Hari 7, Ahad
20 Rabiul' akhir 1433H : 18 Mac 2012
Makkatul Karamah
Muhammad & adik hebat yang diredhoi Allah dan Rasul ;)
Selepas melawat ladang ternakan unta, kita dibawa ke Majid tempat bermiqat ihram iaitu Miqat Hudaibiyyah. Kita anak-beranak tidak ke masjid ini memandangkan kita tidak mahu mengerjakan umrah. Ibu dengan keadaan letih yang amat disamping ayah yang kehilangan sandalnya. Ibu dan ayah masing-masing membawa 2 pasang sandal. Sandal yang tinggal pula tidak menampakkan jari manis kaki ayah. Langkah selamat kami mengambil keputusan untuk tawaf sunat sahaja untuk hari ini.
Masjid ini terletak diluar batas tanah suci. Ianya terletak di antara laluan Mekah-Jeddah dan sekarang dikenali sebagai Syumaisi. Ianya merupakan miqat yang paling jauh iaitu 24km dari Masjidil haram dibandingkan dengan Miqat Masjid Tana'im dan Miqat Masji Ja'ranah. Gambar ehsan google.
Permulaan Pembukaan Mekah
Hudaibiyyah merupakan suatu tempat bersejarah dalam menakluk Mekah dan melebarkan empayar Islam. Pada sekitar tahun 628M, lebih kurang 1400 kaum muslimin berangkat dari Madinag menuju ke Mekah untu mengerjakan ibadat haji. Malangnya kaum Quraisy menahan agar rombongan haji Rasulullah SAw tidak masuk ke Mekah. Pada masa itu, bangsa Arab benar-benar takut kepada kekuatan Islam. Rasulullah SAW cuba untuk mengelak dari pertumpahan darah di Mekah memandangkan Mekah adalah tempat suci. Akhirnya kaum muslimin bersetuju untuk berdiplomasi daripada berperang. Kejadian ini ada dirakam di dalam Al-Quran iaitu surah Al-Fath ayat 4.
Dialah yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin untuk menambah keimanan atas keimanan mereka (yang telah ada). Dan milik Allahlah bala tentera langit dan bumi, dan Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana. (48:4)
Isi Kandungan Perjanjian
Propaganda mengenai kematian diplomat yang dikirim Rasulullah SAW iaitu Utsman Bin Affan menegangkan keadaan setelah bai'ah agar tetap setia kepada kaum muslimin yang dinamakan Bai'ah Syajarah (bai'ah bawah pokok). Namun, ianye sekadar khabar angin dan peperangan tidak berlaku. Maka, Perjanjian Hudaibiyyah di antara kaum muslimin dan Quraisy Mekah dimenterai yang diwakili oleh Rasulullah SAW dan Suhail bin Amni, perwakilan Quraisy. Antara isi Perjanjian Hudaibiyyah ialah:
1. Tidak ada peperangan dalam masa 10 tahun.
2. Sesiapa sahaja boleh mengikuti Muhammad SAW dan juga sebaliknya. Seseorang pemuda yang masih dibawah tanggungjawab penjaga, jika mengikuti Muhammad tanpa izin, perlulah dikembalikan kepada penjaganya.
3. Namun, sesiapa muslimin yang mengikuti Quraisy, dia tidak akan dikembalikan.
Kalah Tapi Menang
Perjanjian Hudaibiyyah ini tampak seolah-olah merugikan kaum muslimin dan ianya ditentang hebat oleh para sahabat terutama Umar. Sekali pandang, bilangan muslimin akan berkurang namun selagi mana ianya daripada Allah, pasti ianya punya hikmah yang manusia biasa tidak nampak. Nampak kalah tetapi sebenarnya menang. Contohnya:
1. Tahun itu, kaum muslimin tidak dapat memasuki Mekah dan kembali ke Madinah. Kaum muslimin yang sudah berihram hanya bertahalulu sebagai pengakhiran umrah tahun itu. Namun, tahun hadapan menyaksikan yang kaum muslimin mampu melakukan ibadat umrah tanpa gangguan dan penduduk Quraisy akan mundur ke bukit-buit.
2. Madinah merupakan negara pertama yang tertubuh dan Mekah merupakan bandar yang tertua di dunia. Selepas dakwah Rasulullah SAW di Mekah ditentang hebat, Rasulullah SAW disambut penduduk Madinah dan tertubuhlah sebuah negara di sana. Kesan daripada Perjanjian Hudaibiyyah ini, ia merupakan permulaan jalan untuk umat Islam membuka sebuah negara Islam. Signifikan kepada syarat perjajian itu, umat Islam yang tidak dikembalikan sebenarnya mengukuhkan dan meramaikan lagi umat di sana sebagai persediaan pembukaan negara berdaulat. Perjanjian ini akhirnya dilanggar oleh Quraisy dan kaum muslimin mampu membalasnya dan menakluk Mekah pada tahun 630M.
Begitulah sirah berkaitan Hudaibiyyah. Di Miqat tempat perhentian inilah terjadinya Perjanjian Hudaibiyyah ini. Ibu cukup puas dengan kurniaan Allah menyampaikan kita di sana untuk mengerjaan umrah kerana asbab umrah ini, ibu semakin mengerti dan menghayati sejarah kita iaitu sejarah Islam sebenar dan bukan sejarah dogengan yang disogokka kepada kita sekian lama, serta seolah-olah merasai peristiwa yang telah berlaku beribu-ribu tahun dahulu. Ibu juga semakin mengerti kenapa kami akhowat diminta murobbi/murobbiah untuk keluar mengenal saudara-saudara sefikrah dan berkenalan dengan dunia luar yang sebenar. InsyaAllah ibu juga semakin mengerti banyak hal yang sebelum ini ibu tidak memahaminya. InsyaAllah ibu menyambung kembali catatan KEMBARA CINTA AGUNG kita ini di episod akan datang insyaAllah pasti dengan izin Allah!
4 comments:
a'aa bila kita sendiri dh ke tempat tu.. kita akn lbh mengerti @ mghayati perjuangn2 sejarah islam kita kan..
perjanjian hudaibiyah, belajar masa kat sekolah dulu, ting 3 kalau tak salah, hari ini baca kat blog bai ni, merefresh memori lah..
Kalaulah Palestin boleh buat perjanjian macam ni. Kesian tengok. Tak siapa boleh bantu
intan & noen: insyaAllah lebih menghargai sirah kite ;)
myza; tulah patutnye sirah mcm nilah yg patut ditekankan..baru umat islam rase mantop..sejarah penjajah dalam buku teks sekolah tu byk dah dimanipulasikan..
ummi iman: israel ni memang belit dan pembelot dari dulu lagi..kisah nipun dah menunjukkan mereka memang belit dan khianat
Post a Comment