21.8.11

EPISOD 2: TV BUKAN KEPERLUAN

Muhammad hebat yang diredhoi Allah dan Rasul!
Ayah dan ibu sekufu dari segi kedegilan. Alhamdulillah Allah kurniakan kedegilan itu kearah kebaikan. Asbab degilnya kami, Alhamdulillah ibu dan ayah dapat berjuang di dalam sebuah keluarga yang bukan islami. Cara hidup kami sedikit berbeza. Ibu dibesarkan dikawasan taman dan sedikit bandar. Berbeza dengan ayah yang memang membesar dikawasan perkampungan. Suasana kampung ayah sangat baik kerana terdapat seorang Tok Guru yang mewakafkan kehidupannya disana dan menghidupkan kampung ayah dengan roh islami. Tok Guru sangat hebat walaupun ibu baru sahaja mengenalinya setelah bernikah dengan ayah.

Alhamdulillah, ayah banyak dipengaruhi oleh didikan dan cara hidup Tok Guru. Ayah pun tidak ingat kali terakhir dia solat fardhu dirumah. Jika dia tidak silap, semasa berumur 10 tahun, ayah sudah berjemaah dimasjid. Ibu yakin dan pasti kerana sepanjang ibu hidup bersama ayah, tidak pernah walau sekali ayah solat fardhu dirumah. Hanya solat sunat sahaja. Salah satu tarikan keyakinan ibu untuk menerima pinangan ayah suatu ketika dahulu adalah kerana ayah orang lelaki yang pergi solat berjemaah, menghidupkan rumah-rumah Allah.

وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ بِحَطَبٍ فَيُحْطَبَ ثُمَّ آمُرَ بِالصَّلَاةِ فَيُؤَذَّنَ لَهَا ثُمَّ آمُرَ رَجُلًا فَيَؤُمَّ النَّاسَ ثُمَّ أُخَالِفَ إِلَى رِجَالٍ فَأُحَرِّقَ عَلَيْهِمْ بُيُوتَهُمْ
Demi zat yang jiwaku ada di tanganNya, sungguh aku bertekad meminta dikumpulkan kayu api, lalu dikeringkan (agar mudah dijadikan kayu api). Kemudian aku perintahkan solat, lalu ada yang melaungkan azan. Kemudian aku perintahkan seseorang untuk mengimami solat dan aku tidak berjemaah untuk menemui orang-orang (lelaki yang tidak berjemaah). Lalu aku bakar rumah-rumah mereka.[ Sahih al-Bukhari: 608 dan Sahih Muslim: 1041] Sumber disini.

مَا مِنْ ثَلَاثَةٍ فِي قَرْيَةٍ وَلَا بَدْوٍ لَا تُقَامُ فِيهِمْ الصَّلَاةُ إِلَّا قَدْ اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمْ الشَّيْطَانُ فَعَلَيْكُمْ بِالْجَمَاعَةِ فَإِنَّمَا يَأْكُلُ الذِّئْبُ الْقَاصِيَةَ
Tidaklah tiga orang di dalam satu kampung atau kawasan pedalaman, dan mereka tidak pula mendirikan solat melainkan Syaitan akan menguasainya. Berjemaahlah kalian. Ini kerana serigala hanya memakan kambing yang sendirian. [Sunan Abu Daud: 460, Sunan an-Nasaie: 738 dan Musnad Ahmad: 26242] Sumber disini.

Maqasid SyariahPenulis buku Maqasid Syariah iaitu Ustaz Wan Mohd Nasie Bin Wan Abd Wahab Al-Madani Al-Azhari adalah rakan sepermainan ayah yang  merupakan anak Tok Guru dikampung ayah. Manusia hebat ini mula mempelajari ilmu agama daripada bapanya sendiri Tok Guru Haji Wahab bin Haji Ismail hafizahullah. Jadi, sedikit sebanyak ayah menerima resapan himmah yang baik daripada Tok Guru. Tok Guru seorang yang tegas dan sangat pantang dengan TV. Alhamdulillah kesemuanya anak-anaknya 'menjadi' dengan akhlak dan alim dalam beragama. Kesannya, sehingga saat ini Bayt Al-Iman tidak mempunyai TV.

Polisi pertama diawal pernikahan kami, TV adalah diharamkan di Bayt Al-Iman. Ayah dan ibu mengambil keputusan tidak mahu TV adalah kerana kami sendiri. Kami takut kami tidak mampu mengawalnya dengan baik. Mahu mengatakan yang TV tidak baik seratus peratus tidak boleh juga. Ada seorang ustaz mualaf mendapat hidayah melalui TV. Diceritakan suatu hari dia tertukar siaran forum agama dan apabila mahu menukarnya kepada siaran lain, remote TV tidak dapat berfungsi. Akhirnya, Allah berikan dia taufik dan hidayah asbab TV. Namun, dalam kes kita, ibu dan ayah tidak suka dengan pelbagai rancangan yang pelbagai juga kartun yang banyak pengaruhnya kepada anak-anak kecil.

Alhamdulillah Allah pertemukan ibu dan ayah dengan jawapan yang lebih konkrit kenapa kami tidak perlukan TV di Bayt Al-Iman. Kebanyakkan kartun-kartun seperti Disney, Pokemon dan hampir keseluruhannya ada kaitan dengan rejim zionis. TV merupakan senjatanya untuk melumpuhkan ummat islam. TV ini bukan sahaja mampu melekakan namun ianya turut membawa mesej negatif melalui siaran kartun-kartun yang pelbagai. Rakaman video dibawah ini dan banyak video lain lagi, ibu dan ayah jumpa sejak setahun yang lepas. Rakaman pendek menceritakan bagaimana kartun yang banyak disiarkan di TV dilukis.


Lihat! Betapa liciknya konspirasi mata satu membuat sesuatu. Setiap yang datangnya dari laknatullah ini memang orang islam perlu mengkajinya sedalam-dalamnya. Walaupun kartun nampak begitu remeh dimata kita, namun ianya tidak bagi mereka. Ransangan seksual melalui kartun menjadi punca kenapa kanak-kanak hari ini begitu 'cepat' memahami hakikat perbezaan lelaki dan perempuan. Inilah yang dinamakan racun yang sentiasa menular namun tidak mudah dikesan dengan pandangan mata.

Lihat kedudukan patung tersebut? Mengapakah ianya direka sedemikian? Sumber disini.

Bukan mudah sebenarnya mahu perjuangkan nilai sebuah TV. Pelbagai respon yang kebanyakkan negatif insyaAllah tidak menjadi kudis buat kami. Ibu juga bukan seorang 'kaki TV' sejak azali dan tidak mengapa tiada TV sekalipun. Ianya mendapat seokongan mantap daripada ayah selepas menikah menjadikan kami sepakat untuk sama-sama mentiadakan TV di Bayt Al-Iman. Alhamdulillah mudah-mudahan usaha ini membuahkan hasil yang cukup lumayan disisi Allah.

Walaupun kita tidak ada TV, ianya bukan bermakna kita lebih mulia daripada orang lain. Bagi ibu dan ayah, TV merupakan perkara besar yang penting dalam rangka pembesaran mujahid-mujahiddah yang bakal lahir dari Bayt Al-Iman. Demi menjaga hati-hati ayah, ibu, Muhammad dan insyaAllah adik-adik, TV akan sentiasa haram di Bayt Al-Iman. InsyaAllah, ibu dan ayah akan sediakan alternatif hiburan mendidik jiwa untuk Muhammad dan adik-adik. Semoga Allah memberi kekuatan untuk ibu dan ayah untuk terus istiqomah menuju Allah dan Rasul.

7 comments:

Khairull-Dean said...

thanks 4 sharing.. sebenarnyer benda yang melalaikan diri kita menjadi haram kepada kita umat islam. Dan sesuatu yang byk keburukan dr kebaikan adalah tidak elok sama sekali.. TQ... Islam itu indah..:)

FADLUL & FIFAH said...

mmg..tv ni sgtlah byk mudharatnya..tp kt rumah dah ter ada tv..huhu

Unknown said...

setuju sangat. Alhamdulillah, huda tengok husna macam tak berminat langsung nak layan kartun kecuali upin ipin. cerita drama dia layan pulak, lg kalau cerita tu sedih, dia leh tengok tanpa berkelip, paham ke idaknye :) kami baru pasang astro bile pindah manjung tu pun sbb coverage x bagus kat sini, channel bnyk x dpt. bile ade astro, husna selalu request tgk zikr, ummi bukak zikr. tak kirela padahal time tu dah pukul 11malam. adeh nak oi, mana de zikr time tu. time nak solat je dia kuar kat astro oasis. heheh..kami x pasang pun channel kartun, amik basic je :) hubby huda pun jenis suka jemaah surau kecuali kalau dia tersangat letih, baru dia x p. keje engineer mcm dia bnyk duk kat site. tp kat stesen, dia mesti jemaah dgn sume team mate.

@LeenShamsh said...

khairull dean: islam itu hebat!

fifah: takpe pandai2 kawal ;)

huda: alhamdulillah! insyaAllah akan lahirlah bakal imam muda lukman..bagus abi! ;)

@LeenShamsh said...

noen: zikir tu pun buat Muhammad terdiam nk melihat tanpa ganjak bile dirumah nenek..nampak terapi zikir nikan noen..mudah2an budak2 ni membesar dekat dgn Allah insyaAllah!

Islam itu mudah said...

Tapi kita kena didik anak-anak mengikut peredaran zamannya....jangan ingat tv tu hanya ada kejahatan sahaja,kalau kita pandai gunakan,ianya akan menjadi sesuatu yang baik....
apa2 benda di dunia ini kalau kita pandai olah/gunakan ianya akan menjurus kepada kebaikan...begitu juga dengan internet,banyak juga keburukannya....tetapi kenapa kita masih lagi menggunakannya? sama je...terpulang pada individu.
cuma satu nasihat saya,ditakuti anak itu nanti apabila membesar...akan mengalami satu kejutan budaya yang amat sangat dengan dunia luar/yang nyata...
wallahualam...

@LeenShamsh said...

terime kasih atas nasihat puan..bukan takde TV tak bermakne memang kami kunci mate sampai tak tgk langsung..kat mane2 pun ade TV..dirumah nenek, dirumah pengasuh,kedai sumenye ade TV dimane saje..biarlah rumah kami tida tv pun..sekurang2nye internet masih boleh dikawal..simpan modem die ke.. ;)

seperkare lagi mengikut pengalaman saye sendiri..saye akan leke dgn sendirinye dgn drama2 sehinggakan Allah timpakan tazkirahnya sampai saye tak boleh nak bangun malam..selalunye kalau saye tgk tv tanpe perasaan bersalah, syaitan akan kencing ke dlam telinge saye supaye tak boleh nak tahajjud..mujur tersedar semasa azan subuh..

benar pendapat puan, semuanya perlu kawalan. pada kami sendiri, kami tak dpat kawal. kami tidak cukup kuat untuk mengadakan tv. biarkan tiade daripada ade.

memang kami selalu disindir dgn zuhud..anak akan jakun sebab mcm tak pernah tgk tv tapi hakikatnye setakat hari ini, dimana2 saje ade tv..alhamdulillah tidak pula saya lihat ank saye semacam terkene kejutan kerana tv is everywhere ;)