Mood marah! Anak-anak didik saya dimarahi dan dicubiti diiringi 'nyanyian' yang bergema. Termalu seketika ketika diberitahu rakan setugas ;( Saya kategori yang kuat membebel tetapi bukan pemarah namun hari ini kesabaranku teruji. Mana mungkin seseorang marah tanpa sebab. Mereka belajar mengukur menggunakan pembaris. Apalah sangat yang mereka tahu kerana mereka baru belajar untuk ambil tahu, tetapi si ibu sementara mereka hilang kawalan emosi. Lumrah anak-anak memang suka berbual tidak berhenti, bergurau, bermain walaupun berjumpa hampir setiap detik! Suasana yang cukup menguji kesabaran ditambah bahang cuaca yang semakin menggila panasnya.
Marah Lagi

Anak Menguji Kesabaran
Hari ini merupakan hari bertemu keluarga kecil saya. Bertetapan dengan suasana hari ini yang penuh emosi. Tajuk kecil yang terselit adalah MARAH. Mak usrah saya yang telah beranak dua bersilat dengan puteri sulungnya yang suka 'membuli' Muhammad ;) Si kakak berumur 2 tahun lebih dan si adik berumur 2 bulan. Bercerita tentang kesabaran dalam membesarkan anak. Kadangkala kita hilang kesabaran sehingga kita marah kepada si anak yang semestinya banyak perkara-perkara yang sedang mereka terokai yang boleh membuat si ibu marah.
Air Bersifat Perakam
Mak usrah saya ada menyelitkan bagaimana pengamal rki mengajarnya cara untuk tidak meneruskan marah kepada anak. Pertama disuruhnya kita mengira sehingga 10. Selalunya tidak sampai 10, si ibu sudah marah ;) Kedua, jauhilah marah di hadapan air. Contohnya air yang mahu diminum, marah ketika memandikan anak, mencuci pinggan mangkuk kerana molekul air akan bertindak seperti apa yang terpacul dari mulut kita ketika itu. Air ini sifatnya merakam. Tidak pelik, air merupakan salah satu kaedah merawat penyakit. Sekiranya kita berkata-kata yang tidak baik, maka janganlah ditanya kenapa perangai anak-anak suatu saat ketika mereka semakin dewasa sentiasa menguji tahap kesabaran si ibu. Betapa perlunya kita sentiasa membaiki mutu percakapan kita hari kehari terutama seorang ibu kerana hampir setiap masa kita berdoa dihadapan dengan air!
Inilah peringatan Allah sebagai tazkirah hati untuk saya hari ini. Sesungguhnya setiap apa yang berlaku adalah dibawah perancangan Allah. Allah memberi masalah, Dia jualah penyelesaian segala masalah. Diujinya saya dengan emosi marah hari ini, dan diberinya peringatan yang begitu halus dan mesra dalam merawat jahilliyah yang sentiasa ada dalam diri ini. Maafkanlah saya!

10 comments:
saya pun akir2 ni beremosi je. dugaan betul dengan sifat anak2. cepat je nak melenting rasanya...huhu.moga dapat islah lagi ni.
betullah fa..k.lin hangin betul hari ni..budak2 nak main je..kat rumah pulak Muhammad jenis yg kene duduk mengahdap die..kite gerak sket mulalah die..tapi yg bertuahnya kat rumah org lain dgn org datang tak pulak..mungkin tak seronok main sorg2 ;)
semalam pon aisha mmg marah dgn anak..bila di fikirkan..apalah sgt umor baru 2 tahun, malu sekejap rasanya..
selalu mcm tukn sha.dah marah bau menyesal..samelah kite..
subhannnallah!info bru psl air:)
bunga: ha info barukan ;)
selalu jugak terlepas marah kat Danial..huhu.cian Danial
begitulah nina..kdg2 hilang kawalan ;D
jangan marah nanti menyesal, saya bila beremosi ketika nak period biasanya suka marah2 bamlom @ suami lepas tu menyesal.. kadangkala tak tahu kenapa mesti marah!.. MENYESAL!!
kan myza..samelah kite.. ;(
Post a Comment