Menjawab entry WW semalam membawa saya berangan berada di alam belajar dahulu dan zaman jahilliyyah ;P. Saya katakan zaman jahiliyya kerana betapa banyaknya saya tidak tahu tentang dunia dan kejadiannya ketika itu. Kita akan cepat kenal sekiranya kita disoal tentang artis Hollywood, Bollywood, kuburanwood. Tanya saaja tentang mereka, hari jadi mereka pun kita boleh ingat dengan baik. Setujukah? Saya setuju! Kerana saya juga salah seorang daripanya walaupun tidaklah sehingga 'gila' tetapi saya tahu jugalah ketika itu. 30 Markah untuk diri sendiri :). Ustazah Aishah bolehkah reward diri sendiri? haha
Bulatan gembira yang saya lalui suatu masa dahulu sangat berbeza! Dari situ saya dikenalkan dengan warna-warni 'dunia' hari ini. Allah izinkan saya bertemu makcik kesayangan kerana pada saya, sekiranya Allah tidak izinkan semua kejadian dahulu berlaku, saya akan jahil sejahil jahilnya sekarang tentang sunnatullah dunia. Kita di Malaysia, isu paling sensasi politik, politik dan politik! Orang itu salah. Politik kotor! Wah Islam dan politik memang tidak boleh dipisahkan wahai pakcik-pakcik sekalian tetapi akhlak dalam berpolitik itu adakah Ar-Rasul mengajar kita bermaki-makian? Fitnah-memfitnah.
Ayahanda anak-anak saya pernah sekali diusia remajanya dan seumur hidup saya, saya tidak pernah mengadiri walau satu ceramah politik. Kami juga tidak pernah mendaftar dibawah mana-mana pertubuhan politik kerana dengan menghadiri ceramah tersebut pada saya, saya disibukkan dengan sesuatu yang belum pasti. Tarbiyyah mengajar saya bahawasanya banyak lagi keperluan ummat yang perlu diberesi. Bukan penakut seperti tuduhan yang pernah dilemparkan kepada saya tetapi pada saya, alangkah elok dan cantiknya pemuda-pemuda yang begitu semangat menghadiri ceramah sebegitu, punya semangat berkobar yang sama untuk pergi solat berjemaah dan meninggalkan kepulan asap-asap yang bukan sahaja memudaratkan kesihatan sendiri malah lebih parah untuk orang yang berdekatan. Setuju?
Ya, masalahnya bukan orang lain. Masalahnya disini adalah kebolehan kita memperbaiki diri kita sendiri. Pembaikkan individu muslim untuk mewujudkan bait al-muslim dalam biah soleh. Dari rumah yang punya suasana soleh, maka anak-anak yang terhasil akan mewujudkan masyarakat dan sistem jaringan sosial yang muslim. Apabila masayarakat sudah muslim, baik, maka senanglah satu sistem kerajaan yang muslim dibentuk. Apabila setiap rantau ada kerajaan muslim maka, akan lebih mudah daulah islam dibentuk. Seterusnya empayar islam akan dilebarkan sedikit demi sedikit untuk mencapai kegemilangan kita dizaman era abasiyyah dahulu iaitu ustaz kepada alam ini!
Kita sibuk salahkan orang lain tanpa perbaiki amalan kita. Kita sibuk mencari dan terus mencari salah. Sekiranya diamati dalam rajah di atas, apabila kita tebuk terus tangga kerajaan islam tanpa melalui tangga permulaan, iaitu pembaikkan individu muslim, bagaimanakah bentuk rupa kerajaan islam tersebut sekiranya ianya diizinkan Allah direalisasikan Allah sebentar lagi? Ianya tidak ubah seperti sebuah belon yang besar yang nampak begitu cantik dan mempersona tetapi hakikatnya, apabila dicucuk, ianya hanyalah hebusan angin kosong yang tidak bermakna. Sebagaimana kata murobbiah saya, belon mengecut. Tiada apa-apa yang tersisa sebab terkandung ummat yang buruk akhlaknya.
Mungkin tok-tok yang di atas sana telah berjuang dari permulaan tangga di rajah di atas, tetapi kita bagaimana? Kita tidak melalui fasa pembaikkan demi pembaikkan. Hasilnya, kita bakal merosakkan tangga kerajaan islam yang kita impi-impikan! Kenapa? Sejarah membuktikan, sesuatu tamadun itu jatuh dengan mudahnya kerana sifat buruk yang ada di dalaman sebagai puncanya. Rumah Allah itu barakah. Susah hati, pergi berjemaah boleh jadi senang hati. Miskin harta boleh jadi kaya jiwa dengan iman yang mantop. Tiada rezeki tiba-tiba boleh jadi melimpah-ruah. Hatta mati sekalipun, kita juga akan disolatkan sebagai penghormatan terkahir juga di sana. Kenapa masih berlagak sombong? Jalan mendongak langit, menongkah arus? Kita tiada apa pun. Semua Allah bagi pinjam percuma!
Baiklah dengan menulis saya menemui satu titik ketenangan. Kehidupan hari ini membawa saya termenung dan saya sedih. Apakah yang aku buat ini Allah redho? Kesedihan saya, apabila terlalu disibukkan dengan kerja-kerja yang melalaikan saya T__T. Bayangkanlah sekiranya lewat petang baru kursus habis. Katakan jam 6 petang. Asar sudahlah terlambat. Berkejar balik dalam keadaan hati dirunsingkan dengan anak-anak, terlepas zikir mathurat yang menjadi rutin. Ayat hafazan untuk diri sendiri tidak bertambah. Adakah ini Allah redho? Ya Allah terasa begitu kejam dengan Allah. Ditakdirkan mati ketika ini, apakah yang bakal aku bawa untuk dihujjahkan DISANA T__T.
In shaa Allah saya sambung semula entry ini untuk menjawab persoalan, kenapa Allah pilih tanah Arab sebagai perintis kepada agamaNya iaitu ISLAM pastinya dengan izin Allah. Akhir kata, tarbiyyah bukan segala-galanya tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah! :)
No comments:
Post a Comment