11.7.11

INSYIRAH-MATI-ANAK

Sabtu lepas merupakan masa kualiti kami. Allah takdirkan kami ke daerah tempat saya mendapat tarbiyyah untuk ziarah sepupu saya yang baru berusia 4 hari yang merupakan anak ke3 kepada makcik bongsu sebelah emak. Saya tidak tidak sempat menjenguk junior-junior yang cukup saya rindui disana dan murabbiah-murabbiah yang mudah-mudahan ada saham jariah berpanjangan untuk mereka kerana perjalanan kali ini adalah menumpang kuda atok yang cukup sifat bersama-sama saudara-saudara saya. Jadi, agak payah untuk mengatur program sendiri kerana pergi secara berkumpulan dengan tujuan berbeza. InsyaAllah dengan izin Allah kami mahu juga kesana membawa Muhammad si mujahid hebat untuk memegang panah-panah sebagai mengambil sunnah mengajar anak memanah insyaAllah! 

Rindu Insyirah
Betapa saya rindukan insyirah! Lama sudah saya tidak mendengar suaranya yang selalu menjadi halwa telinga saya ketika sedang menunggangnya. Radio IKIM adalah siaran yang paling disukainya. Insyirah tidak pernah mendengar siaran lain ketika bersama saya. Ya bersama saya! Selalunya insyirah 'menyanyi' ketika bersama saya sahaja. Insyirah sangat malu dengan ayah Muhammad kerana ayah Muhammad tidak gemarkan siaran radio apapun kecuali ceramah dan kuliah ilmu di dalam IKIM. Dia sangat tidak sukakan DJ wanita berkata-kata. Tidak suka katanya. Jadi, insyirah hanya 'menyanyi' kuliah agama dan bacaan Al-Quran ataupun senyap tidak berkata apa ketika bersama ayah Muhammad.

Ditanya Mati
Saya pernah ditanya suami ketika mendengar nasyid tidak silap lagu yang liriknya untuk wanita. Sekiranya Allah takdirkan mati ketika ini, mana lagi elok, mati dengan dengar muzik atau tidak dengar apa-apa? Adakah semasa mendengar nasyid ini, kita ingat Allah? Pap! Begitulah ayah Muhammad mendidik saya. Dia tidak direct tetapi selalu sahaja saya terkena! Bukan mahu mendabik dada mengatakan saya suci, tetapi setakat hari ini, saya cukup tidak boleh masuk dengan muzik zaman sekarang. Hanya sesetengah nasyid yang boleh menjadi halwa telinga saya. Kepala mudah serabut dan hati terasa kusut! Hanya sekadar cerita kami di dalam insyirah ;) Insyirah pula entah bila boleh kembali berkidmat untuk kami. Doakanlah insyirah kami kembali cergas seperti biasa. Amin!

Pesanan Nenek Muhammad
Sebelum pergi, nenek Muhammad ada meminta saya membawa pam susu kerana sepupu saya yang baru lahir kuning. Alhamdulillah dengan izin Allah susu mampu keluar daripada tiada kepada ada. Susu pula sedang pekat yang dipanggil kolestrom ketika itu. Alhamdulillah Medela Freestyle yang sangat membantu dengan izin Allah. Saya seperti jurujual yang mempromosikan barangan. Lepas pam susu, CD pula ;) Ramai dikalangan kita yang hanya tahu menggunakan internet tetapi bukan semaksima mungkin. Banyak dihabiskan di dalam ruangan social network berbanding mencari bahan-bahan ilmiah yang membantu peningkatan fikrah. Begitulah agenda Israel dalam mencipta teknologi. Apa yang dia mahu, ummat islam sentiasa leka dengan hiburan, hiburan dan hiburan!

Perihal Anak
Sebenarnya tulisan kali ini saya mahu membawakan kisah perihal amanah Allah kepada ibu bapa iaitu anak. Pernah saya menghadiri usrah bersama murabbiah yang bertanggungjawab menyedarkan saya tentang tujuan penciptaan manusia. Kita bukan setakat dituntut menjadi baik dan soleh tapi kita dituntut menjadi musleh! Maksudnya jadi baik dan ajak orang jadi baik bersama kita. Jadi, di dalam kumpulan kecil itu bercerita tentang anak. Ada seorang makcik akhowat kami yang merupakan educated dalam bidang hadith di Arab sana sekiranya saya tidak silap yang mempunyai 10 orang anak. Namun, bukan setandan pisang, sama kualitinya. Anak keduanya agak sedikit sukar dikawal berbanding dengan yang lain. Kenapa?

Rancangan Allah Mengatasi Segalanya
Kerana kelahirannya terlalu dekat dengan anak pertama dan dia belum bersedia untuk anak seterusnya. Namun, perancangan Allah mengatasi perancangan manusia. Si ibu mengandungkan anak keduanya dalam keadaan emosi yang tidak mahu. Allah mentakdirkan si anak membesar seperti mana emosi ibunya yang sedang mengendongnya ketika itu. Anak itu membesar sebagai seorang yang kuat memberontak dan sukar dikawal. Betapa penyesalan ketika itu tidak berguna. Allah timpakan tazkirahnya untuk makcik sebagai ikhtibar kepada saya yang ketika itu sedang mengandungkan Muhammad serta kawan-kawan kumpulan kecil kami ketika itu. Betapa kita memerlukan persediaan dan tanamkan rasa redho untuk setiap ujian apatah lagi nikmat Allah kepada kita.

Muhammad bersama saudaranya sedang berbicara dengan alam di padang permainan hadapan rumah Neksunya ;) Muhammad adalah amanah Allah untuk ibu dan ayah. Semoga Allah melimpahkan keredhoanNya untuk kita semua insyaAllah!

Bukan Anak Yang Dinanti
Saya juga pernah duduk berbual dengan CheD rakan baik ditempat bertugas perihal anak. CheD pernah berbual dengan cleaner/tukang kebun tempat kami bertugas. Anaknya yang berada di tahun 6 sangat sukar dikawal. Tempat bertugas kami sering menjadi tempat lawatan orang kenamaan. Jadi, anak-anak didik kami diperlukan untuk membuat persembahan menyambut tetamu kehormat. Si anak ini selalunya bertanggungjawab mengetuk gong. Punyalah berlatih setiap hari tetapi apabila tiba hari tersebut, kelibatnya tidak kelihatan. Ibu dan ayahnya yang bertugas di tempat kami bertugas juga tidak mampu mengatakan anaknya dimana. Setelah CheD berbual panjang dengan emaknya, rupa-rupanya anak ini adalah anak yang sebolehnya dia tidak mahu kerana faktor jarak yang dekat antara abang kakaknya yang di atas. Betapa besar faktor emosi si ibu ketika sedang hamil!

Terimalah Tanpa Kompromi!
Sama juga perihalnya yang sedang menanti kelahiran anak pertama. Kebiasaannya si suami pasti mahukan anak lelaki sebagai yang pertama. Namun, bolehkah kita menentukan jantina anak kita sendiri? Kita mampu berdoa dan berusaha, namun segalanya adalah ketentuan Allah buat kita. Bergembiralah dengan apa juga pemberian Allah kepada kita. Anak bukanlah hak mutlak untuk kita tetapi ianya hanya pinjaman sementara di dunia cuma. Di sinilah pentingnya letak duduk seorang suami yang faham agama supaya si isteri yang sedang hamil tidak tertekan dan sentiasa rasa dihargai. Emosi yang hebat insyaAllah memberi impak yang hebat untuk si ibu apatah lagi untuk si anak! 

Tulisan yang tajuk kecil-kecilnya seperti rojak! Ada berkisar insyirah dan kematian. Ada terselit cerita perihal anak. Semoganya ianya perkongsian yang bermanfaat untuk kita supaya menjadi manusia yang lebih sensitif dan redho dengan segala apa yang telah Allah takdirkan untuk kita. Wallahu'alam!

17 comments:

FADLUL & FIFAH said...

yang pasal anak tu sangat menginsafkannn...(T_T)

@LeenShamsh said...

tulah pipah..terima apa adenye dgn ikhlas! Allah tahu anak mane yg perlu keluar dulu utk hikmah mase depan kan ;)

myamyza said...

sememangnya, perkongsian yang amat amat amat bermanfaat!

@LeenShamsh said...

myza: semoga ada saham jariah utk kita semua insyaAllah ;)

Unknown said...

mcm2 rasa bile bace entry ini :) insyaAllah

@LeenShamsh said...

huda: ;)

Marlina Mohtar said...

macam2 cerita ya :)

pasal nasyid tu pun, ummi kurang gemar dengan lagu2 nasyid sekarang ni :( payah nak dengar nasyid yang bercorak ketuhanan..yang menginsafkan kita bila dengar huhu.

@LeenShamsh said...

ummi na: nasyid pun ade yg tak boleh pegi apatah lagi muzik yang berdrum-drum..tak tahan kepale kite ummi na ;(

p/s: comel sgt princess solehah pic atas tuh ;)

Pija Madzlan said...

Suami kita sama....tak suka dengar lagu sekalipun lagu itu kita dakwa sebagai mendidik jiwa... jadi, telah menjadi kebiasaan sepanjang 8 thn kami kawin ini, kalau suami ada bersama, radio akan diam... :)

@LeenShamsh said...

ummi na: nasyid pun ade yg tak boleh pegi apatah lagi muzik yang berdrum-drum..tak tahan kepale kite ummi na ;(

p/s: comel sgt princess solehah pic atas tuh ;)

@LeenShamsh said...

kak pija: dapat membayangkan ke'rigid'annya..heee ;)

p/s: suamiku 'rigid' yg mendidik ;)

@LeenShamsh said...

kak pija: dapat membayangkan ke'rigid'annya..heee ;)

p/s: suamiku 'rigid' yg mendidik ;)

kayzie said...

thanks kak share info yg sgt menginsafkan. ramai yg tak sedar perlakuan dan niat hati kita ALLAH sentiasa tahu. anak2 kan dapat didikan awl dr dlm kndungan, so mmg serap apa yg ibu2 amalkan..

kayzie said...

thanks kak share info yg sgt menginsafkan. ramai yg tak sedar perlakuan dan niat hati kita ALLAH sentiasa tahu. anak2 kan dapat didikan awl dr dlm kndungan, so mmg serap apa yg ibu2 amalkan..

@LeenShamsh said...

tulah kayzie..jadi ibu kene bayk sgt bersabar..sebab tu Allah angkat tingginye darjat ibu sehingga meletakkan syurga pun dibawah kaki ibu..bayagkan syurga anak layaknya dibawah tapak kaki ibu saje..betapa Allah memuliakan seorang wanitakan.. ;)

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

tq share the info...

@LeenShamsh said...

kak BSBku: sharing is caring ;)