Showing posts with label Al-Quran dan Sains. Show all posts
Showing posts with label Al-Quran dan Sains. Show all posts

2.6.13

TELEFON PINTAR (3) AKHIR!

Ketika ini telefon pintar kami suami isteri telah dikawal ketat penggunannya oleh anakanda soleh Muhammad yang boleh dikategorikan sebagai generasi-G, generasi-gajet. Benarlah semakin canggih, semakin besar juga mudaratnya. Pemerhatian kami sebulan dua kepada Muhammad, ianya perlu dikawal penggunaannya supaya ianya tidak menjadi 'ketagihan'. Bayangkanlah si adik di taman taqwa menonton VCD al-Quran manakala si abang di bilik ibu ayah 'explore' si telefon yang sedang dicas semula. Apalagi ayahanda mereka, terus pangkah awal-awal dek kerana pemandangan yang tidak lagi indah ;P.

Saya tertarik untuk selitkan tulisan Thoriq Ahmad tentang perkaitan sains dan teknologi, adakah ianya membawa muslimin ke hadapan? Jawapannya TIDAK! Menurutnya, persoalan ini adalah persoalan berat yang perlu diambil serius kerana kepimpinan tamadun barat telah merubah keyakinan ramai daripada kita terhadap program tarbiyyah Al-Quran yang merupakan syarat utama kepada kelahiran semula kepimpinan umat Islam.

Jurang kemajuan ciptaan sains dan teknologi yang dipelopori barat yang sangat jauh mendahului kita (umat Islam) menyebabkan ada yang berputus harap dengan program Al-Quran lalu mengambil jalan mudah untuk tunduk kepada kehebatan mereka atau tertipu untuk bertanding dengan mereka melalui ciptaan benda atas nama revolusi.

Perkiraan hebatnya mereka kerana teknologi adalah salah kerana sejarah telah membuktikan bahawa Islam berjaya memimpin dunia tanpa sebarang sains dan teknologi. Semenjak zaman Rasulullah SAW, tidak pernah ada sahabat yang ditaja ke Rom dan Parsi untuk belajar hal-hal ketemadunan kerana Ar-Rasul mengetahui apa yang mereka miliki hanyalah peradaban yang bersifat material tanpa ruh.

Pembangunan yang mereka miliki hanyalah bersifat KOSONG  yang mana diisi oleh jiwa-jiwa manusia yang kosong dan akhirnya musnah dengan tangan mereka sendiri. Saya juga berkeyakinan, kenapa Allah masih tangguhkan lagi kemenangan kita dalam PRU13 juga atas dasar KOSONG. Kemenangan dengan jiwa-jiwa yang kosong hanya sebuah mimpi indah yang sementara. Allah masih inginkan semuanya bertungkus-lumus melakukan amar makruf nahi mungkar sehingga setiap individu yang bergelar muslim itu tahu tujuan kehidupan mereka hari ini dan kerja dakwah adalah kerja semua daripada kita.

Kenapa saya katakan kosong? Kemenangan akan hadir apabila saf-saf setiap waktu solat akan penuh malah melimpah sebagaimana semangatnya kita menghadiri himpunan demi himpunan. Apabila saf solat berjemaah malah melimpah lebih-lebih lagi waktu subuh, maka, nantikan kemenangan besar kita ketika itu ;). Jadi, setiap individu muslim perlukan jihad islahkan (pembaikan) diri untuk membentuk sebuah negara Islam yang dipenuhi RUH yang penuh dan bukannya KOSONG dengan hanya sekadar bangunan pencakar langit, alatan yang canggih ataupun harta yang banyak.

Saya pernah terbaca yang mana tentera zionis pernah ditanya kerana seringkali meninjau kawasan masjid di Palestin pada waku solat subuh. Menurutnya, si laknatullah ingin memastikan jumlah yang hadir solat subuh berjemaah kerana apabila solat subuh berjemaah di masjid telah ramai, makanya kemenangan KITA semakin hampir. Dan apabila melihatkan bilangannya biasa, tentera tersebut beredar lega. Di sini, kita menghampiri kemenangan andai kita telah sama-sama berjihad melawan keenakkan selimut iaitu melawan keinginan diri sendiri dahulu terutama lelaki yang sangat-sangat dituntut berjemaah di masjid atau surau.

Manhaj Al-Quran mengajar Rasulullah SAW untuk mendidik, mentarbiyyah, mengasuh dan membersihkan jiwa manusia terlebih dahulu sebelum meluaskan wilayah dan membina bangunan. Inilah sains dan teknologi Al-Quran yang akhirnya menewaskan kemajuan kebendaan Rom dan Parsi dan sunnatullah yang perlu kita fahami. Saya pernah tuliskan berkaitan ROM dan PARSI di entry berikut:


"Ini tidaklah bererti bahawa kita mesti melupakan dan mestu memandang enteng soal 'penghasilan benda' dan 'rekaan sains', kerana ianya menjadi kewajipan kita juga untuk berusaha mendapatkannya tetapi bukanlah menganggap bahawa ianya merupakan 'syarat kelayakan' yang mesti kita gunakan di dalam memegang pimpinan umat manusia dalam tempoh sekarang ini.Cuma ia diperlukan sekadar untuk menjaga hidup kita dari ancaman dan penindasan dan juga kerana konsep Islam sendiri yang mengajarkan bahawa ciptaan sains adalah mustahak sebagai syarat menjadi khalifah di muka bumi Allah". [Sayyib Qutb, Petunjuk Sepanjang Jalan]

Sekian sahaja telefon pintar siri 3 yang sebenarnya telah lama saya taip tetapi takdirnya baru hari ini semangat untuk melihat blog hadir :P. Kesimpulannya, kita memerlukan teknologi sebagai alat untuk mengelak penindasan dan tidak tertinggal ke belakang tetapi ianya bukanlah syarat wajib untuk hidup. Syarat kelayakan yang paling mustahak adalah AQIDAH dalam memelihara manusia memelihara dan mengawal hasil ciptaan sains untuk memenuhi hajat fitrah setelah yang diperolehi oleh kemajuan sains itu serta supaya aqidah wujud dalam sebuah perkumpulan manusia iaitu sebuah masyarakat Islam.  Allhu'alam.

 
Walau bagaimanapun, teringin satu seperti di atas :P. [sumber]

23.5.13

TELEFON PINTAR (2)

Yang jauh terasa dekat ;). Kenapa? Kerana dengan adanya aplikasi 'WhatsApp', saya berasa lebih dekat dengan ahli keluarga kembangan (tajuk dalam sivik ;), rakan dan sesama ahli bulatan syurga. Allah sungguh canggih! Sesungguhnya Allah memang pilih siapa sahaja yang paling layak disisiNya untuk mengembangkan teknologiNya. Subhanallah bagaimanakah ianya diwujudkan sebegini rupa tanpa wayar tetapi maklumat dapat sampai kemerata dunia. Subhanallah terasa begitu kerdil T__T.

Sukar mengambil yang ada di dalam telefon sendiri. Google sahaja ;). [sumber]

Setakat hari ini saya telah menyertai 3 kumpulan. Satu kumpulah 'sedarah sedaging' yang mana ianya adalah kumpulan bersama keluarga kembangan. Satu kumpulan bersama rakan-rakan 'pro choice vax' yang diajak oleh Puan Ninaku sayang ;) dan satu kumpulan lagi bersama adik-beradik bulatan syurga yang diberi tajuk 'usrah fantastic' oleh Cik Fatin ;).

Satu faedah ialah berita terkini boleh dikemaskini segera dan pantas contohnya dalam keluarga kembangan. Juga, tazkirah-tazkirah saling ingat-mengingati yang berlaku antara kami adik-beradik usrah fantastic. Lagi, perbincangan bermanfaat dalam kumpulan 'pro choice vax' tentang kemaskini yang berkaitan dengan isu berbangkit vaksin. Subhanallah semuanya terasa begitu dekat!

Mungkin cadangan yang baik jika ada kumpulan-kumpulan dari sekolah rendah, sekolah menengah dan juga semasa zaman belajar ipt/ipg. Allah rindu sangat! Mesti semuanya sudah beranak-pinak, berkembang biak ;). Ataupun, seronok juga andai boleh buka satu kumpulan sesama blogger :D. Mengapa tidak? Kita lantik ustazah Aishah jadi naqibah blogger :D.

InshaAllah selepas ini, pelanggan imaNiaga boleh 'WhatsApp' sahaja saya untuk penjimatan lebih tetapi saya hanya boleh di atas talian di tempat-tempat wi-fi asbab kehidupan sehari-hari saya banyak berada di tempat wi-fi percuma, maka, saya tidak melanggan talian internet ;). Benarlah kata adindaku, menggunakan teknologi telefon pintar lebih menjimatkan kerana topap saya sebanyak RM30 setiap bulan masih berbaki berbelas ringgit lagi :D. InshaAllah sambung lagi dengan izin Allah ;).

21.5.13

TELEFON PINTAR (1)

Bagai ada kimia dengan ustazah Aishah yang berkongsi kisah teknologi 'smart phone' yang mana Allah izinkan Al-Quran bersama kita di merata tempat. Saya bersetuju dengan pendapat beliau dan 'kimia' yang saya maksudkan tadi ialah, saya juga mahu tuliskan sesuatu tentang kecanggihan teknologi yang subhanallah!

Beli 'tangan kedua' dengan pak Andak Muhammad dengan harga tidak sampai 1k dan masih baki bawa ke depan :D. Tunggu kakak kaya ya adikku sayang haha! [sumber]

Saya mengambil masa untuk memahami perisian yang ada dalam iphone4 ini. Pengalaman paling tidak boleh dilupai apabila saya tidak sempat khatam belajar dengan adik di mana letaknya butang silent. Jadi, bawalah semakpon ini ke dalam kelas/kursus bahasa inggeris yang diajar oleh orang putih. Hari tersebut, ketua guru orang putih saya hadir dan sedang bercakap dalam kumpulan kami. Tiba-tiba telefon saya menjerit. Gelabah saya tekan apa-apa yang patut. Kali pertama berjaya mematikan panggilan.

Kali kedua berbunyi lagi. Kali ini saya perlahankan suara sehingga tiada bar namun berbunyi lagi. Mati akal dibuatnya terus saya dudukkan telefon tersebut. Wakakahhh! Emak dan adik-beradik ketawa bagai mahu pecah perut dibuatnya :D. Bertuah punya telefon!

Bukan itu sahaja, sebulan pertama menggunakan telefon ini, bil telefon saya sekali ganda naik daripada biasa. Biasa topap RM30 sebulan. Kali ini tidak cukup asbab butang 3G di'on' dan memang cepat habis. Ditambah lagi tuan lama telefon, adik bekerja jauh. Jarang-jarang jumpa di hujung minggu. Ada rasa menyesal pada mulanya menggunakan telefon canggih ini kerana banyak merugikan dan memalukan :P.

Tidak kenal maka tidak cinta ;). Setelah kesusahan dan terkial-kial belajar (walaupun belum menguasai sepenuhnya aplikasi dalam telefon), Allah izin saya menggunakan telefon canggih ini dengan nikmatnya ;). Salah satunya ialah aplikasi Al-Quran. Aplikasi pertama yang saya download selain waktu solat, kiblat. Allah canggihnya!

Kemuncak nikmat hikmah disebalik kecanggihan telefon pintar ini adalah, saya boleh mengaji sambil menyusukan Abdullah. Kebiasaannya, selepas maghrib malam Jumaat, saya akan menghabiskan bacaan surah Al-Kahfi sambil menanti isya'. Kadang-kadang kami baca serentak selepas ayahanda Muhammad dan Muhammad balik solat berjemaah maghrib. Kadang-kadang saya akan mula dahulu kerana Abdullah sudah mengajak saya berperang! :)

Paling seronok disebalik kekalutan Abdullah menangis kerana mahu menyusu, maklum juga Abdullah hanya menyusu tidak makan, makanya Abdullah akan kerap menyusu untuk tampung jadual makannya. Allah izinkan surah Al-Kahfi dibaca seiring dengan mengalirnya air susu ibu ke dalam badannya. Mudah-mudahan akan tumbuh daging-daging yang berkat untuk membentuk sosok pemuda yang hebat dan hensem diredhoi Allah dan Ar-Rasul!

Selain itu juga, rutin di tempat bertugas iaitu bacaan Yasin pada pagi Jumaat juga lebih mudah. Memang  seronok juga mahu menghafal. Tambah lagi, ada aplikasi mengaji, belajar iqra', ABC, nombor, doa dan sebagainya tetapi saya hanya memuat turun Al-Quran dan iqra' kerana matlamat dan inferens awal saya ialah kesan anak-anak yang diperkenalkan Al-Quran mendahului bidang lain.

Walau bagaimanapun, teknologi ini bukan sahaja digilai remaja, dewasa malah sangat diminati anak-anak. Ada kerisauan memuncak juga dalam hati saya walaupun Muhammad hanya menonton apa-apa video dan aplikasi sedia ada. Sebelum saya sudahkan siri 1 ini, balik kepada tajuk utama, adakah teknologi dan sains membawa ummat islam ke hadapan?