27.8.11

LAGI KONTROVERSI VAKSIN

Entry kali ini insyaAllah berkesinambungan tentang kisah kembalinya Dania Emelda Aqasha kepada Maha Pencipta, puteri kepada Puan Leen yang pernah saya tulis tentangnya di dua entry sebelumnya 1 MINIT SAHAJA dan KITA PASTI MENYUSUL. Sejujurnya, saya sedikit terkilan dengan proses yang arwah adik Nia lalui. Bukan menyalahi takdir namun ada benarnya kata-kata seorang rakan setugas saya, cheD tentang ubat. Menurut cheD, ada seorang pengamal perubatan tradisional yang mengatakan orang sekarang ramai mati kerana terlalu banyak makan ubat seolah-olah ubat-ubatanlah yang menyembuhkan segalanya.

Sakit saya melihat gambar-gambar arwah adik Nia yang disuntik berulangkali untuk diambil darah, diberi makan ubat sehingga tidak mampu lagi untuk memakannya. Tidak cukup itu lagi, kemoterapi yang menyeksa sehingga gugur satu persatu rambutnya. Semua proses yang dilaluinya cukup menyakitkan dan bagi saya, semua proses ini mempercepatkan kematian. Saya juga marah dengan Kementerian Kesihatan yang memandang sepi isu vaksin dan ubat-ubatan seperti yang digesa oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP). Artikel dibawah saya telah membacanya sebelum ini dan Alhamdulillah Allah pertemukan semula sebagai hebahan awam. Sumber asal disini

**************************************************

BATAL PROGRAM VAKSIN TIDAK PERLU, BERPOTENSI BAHAYA
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berulang kali menentang cadangan dan keputusan oleh Kementerian Kesihatan untuk memvaksin semua perempuan berusia 13 tahun di negara ini daripada virus Human papillomavirus (HPV), virus yang disebarkan melalui aktiviti seksual berdasarkan bahawa ia tidak perlu, tidak saintifik dan tidak selamat. Walaupun mendapat bantahan oleh banyak pihak, RM150 juta akan dibelanjakan setiap tahun oleh kerajaan bermula tahun ini untuk vaksinasi HPV terhadap kira-kira 300,000 perempuan di negara ini sebagai perlindungan daripada hanya dua daripada 40 jenis kanser servik yang berbeza yang disebabkan oleh HPV.

HPV dijangkiti melalui hubungan seksual. Sebagai ganti inokulasi terhadap remaja kita terhadap penyakit jangkitan seksual (STD), kerajaan sebagai ganti perlu memberikan tumpuan ke atas pencegahan melalui pendidikan dan agama serta nilai moral terhadap menahan diri daripada melakukan aktiviti seksual. Sebagai penerima vaksin untuk menentang STD, remaja perempuan yang tidak mendapat maklumat yang lengkap boleh mempercayai jaminan keselamatan yang salah bahawa vaksin HPV akan melindungi mereka terhadap penyakit jangkitan seksual lain.

Risiko kanser servik itu sendiri telah dibesar-besarkan. Telah menjadi fakta yang diketahui umum bahawa kira-kira 90 peratus daripada semua jangkitan HPV akan disingkirkan oleh sistem imun dalam tempoh dua tahun. Ini menjadikan vaksin itu sendiri tidak relevan dan tidak diperlukan.

Vaksin itu juga amat kontroversi dengan insiden tindak balas kesan sampingan yang tinggi di seluruh dunia dan 53 dilaporkan mati di Amerika Syarikat sahaja sepertimana yang dilaporkan oleh Vaccine Adverse Events Reporting System (VAERS) daripada Pentadbiran Ubatan dan Makanan (FDA) Amerika Syarikat dan Pusat Kawalan Penyakit (CDC). Keberkesanan dan keselamatan vaksin bahaya dan tidak perlu ini tidak pernah wujud di Malaysia. Ini telah dijelaskan oleh Perunding Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Diane Harper sebagai lebih banyak risiko bagi kesan sampingan dan bahaya kesan sampingan berbanding risiko kanser servik itu sendiri.

Satu atau kedua vaksin HPV yang akan digunakan terhadap anak-anak kita ialah Gardasil oleh Merck dan Cervarix oleh GlaxoSmithkline. Gardasil yang mensasarkan HPV jenis 16 dan 18 penyebab kanser yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Ubat-Ubatan Malaysia (DCA) pada 2006 dan pada 2008 siasatan dibuat terhadap hubungannya dengan lumpuh, sawan dan kematian. Pentadbiran Ubatan dan Makanan (FDA) dan Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) mengetahui mengenai hubungan antara vaksin dan autisme pada 2000. Pada 2008, Gardasil mendapati hubungan pada kadar yang lebih tinggi bagi pitam (syncope) dan keadaan pembekuan darah (venous thromboembolic) dalam kalangan penerima.

Di Amerika Syarikat, venous thromboembolicdinyatakan dalam 56 laporan dan termasuk 19 kes arteri utama paru-paru tersumbat (pulmonary embolism), empat daripadanya membawa kematian. Pada keseluruhannya, 772 keadaan dijelaskan sebagai serius dan termasuk 32 kematian akibat daripada keadaan itu. Sejumlah kecil kes Guillain-Barre Syndrome(GBS) dilaporkan berikutan vaksinasi dengan Gardasil. Masalah lain yang dikaitkan dengan Gardasil adalah sakit kepala, tindak balas hipersensitiviti dan gatal-gatal (urticaria). Pada 2009, Kementerian Kesihatan Sepanyol menggantung penggunaan Gardasil selepas pihak berkuasa kesihatan melaporkan bahawa dua perempuan jatuh sakit selepas menerima suntikan. Sehingga 31 Mei 2010 terdapat 16,140 keadaan kesan sampingan dilaporkan di Amerika Syarikat berikutan vaksinasi oleh Gardasil dalam VAERS.              

Cervarix yang mensasarkan HPV jenis 16 dan 18 penyebab kanser diluluskan oleh DCA pada 2007 tetapi oleh FDA hanya ada 2009. Memandangkan sasarannya hanya dua jenis HPV, pakar terus menyarankan pemeriksaan rutin cervical pad smears malah untuk wanita yang menerima suntikan vaksin. Di England, terdapat kes pening, mual dan malah kematian yang dikaitkan dengan Cervarix.

Sekali lagi kami menggesa Kementerian Kesihatan membatalkan rancangan yang tidak berkesan untuk memastikan anak-anak kita menerima vaksin bahaya dan tidak perlu sepenuhnya. Rakyat akan lebih mendapat manfaat daripada RM150 juta wang cukai mereka untuk digunakan bagi mendidik anak-anak mereka terhadap aktiviti seksual awal sebagai pencegahan terhadap jangkitan HPV. Dengan peruntukan ini oleh pihak kerajaan, kempen untuk ujian HPV dan Pap Smears sebagai prosedur pengesanan awal yang telah terbukti boleh dipertingkatkan sebagai ganti penyelesaian mudah dengan cara menggunakan vaksin. Memandangkan vaksin ini hanya meliputi beberapa jenis HPV berisiko tinggi, para pakar masih menyarankan pemeriksaan Pap Smears secara tetap malah selepas vaksinasi. Ini menunjukkan pemeriksaan itu kekal relevan dan tidak dapat dinafikan merupakan kaedah pencegahan yang lebih baik berbanding vaksinasi.

Pada 2009, kami menyatakan bahawa berhubung vaksinasi HPV, ibu bapa di seluruh dunia kerap disogokkan, dibuli dan diancam supaya memvaksin anak-anak mereka oleh kerajaan dengan niat keuntungan bagi syarikat farmaseutikal. Ini sering dilakukan tanpa menerangkan maklumat dengan tepat kepada ibu bapa berhubung risiko kesan sampingan daripada vaksin atau hak keibubapaan mereka.

Pada November tahun lalu dan Mac tahun ini, dalam pertemuan dengan Kementerian Kesihatan, CAP berulang kali menentang program vaksinasi HPV yang tidak perlu dan berpotensi berbahaya. Baru-baru ini, dalam satu taklimat ringkas yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan di Pulau Pinang berhubung strateginya untuk melancarkan program vaksinasi HPV kebangsaan, kami amat terkejut apabila diberitahu bahawa Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran, hanya memberikan penerangan ringkas kepada guru dan pelajar perempuan berusia 13 tahun berhubung proses vaksinasi dan dalam proses “mengurangkan kebimbangan (kanak-kanak) mereka” mengenai vaksin itu.

Remaja perempuan ini pula kemudiannya diharapkan untuk menjelaskan prose situ secara lengkap kepada ibu bapa mereka untuk membolehkan mereka membuat keputusan untuk menerima atau menolak vaksinasi dengan menandatangani borang kebenaran.

Melihatkan kepada pujian oleh Kementerian Kesihatan terhadap programnya itu, keinginan untuk “mengurangkan kebimbangan” dan ketiadaan penglibatan ibu bapa, jelas menunjukkan Kementerian Kesihatan hanya berminat dalam mempromosikan program itu manakala menutup aspek negatif vaksin kontroversi ini daripada ibu bapa remaja ini. Ia boleh dilihat bahawa ibu bapa sebagai pembuat keputusan utama yang bertanggungjawab untuk menentukan keselamatan dan kesihatan anak-anak mereka berada dalam kegelapan mengenai kontroversi vaksin oleh Kementerian Kesihatan. Ini dengan jelas tidak menghormati hak keibubapaan.

Tugas Kementerian Kesihatan terikat dengan amalan berhubung prinsip mendapat kebenaran terlebih dahulu (Prior Informed Consent [PIC]) dan menjadikannya kepentingan utama, tanggungjawab dan kewajipan terhadap ibu bapa kanak-kanak ini dengan mematuhi hak mereka untuk melaksanakan hak mendapat kebenaran. Mereka mestilah diberitahu bukan hanya proses vaksinasi dan risiko yang melibatkannya tetapi hak untuk mendapat pendidikan terhadap HPV dan kanser servik, pencegahan awal serta pemeriksaan perubatan terhadap jangkitan HPV dan kanser servik.

Jika Kementerian Kesihatan berhasrat untuk meneruskan dengan program vaksinasi ini, kami menggesa mereka supaya mewajibkan semua ibu bapa perempuan berusia 13 tahun di negara ini diberikan maklumat objektif dan komprehensif mengenai tindak balas kesan sampingan dan kematian yang dikaitkan dengan vaksin ini tidak mengira penolakan atau penerimaan mereka. Ibu bapa kemudiannya mestilah digalakkan untuk bertanya dan diberikan maklumat penting yang tidak berat sebelah dalam sesi tanya jawab yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan.

Memandangkan hak mereka untuk mengetahui, adalah jelas juga bahawa mereka juga perlu diberitahu semua aspek negatif vaksin itu termasuk dokumentasi termasuk tindak balas kesan sampingan yang serius malah kematian seperti dilaporkan oleh The Journal of the American Medical Association (JAMA) dan Vaccine Adverse Event Reporting System (VAERS).

Kami sekali lagi mengulangi gesaan supaya Kementerian Kesihatan membatalkan program vaksinasi yang tidak perlu dan berpotensi berbahaya ini. Jika Kementerian Kesihatan berhasrat untuk meneruskan program yang tidak perlu ini di sebalik semua kontroversi dan bahaya yang diketahui menyelubungi vaksin ini dan potensi bahayanya kepada anak-anak kita, kami menggesa Kementerian Kesihatan untuk melibatkan semua ibu bapa kanak-kanak yang akan diberikan vaksinasi, dalam proses membuat keputusan dan memberitahu mereka risiko berkaitan terhadap anak-anak mereka.

Kami juga menggesa Kementerian Kesihatan menyediakan jaminan bertulis kepada semua ibu bapa bahawa dalam kes sebarang kanak-kanak yang menerima vaksinasi mengalami tindak balas kesan sampingan, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran perlu mengambil tangunggjawab dan liabiliti sepenuhnya dan menanggung semua kesan daripadanya.

SM Mohamed Idris,
Presiden
Persatuan Pengguna Pulau Pinang
No. 10, Jalan Masjid Negeri,
11600 Pulau Pinang.
Tel: 04 8299511 Faks: 04 8298109 e-mel: idrismd@tm.net.my
Sumber asal disini.

********************************************************

William M. Daley
Perlantikan William M. Daley pada 6 Januari lalu sebagai Setiausaha Ekonomi Amerika dalam kerajaan Obama sangat memberi tekanan tersirat kepada rakyat Malaysia. Apakah kaitan rakyat Malaysia dengan perlantikan Daley?

Tidak ada kena-mengena tetapi hakikat yang besar dapat dilihat pada perlaksanaan program pemvaksinan percuma HPV kepada rakyat Malaysia. Semenjak pelancaran program vaksin HPV percuma itu ramai pihak yang membantah khususnya Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

Semua pihak sedia maklum (pihak2 yang mahu berfikir) bahawasanya vaksin Gardasil yang dibeli Kementerian Kesihatan amat diragui akan kandungannya. Malah program pemvaksinan percuma itu juga diragui kerana dibuat dalam keadaan tergesa-gesa tanpa mempertimbangkan pandangan masyarakat.

Gardasil (vaksin HPV) yang diberikan kepada pelajar-pelajar perempuan Malaysia jika di luar negara, pastinya menghadapi tekanan hebat dari masyarakat antarabangsa. Syarikat pengeluar Gardasil pula sentiasa menghadapi saman berjuta-juta oleh rakyat kerana menyebabkan kematian.

Tetapi bila terlantiknya William M. Daley, ia terbukti rungutan rakyat Malaysia tidak akan dipedulikan oleh kementerian kerana Daley adalah ahli lembaga pengarah syarikat Meck & Co. iaitu pengeluar vaksin Gardasil yang diimport kementerian kesihatan.

Keadaan ini memungkinkan wujud dua pilihan untuk kerajaan iaitu:
1. Sama ada mengutamakan aduan rakyat tentang bahaya Gardasil
2. Atau mengutamakan hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika.

Sekiranya kerajaan membatalkan serta-merta vaksin HPV keluaran Merck & Co., ia secara tidak langsung telah menarik perhatian William M. Daley sebagai setiausaha kerajaan Obama. Kemungkinan usaha kerajaan Malaysia untuk mendapat perhatian Amerika mungkin terjejas. Selain itu, Perdana Menteri juga perlu menjawab berkenaan punca pembatalan tersebut jika ditanya oleh Daley.

Jika kerajaan berani memutuskan pembelian Gardasil dan memilih vaksin lain, hanya ada satu jenis vaksin lagi yang dikeluarkan iaitu Cerverix, itu pun keluaran GlaxoSmithKline (GSK) syarikat pengeluar vaksin H1N1 yang penuh kontroversi.

Ringkasnya, jika kerajaan memilih pilihan (1) maka hubungan baik dengan kabinet Obama mungkin sedikit terjejas dan kerajaan perlu menjaga hubungan ini. Keduanya, jika kerajaan memilih pilihan ke-2 maka secara automatiknya, kerajaan telah membelakangkan slogan yang dicanang-canangkan di seluruh Malaysia.

Berikut ialah kesan-kesan sampingan akibat Gardasil yang tidak didedahkan Kementerian Kesihatan
1. Guillain-Barre Syndrome
2. Thromboembolic Events
3. Amyotrophic Lateral Sclerosis
4. Seizures and/or Epilepsy
5. Paralysis
6. Severe Allergic Reactions
Sumber asal disini.

Alhamdulillah dan tahniah kepada yang membaca sehingga akhirnya. Mudah-mudahan isu vaksin dan ubat-ubatan ini dipandang berat oleh setiap ibu bapa. Kita memang terlalu disogokkan dengan doktrin 'kalau sakit makan ubat nanti baik' sehingga ianya sebati dalam diri kita. Jangan mudah untuk mempercayai segala yang dibawa oleh yahudi dan nasara laknatullah. Apapun segalanya ditangan kita. Semoga kita sebagai ibu bapa menjadi lebih sensitif tentang perihal anak-anak kita. Kasihanilah mereka. Jangan hukum mereka asbab kealpaan dan kelalaian kita. Wallahua'lam.

8 comments:

As-Salahuddin Smart Tahfiz School said...

my parents baru2 ini mendesak agar Ahmad disuntik setelah baru tahu Ahmad tidak lagi ke klinik utk disuntik dan kebetulan Ahmad tengah demam selsema. Mrk sangka Ahmad demam sbb tidak disuntik imunisasi/vaksin itu dan boleh akibatkan pelbagai penyakit jika tidak disuntik!

Lebih provokasi,bila mrk kata tengok kalian 6 beradik tiada apa sakit pun,suntikan semua lengkap. Waima demam campak pun takde tinggal bekas. Ini kalau Ahmad kena campak pasti tinggal kesan/bekas!

The question is: how do i provoked them back when the words that always come from their mouths are like this : "korang kena suntik complete pun takde pape kesan n sakit pun?" Poor them..they don't know ini adalah kesan jangka panjang. Maybe tak sakit skrg tapi akan datang? Nau'zubillah...

Saya hanya menjawab, budak tidak sakit teruk pun, selsema adalah perkara biasa. Biarkan sistem imun badan dia yang bekerja tindak balas serang penyakit..that's how the antibodi works..kita sendiri tak tahu pun apa kandungan vaksin tu..

Sedih T__________T

p/s: my younger sister already taken the HPV vaccine........ =(

FADLUL & FIFAH said...

susah kn bla berdepan dengan parents..tambah pulak kalau bercanggah pendapat..ckp lebih kang dosa pulak..mmg serba salah..

PROFESSIONAL CHEFF said...

Khas untuk Ummu Ahmad.
Saya ada menceritakan bahaya vaksin ini kepada seorang saudara mara. Hasilnya dia menyuruh anaknya memberhentikan poses cucuk yang seterusnya ke atas cucunya. Parents sicucu ini memang tak ada ilmu pasal bahaya vaksin, tentu bengang dan marah. Nak suruh baca article on vaksin, mereka tak berminat. Untuk tenangkan suasana saya print article pasal vaksin banyak-banyak terutamanya dalam versi bahasa Inggeris(biasalah orang lebih memandang hebat kalau mat salleh yang tulis article dan menceritakan pengalaman mereka). Saya edarkan kepada ahli keluarga dan sanak saudara termasuklah parents ni...Alhamdulillah...isu itu dah tak timbul lagi.

Ramai kanak-kanak yang divaksinkan pun sakit teruk. Dalam kes mereka ini, orang tak pertikaikan pula mungkin disebabkan vaksinlah mereka sakit teruk. Peringkat awal, memang kita akan hadapi tekanan tapi bila makin ramai yang sedar akan keburukan vaksin, mereka akan berterima kasih pula kerana memberi info berguna kepada mereka. Biasalah...kebenaran pasti dapat tentangan tapi kebenaran pasti akan menang walaupun tarpaksa mengambil masa yang lama.

Anonymous said...

nak mintak izin post link entry ni kat wall facebook saye ye! hehe.

alhamdulillah da ade beberape kwn sy stop vaksin kan ank dorg lepas sy crite bnde2 ni termasuk adik sy!

tp ade jgk yg buat derk je. siap ngabehkan ribu2 lg bagi vaksin tmbhn utk ank dorang.haish..

@LeenShamsh said...

anon: silekan...mudah2an kite same2 tergolong dalam golongan yang sntiasa yg mengkaji dan Allah tolong ;) haiisshhh! ;P

Anonymous said...

thanks ummu muhammad..;) da post siap2 pon br mintak izin. sy mmg tgh buat research pasal vaccine ni.tp lam tenet jela.upenyer mmg byk scientific journal paper yg mmg terang2 dedahkan keburukan vaksin ni.

yg sedihnyer, pagi tadi dengar radio hot.fm,siap buat iklan kempen suh mak bapak sign kbenaran bagi ank dorang divaksinkan ng HPV. haishhh lg skali.hehe.

sorila sy pkai anon je.sbnrnyer name sy siti hajar.panggil aja pon xpe. da lame jadi silent reader blog awk ni.heee. kwn sy yg introduce blog ni kt sy.katenyer blog kwn sekola menengah die. kwn sy tu name die khairunnnisa hamdan.hehe.

lagi satu, ni sy nak share link psl vaksin
http://vactruth.com/
pon byk artikel, video, psl kebenaran vaksin.

p/s:tak approve komen sy ni pon xpe..;) nk pm xtau plk kt mn. bedal kat komen blog entry je la..hee

anything ni email sy sitihajar.abdrahman@gmail.com

<3 ukhwah fillah ;)

@LeenShamsh said...

ya Allah kawn nisa rupenye..nisa pun baru bersalin 9.9 ari tu saing kakak kite..bukan kawan sek men tapi sejak zaman kanak2 lagi..sekolah rendah..tak saba nk jenguk babu gurl nisa..

haja buat ma ape? research ape? same tak dgn nisa? harap sgt hajar boleh continue samapi buat journal berkenaan vaccine nih..

insyaAllah sempat nanti nk go through artikel tuh. ukhuwwah fillah! haiiisshh!! ;D

Anonymous said...

saye amik master in packaging eng. xder kaitan pon ng vaksin ni..hihi.kalo la bole buat review article pasal vaksin pastu publish kn.tp ilmu saye pasal vaksin ni sgtla teramat sikit sgt3.nk kene study lg dan lg..dan lg..heee