10.8.11

KITALAH YANG MENENTUKAN!

Isteri: Hari ini dah 10 Ramadhan. Cepat je dah nak masuk fasa pertengahan.
Suami: Fasa pertama, fasa apa? (lupa ingatan ;P)
Isteri: Fasa rahmat. Fasa tengah apa? (si isteri pula yang hilang ingatan ;P)
Suami: Fasa pengampunan dan fasa akhir, pembebasan dari api neraka. Allah ampun. Minta lagi untuk bebas api neraka. Betapa berat api neraka mahu digambarkan.

Perbualan pagi tadi. Meremang roma saya sekejap semasa sedang bersiap-siap untuk mencari redho Allah. Bulan Ramadhan adalah bulan kurniaan untuk hambaNya yang tahu menghargai nilai sebuah madrasah perubahan. Allah belenggu segala keturunan jin dan syaitan. Allah tutup pintu neraka, buka pintu syurga selebar-lebarnya. Walaupun iblis dan syaitan dibelenggu namun, segala ajaran mereka tetap diteruskan dengan sedar atau tanpa sedar.

Saya ada terbaca sebuah artikel berkenaan persidangan musuh-musuh manusia iaitu iblis, syaitan dan jin. Dialog yang memang 'kene' dengan kita sehari-hari. Seperti yang saya katakan tadi, walaupun laknatullah itu dirantai, namun mereka tetap 'bebas' kerana segala ajarannya telah meresap baik di dalam diri manusia yang kebanyakkannya dengan rela. Mudah-mudahan tazkirah di bawah ini mampu mengkakis karat-karat jahiliyyah selama 11 bulan di dalam diri kita insyaAllah!


Persidangan Laknatullah
Pernahkah anda mendengar persidangan ini? Sedikit renungan dicelah kesibukan kita, sekadar saling mengingatkan. Dalam suatu persidangan iblis, syaitan dan jin, dikatakan:

"Kita tidak dapat melarang kaum muslim ke Masjid",
"Kita tidak dapat melarang mereka membaca Al-Qur'an dan mencari kebenaran",
"Malah kita tidak dapat melarang mereka mendekatkan diri dengan Tuhan mereka ALLAH SWT dan Pembawa risalah-Nya Muhammad",
"Pada masa mereka melakukan hubungan dengan ALLAH SWT, maka kekuatan kita akan lumpuh."

"Oleh sebab itu, biarkanlah mereka pergi ke Masjid, biarkan mereka tetap melakukan kesukaan mereka, TETAPI CURI WAKTU MEREKA, sehingga mereka tidak lagi ada waktu untuk lebih mendekatkan diri kepada ALLAH SWT".

"Inilah yang akan kita lakukan," kata iblis.
"Alihkan perhatian mereka dari usaha mendekatkan kepada ALLAH SWT dan awasi terus kegiatannya sepanjang hari!".

"Bagaimana kami melakukannya?" tanya para hadirin iaitu syaitan, dan jin.
Sibukkan mereka dengan hal-hal yang tidak penting dalam kehidupan mereka, dan ciptakan tipu daya untuk menyibukkan fikiran mereka,"

Jawab sang iblis "Rayu mereka agar suka BELANJA, BELANJA DAN BELANJA SERTA BERHUTANG, BERHUTANG DAN BERHUTANG".

"Pujuk para isteri untuk bekerja di luar rumah sepanjang hari dan para suami bekerja 6 sehingga 7 hari dalam seminggu, 10 - 12 jam seminggu, sehingga mereka merasa bahawa hidup ini sangat kosong."

"Jangan biarkan mereka menghabiskan waktu bersama anak-anak mereka."
"Jika keluarga mereka mulai tidak harmoni, maka mereka akan merasa bahawa rumah bukanlah tempat mereka melepaskan letih apabila pulang dari bekerja".

"Dorong terus cara berfikir seperti itu sehingga mereka tidak merasa ada ketenangan di rumah."

"Pikat mereka untuk terus membunyikan radio atau kaset semasa mereka membawa kenderaan".

"Dorong mereka untuk memasang TV, VCD, CD dan PC di rumah.

"Sepanjang hari, bunyikan muzik terus menerus di semua restoran mahu pun kedai-kedai di dunia ini."
"Hal ini akan mempengaruhi fikiran mereka dan merosak hubungan mereka dengan ALLAH SWT dan Rasul-Nya"

"Penuhi meja-meja rumah mereka dengan majalah-majalah dan tabloid".

"Penuhi mereka dengan berbagai berita dan gosip selama 24 jam sehari".

"Serang mereka dengan berbagai iklan-iklan di jalanan".

"Penuhi peti surat mereka dengan informasi tak berguna, katalog-katalog, undian-undian, tawaran-tawaran dari berbagai macam iklan.

"Muat gambaran wanita yang cantik itu yang langsing dan berkulit cantik di majalah dan TV, untuk menggiring para suami berfikir bahawa PENAMPILAN itu menjadi unsur terpenting, sehingga membuat para suami tidak tertarik lagi pada isteri-isteri mereka"

"Buatlah para isteri menjadi sangat letih pada malam hari, buatlah mereka sering sakit kepala".

"Jika para isteri tidak memberikan cinta yang diinginkan sang suami, maka mereka akan mulai mencari di luaran".

"Hal inilah yang akan mempercepat retaknya rumahtangga sebuah keluarga"

"Terbitkan buku-buku cerita untuk mengalihkan kesempatan mereka untuk mengajarkan anak-anak mereka akan makna solat."

"Sibukkan mereka sehingga tidak lagi punya waktu untuk mengkaji bagaimana ALLAH SWT menciptakan alam semesta. Arahkan mereka ke tempat-tempat hiburan, sukan, pertandingan-pertandingan, konsert muzik dan panggung wayang."

"Buatlah mereka menjadi SIBUK, SIBUK DAN SIBUK." "Perhatikan, jika mereka jumpa dengan orang soleh, bisikkan gosip-gosip dan percakapan tidak bererti, sehingga percakapan mereka tidak bermakna apa-apa.

"Isi kehidupan mereka dengan keindahan-keindahan semua yang akan membuat mereka tidak ada waktu untuk mengkaji kebesaran ALLAH SWT."

"DAN DENGAN SEGERA MEREKA AKAN MERASA BAHAWA KEBAHAGIAAN, KEKAYAAN, KEBAIKAN/KESIHATAN KELUARGA ADALAH MERUPAKAN HASIL USAHANYA YANG KUAT - DAN BUKAN ATAS IZIN ALLAH SWT."

"PASTI BERHASIL, PASTI BERHASIL."
"RANCANGAN YANG BAGUS."

Iblis, syaitan dan jin kemudian pergi dengan penuh semangat melakukan tugas MEMBUAT MUSLIM MENJADI LEBIH SIBUK, LEBIH KELAM KABUT, DAN SENANG HURA-HURA".

"Dan hanya meninggalkan sedikit saja waktu buat ALLAH SWT sang Pencipta."
"Tidak lagi mempunyai waktu untuk bersilaturahim dan saling mengingatkan akan ALLAH SWT dan RasulNya".

Sekarang pertanyaannya adalah,
"APAKAH RANCANGAN IBLIS INI AKAN BERHASIL???"
"KITALAH YANG MENENTUKAN..!!!"
Sumber

InsyaAllah artikel ini adalah untuk renungan bersama lebih-lebih lagi peringatan yang kuat untuk saya. Mudah-mudahan Allah kurniakan kita semua taufik dan hidayahnya. Hidayah (dapat membezakan baik dan buruk) sahaja tidak cukup untuk berubah. Taufik iaitu pelaksanaan kepada hidayah sangat perlu untuk merubah paradigma dan fikrah kita menjadi lebih jernih kerana Allah insyaAllah!

12 comments:

Princess Solehah said...

betul tu...KITA YANG MENENTUKAN!

* ummi senang sekali dapat baca entry2 yang ummu muhammad tulis...

Adyshariz said...

terima kasih ummu muhammad, nice info to sharing..mmg betul..kebanyakkan brnde yg di tulis, memang kene tepat dgnn diri sendiri..moga bulan ramadhan ini kita d berikan pengampunan dari NYA..insyaAllah

ummu muhammad said...

ummi na & aisha: semoga Allah ampunkan kita semua dlm fasa keampunan ini insyaAllah! ;)

Naziffa said...

sungguh takut jika kita keluar daripada madrasah ini tanpa mendapat apa-apa pun.

ummu muhammad said...

setuju fa..sgt taku akan hilang 'rasa' itu..ya Allah ampunilah kami!

~MAWAR~ said...

ya allah..berdiri bulu roma saya ummu muhammad...begitu teratur sekali perancangan syaitan laknatullah terhadap anak2 adam ini...semoga kita sentiasa dilindungi..dan hanya kita sj yg mampu menentukannya..

pengemis Cinta~ said...

salam akak ummu. perkongsian yang sangat perlu.PC sangat terkesan.

wahai Tuhan yang membolakbalikkan hati kami,tetapkanlah kami didalam agamaMU yakni Islam.amin Ya Rabbal Alamin..astaghfirullahalazim.astaghfirullahalazim.astaghfirullahalazim..

pengemis Cinta~ said...

btw, pemenang contest AKU & 24HOURS l.i.a_d.i.y sudah diumumkan.jom terjah.hehe

ummu Aziz said...

Sesungguhynya, mereka (syaitan) adalah musuh kamu yang nyata!

ummu muhammad said...

PC: akak dah terjah..tahniah aas contest..nanti buat contest lagi heh ;)

ummu aziz: nyata!

ummuabdullahsyaakir said...

Ya Allah..Aku bermohon berlindung dari godaan Syaitan yang DiRejam..

TErima kasih Ummu kongsikan artikel ni,alangkah bagusnya kalau semua saudara seislam di dunia ni sedar dengan rancangan Syaitan.

ummu muhammad said...

ummuabdullahsyaakir..begitulah..andaisemue org tahu..maka itulah tugas dakwah yg berat yang diwariskan Rasulullah utk kita sebarkan agar semua manusia terpandu arah kembali kepada jalan yg lurus..betapa tugas dakwah itu bukn suatu yg ringan ;)