga download dan menyebarkan kepada kawan-kawan lain. Tanpa disedarinya, dia sedang membuat sistem MLM dosa. Sebagaimana pengarah besar MLM yang boleh mengaut keuntungan tanpa perlu berkerja keras seperti downline. Begitu juga dalam hali ini. Bayangkanlah seorang yang lihat, kita juga ada satu saham dosa sebab kita yang menyebarkan. Sekiranya 100 orang? Itu hanya dosa menyebarkan. Bagaimana pula dosa-dosa lain seperti menonton? Berkait-kait. Ada juga yang suka 'karok' (istilah mereka untuk karaoke) mencari hiburan kekosangan jiwa beramai-ramai. Apabila tarbiyyah hadir, mereka sedayanya sayonara jahiliyyah dalam diri masing-masing. Alhamdulillah yang masih diperlihara Allah namun ramai juga yang masih tewas dek penangan filem-filem cinta yang bukan atas batas syarak dan yang lebih menyayat hati, mereka terbawa-bawa pula apa yang ditontonnya di dunia nyata. Hanya aqidah yang mampu merubah fikrah kebiasaan manusia. Kematian kita sesungguhnya berkait rapat dengan amalan kita di dunia lagi. Andai di dunia lagi kita suka berhibur tidak tepat pada syara', kebiasaannya kematian juga datang ketika kita dalam kebiasaan kita. Ibu pernah jumpa dan berhadapan dengan seseorang yang gemar bermian ghazal diusia mudanya dan disaat-saat akhir kematiannya, tangannya sentiasa diangkat-angkat seolah-olah sedang menggesek sesuatu alatan ghazal. Pilihan ada ditangan kita. Berubah atau terus semakin memburuk. Ingatan buat ibu sendiri yang begitu banyak lalainya. Mati tidak akan dipercepatkan atau dilambatkan walau sesaat. Banyak dosa! T_T.
Halal & Haram Tidak Bercampur
Ibu tertarik dengan madah fuang, nenek ibu yang berusia 70 tahun itu. Kebiasaannya dia akan tidur di biliknya baik semasa di Madinah mahupun Mekah. Dia tidak akan menyampuk sesi perbualan rakan-rakan biliknya. Bagi saya senang. Dosa sentiasa ada dan usah ditambah di sini. Apabila sudah berkumpul, banyaklah kisah. Daripada tidak tahu menjadi tahu. Lebih baik saya tidur. Saya tidak campur. Itulah tips yang diamalkannya yang dipesan oleh ustazah dikampungnya. Beruntung menjadi orang yang terasing. Selalu orang-orang sekitar akan bertanya sama ada dirinya sihat ataupun tidak. Walhal fuang malas mahu mengambil tahu perihal kehidupan orang. Itu mengumpat namanya, kata Fuang. Bak kata ayah, halal dan haram itu tidak bercampur. Bayangkanlah sekiranya Rasulullah SAW masih hidup dan menyaksikan kehidupan kita hari ini? Bercampur-campur dalam banyak hal. Seolah-olah mempersendakan agama. Suasana orang Islam kini sememangnya jauh berbeza dengan ummat zaman dahulu. Ummat Islam tidak akan kembali hebat seperti zaman awwal kerana kita masih lagi membelai-belai jahiliyyah secara keterlaluan dan kita tidak mengambilnya sekadarnya.
Kurniaan Kematian
Menyebut lagi tentang kematian, sebagaimana di Masjid Nabawi, Madinah yang ada sahaja kematian setiap masa. Sama juga dengan di Majidil Haram. Di Masjidil Haram kita berpeluang melihat beberapa kali di masa yang berlainan, keranda mayat diusung. Paling banyak yang pernah kita lihat, 5 keranda mayat diusung pada masa-masa tertentu. Beruntungnya mereka disolatkan oleh berjuta orang selepas solat fardhu. Satu kurniaan sebelum ditanam dalam tanah lagi. Ada getaran dihati ibu setiap kali terpandangkan keranda-keranda mayat sebegini di sana. Boleh jadi kita juga sebahagian daripada mereka selang masa sesaat kemudian. Boleh jadi, segala pinjaman Allah berbentuk orang buat kita, diambil ketika itu. Seringkali ibu membaca blog-blog ibu tunggal yang Allah pinjamkan suaminya sebentar cuma dan tinggallah isteri bersama anak-anak yang masih kecil. Hebatnya mereka. Walaupun suami tiada disisi tetapi kuasa cinta si isteri kepada arwah suaminya, merupakan semangatnya untuk terus hidup. Syahdu rasa melihat ayah dan Muhammad ketika perasaan seperti itu. Harta pinjaman Allah buat ibu melebihi apapun. Dikurniaan suami yang soleh dan semoga ianya kekal selamanya serta mudah-mudahan dikurniakan anak-anak penyejuk mata dan pemimpin bagi orang-orang bertaqwa. Sebagai seorang manusia, ibu tidak minta sukses dan cemerlang dalam kerjaya, namun apa yang ibu hajatkan adalah saham-saham jariah yang berpanjangan yang tetap hidup walaupun ibu telah meninggal dunia. Hidup tidak lama.
Imam Besar Masjidil Haram
Kita juga berpeluang terserempak dengan imam besar Masjidil Haram yang dikepung kemas oleh tentera manakala diluar pintu pula tersusun rapi barisan polis dan tenteranya. Ibu lupa sama ada barisan tentera dan polis diluar ini ada untuk menyambut imam besar ataupun ketika pembesar hadir menunaikan solat di masjid. Ada yang bertanya dimanakah kedudukan iman semasa solat di hadapan ka'bah. Menurut ayah, semasa solat tiada lagi tawaf. Imam besar berada di hadapan pintu ka'bah. Jemaah pula akan mengelilingi ka'bah tetapi dibelakang garisan imam. Muazzin juga azan di hadapan pintu ka'bah. Semasa memandu pagi tadi, ibu sempat mendengar tazkirah berkaitan soal jawab seorang ustaz dengan angkasawan negara, Dr. Sheikh Muzaphar berkaitan kebenaran ayat-ayat Al-Quran yang manusia akan berasa sesak nafas berada di luar bumi iaitu tekanan udara rendah. Angkasawan tersebut begitu takjub dengan bumi yang dilihatnya ketika diangkasa lepas. Beliau juga mendengar suara azan ketika disana. Bayangkanlah suara azan dibumi mampu menembusi petala-petala langit sehingga mampu didengar beliau. Rasulullah SAW sesungguhnya manusia pertama yang mempelopori bidang angkasawan ini iaitu ketika israk dan mikraj dengan bantuan binatang tugangan yang diberi nama Buroq yang diperbuat daripada cahaya dengan izin Allah. Istimewanya azan. Tazkirah biasa yang kita dengar tetapi belum tentu dihayati makna sebenarnya.
Sekian kisah berkenaan kematian. Menyambung semula rentetan episod Hudaibiyyah sebelum ini, jemaah kita pulang semula ke apartment setelah niat dan solat sunat ihram di Miqat Masjid Hudaibiyyah bagi sesiapa yang mahu mengerjakan umrah lagi. Ibu rasa ibu tamatkan di sini dahulu. Tidak masuk pula dengan tajuk episod kematian kali ini. InsyaAllah ibu kembali mencatat nikmat ujian kita sepanjang hari ke-7 KEMBARA CINTA AGUNG di sana insyaAllah pasti dengan izin Allah!

Keadaan keranda yang diusung. Foto ehsan google di sini.

8 comments:
doa arwah termakbul yer.... betapa beruntungnya meninggal ketika di sana kan... al fatihah utk arwah..
seronok baca kisah2 pengembaraan ibu dan Muhammad..al fatihah buat arwah :)

Kagum dgn bakat penulisan UM. Mampu menghurai sesuatu topik dgn baik serta olahan ayat yg kemas. Menggambarkan banyaknya idea dalam kepala. Ibu Yusuf tak pandai nak mengarang..
hi kakak lelen.. dyan rindu la ngan kak lelen n muhammad.. mesti seronok kan da dapat pegi madinah.. haiyaaa.. wa manyak jeles woo.. hehe
intan: tulah intan..sgt jelees dgn orang2 yang mati dalam keadaan senang dan ditempat yag baik2..mcm manelah kesudahan kite nanti
kayzie: masih fresh dlm memori..rase nak pegi lagi T_T
zefa: tulisan biase2 kak zefa..heart to heart heheh
noen: mudah2an mereka lebih bahagia di alam sana
tertinggal pula adik dihyan hehhee...bile nak dtg sini??? ujeles ka? nanti kawin mintak pakej umrahlah hehehe
Setuju jauhkan diri atau diamkan diri bila dengar orang bercerita tentang orang lain. Selalu berdoa agar kematian saya dengan cara yang baik. Insyaallah. Begitu juga buat UM. Amin
Post a Comment