Hari 3, Rabu
Muhammad & adik hebat yang diredhoi Allah dan Rasul ;)16 Rabiul' akhir 1433H : 14 Mac 2012
Madinatul Munawwarah
Hari ini adalah hari Rabu (20 Rabi'ul Akhir 1433H) bersamaan 14 Mac 2012. Selepas solat subuh berjemaah yang pertama kita di masjid Nabawi dan selepas bersarapan, kita dibawa mengelilingi Madinah memandangkan esok tengah hari, kita perlu bersedia ke Mekah pula. Masa yang begitu padat terisi di Madinah. Nenek ibu berpesan sejak di awal lagi bahawa telekung adalah tudung kita di tanah suci nanti sama ada di Mekah atau pun Madinah. Ini disebabkan ianya lebih memudahkan kita untuk solat apabila kita melawat tempat-tempat bersejarah seperti masjid Quba' nanti. Begitu juga pesanan kawan-kawan ibu yang pernah menunaikan umrah. Jadi, ibu bawa 3 helai telekung dan 2 helai tudung sahaja termasuk tudung yang ibu pakai. Bagi ibu hamil seperti ibu, baju labuh besar dipadankan dengan skirt mengandung lebih selesa dan tidak berapa panas kerana keseluruhan kita telah selamat dibawah telekung. Kebiasaannya orang memakai jubah atau baju kurung sahaja. Ringkas dan mudah dipadankan dengan telekong.
Masjid Quba'
Hasil penerangan mutawwif di sepanjang perjalanan disamping bacaan ibu sendiri, Masjid Quba' adalah masjid yang pertama dibina oleh Rasulullah SAW dan ianya disebut sebagai Masjid At-Taqwa di dalam Al-Quran kerana ianya dibina atas dasar taqwa bersama sahabat-sahabat Baginda. Ia dikenal sebagai masjid yang ke-4 termahsyur selepas Masjidil Haram di Mekah, Masjid Nabawi di Madinah dan Masjidil Aqsa di Palestin. Ianya terletak kira-kira 4.8km dari Masjid Nabawi. Sabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. (Tirmizi: Sembahyang: 298. Ibnu Majah: Iqamat dan Sunatnya: 1401. Ahmad: Musnad Makkiyyin: 15414). Sumber disini.
Ada 2,3 keping foto Masjid Quba' yang sempat ibu ambil, namun hanya foto dari dalam bas ini yang menampakkan keseluruhan besar masjid ini.
Runtuh
Masjid Quba' telah siap dibina semula dalam tahun 1986. Kerajaan Arab Saudi telah meminta Abdel-Wahed El-Wakil, seorang arkitek Mesir untuk membina semula Masjid Quba'. Abdel Wahid asalnya hendak mengekalkan struktur masjid yang lama dan digabungkan dengan bangunan baru tetapi Kerajaan Arab Saudi berkeras meruntuhkan bangunan Masjid yang lama. Akhirnya, Masjid Quba' mempunyai dewan solat berbentuk segi empat, dengan sebahagian dewan solat ditempatkan di tingkat dua. Dewan solat disertakan dengan kawasan kediaman petugas masjid, pejabat masjid, bilik wuduk, kedai-kedai dan juga sebuah perpustakaan. 6 buah pintu masuk sebagai tambahan kepada pintu masuk utama di bahagian utara, selatan dan timur masjid ini. Masjid ini mempunyai empat menara, dengan satu menara disetiap penjuru dewan solat. Masjid ini mempunyai kawasan lapang yang boleh dilindungkan dengan bumbung yang boleh dibuka dan ditutup. Sumber disini.

Belian Pertama
Nenek, tokwan dan moyang Muhammad yang kita panggil Fuang turun bas dahulu dan bergegas ke masjid. Kita pula berhenti sebentar membeli kopiah ayah di peniaga yang berjaja disepanjang jalan ke masjid. Ibu lupa benar membawa sama kopiah ayah. Hanya kopiah Muhammad yang ibu bawa. Inilah benda pertama yang kita beli. 2 helai kopiah berharga 5 riyal. Kita membayar dengan wang Malaysia disebabkan ibu dan ayah tidak menukar wang kita kepada riyal. Ini disebabkan menurut Fuang, di sana nanti akan ada yang membawa wang tukaran di dalam dulang contohnya semasa kita makan. Gambaran awal Fuang seperti mudah untuk menukar wang. Peniaga di sana pula memang cukup sukakan wang Malaysia kerana wang kita lebih tinggi sedikit daripada mereka.
Alhamdulillah Allah memberi kesempatan kita untuk solat sunat tahyatul masjid dan sunat dhuha di Masjid Quba'. Kali ini ayah pula yang solat bersama Muhammad. Usai solat, ibu terus menuju bas dan terserempak dengan tokwan Muhammad yang membeli kurma segar. Manis seperti anggur. Muhammad pun apa lagi, makan tanpa henti. Sebenarnya banyak kisah Masjid Quba' ini yang boleh kita perolehi dengan google sahaja. Kita hanya berpeluang ke Masjid Quba' manakala masjid-masjid lain seperti Masjid Kiblatain jika ibu tidak silap, iaitu masjid yang mempunyai 2 mihrab yang luar biasa iaitu satu daripadanya menghadap ke kaabah manakala yang satu lagi menghadap ke Masjidil Aqsa, hanya ditunjukkan ketika perjalanan menuju ke Bukit Uhud. Masjid nostalgia dalam sejarah penurunan wahyu tentang penukaran arah kiblat dari Masjidil Aqsa menghadap ke kaabah. Bukit Uhud pula adalah bukit yang dijanjikan syurga dan punya sirah penting dalam perkembangan dakwah islamiah yang mana ianya di tempatkan para syuhada' Uhud. Peperangan yang banyak mengorbankan tentera Islam. Bagi pengikut setia blog Prof. Kamil, penulis buku best seller Travelog Haji, di kaki Uhud inilah tempat beliau dan keluarganya tinggal. InsyaAllah episod akan datang, ibu catatkan tentang Bukit Uhud dan sirahnya pula insyaAllah pasti dengan izin Allah.
4 comments:
Rasa dab baca entry ni.. tp tak tinggal komen rupanya. Terbayang2 kesedapan kurma segar. :D
sedap kak tapi tulah tak boleh nak makan bnyk mcm Muhammad yang bersungguh betul menghadap sorang..tekak dan mule gatal dah..batuk temani daku ketika di mekah dan sampai sekarang ;)
sedap kak tapi tulah tak boleh nak makan bnyk mcm Muhammad yang bersungguh betul menghadap sorang..tekak dan mule gatal dah..batuk temani daku ketika di mekah dan sampai sekarang ;)
betullah.. riyal lebih murah dari duit kita kan? sebab tu mereka suka terima duit kita :)
seronoknya terasa dekat dgn rasulallah bila sampai sini kan? walau jarak masa yg begitu jauh tapi kita tetap berpeluang lihat tinggalan baginda. kalau saya pasti menangis.
Post a Comment