26.10.13

ROTI TAAT EDISI 4

Shaikh Muhammad & Shaikh Abdullah yang diredhoi Allah & Ar-Rasul ;)
Sabtu bekerja buat ibu tetapi tidak sanggup ke tempat kerja. Tentera semulajadi Muhammad sedang bertempur dengan bakteria/virus demam untuk malam kedua malam tadi. Ibu juga tidak nyenyak tidur. InshaAllah demam biasa yang bagus untuk mengaktifkan tentera-tentera imunisasi dalam tubuh Muhammad. Alhamdulillah subuh tadi berpeluh seolah penat bertempur. Syafakallah ya shaikh Muhammad!

Semalam hampir waktu berbuka, ibu uli tepung untuk meroti edisi ke-4. Kali ini resepi youtube seperti yang disarankan mak dalam jelitawan organik. Kali ini juga sukatan taat setia asbab ibu sudah beli penimbang dan sudu penyukat. Alhamdulillah dengan izin Allah, betul-betul jadi roti! Baru sahaja Puan Gokurilbulma cadangkan bread maker pada ibu :D.

Tarraaaahhhh! Panas dari oven!

Perasan macam roti beli :P.

Malam semalam Muhammad tidur dan tidak berapa aktif. Jadi, pagi ini tinggal beberapa keping sahajalah. Ayah cecah air. Ibu makan begitu sahaja. Nampak gayanya Muhammad kurang berminat apabila disuakan tadi. Mungkin asbab 'kosong' dan rumah iman kita pula tiada sebarang jem. InshaAllah, atas permintaan ayah dan kesukaan Muhammad, ibu telah adun dan sedang tunggu sejam doh kembang ketika ibu menaip ini. InshaAllah meroti edisi ke-5! Mahu tahu bahan dan cara membuat roti taat di atas? Sila tonton video di bawah ini sendiri :D.

Selamat mencuba! Semoga berjaya! ;)

3 comments:

Marlina Mohtar said...

Tak sabar nak buat!

nurbijen said...

wah menarik... rasa mcm esok juga nak meroti :)

@LeenShamsh said...

kak ina & kaknur: ekekekek jomlah mak organik sume teruje n ade da buat pu semlam..lagi jadi dari kite buat ni..kembang cantik!