Allah mentakdirkan ibu bernikah diusia muda semasa berada di tahun 3 semester 6. Ada tinggal baki setahun, 2 semester untuk menghabiskan pengajian ibu. Ayah lebih tua 6 tahun berbanding ibu dan sudah bekerja selama lebih 5 tahun, tiga tahun lebih di Sabah dan selebihnya di Ampang dan menyambung semula pengajian sepenuh masa di tempat ibu belajar selama setahun sebelum melanjutkan baki 2 tahun disebuah Universiti dekat Gombak. Sesungguhnya rancangan Allah cantik tersusun. Allah gerakkan ayah menyambung belajar untuk bertemu jodoh dengan ibu ketika setahun menyambung belajar ditempat ibu belajar.
Segalanya berlaku terlalu pantas asbab percayanya kami tiada cinta sebelum nikah menyebabkan segala urusan begitu pantas selepas ayah bertemu nenek. Keyakinan merisik sumber-sumber yang dipercayai dan istiqorah berkali-kali menyakinkan ibu untuk bernikah semasa belajar. Ayah Muhammad adalah seorang yang soleh walaupun kami berlainan fikrah. Tarbiyyah Allah pula hadir ketika urusan walimah ibu semakin hampir.
Fikrah ibu dan ayah berbeza. Fikrah ibu lebih kepada ketenteraan untuk bertempur dimedan dakwah hari ini yang mana memerlukan pergerakkan yang bukan sedikit. Tarbiyyah mengajar ibu supaya menarik seberapa banyak saudara-saudara muslimah untuk sama-sama mengikis segala karat-karat jahiliyyah dan untuk faham tujuan penciptaan manusia di dalam halaqah dalam proses pembaikkan individu muslim dan jalan ini bukan mudah. Bukan mudah untuk menarik saudara-saudara muslimah ibu dari kebiasaan mereka selama ini. Dugaan dan ujian silih berganti tanpa jemu. Begitu juga perjalanan tarbiyyah ibu juga ada pasang dan surutnya. Mudah-mudahan ibu thabat dengan fikrah ini. Berbeza dengan ayah yang fikrahnya lebih kepada muslimah itu perlu menghadkan pergerakkan. Walau apapun, semuanya pasti terkandung hikmah yang bukan sedikit. Ibu positif dengan pilihan Allah berdasarkan jawapan istikhorah ibu yang bukan sekali tetapi berkali-kali.
Ibu bersyukur kerana ayah tetap menyokong fikrah ibu dan memberi keizinan untuk terus berhalaqah malah ramai di antara ahli keluarga kecil kami adalah rakan setugas ayah. InsyaAllah muslim yang baik akan sentiasa berdamping dengan orang-orang yang soleh. Setiap dari kita yang faham insyaAllah mempunyai matlamat yang sama iaitu semata-mata untuk mencari redho Allah walau jalan apa sekalipun pilihan kita. Ibu teringat kata-kata seorang akhowat semasa menghadiri satu program, buat sahaja kerja kita tidak kiralah kepercayaan dengan fikrah jemaah mana sekalipun, asalkan jangan jemaah dadah dan couple. Ada yang percaya dengan fikrah tabligh, ada yang percaya fikrah politik, ada yang percaya fikrah helwan dan apa yang terpenting kita 'bekerja' untuk sama-sama mencari redho Allah. Mudah-mudahan Allah tautkan hati-hati kita asbab bersangka baik dengan jemaah-jemaah lain.
Keterbatasan ibu insyaAllah Allah ganti dengan menyeru melalui menulis diblog. Walaupun tidak mungkin berkesan sebagaimana dakwah fardhiyyah, namun mudah-mudahan Allah sentuh hati-hati orang yang membaca tulisan ibu dan Allah lorongkan mereka dengan taufik asbab hidayah tadi. Mungkin Allah izinkan ibu menyebarkan keindahan hidup beragama melalui pembentukkan modal unggul anak-anak hebat untuk persediaan rijal dakwah dimasa mereka insyaAllah. Mudah-mudahan ibu-ibu seangkatan ibu faham saluran yang bagaimanakah kita perlu mendidik anak-anak dengan aqidah yang mantap. Kalau kita jahil, jangan rela membiarkan anak-anak kita mewarisi kejahilan kita.
Walaupun fikrah berbeza namun ibu dan ayah punya cita yang sama dalam merealisasikan sebuah baitul muslim yang diredhoi Allah. Apabila sudah hidup bersama, rupa-rupanya banyak yang ibu dan ayah sekufu sebenarnya. Ibu dan ayah masing-masing 'dagang' diantara adik-beradik kami. InsyaAllah asbab kedagangan ini, kami berazam yang baitul muslim kami juga mesti 'dagang' sesuai dengan islam yang semakin 'dagang' diakhir zaman kini. Mengamalkan hidup beragama diakhir zaman umpama menggenggam bara api seperti sabda Rasulullah SAW, Islam bermula dengan keadaan dagang dan ia akan kembali asing. Maka beruntunglah orang-orang yang asing. (HR Muslim).
10 comments:
Ummu Muhammad, ibu muda yg hebat! Akakni ibu yg dah x berapa muda dah, tp tak la tua lagi.. hehe.. :D
kak lin...sweetnya cte ni..huhu.. sdg menanti episod 2..=)
Salam sejahtera.
Gandingan Abu Muhammad dan Ummu Muhammad sangat cantik sekali. Beruntung Muhammad kerana akan mewarisi kedua-dua tarbiyah yang telah di adun menjadi satu kelainan yang lebih baik. Memang betul kata-kata bahawa tidak kiralah kepercayaan dengan fikrah jemaah mana sekalipun, asalkan jangan jemaan dadah dan couple. Lagi jauh kita berjalan, lagi kita akan berjumpa dengan fikrah yang terbaik untuk diri kita mengenal Allah dan berjuang untuk kebenaran. Ada jemaah yang lebih mirip pada ketenteraan, ada jemaah yang berpendapat muslimah itu lebih baik berjuang dibelakang tabir dalam suasana rumah tangga, ada jemaah yang hidupnya sangat zuhud dan mengamalkan kehidupan wali-wali zaman dulu dan tak kurang juga yang pilih untuk masuk ke medan orang ramai, bergaul dengan semua golongan termasuk yang bukan Islam tapi mempunyai missi untuk manusia lain beroleh kebenaran. Malah lagi jauh kita berjalan ke atas muka bumi ini, kita akan berjumpa dengan berbagai-bagai cara yang sangat asing kepada kita tapi semua penghayatan adalah satu iaitu menuju Allah dan kebenaran. Bagi mereka yang ditakdirkan merasa hidup dalam berbagai-bagai jemaah, mereka akan dapat rasa keindahan yang berbeza dalam setiap jemaah dan sukar untuk mengatakan yang mana terbaik. Yang paling sesuai dengan diri merekalah yang paling terbaik untuk mereka. Wallahualam.
kak zefa: hehe..kite same2 hebat kak kerana dilahirkan dlm agama yg hebat! ;)
dayah: bukan saje sweet malah masam, masin, sume ade hehe..
FCU: insyaAllah..mudah2an gabungan yg baik..biarlah muhammad menuntut seperti ape yg ayah rangkakan dgn izin Allah insyaAllah dan saya tetap mahu dia berada di dalah tarbiyyah dan dakwah..bertemu jodoh juga dgn kaedah protokol yg lebih mulia..mudah2an keturunannya hebat dalam mengamalkan gaya hidup beragama insyaAllah..doakan kami ;)
lin..napa tak ckp awal2 knl fadlul??huhu
rakn seangkatan..ingt tau dah.. ;D
kak linnnn:) sweeeettsournyaaaa.. eheh
alhamdulillah..sungguh manis kak..semoga kebahagiaan diatas Cintanya berkekalan.insyaAllah..
berbalik kepada isu 'dagang', pc pun lebih kepada 'dagang' dalam keluarga.doakn pc kuat ea kak..
Kisah benar ke ni? Atau cerpen? Huhu...
mcm cerpen ke? kisah kami insyaAllah ;)
Post a Comment