22.8.11

1 MINIT SAHAJA

Saya terkesima sebentar ketika membaca kisah adik Dania Emelda di blog Puan IntanBerlian. Selalu kita rasa ujian yang melanda kita sudah cukup berat namun berat lagi tanggungngan Puan Leen. Anaknya menghidapi penyakit leukimia. Saya tersentak melihat Nia yang dulu berbanding dengan Nia yang sekarang. Amat jauh berbeza akibat kesan kemoterapi dan ubat pada sangkaan saya. Sakit sungguh saya melihat Nia menelan ubat-ubatan yang terlalu banyak. Semoga Allah bukakan hati Puan Leen untuk mencari penawar dengan menggunakan kaedah alternatif sebagai ganti ubat-ubatan yang pelbagai.

Nia dahulu.

Nia sekarang.

kawan2.......
aku x akan minta duit......
tapi, hanya 1 minit selepas solat anda.....tolonglah doakan anak ku ini, Dania Emelda Aqasha dupaya dia dapat melawan penyakitnnya, supata dia kuat semangat......dan kuatkan semangat ku juga utk menempuh segala cabaran ini........1minit je!!!

Hanya satu minit pinta Puan Leen untuk mendoakan anaknya selepas solat yang sedang bertarung dengan maut ketika ini. Mudah-mudahan Allah makbulkan doa-doa kita dengan berkat Ramadhan lebih-lebih lagi andai Allah izinkan kita bertemu malam yang kita sama-sama nantikan iaitu lailatul qadr. Semoga adik Nia kembali sihat dan ibu Nia kembali ceria. Kami di Bayt Al-Iman mendoakan yang terbaik untuk Nia disisi Allah. Mari kawan-kawan kita panjang-panjangkan kisah adik Dania Emelda untuk sama-sama mengumpul doa-doa orang-orang lain yang kita sendiri tidak tahu, doa siapakah yang diangkat dan diterima disisi Allah. Boleh terus ke blog Puan Leen disini insyaAllah!

10 comments:

As-Salahuddin Smart Tahfiz School said...

Innalillahiwainnailahirrajiun...nia dah pergi kepadaNYA ptg tadi...al-fatihah. nia sudah berada di Jannah sekarang ini.

Dyan Mustakip Lee said...

innalillahwainailahirojiun.. da meninggal adik dania ni kak.. lps baca blog akak ni dyan terus click blog pn Leen tu tau2 da meninggal...sedih..

FADLUL & FIFAH said...

masyaallah...sayu hati..

myamyza said...

tadi masa kite baca pun mengalir air mate, bengkak habis badannya,
kesian betul...

Z said...

innalillah..semoga nia menjadi penyelamat ibunya di akhirat kelak!takziah buat puan leen..

Ibu Yusuf Maryam said...

Kak zefa baru baca tentang ini.. dan tentang pemergiannya.. mudah2han dia tenang di sana.. janji Allah adalah yang terbaik.. takziah buat ibunya..

Anonymous said...

Innalillahiwainnailaihirajiun..tenanglah adik Nia disyurga sana..takziah buat pn leen..ujian berat untuk seorang ibu, tapi perlu redha dengan ketetapan yang esa..

esfa said...

innalillah hi wainna ilaihiraajiuun...baru terbaca post ummu muhammad, dapat tahu nia dah kembali ke rahmatullah

Unknown said...

huda ada baca semalam kat blog tu. nia dh kembali kepada pencipta Nya. moga famili nia tabah hadapi kesukaran ini.

@LeenShamsh said...

innalillah..kdg2 saya fikir kesan ubat asbab nia pergi seawal ini..bayangkanlah tubuh sekecil itu disuntik dan terus disuntik untuk mengesan sakitnya..ubat terus dimakan sampai tak mampu lagi ditelan..kesan kemo rambut gugur satu persatu..terbayang difikiran saya andai dibiarkn sahja nia melalui saat akhir hidupnya tanpa ubat, tnpa kemo..mungkin dia tidak sederita itu dgn urat wayar berselirat..

ya Allah kenapalah kementerian kesihatan pejam mata sahaja isu ini!