
Ujian Orang Islam
Sebenarnya peribahasa ini baru buat saya. Saya dengar ketika berbual-bual dengan rakan-rakan. Kehidupan sememangnya semakin mencabar mengikut peredaran usia dan tahap kehidupan. Debit dan kredit kehidupan. Allah beri dan Allah tarik. Orang Islam selalu Allah tidak beri 'semuanya' berbanding orang kafir. Dialah yang paling bijak. Merekalah yang paling kaya. Serba serbi dia yang terunggul. Kenapa?
Sifat Allah Maha Mengasihani
Kerana dunia ini memang tempat mereka. Allah ini bersifat Maha Mengasihani tidak kira seseorang itu beragama islam aaupun tidak. Lihatlah sahaja Allah bagi semua yang bersifat material kepada orang kafir sedang orang islam Allah sentiasa timpakan pelbagai ujian. Allah sebenarnya mahu kita renung yang dunia ini bukan tempat tetap untuk kita. Disini kita hanya pedagang yang mengumpulkan bekalan untuk kehidupan yang hakiki. Ujian adalah gedung pahala yang Allah anugerahi buat orang islam supaya tingkatannya disisi Allah semakin bertambah dari masa ke samasa asbab keredhoannya dan berlapang dadanya dengan segala rahmat dan ujiannya yang ditimpakanNya.
Durian vs Timun

Timun Sudah Muak!
Perjuangan Memerlukan Pengorbanan
Hasil mesyurat menyatakan bahawa sesungguhnya perjuangan itu memerlukan pengorbanan! Timun mengambil ikhtibar terhadap revolusi mesir dan tahap kesedaran dunia arab sekarang. Sekiranya tidak berlaku seperti revolusi mesir, maka semua timun akan tidur! Sepatutnya tenaga muda mereka mampu mengubahnya! Longgokan durian mampu dikalahkan dengan jutaan timun! Maksudnya, mesti ada timun-timun yang berkulitkan topi keledar yang bersemangat kamikaze berjuang untuk generasi anak-anaknya pula sanggup untuk mati!
Timun Muda = Teknologi Tanpa Sempadan
Maka bermulalah episod timun yang berjuang untuk mendapatkan haknya daripada ditindas durian. Timun tua memang sukar diubah perspektifnya terhadap kekuasaan durian. Namun, timun pertengah iaitu golongan timun muda sudah tidak sanggup menjadi 'tikus' seperti timun tua. Timun tua = suratkhabar. Timun muda = teknologi tanpa sempadan. Suratkhabar kini hanya sebagai alat mengesat najis cicak dan dijadikan lapik tempat duduk ketika berkelah. Timun kecil-kecil = generasi harapan yang bakal membawa sinar baru untuk mengembalikan tamadun timun yang tidak mahu ditindas durian!
Nilai Sebuah Pengorbanan!
Akhirnya segerombolan timun muda mengambil keputusan untuk mengorbankan dirinya diatas longgokan durian supaya timun-timun kecil dapat berdiri di atas mereka yang mana di bawah mereka semua adalah durian yang angkuh walau terpaksa bergadai nyawa sekalipun. Maka tercapailah hajat timun muda melihat bendera tamadun timun berkibar yang dibawahnya duri-duri durian yang tidak lagi punya nilai. Umpama durinya yang dicampak dilonggokan sampah setelah isinya dimakan dengan berselera. Hanya layak untuk santapan lalat yang dahulunya tidak bererti pada durian.

6 comments:
dah susah nak percaya suratkhabar..berita kat tv pun bukan betul pun.huhu
eh, i love timun n durian =D
masyarakat dah celik..mane ade org bace suratkhabar sekrg nih. buat bungkus nasi lemak je layaknye sekarng. tgk tV pun mintak kene kate si tV tuh kan? heee :D
hihi..hubby n famili nina baca suratkhabar lagi =D hari-hari mesti beli.
nina timun muda. family kite timun tue sudah..samelah family jenis internet dan beli jugk paper tapi pah bace pahtu kate aduii..
huda dah malas baca paper dan tgk news kat tv. lagi2 tv3. biase lepas maghrib, terus tunggu isya' malas nk tgk news kul 8 :) kalau bace pun harakah :)
stuju dgn huda..skrng semue newsade dihujung jari..klik saje kat mane2 dapat..jadi, info takdelah berat nanang sebelah..;D
Post a Comment