29.1.14

WW- SEDANG HADAM

Mampu baca sedikit sedikit sahaja. Sangat teruja dengan mukadimah buku ini. Melahirkan tanpa sakit? MashaAllah! Tabarakallah!

InshaAllah cuti semester 5 tahun untuk persediaan second batch akan dimanfaatkan dengan ilmu-ilmuan alami :D. Mudah-mudahan Allah redho dan mudahkan kami ;). Ramai sahabat-sahabat dan rakan-rakan blogger yang punya anak-anak sebaya Muhammad dan Abdullah sedang hamil dan telah bersalin untuk third edition mereka. Mabruk! Moga menjadi pemuda-pemuda hebat sebagai teras kekuatan saf-saf tentera-tentera Allah inshaAllah!

Jazakillah khairan kathira Puan Iryani Ahmad atas bantuannya menghubungkan saya dengan buku-buku ini dengan izin Allah. Semoga Allah memudahkan jalan-jalan anda sekeluarga ke syurga Allah inshaAllah ;)

27.1.14

KURANGKAN MAKAN DAGING

Saya pernah terbaca wishlist kepunyaan seorang shaikh yang antara satunya ialah mengurangkan makan daging. Hanya satu yang terlintas di hati saya ketika itu. Mungkin ternakan yang ada semuanya tidak selamat kerana kita pun maklum semua ternakan seperti ayam, lembu, kambing disuntik dengan vaksin dan pastinya ada kesan dari pencemaran suntikan tadi.

Alhamdulillah Allah jawab sekali lagi dengan jelas melalui Utusan Pengguna Persatuan Pulau Pinang jilid 38, bilingan 5 berkenaan KUMAN KEBAL PEMBAWA MAUT DALAM DAGING. MashaAllah! Selepas baca, suami ajak balik kampung ternak dan bertani sendiri. Haiyak!

Muka depan.

Menurut muka hadapan utusan pengguna ini, penggunaan berlebihan antibiotik untuk mempercepatkan pembesaran, mencegah penyakit dan merawat haiwan ladang menghasilkan kuman kebal di dalam haiwan tersebut dan kita terdedah kepada kuman ini ketika pengendalian atau memakan daging yang kurang masak.

Tiba-tiba saya terkenang kisah beberapa orang maut selepas menghadiri majlis perkahwinan berita hangat tidak lama dahulu.

Kronologi penyalahgunaan antibiotik kepada ternakan.

Penggunaan berlebihan antibiotik dalam pertanian meluaskan perebakan kuman kebal yang imun kepada ubat biasa:
1. Antibiotik diberikan kepada haiwan ladang untuk menggalakkan pembesaran dan mencegah penyakit.
2. Antibiotik melindungi haiwan daripada jangkitan bakteria jenis yang diketahui.
3. Mutasi dari bakteria kebal antibiotik mencemarkan daging.
4. Manusia terjejas oleh bakteria selepas memakan daging yang dijangkiti.
5. Antibiotik yang sama diberikan kepada manusia tidakberkesan memandangkan patogen sudah pun imun.

Antibiotik yang sama diberikan kepada manusia? T__T. Memang benarkan kata seorang puan tabib terpercaya kami berkenaan isu vaksin. Beliau sendiri doktor dan sangat kasihan dengan anak-anak tabib-tabib keseluruhannya kerana sememangnya anak-anak tabiblah yang akan dapat cukup 2 tahun vaksin kerana percayanya makpak mereka terhadap apa yang mereka belajar dalam sistem zionis ini T__T.

Ancaman mala petaka.

Antibiotik berkesan untuk menentang penyakit tetapi penggunaan berlebihan antibiotik membantu menghasilkan bakteria yang hidup lebih lama mengatasi ubat yang digunakan untuk merawatnya. Kekebalan antibiotik semakin pantas berkembang dan menjadi masalah yang bahaya. Pemimpin kesihatan dunia menjelaskan bakteria kebal antibiotik sebagai 'mimpi ngeri bakteria' yang mendedahkan ancaman mala petaka kepada manusia di seluruh dunia. [Pusat kawalan dan pencegahan penyakit (CDC) Amerika Syarikat]

Semuanya racun dalam sedap kita makan. Ikan pun diletakkan ubat untuk mengekalkan kesegaran. Telur ayam pun sama. Paling menyedihkan, bukan sahaja haiwan dan tumbuhan dimanipulasikan, bayi-bayi kita dan kita juga adalah mangsa kepada sebuah sistem yang binasa. T__T

Sentiasalah dalam zikir ketika menyediakan makanan. Mohon Allah bantu hilangkan kemudaratan dalam makanan yang kita sediakan atau makan. Doa adalah senjata paling mustajab untuk kita. Doa adalah keajaiban buat kita dan kerahsiaan disisi Allah. Sayangnya Allah pada kita ;).

Ini pendapat peribadi saya. Anda boleh sahaja tidak bersetuju. Tiada masalah. :D.

23.1.14

CARA BUAT DOH ROTI /PIZZA /DONUT SIHAT

Alhamdulillah hari ini kita berkongsi cara buat doh roti, pizza dan donut yang menggunakan bahan-bahan berasaskan organik atau natural yang diminta oleh Puan DD kesayangan fillah. Lama sungguh tertangguh entry untuk meraikan permintaan mak organik di Gerik itu. Ampunkan daku :P.

Resepi doh yang sama sahaja. Alhamdulillah percubaan demi percubaan, barulah Allah izin dapat rentak membuat doh yang dalam kategori 'boleh' diterima tekak dengan baik. Walaupun hodoh rupa tetapi rasa masih rupawan haha! Sekarang 'sedap' bukan menjadi keutamaan buat kami. Apa yang penting sihat dan barakah buat tubuh badan untuk menjalankan tanggungjawab hamba (51:56) dan khalifah Allah (2:30) inshaAllah!

Sebagaimana entry-entry sebelum ini, inshaAllah saya cuba mengekalkan 'organik' dan semulajadi dalam semua sajian di rumah. Walaupun tidaklah 100% bahan-bahan yang saya gunakan organik atau nuetral, inshaAllah sekurang-kurangnya saya cuba demi anak-anak yang sedang install 30 juzuk Al-Quran dalam hati mereka kerana Allah. InshaAllah! Jom kita mulakan ;).

*********************************************************************************
Bahan A
1. Tepung gandum intasir inshaAllah bebas 'klorox' - 2 cawan (dalam 200g)
2. Natural yis sesudu teh.

Adun supaya yis rata dengan tepung.

*********************************************************************************
Bahan B
1. Gula perang/brown sugar organik - 2 sudu makan
(nota: sukatan 100g tepung = satu sudu makan gula)
2. Garam bukit/laut warna pink - sesudu teh
3. Minyak masak cap Saji - 2 sudu makan
(nota: sukatan 100g tepung = satu sudu makan gula = satu sudu makan minyak)
4. Air suam/panas - 170ml (sukatan botol susu budak)

Kacau sehingga sebati atau dipanaskan dalam kuali.

*********************************************************************************
Cara Membuat:
Bahan B dimasukkan sedikit demi sedikit ke dalam bahan A.

Gaul rata sehingga menjadi seperti doh roti.
(Nota: Pandai-pandailah. Kurang air, tambah air. Lebih air, tambah tepung.)

Diamkan setengah jam/sejam untuk doh kembang sekali ganda.

Selepas sejam, tumbuk doh.

Ambil sedikit dan bentukkan bulat kecil. Kebiasaannya, ramai orang gunakan majerin untuk sapu loyang dan tangan semasa proses ini. Saya gunakan minyak masak cap Saji.

Ulang sehingga habis doh. Kiri adalah roti berinti kelapa.

Selepas doh kembang, tabur gula sebelum masuk oven sentuhan Shaikh Muhammad. Bakar pada suhu 170 darjah celcious, api dan bawah. Atau sila pantau dan bermain dengan api atas dan bawah mengikut kesukaan anda.

Keratan roti berinti kelapa tadi.

Roti gula biasa.

Shaikh Muhammad tidak berapa suka pizza. Lebih suka kepada roti ;).

Kiri ialah gula perang selalu digunakan untuk buat air. Sebelah kanan ialah brown sugar yang biasa untuk masak makanan. Ada beza antara 2 gula ini.

Khas buat Puan Anna. Jiran di syurga kami ;). Sayang fillah ;).

Doh ini juga sesuai untuk tapak pizza yang mashaAllah lembut. Bakar dalam masa 7minit, suhu 170, api atas dan bawah serentak. Pizza adalah kegemaran Shaikh Abdullah. Abang suka roti. Adik suka pizza. Kegemaran Puan Anna sekeluarga juga kami :D.

Sekian sahaja cara membuat doh roti, pizza dan donut versi Bayt Al-Iman. Bahan-bahan yang kami gunakan inshaAllah sebaik mungkin bahan-bahan yang sihat. Jadi, makanan yang terhasil tidaklah dapat bertahan lama. Sekadar 2-3 hari. Kebiasaannya, dengan sukatan bahan seperti di atas, di rumah iman kami habis dalam masa sehari dua sahaja.

Semoga penerangan di atas jelas dan kita sama-sama mampu memproses makanan sihat buat keluarga tersayang fillah. Alhamdulillah semalam kami berjinak-jinak membuat cookies pula. InshaAllah entry Cookies Al-Mulk by Shaikh Muhammad menyusul dengan izin Allah pastinya ;).

9.1.14

RAWATAN SEGERA OXYTOCIN

Dikongsi oleh Puan Pengetua As melalui Whatup Jelitawan Organik Senior :P.

Kami mendoakan moga ujian ini Allah kembalikan begitu banyak hikmah. Membuka lebih banyak hati-hati untuk melihat kehebatan luar biasa sunnah dan natural remedies. Moga Allah ampunkan segala dosa-dosa kecil dan besar kita di masa lalu, ketika ini dan akan datang. Mudah-mudahan kita kembali kepadaNya dalam keadaan paling baik disisi Allah inshaAllah!

**************************************************************
My wife got sick.  She was constantly nervous because of problems at work, personal life, her failures and problems with children. 

She has lost 30 pounds and weighed about 90 pounds in her 35 years. She got very skinny, and was constantly crying. She was not a happy woman. She had suffered from continuing headaches, heart pain and jammed nerves in her back and ribs.

She did not sleep well, falling asleep only in the morning and got tired very quickly during the day. Our relationship was on the verge of break up. 

Her beauty was leaving her somewhere, she had bags under her eyes, she was poking her head, and stopped taking care of herself. She refused to shoot the films and rejected any role. 


I lost hope and thought that we’ll get divorced soon…But then I decided to act on it.  After all I’ve got the most beautiful woman on the earth. 

She is the idol of more than half of men and women on earth, and I was the one allowed to fall asleep next to her and to hug her shoulders.

I began to pamper her with flowers, kisses and compliments. I surprised her and pleased her every minute. I gave her lots of gifts and lived just for her. I spoke in public only about her. I incorporated all themes in her direction. I praised her in front of her own and our mutual friends.

You won’t believe it, but she blossomed. She became even better than before. She gained weight, was no longer nervous and she loved me even more than ever. I had no clue that she CAN love that much. And then I realized one thing: The woman is the reflection of her man. If you love her to the point of madness, she will become it.“              

-Brad Pitt-

8.1.14

DAN HIDUP INI TERLALU SINGKAT

Setiap kali perselisihan, percanggahan pendapat dengan zauji, saya akan cepat-cepat melafazkan ayat 'dan hidup ini terlalu singkat' dan kami akan sama-sama senyum dan ketawa :).

Ya terlalu singkat untuk digaduhi. Terlalu singkat untuk terlalu sibuk mencari harta benda. Terlalu singkat untuk bermegah-megah. Terlalu singkat untuk demdam. Terlalu singkat untuk marah. Semuanya terlalu singkat.

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Pepatah yang menggambarkan setiap pasangan ada pasang surutnya dalam rumah tangga. Setiap orang punya takdir masing-masing. Ada yang menantu vs mertua. Ada yang suami baran, keanak-anakan, dan pelbagai spesis yang Allah jadikan. Sama juga dengan isteri.

Sekiranya kita perhalusi dan bersedia untuk sentiasa redho, sebenarnya itu adalah tanda kasih sayang Allah. Disitulah syurga dan pahala yang Allah ganjarkan buat kita untuk nilaian SABAR.

SABAR. Senang ditutur tetapi bebanan hati itu, hanya Allah sahaja yang tahu. Untuk mendapat nikmat sabar, ianya perlu melalui proses. Proses ini bukan setakat sehari dua, malah ianya memakan masa bertahun-tahun untuk sampai ke tahap kita tidak kisah dipuji atau dikeji.

Terima kasih zauji atas doamu dan bimbingan berpanjangan.

Perkahwinan adalah gedung pahala tetapi ianya boleh jadi sebaliknya. Ingatan untuk diri saya yang terlalu banyak kelemahan disisi suami dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu untuk anak-anaknya. Mohon Allah berikan nikmat bidadari-bidadari bermata jelly sebagai ganjaran atas segala kebaikkanmu. Silakan :D.

Di bawah adalah suatu kisah yang cukup menginsafkan dan sesuai dengan tajuk di atas. Kisah yang dibawakan dalam kumpulan whatsup 'zauj organik' melalui admin group iaitu mak dalam jelitawan organik. Pujuklah hatimu.

Dan hidup ini terlalu singkat T__T.

*********************************************************************
Kisah Wanita Cantik yang Membuat Kagum Para Ulama 

Ketika menelusuri sebuah jalan di kota Bashrah, Al Atabi melihat seorang wanita yang sangat cantik sedang bersendau gurau dengan seorang lelaki tua buruk rupa. Setiap kali wanita itu berbisik, laki-laki tersebut pun tertawa.

Al Atabi yang penasaran kemudian memberanikan diri bertanya kepada wanita itu. “Siapa laki-laki tersebut?”

“Dia suamiku”

“Kamu ini cantik dan menawan, bagaimana kamu dapat bersabar dengan suami yang jelek seperti itu? Sungguh, ini adalah sesuatu yang mengherankan” Al Atabi meneruskan pertanyannya.

“Barangkali karena mendapatkan wanita sepertiku, maka ia bersyukur. Dan aku mendapatkan suami seperti dirinya, maka aku bersabar. Bukankah orang yang sabar dan syukur adalah termasuk penghuni surga? Tidak pantaskah aku bersyukur kepada Allah atas karunia ini?”

Al Atabi kemudian meninggalkan wanita itu disertai kekaguman. Ulama Al Azhar, Dr Mustafa Murad, juga kagum dengan wanita itu sehingga memasukkan kisah ini dalam bukunya Qashashush Shaalihiin. Kedua ulama tersebut tidaklah kagum kepada wanita itu karena kecantikannya. Mereka kagum karena agamanya.

Dan benarlah pesan Rasulullah: “Wanita itu dinikahi karena empat hal; karena hartanya, kedudukannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah karena agamanya, niscaya kamu akan beruntung.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Wanita yang baik agamanya, ketika ia kaya, ia tidak sombong. Ia justru dermawan, suka berinfaq dan mendukung perjuangan dakwah suami dengan hartanya.

Wanita yang baik agamanya, ketika ia memiliki kedudukan tinggi dan nasab yang mulia, ia tidak menghina orang lain. Ia justru menjadi wanita yang mulia dan menggunakan kedudukannya untuk membela kebenaran.

Wanita yang baik agamanya, ketika ia cantik, ia tidak membuat suaminya resah. Ia justru menjadi penghibur hati dan penyejuk mata bagi suaminya tercinta. Wallahu a’lam bish shawab. 


*************************************************************
Allah membuat perumpamaan bagi orang-orang kafir, isteri Nuh dan isteri Lut. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang soleh di antara hama-hamba Kami; lalu kedua isteri itu berkhianat kepada kedua suaminya, tetapi kedua suaminya itu tidak dapat membantu mereka sedikit pun dari (siksa) Allah; dan dikatakan (kepada kedua isteri itu), "Masuklah kamu berdua ke neraka bersama orang-orang yang masuk (neraka)". [66:10]

1.1.14

KELAHIRAN ALAMI | 4.11KG TANPA JAHIT!

Isu hangat beberapa minggu kebelakangan ini. Berkaitan isu kelahiran alami di rumah. Kurniaan syahid kecil buat para ibu yang meninggalkan dunia saat kelahiran. Saat segala dosa-dosanya sedang diampunkan Allah. Saat segala rintihan diganjarkan pahala. Allah! Apakah amalan para ibu yang syahid ini sehinggakan Allah menjemputnya dalam keadaan sungguh mulia :). Syahid yang menjadi cita-cita mukmin dan mukminah yang dahagakan syurga Allah. Cita-cita saya juga T__T.

Saya bukanlah orang perubatan yang tepat untuk membicarakan hal ini tetapi saya tertarik untuk berdiskusi berkenaan faktor menjadi asbab kegagalan kelahiran alami yang tidak ditekankan dan tidak diketahui atau tidak diberi perhatian sebelum ini. Perlu dipegang, segala sesuatu adalah dengan izin dan ketentuan Allah. Sebagai manusia, definisi ikhtiar adalah pada pandangan dan kepercayaan individu itu sendiri. Maka, hormatilah!

Sekali lagi isu pemakanan dan cara hidup adalah faktor asbab kejayaan kelahiran alami. Puan Tabib Terpercaya (PTT) ada menyatakan dalam tulisannya sebelum ini, kejayaan kelahiran alami salah satu faktor utama adalah berkaitan isu penjagaan makanan si ibu. Sekiranya cara hidup si ibu tidak 'pantang' makanan hariannya, PTT tidak menjamin kejayaan terhadap kelahiran alami.

Secara kasarnya, kelahiran alami ini adalah kelahiran yang tidak memerlukan segala jenis dadah sintetik dimasukkan ke dalam badan seperti dadah tahan sakit, ubat mempercepatkan bukaan dan pelbagai nama saintifiknya yang saya tidak pasti nama-namanya ketika proses kelahiran. Si ibu menahan kesakitan hanya dengan bantuan kuasa luar biasa sistem badannya pastinya dengan izin Allah. Ianya boleh sahaja berlaku di mana-mana sama ada di rumah, masjid atau hotel 5 bintang sekalipun hatta boleh berlaku di hospital dengan izin Allah.

Bagaimanakah caranya kelahiran alami di hospital? Dengan semangat yang cekal inshaAllah. Hijrah cara hidup selama ini. Ubah pola pemakanan dalam erti kata bukan sahaja halal malah toyyibah dan berbincanglah dengan para doktor. Mohonlah jasa baik mereka agar membenarkan kita duduk separa seperti bersandar di pokok seperti kisah Maryam melahirkan Isa as bersandar di pohon kurma menahan kesakitan malah menurut mak-mak organik, ada kajian mendapati posisi mencangkung juga memudahkan proses kelahiran.

Ianya memang melawan arus kerana kebiasaannya kita hanya disuruh berbaring melawan graviti bumi di hospital. Begitulah pengalaman ngeri saya melahirkan kedua putera yang bakal syahid ;). Proses yang indah bertukar trauma yang melanda T__T. Pendek kata, mintalah mereka menghormati hak pesakit dengan tidak memasukkan apa-apa dadah sintetik semasa proses menyucikan diri dari dosa iaitu proses kelahiran alami. Juga, tidak menyuntik apa-apa ke dalam tubuh anak-anak tanpa kebenaran kita. MashaAllah! Sungguh ianya satu proses yang sangat indah sebenarnya!

Menurut para tabib terpercaya kami, pelbagai kompilasi anak di dalam kandungan adalah berkait rapat dengan tabiat pemakanan si ibu dengan izin Allah. Kimia sintetik dalam makanan seharian atau pelbagai suntikan membuatkan si anak di alam rahim dalam keadaan 'serba salah' juga penyebab faktor tali pusat terbelit, bayi songsang dan pelbagai kompilasi yang baru saya ketahui. Semuanya terjadi dengan izin Allah asbab apabila pengambilan bahan makanan segar telah diringkaskan sehingga hilang segala khasiat semula jadi.

Sebagai contoh yang dibawakan oleh PTT kami. Kenapa kami pangkah susu formula? Bandingkan dengan susu segar tanpa sebarang campuran. Ianya bermula sejak proses si lembu dicucuk dengan pelbagai vaksin penggalak. Cepat subur dan susu banyak kesan dari proses paksaan yang melawan sunnatullah kehidupan semulajadi lembu. Susu diperah hasil tindak balas kimia yang disuntik dan dikeringkan sehingga menghilangkan segala zat dan dicampur dengan kimia lain untuk memanjangkan jangka hayat penggunaan susu formula.

Itu baru cerita bab susu dan lembu. Begitu juga perihal tepung, gula dan garam yang menjadi makanan harian kita. Semuanya melalui proses yang melawan fitrah semulajadi sistem tubuh kita sehinggakan sisiem tubuh serba salah. Keliru antara proses yang benar dan proses tiruan. Sama juga dengan sistem sikular hari ini. Bukan sahaja melanda dunia dan isinya malah rancangan ini turut 'kacau' sistem tubuh semulajadi yang Allah atur buat kita T__T.

Kesan kimia sintetik bukan setakat mengganggu janin malah ia berterusan ketika saat melahirkan dan selepas kelahiran. Si anak menghadapi kesukaran asbab tabiat pemakann si ibu seperti gemar kepada makanan segera, makanan ringan dan pelbagai makanan rapuh yang tidak berkhasiat yang menjadi asbab jaundis (kuning) selepas kelahiran. Saya juga punya pengalaman asbab kejahilan saya ketika zaman remaja. Takdirnya, kesan pemakanan yang tidak sihat, Allah izinkan berlaku kepada Muhammad. Juandis dan ditahan selama 2 malam. Sedikit kesedaran ketika mengandungkan Abdullah, saya nekad meninggalkan segala vitamin sintetik, Allah izinkan Abdullah tidak kuning ;).

Kini barulah saya sedar mengapa kesemua anak-anak naqibah saya dahulu yang seramai 3 orang itu tidak kuning selepas kelahiran. Rupa-rupanya asbab pantang mereka suami isteri sejak mula berkahwin iaitu mengamalkan hijrah bahan mentah secara total seperti saya katakan sebelum ini iaitu dari gula putih yang dilunturkan kepada gula perang atau brown sugar.

Hijrah garam putih dilunturkan kepada garam laut atau bukit asli berwarna pink. Tepung peluntur putih ditukar kepada tepung gandum asli tanpa perasa pelbagai vitamin dan peluntur serta ayam yang dicucuk untuk cepat besar kepada ayam organik atau ayam kampung yang bebas antibiotik dan pelbagai vaksin jahat yang selama ini masuk ke dalam tubuh kita melalui makanan-makanan segera seperi ayam goreng McDonald yang difatwakan haram tetapi ummat Islam Malaysia ramai yang menyumbang kepada pembunuhan beramai-ramai saudara Palestin kita. Sungguh mendukacitakan dan saya sangat sedih kerana ini menunjukkan tahap pembacaan dan kesedaran yang sangat kritikal umat islam hari ini.

Aara Aishah. Subhanallah! Anak ajaib sebesar 4.11kg yang dilahirkan di hospital secara kelahiran alami iaitu tanpa ubatan yang disuntik kepada ibunya dan si ibu tidak memerlukan jahitan kerana hanya 'koyak' minimum! MashaAllah!

Bayi perempuan cantik ini sungguh bertuah kerana dikurniakan mak yang kuat semangat dan tegas dengan pendiriannya sehingga Allah mudahkan kelahiran alami buatnya. Bayangkan 4.11kg? Memang mashaAllah! Saya kagum dengan ibunya. Mereka bertemu hidayah berkaitan pemakanan sihat bebas racun ketika mengendong bayi sihat ini. Jadi asbab bukan dari awal penjagaan makanan, takdirnya bayi ini Allah rezekikan jaundis (kuning) yang tinggi sehinggakan doktor muda di hospital berkenaan meminta bayi ini ditukar darahnya!

Sekali lagi saya cukup kagum dengan semangatnya di saat kritikal bayi jaundis dan suami yang demam teruk serta tekanan banyak pihak, Allah kurniakan dia semangat yang luar biasa. MashaAllah! Sekiranya saya ditempatnya, belum tentu saya sekuatnya. Dengan bantuan para tabib-tabib dalam kumpulan mak-mak jelita organik, si ibu bayi ini dengan tegasnya mahu menyusukan bayinya apabila pihak hospital melarang menyusukan bayinya bagi tempoh yang lama.

Dengan izin Allah, bacaan kuning bayinya menurun dan tidak perlu menukar darah! Allah! Cantiknya khasiat susu ibu kurniaan Allah. Mengapa perlu dinafikan T__T. Maafkan saya. Kadangkala kepercayaan kita terhadap Allah amat rapuh. Kita lupa Allah yang memberi sakit dan hanya Dia selayaknya menyembuhkannya. Kurniaan susu ibu inshaAllah ubat paling mujarab buat antibodi anak 2 tahun ke bawah. Mengapa perlu prejudis?

Sekiranya kita sudah berjaga-jaga dalam banyak aspek tetapi kita perlu ingat dan yakin bahawasanya ujian itu milik Allah. Bukan kuasa kita dalam menentukan perancangan Allah. Sesungguhnya kita merancang tetapi perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Cuma sudah ketetapan Allah (sunnatullah), 'siapa berusaha, dia berjaya' inshaAllah. Maka, belajarlah  dan bersedialah untuk redho dalam banyak perkara. Ingatan dan nasihat untuk diri saya sendiri yang sentiasa jahil dan dahaga akan ilmu. Wallhu'alam.

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalirnya di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak mengecewakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama dengannya; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka berkata, "Ya Tuhan kami, sempurnakanlah untuk kami cahaya kami dan ampunilah kami, sungguh Engkau Mahakuasa atas segala sesuatu. [66:8]

BONIA LELONG!

Pembuka masihi 2014 :D.
Harga beli RM500++
Harga lelong RM250

Boleh email/whatsup kepada saya attuffahumairah@gmail.com/0133575915
ATAU
SMS ke tuan beg sendiri, Puan Nor (013 731 2268).

Siapa cepat dia dapat :D.