23.8.11

KITA PASTI MENYUSUL

Innalillahi wa innailaihirojiun. Akhirnya janji seorang Dania Emelda Aqasha sampai juga petang semalam. Saya terkejut ketika membaca mesej kawan-kawan diruangan komen sebelum di siarkan semalam. Rupanya janji Allah telah sampai untuk adik Nia. Bermakna ketika saya menaip entry 1 MINIT SAHAJA semalam, adik Nia telah selamat kembali kepada Allah. Itu janji Nia dengan Allah semasa di alam roh. Kita? Apa yang pasti kita pasti menyusul Nia. Bila? Mungkin saat ini, mungkin sebentar lagi, mungkin hujung tahun, semua kemungkinan itu mungkin dan  tidak mustahil kerana mati itu tidak akan dipercepatkan atau dilewatkan walau sesaat. Nia dengan yakin dan pasti kita semua tahu tempatnya dimana, dan kita? Sudah bersediakan untuk bertemu Allah bila-bila masa?

Lemah seluruh urat saraf andai teringatkan kematian. Hari ini, saya dikejutkan dengan berita kematian bapa anak murid saya akibat semput. Saya sempat menziarahi keluarga mendiang bersama rakan-rakan setugas sebelum pulang. Hati saya diruntun hiba untuk sekalian kali laginya kerana semua orang islam tahu apakah tempat selayaknya dia DISANA. Cara mayat dimandikan cukup memilukan. Inilah beza hidup beraqidah dan hidup beragama. Allah mengajar hambaNya untuk ehsan dan malu walaupun sudah tidak bernyawa. Mayat wanita, wanita juga yang selayaknya memandikan. Begitu juga sebaliknya. Cara dimandikan juga penuh kerahsiaan demi menjaga aib (aurat) si mayat. Terbayang-bayang difikiran saya, bagaimanakah rupa kayu api neraka yang terletak dilapisan paling bawah sekali. Nauzubillah! Moga kita semua dijauhkan untuk berbuat syirik kepada Allah yang boleh mengundang tersasar aqidah kita.

Mudah-mudahan kita semua kembali kepada Allah dalam keadaan aqidah dan hati yang sejahtera. Ya Allah kurniakan aku mati dalam kemuliaan semulia insan hebat ini. Amin!

8 comments:

Ibu Yusuf Maryam said...

Allahu akbar! Allahu akbar!! Moga2 kita kembali kepadaNya dalam iman..

IntaNBerliaN said...

Semoga leen tabah hadapi dugaan ni..

IntaNBerliaN said...

Ya Allah.. ummu muhammad.. saya memang terkejut sangat ni.. saya baru dapat hadiah dari ummu muhammad..

tak sangka pulak.. Alisha ada rezeki untuk dapat flash card tu.. ya Allah.. terharu nya saya..

tak tahu nak cakap apa.. TERIMA KASIH SANGAT2... Semoga Tuhan membalas jasa ummu muhammad ni..

kayzie said...

org pun agak lmbat tau cerita sal arwah..moga tabah keluarganya dengan dugaan itu. ALLAH tau yg terbaik utk arwah dan keluarganya..insyaALLAH..

kayzie said...

org pun agak lmbat tau cerita sal arwah..moga tabah keluarganya dengan dugaan itu. ALLAH tau yg terbaik utk arwah dan keluarganya..insyaALLAH..

Cik Sue said...

Assalam Ummu...
InsyahAllah CS akan doakan utk NIA..apalah sangat dgn 1 minit jika hendak dibandingkan dengan kesihatan Nia...semoga ALLAH sentiasa merahmati NIA...

ummuabdullahsyaakir said...

ASelalu terfikir apa pengakhiran hidup?moga termasuk dlm Husnul Khotimah.Iman kita ni mudah saja Allah bolak balikkan...

@LeenShamsh said...

kak zefa: mudah2an Allah tetapkan iman kita sehingga kembali bertemuNya

intan: alhamdulillah rezeki ulangtahun pertama alisha ;)

kayzie: amin..memang sgt tersentuh bace blog puan leen tu

CS: Nia dah sampai janji die. arwah pasti behagia disana ;)

ummuabdullahsyaakir: betul..mudah2an ALlah sentiasa memberi taufik dan hidayah kepada kita semua insyaAllah ;)