27.12.13

ANTIBIOTIK ALAMI

Entry lama tertangguh ;). Setiap orang ada ujian masing-masing. Ujian adalah tanda kasih sayang Allah. Untuk pengamal sunnah dan natural remedies, kadangkala Allah datangkan kita ujian berupa rezeki sakit untuk menguji tahap keberantungan kita kepadaNya dan kepercayaan kita terhadap ubat-ubatan sunnah yang jelas diterangkan di dalam Al-Quran punya khasiat dan kerahsiaan disisi Allah tetapi sengaja dijauhkan daripada ummat Islam umumnya berabad lamanya. Wallaua'lam.

Seingat saya, tahun ini adalah tahun paling banyak kami sekeluarga dikurniakan rezeki sakit. Demam silih berganti daripada anak-anak sehinggakan kepada ayahanda anak-anak saya. Semuanya selepas kami hijrah hampir 360 darjah daripada keperluan asas masakan seperti bertukar secara total kepada gula perang atau brown sugar, garam bukit atau laut berwarna pink, tepung bebas peluntur dan segala jenis vitamin dan ayam kampung atau ayam organik.

Namun, inshaAllah saya percaya ianya adalah proses pemulihan dan penyingkiran toksid dalam badan atau kita panggil 'detox' :D. Hikmah disebalik kurniaan sakit. Allah bagi sakit, kita perlu gembira sebab inshaAllah doa orang-orang sakit antara doa-doa yang diangkat ;).

Akhir bulan lepas, rezeki 'carbuncle'. Semacam bisul besar bermata 5 di celahan punggung berkulit lembut Abdullah. Rezeki anak-anak yang banyak aliran darah ikut sebelah ayah mereka. Muhammad semasa kecilnya kerap semput dan Alhamdulillah setelah mengamalkan pemakanan sihat, Allah izinkan semputnya tidak kunjung tiba lagi setakat hari ini. Abdullah pula pernah diserang gegata dan 'carbuncle' ini. Keduanya daripada ayahanda mereka semasa kecil. 

Sekali lagi hikmah sakit Allah bagi. Sebenarnya bisul ini baik untuk tubuh walaupun nampaknya sakit dan buruk. Menurut Puan Tabib Terpercaya, bisul ini Allah datangkan untuk keluarkan semua benda-benda jahat dalam badan. InshaAllah mudah-mudahan Allah mudahkan ibu ayah mengikuti bengkel singkat bekam kerana jalan terbaik untuk aliran darah sebegini inshaAllah adalah melalui bekam seperti yang dianjurkan Rasulullah SAW.

Menurut ayah, kebiasaannya sekiranya kita ke klinik, doktor akan membekalkan krim sapu dan antibiotik untuk membunuh kuman. Jadi, antara natural remedies yang disarankan PTT untuk antibiotik alami adalah air kunyit! Berikut adalah cara proses antibiotik alami buat Abdullah dan juga saya sebagai ikhtiar yang baik untuk sistem badannya inshaAllah!

Kupas kunyit dan letakkan di dalam pengisar. Campurkan madu untuk memberi rasa manis. Ada juga yang meletakkan air asam jawa. Terpulang. Juga, ditambah sedikit air zamzam.

Setelah dikisar, tapis untuk mendapatkan airnya. Airnya diberi minum sebanyak 3 kali sehari seperti memberi makan antibiotik sintetik juga kaedahnya :D.

Sisa kunyit tadi pula disapu pada tempat sakit sebagai krim sapu. Kami juga menyapu aloevera yang bersifat sejuk setiap kali menukar pampes. PTT cadangkan juga bedak biji delima tetapi sangat sukar mendapatkannya. Kaedah terbaik adalah bekam ditempat bisul tersebut :D. Keluarkan darah kotor cara paling cepat untuk sembuh tetapi masalahnya, bahagian bisul Abdullah sangat tersembunyi. Bedekatan bahagian buang najis. Jadi, kami tidak sanggup bekamnya disitu. InshaAllah lambat atau cepat, masa kesembuhannya nanti adalah masa terbaik disisi Allah inshaAllah.

Ini dia hasilnya. Saya juga meminumya dengan niat mudah-mudahan air susu yang mengalir asbab kesembuhan buat Abdullah inshaAllah.

Sebenarnya, antibiotik alami ini juga sangat disarankan untuk ibu-ibu yang baru melahirkan juga untuk mengelakkan jaundis kepada si anak dan membuang segala kuman dalam badan ibu sekaligus mengembalikan kekuatan tubuh si ibu inshaAllah. Air susu yang mengalir ke dalam tubuh si anak, yang mempunyai khasiat kunyit itu tadi insyaAllah memberi kesan untuk mengelakkan jaundis (kuning) buat bayi mereka.

Sekian sedikit kaedah alami untuk antibiotik. Sesungguhnya kesembuhan segala penyakit hanyalah kepada Allah. Ada satu kaedah yang saya panggil kaedah terapi 30 juzuk Al-Quran yang sangat disarankan dan inshaAllah dengan izin Allah, saya akan kongsikan di entry lain inshaAllah. Selamat khatam surah Al-Kahfi dan berpesta Jumaat!

21.11.13

ROTI PURI SIHAT

Perasaan mencatat yang ikut bercuti ;). Seronoknya andai diizinkan untuk WAHM. Boleh main masak-masak dengan anak-anak. Masa cuti memang masa kualiti yang sentiasa dinanti-nanti ;). Permulaan cuti baru-baru ini, saya cuba membuat roti puri atas cadangan seorang rakan sekursus.

Roti puri sihat!

Subhanallah rasanya memang sedap! Resepinya sangat mudah dan ringkas! Hasil carian di beberapa blog yang mana setiap mereka mempunyai resepi yang lebih kurang sama sahaja. Bahan yang sama untuk membuat doh roti.

Bahan A
1. Tepung gandum atta (saya guna tepung turki kakton di campur baki tepung atta) - 2 cawan
2. Yis sesudu teh.
Adun supaya yis rata dengan tepung.

Bahan B
1. Gula perang - 2 sudu makan
2. Garam bukit warna pink - sesudu teh
3. Minyak masak - 2 sudu makan
4. Air suam - 170ml (sukatan botol susu budak)
Dipanaskan dengan api sederhana.

Cara Membuat:
1. Bahan B dimasukkan sedikit demi sedikit ke dalam bahan A. Gaul rata sehingga menjadi seperti doh roti. (Nota: Pandai-pandailah. Kurang air, tambah air. Lebih air, tambah tepung.)
2. Diamkan setengah jam/sejam untuk doh kembang sekali ganda.
3. Selepas sejam, tumbuk doh dan ambil sedikit untuk dilenyek nipis dengan rolling pin.
4. Tekap dengan mulut cawan atau apa sahaja bentuk kesukaan anda seperti berikut:


5. Sedia untuk digoreng! Pastikan minyak betul-betul panas dan kawal api untuk menghasilkan roti kembung :D.

Itu sahaja ;). Mudah bukan? Buatlah kari ayam kampung atau ayam organik untuk gabungan yang lebih terangkat! InshaAllah kita jana kesihatan yang baik melalui bahan-bahan bukan sahaja halal malah dijamin 'toyyibah' untuk rezeki kesihatan lumayan dalam beribadah kepada Allah inshaAllah! Jom sihat kerana Allah! ;)

14.11.13

OBESOGEN (1) l BAHAN KIMIA TOKSIK

InshaAllah seperti yang pernah saya sebut sebelum ini, ingin saya kongsikan cara saya diet sehingga Allah izinkan kembali mendapatkan berat sebelum berkahwin. Sebelum saya kongsikan tips mengurus tanpa ubat, mari kita kupas apakah yang dinamakan OBESOGEN?

Melalui Utusan Pengguna Persatuan Pulau Pinang yang dihadiahi oleh adik junior kesayangan saya fillah secara langganan selama 3 tahun, OBESOGEN dinisbahkan kepada bahan kimia toksik yang tidak dapat dilihat dalam makanan yang kita makan, produk yang kita gunakan dan udara yang kita hirup setiap hari yang mana ianya mungkin menjadi punca terhadap wabak obesiti semasa.


Rupa-rupanya, wabak obesiti hari ini bukan sahaja kesan daripada pencemaran makanan tetapi ianya sangat mudah 'dijangkiti' melalui bahan-bahan kimia sekitar kita sebagai contoh syampu, BPA, botol air, sirap jagung tinggi fruktosa, kuali dan pelbagai lagi yang inshaAllah saya akan kongsikan mengikut edisi dengan kesempatan yang Allah berikan nanti.

Saya bersyukur dikurniakan dan dipertemukan dengan mak-mak organik yang sentiasa berusaha untuk perbaiki mutu kehidupan melalui pemakanan. Jadi, kami sekeluarga mula buang segala kimia yang memudaratkan sebagai langkah pertama penurunan berat badan dalam masa 2-3 bulan. Antara bahan makanan yang kami beri perhatian setelah berkesedaran adalah bahan asas masakan iaitu gula, garam, tepung dan ayam. 

InshaAllah sambung lagi nanti dengan izin Allah.

13.11.13

KELAHIRAN SEMULAJADI (4) l AWASI PEMAKANAN

Semalam kita berada dalam proses bersalin. Proses kemuncaknya adalah apabila bayi mahu keluar. Ketika itu, si suami dan kurma (sucking) untuk mengurangkan proses sakit bersalin yang nikmat sekiranya dihayati dengan minda separa sedar.

Apabila bayi keluar menjenguk dunia, ibu terus dakap anak ke dada sambil ayah membaca doa 'Allahumma jannibnas syaitan, wajannibi syaitanama rozaktana' dan sisa baki kurma dalam mulut ayah ditahnikkan ke mulut bayi.

Seterusnya, ibu susukanlah anak dalam keadaan tali pusatnya masih attached dan pada ketika ini bapa azanlah atau iqamah dan teruskan puji-pujian kepada Allah. Seketika nanti uri pula akan keluar secara automatik kerana hasil sucking tadi merangsang kontraksi uterus untuk detachkan placenta.

Sebenarnya untuk pengetahuan semua, tali pusat tidak perlu dipotong sama skali kerana sangat banyak stem cell di dalamnya. Itulah sebabnya kita lihat zaman Rasulullah SAW kehebatan sahabat dari segi akalnya, keberaniannya, imannya dan kita lihat tidak terdapat orang Islam sebegitu zaman ini. Itulah rahsia uri. Uri itu akan tercabut dengan sendirinya dalam 48 hingga 72 jam.

Berehatlah sementara anak habis menyusu. Selepas itu mandi wiladah bersama-sama suami. Seelok-eloknyanya ada orang yang memahami yang akan menolong menyediakan air suam untuk mandi dan sebaik-baiknya gunalah daun-daun kayu, limau purut untuk mengembalikan kesegaran badan. 

Kalau dilihat dari cara ini, maka inshaAllah tidak akan timbul sebarang masalah tentang aurat dan kita dapat menjaga syariat dengan baik. Al Quran sepatutnya datang mengubah cara hidup tetapi dalam bahagian melahirkan, umat Islam masih ikut tradisi lama. Apabila datang arus kemodenan, banyak komplikasi dikenalpasti terjadi.

Kita kena faham yang teknik menggunakan bidan kampung juga tidak bertepatan dengan Islam kerana konsep aurat tidak dijaga. Teknik saya ini memerlukan seorang suami yang sangat beriman, berani dan natural. Beriman disini bukan bermaksud seorang ustaz, tetapi orang yang dalamannya (aqidah) sangat percaya dengan Tuhan.

Menurut PTT, gentle birth ini sudah meluas di negara serumpun kita contohnya Indonesia.

Konsep Islamic Birth ini tidak dijamin berjaya sekiranya ibu tidak mengawal pemakanannya semasa mengandung. Semasa mengandung, tolonglah jangan makan gula putih dan produk yang mengandunginya, garam halus (vacuum salt, iodinized salt), susu tepung ibu, dan bahan yang dibuat dari gandum (kecuali atta flour atau gandum dari Jepun).

Makanlah secara semulajadi kerana ini penting dalam memastikan pembentukan salur darah uri dan tumbesaran anak kerana ia berkait rapat dengan kejadian darah tinggi dan kencing manis semasa hamil. Juga pengeluaran susu selepas anak dilahirkan (we do not want delayed milk production).

Sekiranya terpaksa makan diluar dan makanannya pastinya meragukan, ambillah sesudu kecil madu asli (guna sudu plastik atau kayu sahaja) sebelum keluar rumah atau dalam 15 min sebelum makan makanan tersebut. Kalau keadaan sangat memaksa, mintalah perlindungan Allah kerana Allah jua yang paling mengetahui keadaan kita. Semoga Allah memberkati usaha kita dan menjadikan usia kita ini penuh ketaatan kepadaNya. Amin.

Puan Tabib Terpercaya (PTT)

12.11.13

KELAHIRAN SEMULAJADI (3) l IKHTIBAR MARYAM

Sebagai wanita yang lemah kita mendambakan pertolongan suami, maka suami berperanan penting dalam proses kelahiran. Suami harus mempunyai persepsi yang sama dengan anda untuk melakukan homebirthing ini. Suami-suami yang merasa bertangungjawab sepenuhnya seharusnya berani mengatasi ketakutan dan ini sebenarnya suatu benda yang sangat baru dalam masyarakat kita.

Islam datang ke Malaysia selepas perang salib, maka banyak aspek kehidupan yang tidak diubah menurut Islam kerana ilmu itu tidak sampai ke masyarakat kita. Tetapi Islam telah lama sampai ke China, India dan ilmu lotus birth itu adalah sebenarnya ilmu Islam.

Jikalau kita kaji kitab-kitab mereka maka kita akan dapati ada banyak persamaan cuma mereka terpesong dari segi akidah kerana banyak menggunakan unsur-unsur pemujaan dan kebergantungan dengan benda semulajadi dan inilah yang dipandang ulama’ sebagai haram. Tapi ulama tidak menyediakan alternatif lain dan doktor muslim tenggelam dalam dunia perubatan yang penuh kesibukan.

Shaikh Imaad! Kami di Jelitawan Organik gelarkan islamic birth! Kredit foto kepada ibunda Imaad, Puan Adlielatun Nur ;). Perbincangan mengenainya dibingkiskan di blog Puan Osem.

Apa yang anda perlukan semasa sakit kontraksi sudah bermula adalah, bilik yang privasi untuk anda dan suami serta sehelai hamparan di lantai (hamparan yang mudah dibasuh). Maka, bermulalah proses kelahiran di mana suami akan berperanan untuk mengusap isteri secara sangat lembut seperti mukadimah hubungan suami isteri. Proses sucking adalah satu respon semulajadi untuk mengurangkan rasa sakit dan sekiranya kita perasan, bayi yang sedang abdominal colic, dia akan sentiasa mahu menyusu kerana sucking can reduce pain).

Buatlah ikut imaginasi suami sendiri untuk mengurangkan rasa sakit si isteri dan sangat digalakkan menggunakan kurma dalam proses ini (kurma ada tannin yang boleh mengelakkan pendarahan selepas bersalin). Air pun harus disediakan jika kita berasa haus. Janggut juga berperanan dalam stimulasi isteri tadi.

Apabila ada perasaan yang anak akan keluar (klimaks), duduklah di atas hamparan tadi dalam keadaan isteri bersandar di badan suami (menghadap kiblat). Pada posisi sepertimana proses rangsangan kasih sayang kerana Allah untuk melahirkan bayi anda. Posisi inilah yang terdapat dalam Quran, tetapi Maryam itu tiada suami, maka dia bersandar di batang pokok kurma [untuk perincian maklumat proses ini, boleh berhubung terus dengan saya melalui email atau telefon].

Rujuk surah Maryam ayat 23 hingga 26 dan hayati setiap perkataan yang ada di situ.
Ayat 23. kesakitan ketika melahirkan memaksanya bersandar pada pangkal pokok kurma.....

Kesakitan itu memaksanya bermaksud ianya adalah satu refleks apabila sakit pada manusia normal (labour pain). Sekiranya anda sedang having labour pain while you were standing, anda akan duduk, dan besandar. Apabila anda bersandar, secara automatiknya anda akan meletakkan punggung ke lantai semasa kesakitan kerana bersandar adalah bahagian belakang badan mengenai suatu permukaan dan ini tidak boleh berlaku dalam keadaan mencangkung.

Seperkara lagi, you tends to bend forward while having contraction right?..shake the date tree (that's the role of husband)...imagine the husband is the source of the dates).

Bersambung...

Puan Tabib Terpercaya

11.11.13

KELAHIRAN SEMULAJADI (2) l HORMON CINTA FILLAH

Islam adalah agama dari pencipta seluruh alam semesta dan pastinya kelahiran semulajadi menurut Islam adalah yang terbaik dan memenuhi fitrah manusia. Dalam soal kelahiran ini ia menjadi sangat lengkap sekiranya aspek kawalan emosi, ketakutan semasa melahirkan, aurat dan pengurangan rasa sakit dapat diambil kira secara syumul.

Mengandung adalah proses yang sangat suci kerana penciptaan manusia adalah suatu proses yang sangat suci tidak kira sama ada anak itu anak luar nikah atau anak siapa sahaja kerana semua itu Allah yang menjadikan. Allah menjadikan kandungan itu berada di dalam sebuah tempat yang dinamakan dengan namaNYA (Ar Rahim), menunjukkan bahawa rahim kita dalah sangat luarbiasa untuk menghasilkan jumlah anak yang unlimited mengikut ketentuannya dan membolehkan vaginal birth after Caesar (vbag) walaupun selepas beberapa kali operation.

Kerana setiap kali roh itu ditiupkan, maka Allah telah menjanjikan kelahiran normal kepada anak itu, tetapi apa yang berlaku hari ini adalah disebabkan, semua drugs yang diberikan semasa mengandung, proses kelahiran dan selepas bersalin. Allah juga menetapkan dalam surah Luqman ayat 34:….Dialah yang mengetahui apa yang ada di dalam rahim…

Lalu dengan ini Allah menyuruh kita memberikan sepenuh pengharapan kepadaNya dalam keselamatan anak kita. Tapi dunia yang dikatakan moden hari ini menyebabkan kita kurang bergantung kepada Allah. Kehadiran scan menyebabkan orang lebih suka padanya untuk kepastian anak di dalam kandungan itu sihat. Sedangkan banyak kajian telah menunjukkan soundwave dari scan itu boleh memusnahkan neuron-neuron saraf janin kita.

Setiap kemajuan ada komplikasinya. Asbab itu sebenarnya tiada istilah kemodenan tanpa memastikan aspek keselamatan. Dan siapa yang boleh menjamin keselamatan itu? Hanya Allah sahaja. Jadi, belajar lah berbaik-baik dengan Allah dari saat ini dalam setiap percaturan hidup kita yang telah diaturkanNya.

Menurut fisiologi kelahiran (labour), hormone yang terlibat dalam menghasilkan kontraksi dan permulaan proses bersalin adalah oxytocin, beta endorphin. Hormon oxytocin adalah hormone yang sangat istimewa kerana dengan rembesannya dapat meningkatkan pain threshold (mengurangkan rasa sakit), menyebabkan susu terus keluar selepas kelahiran, positif minds, meningkatkan sel2 imun dalam badan dan sebagainya. Tetapi mengapa proses melahirkan itu sakit?


Hormon oxytocin dirembeskan dalam keadaan lain seperti hubungan sex dan menyusukan anak dan ajaibnya, kedua-duanya tidak menyakitkan. Kerana apa? Kerana ia melibatkan perasaan cinta. Maka dalam melahirkan anak juga haruslah diwujudkan perasaan cinta. Kebanyakan rasa sakit adalah disebabkan persepsi negatif dan rasa takut dengan pelbagai kemungkinan. Memori kita ada menyimpan maklumat yang kita baca dari majalah dan surat khabar tentang komplikasi kelahiran dan ini menakutkan kita.

Siapa yang boleh menenangkan kita? Allah. Hanya Allah! Kerana Dia yang mencipta kita dan hati kita. Pengharapan kita perlu tinggi dan bersangka baik pada Allah, maka Allah akan sentiasa memelihara kita inshaAllah!

Bersambung...


Puan Tabib Terpercaya (PTT)

8.11.13

KELAHIRAN SEMULAJADI (1) l MELAWAN ARUS!

Pagi Jumaat yang penuh barakah. Selamat beramal dengan hadis sohih tentang surah Al-Kahfi. Beberapa hari kebelakangan ini membuatkan saya terfikir tentang perjuangan PTT kami di dalam kumpulan JLo (Jelitawan Organik). Ianya nampak seperti perjuangan yang masih sangat panjang. Alangkah indahnya andai golongan doktor yang sefikrah dengan PTT mampu duduk meja bulat untuk membina satu komuniti yang lebih bertenaga.

Sebagaimana impian PTT mahu membina sebuah hospital tanpa ubat-ubatan dadah sintetik dan menawarkan pakaj bersalin yang sungguh terpelihara. Aurat si ibu terjaga dengan baik. Anak yang lahir terus boleh berdakapan si ibu. Terus sahaja diazan dan diiqamatkan si ayah. Juga, disusui dengan penuh kasih sayang dengan serta merta. Ianya sungguh suatu proses yang sungguh indah!

Semua ini ialah suatu proses yang panjang dan memakan masa. Bukan cerita setahun dua tahun malah berpuluh atau beratus tahun. Hari ini, sudah banyak hospital swasta yang 'islamik' tetapi tidak mesra bayaran. Menggunakan nama Islam tetapi prosedur dan kaedah rawatan terlalu dan masih terlalu jauh dengan label Islam yang diguna pakai. Ianya suatu yang menyedihkan tetapi sebagai rakyan mahrean, apa sahaja yang mampu kita buat? Makan pun bercatu lagi-lagi semua barang naik.

Jauh disudut hati saya, saya teringin dikurniakan anak-anak perempuan supaya rantai perjuangan PTT tidak terhenti setakat ini. Malah, saya doakan usaha dan kajiannya ini mampu disambung oleh anak-anak perempuan saya dalam JLo. Doktor-doktor yang mampu membezakan antara hak dan batil. Sama-sama usaha untuk memartabatkan industri ubat-ubatan berdasarkan makanan-makanan sunnah dan herba-herbaan semulajadi yang memang diperlukan tubuh dan bukan kimia sintetik yang merosakkan sistem tubuh. Sesungguhhnya kita semua telah lama tertipu T__T.

Sesiapa yang mengikuti tulisan bersepah saya disini, pasti akan perasan keterujaan saya untuk mengamalkan tatacara hidup 'back to basic'. Teringin hidup dengan penuh semulajadi. Mengamalkan sunnah selagi termampu. Baiki diri melalui pemakanan yang memang mempengaruhi kitaran hidup kita seharian. Tengok sahaja orang-orang alim bertaqwa. Ambil yang perlu sahaja untuk bekalan sepanjang perjalanan. Dan kita?

Salah satu faktor yang mendorong saya untuk mengamati kembali disiplin makan saya hari ini adalah kerana perasaan teruja melihatkan mak-mak organik yang melalui proses kelahiran mudah tanpa pencemaran maruah yang sentiasa dianggap enteng dengan memegang ianya 'darurah'. Bagi wanita yang beriman, aurat itu sangat eksklusif! Ianya bukan wayang yang perlu dipertontonkan di khalayak. Prosedur hospital sememangnya amat mendukacitakan.

Menyusuri kelahiran semulajadi mak organik yang jelita baru-baru ini, Puan Adlie baru-baru ini, membawa saya terawang-awang, merasai bagaimana melalui perasaan yang namanya 'bertenang' dan psikologi yang sangat positif diurus tadbir dengan baik sehingga Allah izinkan ibu dan anak ini disatukan di dunia nyata dengan penuh syukur dan gembira. Kami semua bersyukur dan sangat gembira! Saya merasainya walaupun hanya berwhatsup!

Proses alami yang ditekankan adalah penjagaan makanan. Melawan arus proses klinikal. Vitamin hospital digantikan dengan makanan sunnah dan herba-herba semulajadi yang diambil satu-satu kerana pengambilan herba atau makanan sunnah sekali banyak iaitu bercampur dipercayai boleh menyebabkan tindak balas kimia yang lagi memudaratkan badan.

Lagi, scanning adalah sangat bahaya buat bayi kerana radiasi yang begitu tinggi mampu merosakkan atau mematikan sel-sel otak bayi sedangkan bayi yang sedang membesar di dalam perut ibunya memerlukan sel-sel otak ini untuk tumbesaran yang sihat dan selamat. Menurut PTT, beliau hanya menggunakan alat scan ini hanya untuk kurang dari 60 saat. Penggunaann yang sangat minimum untuk melindungi bayi dari radiasi. Mintalah para doktor yang merawat anda supaya mengurangkan aktiviti scanning ini.

Malah mak-mak organik yang meyokong kelahiran semulajadi ini tidak mengambil suntikan ATT, minum air gula dan pelbagai prosedur yang membosankan. Buka buku merah hanya sebagai syarat. Menyatakan kebenaran yang mereka tidak makan vitamin hospital dan mereka tidak memerlukan suntikan ATT. Semuanya atas tanggungjawab mereka. Malah, ada juga yang membuat surat supaya ianya lebih difahami dan dihormati.

Kami pernah bincangkan masalah anak makan najis sendiri, dan pelbagai kompilasi semasa proses melahirkan. PTT menyatakan itu semua kesan ubatan sintetik dan pemakanan si ibu yang tidak sihat dengan mengambil kira faktor GMO. Sekiranya mak tersebut mengamalkan gaya hidup sihat, inshaAllah si anak mampu menolak najis tersebut. Akibat kesan suntikan ATT dan pelbagai vitamin sintetik, si anak menjadi lemah dan kurang tindak balas atau respon.

Menurut PTT, islam ini sangat cantik aturannya sebagaimana yanng termaktub dalam Al-Quran dan As-Sunnah. InshaAllah, saya sebarkan tulisannya yang penuh kasih sayang berkenaan KELAHIRAN SEMULAJADI MENURUT ISLAM secara berperingkat. Fahamilah dengan akhlak yang baik semasa membacanya. Semoga bukan kita sahaja yang menerima tempias kebaikkan ini malah ianya suatu nikmat malah titik perubahan dalam sistem perubatan sekular hari ini. Sama-samalah kita berdoa. Melawan arus!

7.11.13

AYAM KFC HOMEMADE

Niat di hati mahu tuliskan episod pertama kelahiran menurut persepktif Islam oleh Puan Tabib Terpercaya. Artikel berat sebegini memerlukan ketenangan hati dan fikiran supaya dengan izin Allah hati yang menulis ini sampai kepada hati yang membaca. Hati ke hati. InshaAllah, doakanlah ianya ditulis dengan segera. Mudah-mudahan yang sedang hamil boleh mendapatkan sumber kekuatan dalaman melalui tulisan PTT inshaAllah!

Hari ini masih berkongsi resepi. Resepi ayam KFC homemade oleh mak-mak organik yang cantik jelita yang akhirnya diderhakai oleh kami. Cuba cipta edisi tekak sendiri haha! Semasa zaman jahiliyyah, kami guna tepung serbaguna yang ada di pasaran. Semestinya mengandungi bahan pantangan seperti MSG dan pelbagai bahan perisa dan pengawet yang 'dibenarkan'. Setelah taufiq dan hidayah Allah sampai, makanya kami cuba peralusi selagi yang mampu dengan keizinan Allah semestinya.

Ayam diperap dengan herbaan sebentar. Kami ada jintan manis dan jintan putih. Terpulang. Tepung jagung organik di gaul bersama rempah pilihan sendiri.

Ayam digelek di atas tepung tadi sebelum digoreng. Selepas angkat, biarkan seketika dan tabur garam. Kajian mendapati penggunaan garam di dalam minyak panas adalah memudaratkan. Mahu tahu lebih lanjut, sila cari tahu sendiri! :D.

Ini tepung jagung bukan organik. Ayam nampak lebih rangup. Adatlah benda sihat memang kurang lazat.

Menu makan malam beberapa minggu sudah :P.

Resepi tepung ayam goreng kfc ada banyak sebenarnya. Mak organik sahaja ada 2 jenis kaedah. Ada yang campur telur. Ada yang letak ais dalam tepuk supaya lebih lekat pada ayam nanti. Semuanya ikut kreativiti masing-masing. InshaAllah Allah selalu sahaja bagi ayam goreng homemade kita boleh dimakan walaupun tidaklah senikmat ayam goreng berajinamoto atau berMSG. Doalah selalu, 'wahai tekak, tolong jangan jahat sangat mahu makan yang sedap sahaja'. Sekian haha! :D.

6.11.13

WW- KEJU HOMEMADE

Entry ringkas ;). Menghadapi minggu-minggu terakhir tersibuk. Masih tentang resepi homemade ;). InshaAllah kami dalam proses cuba untuk senatural yang mungkin walaupun hakikatnya memang penat :P. Kali ini resepi keju homemade yang sangat mudah.

Bahannya ialah susu lembu segar (bukan jenis kotak di pasaraya) dan lemon. Sukatan 2 cawan susu bersamaan 4 senduk perahan lemon.

Panaskan susu dengan api yang perlahan sehingga mendidih dan tutup. Sejukkan dalam 5-10 minit sebelum tuang perahan lemon. Biarkan seketika lagi.

Tapis sebatian tersebut sehingga tiada air tersisa. Hasil yang tertinggal pada penapis adalah keju. Letakkan garam sesedap rasa.

Keju homemade! Subhanallah memang rasa keju! Jika mahukan tampak seperti beli di pasaraya, bolelah leperkan menggunakan rolling pin ;P.

Pizza homemade edisi pertama! Walaupun keju yang terhasil tidak memberi kelikatan seperti pizza hut dan dominos, Alhamdulillah ianya satu kepuasan! Semuannya buat sendiri ;).

5.11.13

TAHUN BARU 1435H

Alhamdulillah sekejap sahaja tahun sudah bertukar. Segalanya berlaku sangat pantas dengan izin Allah. Dan kita adalah manusia akhir zaman. Zaman yang penuh fitnah. Pelbagai juga perselisihan pendapat tentang sambutan maal hijrah sebagaimana sambutan maulid nabi serta bacaan yasin setiap khamis malam Jumaat. Jelasnya, lain ustaz/ustazah, pelbagai juga kupasannya. Ada yang keras dan ada yang tidak.

Saya terkenangkan satu petang, sehari selepas tahun baru beberapa tahun kebelakangan ini. Saya suarakan kesedihan kerana terlupa dan tidak sempat membaca doa akhir dan awal tahun hijrah kepada suami. Sejak itulah saya tahu yang suami tidak sambut dan tidak pula menghalang saya untuk berdoa. Maka, apabila sudah tahu, saya tidaklah menspesifikasikan amalan berdoa khas untuk akhir dan awal tahun. Apabila ada kuliah di masjid surau, suami juga akan pergi sebagaimana dia pergi ke majlis-majlis ilmu seperti biasa. Majlis yang dinaungi sayap para malaikat. Subhanallah!

Sama juga keadaannya hari khamis malam Jumaat. Budaya orang melayu zaman berzaman yang memang sukar ditukar. Membaca yasinan. Hakikatnya, hadis soheh yang Rasulullah SAW buat ialah membaca surah Al-Kahfi. Bagi menjaga kemashlatan dari darurah yang lebih besar, sebagai contoh, apabila ditegur, semakin banyak hati-hati 'segan' ke rumah Allah malah mungkin dilabel 'sesat', maka, suami mengambil jalan, balik dan membaca surah Al-Kahfi bersama kami.

Walau apapun, kesedaran beramal dengan amalan yang thabit dengan amalan Rasulullahh SAW perlu dijelaskan dengan baik kepada masyarakat hari ini ibarat menarik rambut dalam tepung. Penjelasan yag sangat berhikmah supaya hati-hati ini lebih segar dan dekat kepada majlis ilmu dan bukannya semakin terpinggir. Pandanglah mereka sepertimana kita memandang anak-anak kecil. Santunilah mereka dengan penuh kasih sayang.

Akhir kata, selamat tahun baru 1435H. Semoga tahun ini merupakan tahun yang paling berkat berlaku dalam hidup kita. Mohon kemaafan tidak terhingga kepada semua atas segala khilaf dan keterlajuran kata atau perbuatan. Maaf dan memaafkan adalah amalan ahli syurga ;). Moga Allah lorongkan segala yang terbaik disisiNya buat kita inshaAllah!

Binaan panglima-panglima Ramadhan. Sedang, sentiasa dan akan terus bina mahligai paling indah dalam syurga buat ibunda dan ayahanda. Azam tahunan yang perlu dibisikkan saban tahun ;).

3.11.13

LASAGNA MALAYSIA HOMEMADE

Shaikh Muhammad & Shaikh Abdullah yang diredhoi Allah & Ar-Rasul ;)
Alhamdulillah akhirnya! Dengan izin Allah pastinya, jadi juga lasagna ala ibu edisi penambaikkan. Kita namakan lasagna Malaysia sebab lasagna yang terhasil kali ini sungguh kemelayuan. Pasta dan buttermilk semua ibu buat sendiri. Jom kita tengok lasagna ala Malaysia ibu ;).

SOS MERAH
Bahan
1. 3 ulas bawang putih diketuk.
2. Daging cincang direbus bersama jintan manis, jintan putih dan biji habbatussauda'.
3. Cendawan butang ikut suka hati yang dipotong suka hatimu juga
4. Tomato puri - kali ini direbus dan dikisar bersama kulitnya kerana bahagian kulitlah pada buah-buahan paling banyak khasiat

Tomato organik yang direbus dan dikisar bersama kulitnya, bawang merah (sepatutya bawang holand) dan sedikit perahan lemon.

Buang atau tidak kulit tomato tadi, bagi ibu, tiada beza.

Cara Masak
1. Tumis bawang puting yang diketuk tadi dengan minyak yang sangat minimum.
2. Campak daging sehingga nampak garing atau bertukar warna.
3. Masukkan tomato puri.
4. Kemudian cendawan.
5. Imbang rasa dengan gula dan garam.

Sos merah.

SOS PUTIH
Bahan
2. Tepung gandum ikut kesesuaian.
3. Susu segar.

Cara Masak
1. Panaskan buttermilk dengan api yang perlahan.
2. Masukkan tepung gandum.
3. Masukkan susu segar.
4. Kacau dan gaul sehingga separa pekat.
5. Tambah garam ikut kesukaan.

Sos putih.

Cara bakar
1. Lapisan paling bawah ialah sos merah.
2. Ditutup dengan kepingan pasta ala ibu.

Doh roti digelek senipisnya dan dipotong mengikut acuan loyang.

3. Kemudian, dilapiskan lagi sos merah dan sos putih di atasnya.
4. Tutup dengan kepingan pasta ala ibu lagi.
5. Ulang semula proses no 3.
6. Bakar dengan suhu 180 darjah selama 30-40minit.

Baru keluar oven.

Not bad! Nampak juga seperti lasagna yang ada keju bahagian dalam.

Pandangan luar yang melekat di loyang.

Semalam ayah beli belah barang dapur. Jadi, jumpalah herba yang ibu tidak kenal sebelum ini. Ingatkan herba rosemary ini hanya sesuai untuk 'adlie birth' sahaja, rupanya bole digunakan untuk perap daging :D.

2.11.13

BUTTER & BUTTERMILK HOMEMADE

Hari Sabtu kualiti ;). Singgah kejap tuliskan sesuatu. Moga ianya menjadi saham jariah berpanjangan. Walaupun ianya leceh, tetapi mudah-mudahan dengan kegigihan dan ketabahan menyediakan makanan yang sihat buat ahli rumah, Allah kurniakan rezeki kesihatan yang mewah untuk terus beribadah kepadaNya dengan mudah dan gembira inshaAllah!

Kali ini teringin saya kongsikan kaedah membuat butter dan buttermilk sendiri yang sungguh mudah yang diambil dari blog Puan Osem yang saya kagumi. Mudah-mudahan ada jodoh bertemu dengannya dan mak-mak dalam jelitawan organik. Ambil aura dahsyat mereka! Berikut adalah salah satu penyediaan buttermilk yang sungguh mudah!

Susu lembu segar (bukan susu segar dalam kotak di pasaraya) dicampur sedikit garam dan 'dipukul'.

'Pukul' sehingga susu tadi terbahagi kepada dua lapisan. Pepejal dan cecair.

Tapis untuk mengasingkan butter dan buttermilk.

Tarraahhh! Pepejal kuning itulah butter dan cecair putih itu adalah buttermilk yang rasanya masam seperti susu basi tetapi menghasilkan kek lembut dan gebu menurut pakar membuat kek dan roti ;D.

Sos putih lasagna. Buttermilk digaul bersama tepung gandum untuk memekatkan sos.

Sekian, kelas membuat butter dan buttermilk homemade. InshaAllah saya juga mahu mencuba keju homemade jika diizinkan Allah. Memandangkan banyak produk tenusu seperti butter, buttermilk serta keju yang sangat meragukan, inshaAllah inilah penyelesaian yang terbaik. Buat sendiri!

Mungkin tidak sesedap yang dijual, namun demi pembangunan modal insan yang berkualiti syurga, mudah-mudahan Allah ganti nikmat lazat dunia yang mak-mak dalam jelitawan organik pantang, dengan makanan-makanan yang sungguh lazat tidak terperi di dalam syurga Allah nanti inshaAllah.

Dan hidup ini terlalu singkat.

26.10.13

ROTI TAAT EDISI 4

Shaikh Muhammad & Shaikh Abdullah yang diredhoi Allah & Ar-Rasul ;)
Sabtu bekerja buat ibu tetapi tidak sanggup ke tempat kerja. Tentera semulajadi Muhammad sedang bertempur dengan bakteria/virus demam untuk malam kedua malam tadi. Ibu juga tidak nyenyak tidur. InshaAllah demam biasa yang bagus untuk mengaktifkan tentera-tentera imunisasi dalam tubuh Muhammad. Alhamdulillah subuh tadi berpeluh seolah penat bertempur. Syafakallah ya shaikh Muhammad!

Semalam hampir waktu berbuka, ibu uli tepung untuk meroti edisi ke-4. Kali ini resepi youtube seperti yang disarankan mak dalam jelitawan organik. Kali ini juga sukatan taat setia asbab ibu sudah beli penimbang dan sudu penyukat. Alhamdulillah dengan izin Allah, betul-betul jadi roti! Baru sahaja Puan Gokurilbulma cadangkan bread maker pada ibu :D.

Tarraaaahhhh! Panas dari oven!

Perasan macam roti beli :P.

Malam semalam Muhammad tidur dan tidak berapa aktif. Jadi, pagi ini tinggal beberapa keping sahajalah. Ayah cecah air. Ibu makan begitu sahaja. Nampak gayanya Muhammad kurang berminat apabila disuakan tadi. Mungkin asbab 'kosong' dan rumah iman kita pula tiada sebarang jem. InshaAllah, atas permintaan ayah dan kesukaan Muhammad, ibu telah adun dan sedang tunggu sejam doh kembang ketika ibu menaip ini. InshaAllah meroti edisi ke-5! Mahu tahu bahan dan cara membuat roti taat di atas? Sila tonton video di bawah ini sendiri :D.

Selamat mencuba! Semoga berjaya! ;)

23.10.13

WW- TEMPAHAN TEPUNG TURKI

Ada yang bertanya berkenaan tepung non-GMO dari Turki tetapi non-organik. Maksudnya, benih gandum ini, tulen tanpa dikimiakan dengan racun serangga dan sebagainya tetapi disebut non-organik asbab semasa gandum membesar, mungkin digunakan baja penggalak dan sebagainya. Menurut mak organik, masih baik kerana bermula dengan akar atau biji benih yang elok iaitu non-GMO. Jom cuci mata dahulu setiap pepenjuru pek tepung ini.

Beli 10kg lebih mudah. InshaAllah ada diskaun dari tokeh tepung yang kami panggil, Kak Ton :D.

Pandangan depan.

Pandangan belakang.

Pandangan sisi kiri.

Pandangan sisi kanan.

Semua gambar daripada Kak Ton sebab saya malas mahu ambil gambar :D. Pada mulanya, saya cadangkan kepada Kak Ton untuk menerima tempahan terus ke telefonnya. BAi hanya sebagai medium iklan, tetapi Kak Ton bimbang tidak menang tangan.

Sebelum ini saya beli 10kg terus termasuk 2kg untuk kawan saya asbab saya pernah jumpa tepung organik yang tertulis 'product of Turki' yang berharga kurang 10sen menjadi RM10 sekilo. Selepas itu, terus saya hubungi Kak Ton untuk tambah 'order' :D.

Di bawah pula maklumat memudah cara tempahan daripada Kak Ton:
3kg rm18 + pos rm10
5kg rm30 + rm13
10kg rm60 + 20.50

Minimum 'order' ialah 50kg. Jadi, mak-mak yang sudah tempah, memang agak lewat terima tepung asbab pihak kami perlu kumpul. Jadi, sesiapa berminat, boleh email saya di attuffahumairah@gmail.com atau lebih pantas melalui SMS, Whatsup, Weechat sahaja yang ada. Sekian, terima kasih :D.

Kemaskini tempahan:
1. Ummu Musab - 3kg
2. Ummu Ahmad - 5kg
Lagi 42kg.

16.10.13

WW- ROTI DERHAKA TEPUNG TURKI

Alhamdulillah akhirnya tepung Turki yang non-GMO tetapi non-organik selamat sampai seberat 10kg. Penantian yang disambut dengan roti 'derhaka' edisi permulaan sentuhan ayahanda Muhammad dan Abdullah ;). Derhaka sebab banyak derhaka ramuan dari ebook yang kami beli. Ebook roti? Nantikan roti derhaka edisi ke-2 :D.

Memang ada rupa roti tetapi liat membatu haha!

Zoom dekat. Walaupun keras membatu tetapi Muhammad makan berselera cecah teh 'o'. Bakar dari hati ayahanda, bakar dengan iman bak kata chef ammar ;D.

Ini dia tepung dari Turki yang bebas GMO. Mahal sedikit dari 2 jenama yang GMO pernah diceritakan di entry INI tetapi lebih baik dari jenama yang disyaki ada gelatin binatang najis mungollazoh oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia. Wallahu'alam.

7.10.13

'MAUZUN' ORGANIK

Shaikh Muhammad & Shaikh Abdullah yang diredhoi Allah & Ar-Rasul ;)
Kisah hasil kebun ayah petang Sabtu lepas. Mauzun organik! Mauzin ialah pisang dalam bahasa arab. Pisang yang membesar tanpa sebarang baja penggalak atau baja sintetik. Jadi, kita label baru sebagai 'kebun organik ayah'. Nama yang cantik!

Pisang organik yang suci tanpa dicemari baja penggalak atau sintetik.

Ayah suka berkebun. Dulu ibu pernah tulis tentang HASIL KEBUN AYAH. Masa ini memang meriah sangat hasil kebun ayah. Semuanya memang organik. Bebas GMO. Hasil yang lumayan diagih-agih kepada jemaah surau selalunya. Serai, cili, sawi, lengkuas semuanya disedeqahkan kepada yang ada rezeki.

Jadi, kita makan selalu berulamkan daun pegaga. Gemuk-gemuk pegaga ayah. Semasa itu kami sudah sedar akan bahaya sayur yang dijual yang mengandungi racun yang cukup tinggi. Jadi, memang jarang ayah beli sayur. Kebiasaannya satu lauk sahaja makanan dirumah kita. Teringat kisah salah seorang mak organik. Dikhabarkan sayur dipasaraya disemur dengan RIDSET untuk kekalkan kesegaran dan jauhlan serangga perosak datang. Aduhai!




Sekarang kebun organik ayah itu, tidak semak pun sudah dikira baik haha! Sayur-sayuran agak terbatas. Ayah ada azam yang kuat. Mungkin selepas ini, giliran Shaikh Muhammad pula yang menanam. Ayah mahu turunkan ilmu berkebun dengan iman dan taqwa inshaAllah! Tanaman menjadi semuanya Allah yang bagi, jadi untuk keberkatan 'menjadi' itu ada ilmu juga bukan ;).

Sekarang kita makan sayur organik beli sepaket RM1 atau RM2 tahan seminggu. Kadang potong-potong timun sahaja. Kadang tomato. Makan sayur sebagai ulam lebih berkhasiat ;). Kenapa kita memerlukan makanan organik atau makanan yang bebas GMO?

GMO adalah teknik penanaman menggunakan benih yang telah disuntik dengan DNA serangga, atau haiwan perosak, malah DNA virus ciptaan mereka. Apabila tumbuhan ini tumbuh tidak akan ada serangga perosak padanya lalu didakwa sebagai ‘pesticide free’. Padahal disembur dengan racun Round-up (herbisid glyphosate) yang mematikan tumbuhan lalang di sekitar tumbuhan GMO tetapi tidak mematikan tumbuhan GMO tadi. [sumber: PTT]

Suruhan menjaga kesihatan bukan suatu surahan yang main-main wahai anak-anak. Ianya suatu tuntutan. Ibu tertarik dengan kupasan Ustaz Rosli, sahabat ayahanda di Sabah dahulu tentang MANFAATKAN WAKTU SIHAT. Ianya entry ringkas berkenaan kupasan kesihatan dalam konteks islam. Ibu telah minta izin untuk salin dan kongsi.

**********************************************************************
Pepatah arab ada mengatakan:

الصحة تاج المرء لا يعرفه إلا المريض
Sihat itu mahkota seseorang yang tidak diketahui kecuali orang sakit.
Orang tua-tua ada berpesan “Akal yang cerdas berasal dari badan yang sihat”.

Kesihatan amat penting kepada seseorang. Setiap orang mahu supaya dirinya kekal sihat sepanjang masa. Tidak hairan jika ada yang sanggup menghabiskan wang yang banyak semata-mata mahu kekal sihat.

Islam menyuruh umatnya supaya menjaga kesihatan. Sebab itu dalam maqasid syar’iyyah antara lain menekankan supaya menjaga akal. Justeru Islam melarang umatnya bersigup, minum arak, hisap dadah kerana perbuatan tersebut amat membahayakan kesihatan dan akal seseorang.

Kesihatan perlu dijaga. Punca penyakit ialah perut. Nabi صلى الله عليه وسلمbanyak kali berpesan agar jaga makan untuk kesihatan. Baginda sendiri makan mengikut keperluan. Negara kita ramai orang mati sebab makan.

Masa sihat ini perlu diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat samada untuk dunia kita maupun untuk akhirat. Ramai orang terpedaya dengan nikmat sihat. Masa sihat tidak diguna untuk buat taat, bila sakit baru ingat.

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ)
“Daripada Ibni Abbas Radhiyallahu Anhuma, ia berkata, ‘Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, ‘Ada dua nikmat dimana manusia banyak tertipu kerananya, iaitu kesihatan dan waktu luang’.”
(Diriwayatkan oleh Bukhari)

عن بن عباس رضي الله عنهما قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لرجل وهو يعظه : " اغتنم خمسا قبل خمس شبابك قبل هرمك وصحتك قبل سقمك وغناءك قبل فقرك وفراغك قبل شغلك وحياتك قبل موتك " 
أخرجه الحاكم في المستدرك
“Manfaatkan lima perkara sebelum lima perkara :Waktu mudamu sebelum tuamu,
sihatmu sebelum datang waktu sakitmu, Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu, masa luangmu sebelum datang masa sibukmu, hidupmu sebelum datang kematianmu.”

Waktu sihatmu sebelum datang waktu sakitmu, maksudnya: “Beramallah di waktu sihat, sebelum datang waktu yang menghalangi untuk beramal seperti pada waktu sakit. Amat beruntung bagi orang yang sentiasa memenuhi waktu sihatnya dengan amalan soleh. Sabda nabi

عن أبي موسى - رضي الله عنهما - قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((إذا مرض العبد أو سافر كتب له مثل ما كان يعمل مقيمًا صحيحًا))؛ رواه البخاري 
.
Daripada Abi Musa katanya, Sabda nabi صلى الله عليه وسلم Apabila seseorang hamba sakit atau bermusafir, maka ditulis pahala ke atasnya seperti mana ia beramal ketika bermukim dan sihat. Contohnya kalau kita semasa sihat sentiasa solat berjamaah, apabila sakit kita dapa juga pahala berjamaah walaupun solat di rumah.

********************************************************************
Memang tepat! Sabtu selepas selesai tugas ibu untuk karnival sukan, ibu terus demam tidak boleh bangun. Hanya bangun untuk solat dan perkara yang terdesak. Maka terasalah besarnya nikmat kesihatan untuk beramal soleh. Bila sakit, bagaimana mahu beramal dengan baik? Mudah-mudahan ilmu pendidikan kesihatan dari kaca mata islam, dihadam baik oleh Muhammad dan Abdullah untuk ummah kerana Allah inshaAllah! Sayang kedua shaikh kabir kerana Allah!

2.10.13

WW- TEMPAHAN EVOO DIBUKA

Kesinambungan dari entry WW- MINYAK SUNNAH ISTIMEWA, inshaAllah kami ada 12 botol extra virgin olive oil (EVOO) yang masih diawangan :D. InshaAllah produk dari Syria. Harga tetap RM 39.90 tidak termasuk poslaju.


Sebotol beli baru-baru ini tinggal suku botol. Jadi, tempah terus untuk sedozen.

Sesiapa yang teringin, boleh email di attuffahumairah@gmail.com atau SMS/Whatsup/Weechat di talian 013-3575915. Sekian, terima kasih.

Kemaskini tempahan:
1. Ummu Musab - 2 botol
2. Ummu Wafas - 1 botol
3. Anna Juliana - 3 botol
4. Ummu Baazon - 1 botol
5. Puan Anis - 2 botol
Baki = 3 botol